Skip to main content

(^___________________^)

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.



Sajak – Kampung Nurani

Aku menginjak sebidang tanah kerinduan
yang lama berkampung di hujung nurani
kekal melirik abadi dalam nostalgia cinta hakiki
di mana becak lumpur dan sekawan kerbau
yang pernah hadir di dalam potret mimpiku
simfoni angin dan tingkah merdu terkukur
menghambat kenangan
waktu berlarian di batas bendang menyusur
denai pohon merakam pak tani menuai kasih
pada tanah rezeki
di situ kau berbudi yang melebat kasih insani
di tanah perkebunan nurani
menguntum manis keakraban intim sekampungan
berganding menebas kecekalan
yang bersawang di bumi kerukunan.

Aku mencari sebidang tanah nuraniku
yang perlahan-lahan dikambus waktu
harum serambi tradisi yang sekian lama
membenihkan pekerti
dirampas cengkam kuku-kuku kemajuan
yang entah dari mana berhembus
membawa desir petualang dan rakus sumbang
melatari potret kampung nuraniku
yang dahulu hijau dan berkaca
yang dahulu memukau dan abadi sejahtera.

NAZRI HUSSEIN
Kemaman, Terengganu.

***************************************

# Aduhai, saat kita perlu meninggalkan tanah kelahiran, pasti rindu mencuit diri. Sawah nan hijau, cengkerik berlagu menemani malam-malam yang sunyi, suara kicau burung menghibur hati, ngiau kucing yang walau kadang mengundang mara, tetap meneman diri. 

Saat kita makin jauh daripada desa kelahiran, harum tanah yang dipijak akan terhidu di indera. Saat melalui jalan-jalan sesak dengan bau tidak menyenangkan, teringat akan segar bau rumput selepas dipotong. 

Desa tercinta, kerinduan yang tidak akan padam.

Mahang, 2013.

# "eh, hang duduk di mana?" "Aku duduk di Mahang, Karangan." "Oh, patutlah hang suka menulis. Duduk pun di karangan."

# Aku masih tidak tahu mengapa dinamakan Kampung Bukit Kabu. Sebab dahulu di kawasan ini banyak pokok kabukah? Jika Kulim dan Mahang, tahulah saya ia nama buah dan pokok, karangan? Mengapa ya?

Comments

najihahusna said…
akak orang kedah ya ?

:)
najihahusna,

:) ya. lebih tepatnya Mahang, Karangan, Kulim, Kedah.

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub