04 March 2013

bisik-bisik

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

jemari yang enggan bersahabat dengan aku kini,
dia tidak mengizinkan kisah baharu mengisi laman ini,
hati mahu berkongsi,
jemari bertegas memadam tulisan yang sudah tercatat berbaris-baris.

Tidak mudah menjawab soalan: dah habis belajar?
Apabila aku menjawab, akan ada jawapan-jawapan lain yang perlu aku panjangkan lagi.
Berdiam bermakna aku mendustakan kebenaran.

Akan masuk minggu kedua aku memulakan tugas.
kekok, kaku, aku hanya menghabiskan masa di kerusi sendiri.
kini, ada impian baru terselit dalam diri.
andai ditunai hajat menyambung pengajian, aku melepaskan tugas ini.

Ya, aku sayang tugas ini,
aku suka kerjaya ini,
namun
aku perlu pandang hari depan.

seperti sekarang aku sedar untungnya belajar memandu
walaupun aku pencinta kenderaan awam.

membebel.

dalam kata aku mahu membisu, berkajang juga tulisan termunta.

2 comments:

Tetamu Istimewa said...

Walau apapun pilihan yang dibuat, saya doakan yang terbaik. Semoga berjaya.

♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥ said...

Salam ziarah :)
Seronok ada entri baru.

Akak, yakinlah dengan perancangan Allah ini. Hargai nikmat dan syukuri. Pasti ada jalannya.