Skip to main content

Tentang DUA

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.



Dua puluh enam Februari dua ribu tiga belas. Ada dua kisah kisah yang mahu aku ceritakan. Perihal hari kedua aku bekerja dan bengkel kedua Ma’ruf Pena. Aku budak sedang belajar. Mencari titik kekuatan dan mengembalikan keberanian.

Cerita 1.

Hari kedua aku bekerja di bawah selian ustazah. Kesalahan banyak dilakukan, sebab aku harus membiasakan diri dengan perkara yang betul bukan sesuatu yang aku rasakan betul. Perlu menjadi seorang yang sensitif walau kesalahannya hanya satu titik atau tersalah tanda bacaan. Belajar, belajar dan terus belajar.

Kita mulakan dengan kisah semalam. Hari pertama seorang bernama Jamilah melangkah ke dunia pekerjaan. Masih malu-malu alah dengan para senior.

Pagi Isnin 25 Febuari aku mulakan dengan langkah kanan menuju tangga besar.  Aku bakal memulakan tugas di Sri Damansara. Tepatnya di Telaga Biru.

Cuaca redup. Sedingin hati dan perasaanku.

“Dah bersedia mahu menerima tugas yang banyak?” “Perlu menyediakan mental.” Di sana, tugas bermula dan aku dibawa berkenalan dengan staf di sana. Hari pertama memulakan kerja, aku dibekalkan alat tulis dan meja bekerja.

Pagi kami dimulakan dengan solat Dhuha dan tazkirah. Zohor dan Asar berjamaah dan makan tengahari disediakan. Memang aku tidak bergerak ke mana-mana setelah berada dalam bangunan Biru. Bermula jam 9 pagi sehingga lima petang.

Hari pertama selesai dan aku terlentok awal pada malamnya. Terasa enggan meninggalkan tempat tidur esoknya.

Hari ini hari kedua. Aku mesti memulakan niat baharu. Belajar dan terus belajar. Masih banyak salah, tetapi harus terus belajar.

Suka aku kongsikan kata-kata Ustaz Fawwaz dalam kuliahnya tadi.
• Al-Quran perlu dilafazkan bukan dibaca dalam hati. Sebab itu tidak ingat. Baca menggunakan mulut akan lebih terkesan dan mudah ingat
• Mesti belajar matan sebelum faham sesuatu perkara. Apabila kita tinggalkan matan, itu yang susah faham.
• Kita ini orang berakal awam atau berakal sistematik?
• Manusia memahami al-Quran dengan jalan berbeza-beza
• Sesiapa mencintai Allah, mesti mencintai bahasa Arab. Gulp! Terasa tertelan pasir. Memang pipi panas, terasa ada tangan menampar!
• Syair itu perhiasan ulamak. (baru aku aku lagu man ana dendangan Brothers adalah terjemahan syair Syeikh Yusuf al-Qaradhawi.

Cerita Dua.

Sedih mahu meningglkan kelas Ma’ruf Pena tadi. Ini kelas terakhir yang aku hadiri. Selepas ini kemungkinan besar aku tidak berkesempatan hadir. Namun dia ruang itu ada, pasti aku sempatkan diri ke sini lagi. Kelas yang bukan mudah diperoleh.

Kelas dimulakan dengan perkongsian saudara Hafizul Faiz. Antara yang ditulis beliau di papan putih.

-ciri-ciri novel
*tema
*plot dan subplot
*watak dan perwatakan
*Sudut Pandangan
*Gaya Bahasa

PLOT : sebab dan akibat
*plot kronlogi (ABCD)
*Plot jungkir balik (ADBC)
*antiplot –tiada plot
Plot konvensional (awal ---- tengah --- akhir)

Tema malar segar *agama*politik* sejarah

Ini sebahagian perkongsian ustaz. Edisi tulis semula :)

Rahsia menulis cerpen atau novel.
1)Fokuskan mahu menulis cerpen atau novel
2)Cari pengarang yang anda minati atau mahu menulis sepertinya
3)Baca semua novel/cerpen beliau dan analisis
4) Tulis. Meniru pada permulaan biasa. Lama kelamaan akan membentuk gaya bahasa sendiri

“Di sebalik seorang penulis ada editor.” Editor seperti mak andam yang tugasnya mencantikkan pengantin. Justeru, kenal editor anda.

Kenal Tuah Sujana? Beliau antara anak muda yang menembusi Dewan Sastera. Mahu betul-betul menulis, harus benar-benar merancang dan ada aim.

Dalam sastera ini yang paling tinggi makam (kedudukannya)
^^^ puisi
^^^cerpen
^^^novel
^^^drama

Jika permulaan zaman Aristotle mementingkan drama pentas yang ada tragedi, Islam didatangkan al-Quran bagi melawan syair Jahili.

Mahu tulis tema cinta? Boleh sahaja kembangkan skop CINTA itu. Bukan hanya melihat cinta sesama manusia. Lihat kisah Laskar Pelangi yang menceritakan kisah kecintaan anak-anak miskin pada pelajaran.

Untuk antiplot, mungkin sahaja dalam bentuk dialog keseluruhan cerita. Ia diterima akhbar dan majalah untuk disiarkan sebab isinya.

Petua menghantar karya
  • faham kehendak media sasaran
  • cari isu berkaitan. Contohnya bulan Mei ada hari ibu. Jadi, bulan April boleh menghantar karya dengan isu tersebut. Peluang tersiar lebih terbuka luas.
Paling penting, berani. Tanpa keberanian, karya hanya akan tersimpan! 

Ini kisah minggu lepas. :)

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub