27 March 2013

selamat tinggal...

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

2.26 pagi.
Mata enggan terlelap. Jemari aku larikan pada papan kekunci. Perut mula berkeroncong walaupun sudah diisi petang tadi. Tidak boleh dilayan selalu.

Perasaan yang indah-indah sudah jarang aku rakamkan dalam gambar dan tulisan. Kesedihan seakan tiada lagi dalam diri. Aku berdiri sebagai aku yang tidak punya perasaan apa-apa dengan kejadian dan situasi silih berganti dalam diri aku belakangan ini. Aku serapkan semuanya dalam diri. Macam span yang boleh serap air sampai kembung. :D

Oktober nanti, mereka akan bergelar graduasi. Semoga aku ada pada hari itu, menyaksikan teman bergraduasi. Andai aku ditakdirkan tidak bersama kalian waktu itu, hanya salam yang dapat aku sampaikan. Aku bangga punya teman yang graduasi dari UIAM. :D

Bersabar dalam pengajian perlukan kekuatan diri dan ketabahan. Bukan itu sahaja. Kesabaran jua. Aku tidak sabar dan melayan diri yang kurang betul pada waktu itu.

Namun semua yang berlaku itu terbaik buat aku. Walau bagaimana sekalipun.

ABCDE....
1234567
sudah sampai manakah perjalanan yang aku tempuh sekarang?
Kita tidak tahu penghujung usia di mana dan bagaimana...
Entah bila...

Kematian demi kematian terentang depan mata.
Satu demi satu, seorang demi seorang ulamak dipanggil Allah kembali.

Bahagian mereka di dunia selesai, sedang aku?
yang masih begitu...

#####################################

Aku akan meninggalkan bumi UIA tidak lama lagi. Beratnya hati, namun perpisahan itu pasti. Mahu atau tidak, aku harus memulakan kehidupan di tempat baharu. Dunia baharu buat aku.

Betapa aku berat meninggalkan teman tersayang, bumi UIA tercinta, semuanya... semua kenangan yang terpahat di UIA...
manis
pahit
kelat
sedih
tawar
rajuk
tangis
ketawa
pujukan
hari lahir yang surprise
gambar bersama
makan-makan
jalan-jalan
jejak dari bilik ke bilik
daki tangga tinggi
"jom keluar."
JJ
tangga besar
kafe yang selalu dikomen
bilik tivi
astaka budiman
Safiyyah
Asma
Hafsa
Sumayyah

semuanya...
bakal menjadi tanda dalam hati,
bumi yang bakal aku tinggalkan ini...
tetap begitu,
tidak akan berubah dengan perginya aku daripada sini.

meneruskan kehidupan sendiri,
langkah yang bukan sama seperti semalam.

##########################

Biarkan perpisahan ini terjadi,
sebab
berpisah selepas bertemu itu pasti.

(sebak)

selepas ini, bertemu lagikah aku kenangan seperti ini?

24 March 2013

# kata-kata yang terlekat di kerongkong

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Melalui hari-hari terakhir di bumi UIAM. Nanti aku hanya mampu menatap potret yang pernah terakam dan tulisan yang pernah aku tulis tentang UIAM. Kesayuan tidak terasa parah. Kerinduan hanya melambai dan menggamit. Perjalanan aku makin menyimpang ke lorong lain, bukan lagi di sini.

hanya mereka yang punya
impian melangit
mampu berusaha sepenuh daya.
di manakah kecintaan selama ini?
apakah semangat sudah padam?
siapakah yang kekal dalam hatimu?

***

ada ketika
tangisan sangat indah
mengingat jiwa yang pernah resah
mengenang gundah
melerai masalah

ketawa, senyum, suka
penawar duka sesiapa sahaja

***

aku suka sembang tentang diri aku dalam dunia maya, dalam penulisan aku.
Ah, aku manusia banyak salah!
Apakah status hati ini sekarang?
Memang, aku seorang yang pentingkan diri sendiri.
kata hatiku saat aku pentingkan diri keperluan sendiri.

***
sudah berkerja tidak boleh meminta wang sesuka hati,
aku masih!
"kak, ada duit tak?"
malu!
terasa tebalnya mukaku!
banyak hati yang aku lukai kerana keputusan demi keputusan yang aku lakukan.

