12 February 2013

Nian Hati Salsabila

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Sehari suntuk selepas pertama kali aku pegang buku ini, dihabiskan dengan membaca Nian Hati Salsabila. Ia novel yang sarat dengan terbiah dan ditulis oleh Ustaz Zahiruddin Zabidi. Seorang penulis prolifik yang banyak artikelnya di majalah-majalah tempatan dan telah menghasilkan banyak buku. Ini novel pertama beliau saya kira.

Pengalaman seorang yang bekerja sebagai jururawat. Ceritanya bermula Naurah Salsabila, nama watak utama yang bertukar sekolah ke Tanah Rata Cameron Highland dan bertemu Ustazah Humaira. Seputar kehidupan Naurah (nama panggilan watak utama dalam ini walaupun tajuknya Salsabila) sejak sekolah menengah hingga alam pekerjaan. Ustazah Humaira adalah murabbi yang menyuntik semangat Naurah.

Kuat berpegang kepada prinsip dan tidak mahu ber'couple' selagi belum masa. Saat melihat teman-temannya sudah berkahwin dan punya anak, rasa itu hadir dalam dirinya. Lumrah seorang gadis. :)

Mungkin bagi aku, pengalaman beliau di hospital sebagai jururawat boleh diceritakan lebih terperinci, atau sebenarnya tujuan utama pengarang mahu menceritaka sisi tarbiah yang dilalui Naurah Salsabila. Naurah ada perjuangan. Kerjaya jururawat menjadi ladang pahala.

Novel ini harus dibaca mereka yang 'bekerja' dalam bidang tarbiah dan dakwah. Pengalaman yang mencetus senyum, cerita "GAS" "Akhawat" "Ahli Parlimen Lembah Pantai" cepat sahaja pembaca menangkap cerita sebenarnya.

Nian Hati Salsabila, semoga ada sambungannya. 

No comments: