31 January 2013

Simpan Untuk Yang Halal, RInzuas

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Rinzuas, pemilik blog Sidratul Muntaha antara teman yang dikenali melalui penulisan sebelum Allah izinkan kami bertemu penghujung 2012.

Menurut beliau, "Simpan Untuk Yang Halal" sudah lama ditulis, dan hasil istikharah meyakinkan beliau untuk menghantar manuskripini ke JS Adiwarna.

Sinopsis di Goodreads:

Ini kisah pencarian seorang ‘Zulaikha’ yang mencari ‘Yusuf’nya.

Diari hijau muda menjadi saksi liku-liku hidup Hani Zulaikha dari alam remaja sehinggalah ke alam dewasa. Hani Zulaikha, dia bukan sembarangan gadis. Ketegasan dan sikapnya yang prejudis terhadap kawan-kawan yang mula berpasang-pasangan (lelaki dan perempuan) telah mengundang ujian buatnya.

Benarlah, kita selalunya diuji dengan apa yang kita katakan...

Hani Zulaikha jatuh cinta dengan Mohamad Faris. Ah sudah...

Tetapi, nama lelaki itu hanya berani dia coret di dalam diari hijaunya. Cintanya pada Faris dipendam dalam-dalam sehinggalah mereka bertemu kembali semasa majlis alumni sekolah. Ikrarnya untuk tidak bercinta sebelum bernikah lenyap begitu saja. Faris datang menagih cintanya dan Hani Zulaikha rela menghulur cintanya.

Namun, langit tidak selalu cerah. Setelah hampir dua tahun menyulam kasih, Hani Zulaikha dibiarkan oleh Faris dengan harapan setinggi langit.

Faris, sampainya hati...

Tapi, Allah Maha Baik. Perancangan Tuhan, tiada siapa yang tahu. Kepergian Faris membawa seribu satu rahmat buatnya. Pencarian 'Zulaikha" mencari 'Yusuf'nya tidak berhenti di situ saja. Kehadiran seorang lelaki yang tidak disangka-sangka telah membuka cerita baharu dalam diari hijau muda itu.

Zikri. Ahmad Zikri. Ahmad Zikri bin Ahmad Kamal

Bahasanya mudah sampai kepada pembaca sasaran: remaja. Kekuatan cerita ini adalah bahasanya yang segar dan boleh menarik minat pembaca. Tentu sahaja pengarang ini banyak membaca.

Kisah Hani Zulaikha mencari Yusufnya. Membaca kisah ini membawa aku ke zaman persekolahan hingga universiti. Pembahagian bab tidak pada muka baharu, sebab setiap bab tidak panjang. Dengan ketebalan 356 muka, terdapat 90 bab.

Antara wataknya Hani Zulaikha, Faris dan Zikri. Bagaimana kesudahannya, harus dapatkan di pasaran,terbitan JS Adiwarna.

Buat Rinzuas, terus dan terus menulis. Sokongan saya adalah dengan mendapatkan buku kamu.
ps: sudah ramai teman yang menerbitka buku sendiri. Menanti buku umairahshafei.

2 comments:

Sidratul Muntaha said...

Terima kasih jamilah untuk sokongan padu daripada kamu. Insyaa Allah, selagi niat ini lurus akan terus menulis sampai mati.

Saya sedang mengumpul stamina untuk buku yang kedua. Mohon doanya.

Untuk jamilah yang pemalu dan sahabat yang belum pernah bertentang mata, Umairah,

'Mari sebarkan kalimah-Nya.Insyaa Allah.''

=)

Jamilah Mohd Norddin said...

Sidratul Muntaha.

:)

Terima kasih. Tidak sabar menanti kelahirannya.