17 February 2013

Shamsiah Fakeh, Azzah AR

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.


Beliau seorang perempuan. Anak kepada Sutan Fakeh. Beliau membesar sebagai gadis dan berakhir sebagai pejuang kemerdekaan. Kisah ini sisi jujur seorang Shamsiah Fakeh yang dikata seorang anggota PKM. Beliau pejuang yang tidak didendang. Ah, berapa banyak sejarah yang digelapkan demi melindungi orang yang punya kepentingan.

Shamsiah Fakeh menemani perjalanan aku semalam. (UIA ---> LRT GOMBAK ---> LRT Asia Jaya ---> Metro 99 ke Kota Damansara) dan pulangnya. Membacanya rentetan kisah beliau sejak kecil sehingga beliau meninggal pada 2008, meninggal kesan dalam diri. Seorang pejuang  yang benar-benar berjuang demi negara.

Bacalah, untuk tahu kisah sebenar!

"Tiada apa yang aku kesalkan. Beribu-ribu pejuang telah berkorban semasa berjuang demi kemerdekaan. Mereka juga tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan atau kemewahan daripada perjuangan mereka."

2 comments:

jhnrdzi said...

sudah lama saya tunggu kalau-kalau ada orang sudi menulis review pasal buku ini.

terima kasih atas perkongsian ya (:

Jamilah Mohd Norddin said...

jhnrdzi,

di goodreads juga ada beberapa review tentang novel ini:

http://www.goodreads.com/book/show/11341362-shamsiah-fakeh