Skip to main content

Tiga Novel Jiwang yang Dibaca Sepanjang Cuti

Lama tidak membaca novel jiwang karat. Cuti ini, tiga buah novel remaja aku baca, duanya aku beli sebab pengarang dan sebuah lagi sebab diberi percuma. Alang-alang ada, aku baca hingga muka akhir. 


1) Dewa Cintaku: Dilla Hussein. (10-11 Januari 2013)

Setelah tamat pengajian di sekolah menengah, aku meninggalkan kecederungan membaca novel cinta popular dan mencari bahan bacaan lain, masih kebanyakan bahan bacaan aku adalah fiksyen.

Dewa Cinta yang ditulis Dilla Hussein, aku baca sementelah ia novel percuma. Orang beri, kita baca. Tidak banyak, sedikit bahasa moden yang digunakan mengganggu kesenangan aku sebagai pembaca. Keenakan aku sebagai pembaca, terasa tidak lancar saat bahasa percakapan berselerakan di sana sini. Aku teruskan juga membaca sampai muka akhir.

Tidak perlu aku panjangkan sinopsis, sebab dapat diterka jalan ceritanya. Dua insan bernama June dan Iqbal bertemu dan akhirnya berkasihan. Dipendekkan cerita, saat klimaks perkasihan mereka, mendapat perkhabaran yang mereka dua bersaudara yang terpisah. Mereka membawa diri hingga akhirnya mendapat tahu bahawa mereka bukan saudara kandung. Demikianlah alkisahnya.

Sekadar bacaan ringan, aku layan sambil senyum seorang diri. Keghairahan menghadam novel begini aku kurangkan, dan berusaha memilih bahan bacaan yang lebih mengutamakan kesantunan berbahasa. Efek bahan bacaan pada diri, terlantun pada tulisan tanpa sedar.

2) Kau Yang Kusayang ... Kamariah Kamaruddin
Aku beli novel ini di Big Bad Wolf 2012. Faktor utama, pengarangnya bernama Kamariah Kamaruddin (sekarang Dr). Tambahan, harganya RM8. Aku terus letakkan buku ini dalam beg yang dibawa. Dua hari aku peruntukkan untuk menghabiskan 287 muka yang bercetak.

Sepanjang perjalanan cerita, banyak ayat al-Quran dan hadis yang dipetik pengarang bersesuaian dengan cerita. Kisah hidup Nuramalina sejak bersekolah rendah hingga akhirnya mengikat tali pertunangan dengan jodohnya. Dia seorang gadis yang bijak membawa diri. Gadis desa yang belajar di UM. Dia bertemu rakan lamanya di sana bernama Fauzi. Digambarkan mereka berkawan yang akhirnya terpisah ketika Fauzi melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ayah Fauzi menghalang perhubungan mereka kerana status. Akhirnya, Nuramalina bertemu jodohnya denganorang lain.

“kekuatan seseorang bukan terletak pada jumlah kegagalan yang dihadapinya, tetapi terletak pada bangunnya seseorang selepas jatuh.”-m/s 57

Jodoh itu rahsia. Perempuan yang menjaga dirinya akan dipertemu jodoh selayaknya. Kisah ini satu contohnya. =]

3) Untukmu Hana, Salina Ibrahim.
Separuh hari aku peruntukkan hanya membaca novel ini. Sebab aku beli, pengarangnya bernama Salina Ibrahim. Beliau salah seorang yang walau tidak aku ikuti setiap perkembangan karyanya, masih menginspirasi aku menulis. Beliau suka mengangkat watak wanita yang ada perjuangan.

Demikian Untukmu Hana ... Kisah Hana yang tahu dia anak angkat ketika berusia 24 tahun. Dia dibesarkan oleh sepasang doktor yang tidak punya cahaya mata, merangkap teman ibu kandungnya. Ibu kandungnya seorang anak tunggal yang dimanja ayah dan dibawa ke perjumpaan yang disertai ayahnya. Selepas ayahnya meninggal, ibunya tidak membenarkan dia menyambung pengajian sedangkan dia punya cita –cita tinggi. Dia akan dijodohkan dengan orang lain. Darah muda membawanya mencari kekasihnya, seorang berbangsa Cina yang memeluk Islam, dan mereka bernikah. Dia ke kota dengan alasan berkursus dan akan mengikut saranan ibunya untuk berkahwin setelah pulang. Setelah beberapa ketika, ibu kandung Hana pulang ke kampung, dan mendapat khabar suaminya meninggal dunia. Dia pula mengandung anak. Akhirnya dia berterus terang dengan bakal suaminya. Ibu kandung Hana membawa diri ke kota sekali lagi, bertemu pasangan doktor merangkap temannya itu, di situlah Hana lahir.Ada rentetan kisah yang akhirnya membawa pembongkaran identiti Hana.

Bahasanya santun, dan manis sekali saat aku menghadamnya. Kisah ini berlatarkan pelajar universiti dan perkampungan di Perak yang merupakan negeri kelahiran pengarang. Kisah-kisah desa, dunia pelajar, pejuangan wanita, terasa cepat mata menangkap barisnya saat aku baca. Walaupun telah lama buku ini terbit, tidak ketinggalan rasanya walau aku baharu sekali ini membacanya.

Demikian, sedikit catatan aku setelah membaca tiga buku ini.  Mulanya mahu dibuat satu catatan setiap buku yang usai dibaca, aku batalkan melihat setiap catatan adalah coretan pendek sepanjang pembacaan.

Comments

Tetamu Istimewa said…
Saya pernah membaca Untukmu Hana.

Kau yang Kusayang cari tak jumpa.

Kamariah Kamarudin dan Salina Ibrahim dua nama besar dalam dunia penulisan ini.
Tetamu Istimewa,

Benar. Antara penulis wanita dalam arena sastera tanah air.

Saya tertanya juga masih beroperasi CESB yang dahulu banyak menerbitkan novel melayu.

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub