"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.
26 Januari 2013, saya merindukan kenangan suatu ketika berbengkel bersama sifu Azmah Nordin. Walaupun gagal menyiapkan walau sebuah cerpen sepanjang berbengkel, akhirnya manuskrip bertajuk “Tekad” disudahkan dan diterbitkan dengan judul “Friends Forever”. Dalam mencari rentak dan mengecas semangat yang kian ke titik akhir, saya semak kembali tulisan-tulisan sifu Azmah Nordin di blog beliau, SASTERA. Walaupun kini saya tidak lagi berbengkel secara maya bersama beliau, ingatan masih kuat kepada guru berjasa ini. Tidak pernah bersua, hanya tulisan menghubungkan kami. Dan semakin hari, semakin ramai ‘pelajar’ di blog SASTERA yang menerbitkan buku dan karya mereka tersiar di media. Saya tumpang gembira dapat merasai pengalaman itu.
Biar saya catatkan ingatan-ingatan manis buat tatapan saat semangat terasa menjunam. Kata sifu, menulis perlukan pengorbanan.
2. Gambarkan riak muka (mimik muka, mungkin sedih, marah, gembira, bingung) orang itu.
3. Kemudian, gunakan metafora untuk menggambarkan suatu tempat yang indah (warna, bau, udara, cuaca, fauna dan floranya).
4. Gambarkan anda menegur orang itu, dengan menggabungkan no 2 & 3 di atas.
5. Gambarkan orang itu berpaling ke arah anda, dan bagaimana reaksinya apabila melihat wajah anda, cuba menjawab teguran anda tp tidak begitu mendengar apa yang dikatakan anda sepenuhnya.
6. Sekarang, bentuk semula tindak-balas (perasan, pemikiran) anda terhadap orang itu dalam bentuk Cerpen.
7. Atau, mungkin anda boleh menulis dari sudut pandang orang itu pula. Pasti lebih menarik, rasanya
b. Tulis cerita secara terbalik? (mencari kelainan dengan memulakan cerita dengan bahagian akhir)
c. Minda yang resah (atasi dengan bertenang dan FOKUS)
d. Pengalaman hidup (pengalaman diri sendiri dan orang lain)
e. Kenali format penerbit (tahu matmalat penulisan anda: novel dewasa, remaja, kanak-kanak. Anggap diri anda seorang penjual)
f. Simpan matlamat anda dalam buku log (catat matlamat penulisan anda, dan lihat anda pemuhi atau tidak matlamat itu. )
g. Novels vs. Cerpen (cerpen padat dan singkat. Novel lebih kompleks, mencabar, rumit, menyeronokkan)
h. Memerhatikan orang lain(duduk di tempat ramai orang, bawa buku nota, catatkan perwatakan orang lain)
i. Ikut jejak perwatakan (tulis perwatakan setiap watak. Ini membantu konsistensi dalam penulisan cerita hingga akhir)
j. Menulis untuk menulis semula (karya tidak tamat selagi kita tidak puas. Tulis dan baiki)
*** dipetik daripada blog sastera

# Menghasilkan sebuah novel; tidak seperti menangani sebuah jentera mesin, misalnya, atau masak rendang ayam – ia bukan suatu kemahiran yang boleh dipelajari. Tiada satu pun piawai untuk menentukan cara bagaimana hendak melakuannya, juga samada apa yang buat itu yang terbaik ataupun tidak. Juga, tak bermakna sekali anda telah menghasilkan karya terbaik, tidak bermakna karya-karya anda yang seterusnya akan sebaik yang pertama. Yang pasti, hampir keseluruhan proses penulisan kreatif itu sendiri penuh dengan misteri, dan selalunya tanpa syarat.
# hanya dengan keazaman yang teguh, kesabaran yang bukan alang kepalang dan percaya pada apa perjuangan/mesej yang ingin kita sampaikan lewat karya itu saja, yang boleh mempastikan sesebuah karya kreatif boleh siap dengan sempurnanya.
#PETUA SELANGKAH DEMI SELANGKAH:1. Fokus fikiran dan gambarkan muka seseorang dalam tulisan anda
2. Gambarkan riak muka (mimik muka, mungkin sedih, marah, gembira, bingung) orang itu.
3. Kemudian, gunakan metafora untuk menggambarkan suatu tempat yang indah (warna, bau, udara, cuaca, fauna dan floranya).
4. Gambarkan anda menegur orang itu, dengan menggabungkan no 2 & 3 di atas.
5. Gambarkan orang itu berpaling ke arah anda, dan bagaimana reaksinya apabila melihat wajah anda, cuba menjawab teguran anda tp tidak begitu mendengar apa yang dikatakan anda sepenuhnya.
6. Sekarang, bentuk semula tindak-balas (perasan, pemikiran) anda terhadap orang itu dalam bentuk Cerpen.
7. Atau, mungkin anda boleh menulis dari sudut pandang orang itu pula. Pasti lebih menarik, rasanya
# Penulis terbaik, lazimnya, turut melibatkan emosi mereka semasa berkarya, dan pembaca akan mengutip perasaan yg disalurkan lewat karyanya.
# PETUA PENULISAN KREATIFa. Apa yang boleh buat anda bahagia (emosi yang digunakan boleh menguatkan karya)
b. Tulis cerita secara terbalik? (mencari kelainan dengan memulakan cerita dengan bahagian akhir)
c. Minda yang resah (atasi dengan bertenang dan FOKUS)
d. Pengalaman hidup (pengalaman diri sendiri dan orang lain)
e. Kenali format penerbit (tahu matmalat penulisan anda: novel dewasa, remaja, kanak-kanak. Anggap diri anda seorang penjual)
f. Simpan matlamat anda dalam buku log (catat matlamat penulisan anda, dan lihat anda pemuhi atau tidak matlamat itu. )
g. Novels vs. Cerpen (cerpen padat dan singkat. Novel lebih kompleks, mencabar, rumit, menyeronokkan)
h. Memerhatikan orang lain(duduk di tempat ramai orang, bawa buku nota, catatkan perwatakan orang lain)
i. Ikut jejak perwatakan (tulis perwatakan setiap watak. Ini membantu konsistensi dalam penulisan cerita hingga akhir)
j. Menulis untuk menulis semula (karya tidak tamat selagi kita tidak puas. Tulis dan baiki)
# Penulisan kreatif adalah apa saja, di mana penulisnya menggambarkan buah fikir, gejolak perasaan, daya imaginasi dan daya kreaviti yang tentunya unik apabila penulis menceritakan dari pengalamannya yg tersendiri - bukan sebaliknya hanya melaporkan peristiwa ataupun berita. Penulisan kreatif digarap dengan bahasa yang segar, menyusunan ayat yang indah lagi mencabar, dan berunsur murni.
# Hanya kerana telah membaca ratusan atau ribuan novel, tidak bermakna kita boleh terus menghasilkannya sendiri
# Tips untuk penulis baharu: menulis setiap hari walau hanya 30 minit. Jika idea terbantut, bawa buku nota dan kaitkan apa sahaja dengan cerita (sekarang, bawa telefon pintar nan canggih sahaja). Kenal pasti waktu paling ideal menulis. Draf pertama --) simpan beberapa hari --) semak (sendiri atau minta bantuan). Bina nama dengan menyertai pertandingan penulisan kreatif --) kunjungi website dan belajar tentang tips dan dunia penulisan kreatif. Yakin anda mampu buat seperti orang lain.
*** dipetik daripada blog sastera
Comments
Ya, selalunya saya menulis dalam satu-satu masa beberapa buah karya. Jika sudah buntu dengan karya ini akan bertukar ke karya lain pula. Selalunya, draf atau karya yang siap perlu direhatkan sekejap sebelum disemak semula. Jika tidak, kita tidak dapat mengesan kesilapan jika ada. Tiada perbezaan dan perbandingan kerana proses pembacaan itu sudah tidak lut lagi. Jadi sebagai penulis andalah pembaca, penyunting dan segala-galanya.
Teruskan menulis Jamilah.
saudara juga harus berkongsi proses kepengarangan saudara. Teringin untuk tahu bagaimana boleh sentiasa tekal menulis.
Terus menulis dan berkongsi di blog juga boleh, kan?
"Burning Desire"
Kemahuan yang meluap-luap mahu hasilkan sesebuah karya mampu merealisasikan impian.
Kita tiada kesempurnaan...tulis sahaja apa yang dekat dengan kita berpandukan ilmu penulisan yang baik.
Wallahualam.