***
kerjalah dahulu sebelum sambung belajar.
belajar memandu, boleh beli kenderaan sendiri.
suatu hari,
aku pasti mengubah prinsip diri tentang kenderaan awam!

****
angan-angan sangat penting
untuk merangka masa hadapan.
"aku tidak pasti apa aku mahu jadi masa depan."

****
suatu hari, ustaz bertanya: "siapakah tokoh yang kamu kagum?"
Orang lain punya jawapan, sedang aku tidak.
Tokohku, ibuku! Ibu yang membesarkan aku selama lapan tahun. Al-fatihah buat ibu.

***
"Bila nak ada buku kedua?"
Aku berani menulis dan menconteng di blog, sebab aku tidak dibayar.
Sedang, menulis buku akan dibayar.
Layakkah aku dibayar dengan apa yang aku tulis?
(soalan untuk diri sendiri)

***
aku semut kecil
yang sedang merayap
makanan yang aku bawa terhad,
akan aku kumpulkan sedikit demi sedikit
bekalan hari depan.

***
"eh, nampak kurus sangat."
Alhamdulillah, asal sihat itu harus aku bersyukur. Tidak mengapa tidak dapat derma darah.

***
keberanian tidak datang jika tidak disemai
ketakutan tidak hilang andai tidak dihalang
gentar tetap di situ saat tidak melawan.

Masihkah mahu melarikan diri?

***
kelana ini masih panjang
entah detik bilakah penghujungnya?
mengikut takdir tertulis
usaha jangan letih!

***
jujurkah aku dengan diri aku sendiri?

***
tentang kerja?
"aku bekerja membancuh kopi. JIka kopi tidak manis, aku tambahkan gula."
maaf, tidak dapat bercerita perihal kerja, walau ada yang minta aku kongsikan.
entah.. tidak terasa mahu coretkan dan abadikan di sini

22 March 2013

Suria tetap muncul

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Cukup!
cukup!
cukup!

Gelora yang kau simpan dalam diri hanya menunggu letupan yang akan menenggelamkan semuanya. Segala-galanya akan terkubur tanpa nisan. Kecamuk diri selaku remaja memberontak sedang membuak-buak dalam diri kau.

"Ah, tidak dapatkah kamu bersabar untuk seminit, sejam, seminggu?"

"Aku tidak tahan." hanya itu jawapan mampu aku beri. Air mata mengalir dan terus mengalir tanpa dipinta.

"Bukankah ini yang kau mahu."

Ah, ini jalan yang aku sendiri pilih. Bukan siapa-siapa yang melorongkannya. Aku sudah 'memusnahkan' satu peluang, banyak peluang yang tersedia depan mata.

Mengapa, ya?

Sebab aku ikutkan kata hati yang kebersihannya sangat diragui. Berada dalam biah solehah dan baik bukan jaminan diri aku juga baik.

Ah, tidak patut kau tulis perkara yang memburukkan diri sendiri.

(ini blog aku)

ketawa sendiri. Apa-apa yang dimiliki bukan milik sendiri. Ada pengawal. Ada Allah perhati.

"cepat carikan aku teman."

Hari itu, aku tersenyum teringatkan kau.

Psiko.

itu kata kau pada aku. Aku yang buat hal sendiri, tidak kenal alam lain.

entah!

Aku dan kau satu jasad. Mengapa tidak mampu bersatu?

19 March 2013

[selalunya, aku hanya tahu menconteng.. dan kini masih menconteng]

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.


Jemari ini tidak penat mahu menconteng walaupun tidak ada kisah baharu untuk dikhabarkan.

Lalu tanpa motif, aku tetap menconteng dan terus menconteng. Contengan yang entah apa-apa. Contengan yang menggambarkan perasaan saat aku menulis. Itulah kebiasaan aku. Sejak dahulu, sampai hari ini. Kononnya mahu berhenti merapu-rapu dan menconteng, aku masih teruskan juga. Aku tulis dan terus menulis kata demi kata yang terlintas...


Mendapat perkhabaran Dr Ghassan Taha mneinggal dunia Ahad lepas. Beliau pernah mengajar aku subjek Survey jika aku tidak silap. Lecturer yang sangat baik.

Eh, tak ada projek baharu ke?
(rasa mahu sorok muka bawah meja)

Aku tidak ada apa-apa untuk diberi. Semakin hari aku makin terfikir apa sebenarnya aku mahu jadi. Tempoh hari, aku tidak dapat jawab saat ustaz tanya siapa tokoh yang aku kagumi. Ah, ulama mana yang aku baca tentang mereka?

Aku banyak melayan novel.

Berada di sana, aku masih seperti aku di sini. Jika ada yang bertanya perihal tempat kerja, aku tidak ceritakan tentang itu di sini. Cukuplah aku katakan aku bahagia.

Sampai bila? Keadaan menentukan...

Malu. Aku masih meminta wang daripada keluarga.







....
rasa mahu tulis banyak-banyak. tapi, entahlah.
baik aku diam.



17 March 2013

Untuk awak i

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.


Awak sangat kuat melalui kehidupan. Selepas lima tahun kenali awak, memang Allah ajar banyak perkara melalui awak. Dalam keadaan sekarang, awak sangat kuat untuk belajar. Awak mampu mengajar empat jam, masuk kelas, fikirkan assignment.

Lucu. cantik. comey.

Itu yang awak selalu katakan sekarang. Saat ada orang melawat (dan saya ada) banyak sekali perkataan lucu terbit daripada mulut awak. Saya tumpang gembira dengan perkembangan awak. Awak akan segera sembuh sebab awak kuat.

kata awak: "lepas balik cuti nanti, dah sihat dah."

Apa kata awak tentang saya?
Awak kata saya sakit sebab saya kurus sangat. :D Awak suka buah epal gala yang saya bawa. Ya, epal gala, buah pear, buah pauh ... itu antara buah yang awak selalu beli suatu masa dahulu.

Awak suka makan bihun tomyam di HS, claypot bihun mak cik, chicken chop ibu ....

Dalam banyak-banyak orang yang melawat, saya yang banyak diam. Saya hanya mendengar orang berbual.

Saya lihat awak macam saya nampak awak sebelum ini. Saya tahu saya perlu lebih banyak bicara dengan awak, tapi depan awak, saya tetap diam. Bila awak tanya, saya jawab... macam dulu-dulu juga.

Awak, saya nampak awak dahulu dan sekarang masih awak yang sama. Awak yang baik dengan semua orang. Awak selalu nak ingat semua wajah yang datang.

"Dah ingat. Hafal dah."

Sebenarnya, awak tak hafal. Awak ingat.

Awak senang menghafal. Boleh belajar dengan baik...

Awak, segera sembuh ya. :)

Saya.

10 March 2013

Tidak Terkeluar Kata.

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Kasih dan sayang Allah melangit.
Tercurah kepada semua manusia tanpa dikira darjat kedudukan

Saat mendengar berita, mata terbuka luas. Benarkah? Dan apabila dia memberitahu sendiri, aku akur. Kun fa ya kun.

Apakah lagi yang dapat aku nafi dan dustakan?
Saat semuanya terlihat depan mata dan bukan fantasi, cerita tivi, tulisan blog atau sekadar cerita.
Aku terdiam, mata enggan basah walau hati terasa mahu menangis.
Allah sayangkan setiap hamba.
Allah sayang kita.

Banyak aku bercerita sekarang,
hati enggan menyimpan rahsia.

Apakah yang lebih indah daripada takdir Allah?

Satu hari, semuanya akan normal! Dengan izin Allah.

kata kakak: "orang yang dekat dengannya yang mainkan peranan."

Hati
jangan menangis
mata
jangan basah
bercerita pada Dia yang tahu segala
dijawab dengan pelbagai cara.

"Sampaikan doa-doa yang baik"

Allah sayang dia.
Allah sayang kita semua

saat terasa ...

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.


Jam di laptop melebihi angka tiga pagi. Mata enggan terpejam malam minggu ini.Penangan lena dan kopi, dia menahan mata daripada terus kantuk. Walaupun tiada apa yang mahu dicoret, dia masih larikan jemari di papan kekunci.


"terasa kehilangan ..."
 Perasaan itu sangat sunyi, setelah puas dia bergelak ketawa hari itu. Lazimnya begitu. Ketawa berlebihan menghasilkan tangis dan sendu di hujungnya. Dia arif. Namun keceriaanlah yang mengubat duka.

Bukan. Tidaklah dia sedang bersedih sekarang. Melawan kata-kata yang bersabung dalam diri sendiri. Menangkis pemikiran yang sesaat hadir, kemudian pergi menjauh.

"Banyakkan tangisan mengenang dosa daripada ketawa yang melemahkan jiwa"
 Dia terdiam. Separuh masa terhabis di depan laptop tanpa faedah. Kerja tidak berlangsung dengan aman. Dia leka mengikut hati yang terasa jauh sekali...


Ada doa yang cepat Allah kabulkan, ada yang Allah simpan, ada yang Allah berikan lebih baik. 

sesekali jangan rebah. terus tabah. hadapi segalanya sampai kebah.

Percaya, pada semuanya ada kebaikan...

08 March 2013

#kata-kata

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.


Perkara paling sukar adalah mahu memberi sesuatu yang tidak dimiliki. Itu kata aku. Sedangkan berapa ramai-ramai yang sentiasa memberi dan selalu mahu dan terus memberi. Hanya aku yang masih suka mereka-reka alasan. Hidup sebuah perjuangan yang ada menang kalah. Kalah pada diri sendiri kekalahan paling besar, sebab diri sendiri paling kenal laku sendiri.

 Memang berulang kali aku katakan, dan masih tetap aku katakan. Dunia persahatan sangat misteri. Untungnya mereka yang bersama sahabatnya yang dalam kesusahan dan ujian. Berapa ramai yang diamkan diri kala bantuan diperlukan -AKU- Kala senang aku gelak bersama. Saat keadaan memerlukan, di manakah seorang aku berdiri? Hanya duduk di satu sudut dan perhati. Alangkah!

Dia kotakan kata dengan perbuatan. Dia ada dan menghiburkan. Benarlah Allah paling tahu kekuatan setiap hamba. Allah beri apa kita suka, Allah beri apa kita tidak suka. Semuanya ada SEBAB.

Keruh dalam hati menjadi keladak yang mengurangkan senyum.
Gabra!

Dia ada saat aku perlu,
adakah aku kala dia mahu?

Apabila dapat terima kenyataan, aku keluarkan kenyataan.


04 March 2013

bisik-bisik

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

jemari yang enggan bersahabat dengan aku kini,
dia tidak mengizinkan kisah baharu mengisi laman ini,
hati mahu berkongsi,
jemari bertegas memadam tulisan yang sudah tercatat berbaris-baris.

Tidak mudah menjawab soalan: dah habis belajar?
Apabila aku menjawab, akan ada jawapan-jawapan lain yang perlu aku panjangkan lagi.
Berdiam bermakna aku mendustakan kebenaran.

Akan masuk minggu kedua aku memulakan tugas.
kekok, kaku, aku hanya menghabiskan masa di kerusi sendiri.
kini, ada impian baru terselit dalam diri.
andai ditunai hajat menyambung pengajian, aku melepaskan tugas ini.

Ya, aku sayang tugas ini,
aku suka kerjaya ini,
namun
aku perlu pandang hari depan.

seperti sekarang aku sedar untungnya belajar memandu
walaupun aku pencinta kenderaan awam.

membebel.

dalam kata aku mahu membisu, berkajang juga tulisan termunta.

03 March 2013

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

 ini saat-saat yang mana aku hanya pandang blog ini hari-hari tanpa ada rasa mahu menulis sesuatu. Mungkin ada yang bertanya hari-hari yang aku lalui selepas seminggu bekerja. Aku tidak mahu kongsikan hal itu di sini. Dan sekarang aku mengulang rutin sebagai seorang bekerja, yang memang berbeza dengan dunia belajar. Paling menggembirakan, dapat belajar perkara baharu setiap hari. Paling utama, niat yang harus dibetulkan setiap hari supaya tidak terpesong. 

Semoga ada ruang menyambung belajar suatu hari nanti. :)