Skip to main content

Pesan-pesan sifu Azmah Nordin.

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

26 Januari 2013, saya merindukan kenangan suatu ketika berbengkel bersama sifu Azmah Nordin. Walaupun gagal menyiapkan walau sebuah cerpen sepanjang berbengkel, akhirnya manuskrip bertajuk “Tekad” disudahkan dan diterbitkan dengan judul “Friends Forever”. Dalam mencari rentak dan mengecas semangat yang kian ke titik akhir, saya semak kembali tulisan-tulisan sifu Azmah Nordin di blog beliau, SASTERA. Walaupun kini saya tidak lagi berbengkel secara maya bersama beliau, ingatan masih kuat kepada guru berjasa ini. Tidak pernah bersua, hanya tulisan menghubungkan kami. Dan semakin hari, semakin ramai ‘pelajar’ di blog SASTERA yang menerbitkan buku dan karya mereka tersiar di media. Saya tumpang gembira dapat merasai pengalaman itu.

Biar saya catatkan ingatan-ingatan manis buat tatapan saat semangat terasa menjunam. Kata sifu, menulis perlukan pengorbanan.

#  Menghasilkan sebuah novel; tidak seperti menangani sebuah jentera mesin, misalnya, atau masak rendang ayam – ia bukan suatu kemahiran yang boleh dipelajari. Tiada satu pun piawai untuk menentukan cara bagaimana hendak melakuannya, juga samada apa yang buat itu yang terbaik ataupun tidak. Juga, tak bermakna sekali anda telah menghasilkan karya terbaik, tidak bermakna karya-karya anda yang seterusnya akan sebaik yang pertama. Yang pasti, hampir keseluruhan proses penulisan kreatif itu sendiri penuh dengan misteri, dan selalunya tanpa syarat.

#  hanya dengan keazaman yang teguh, kesabaran yang bukan alang kepalang dan percaya pada apa perjuangan/mesej yang ingin kita sampaikan lewat karya itu saja, yang boleh mempastikan sesebuah karya kreatif boleh siap dengan sempurnanya.

#PETUA SELANGKAH DEMI SELANGKAH:
1. Fokus fikiran dan gambarkan muka seseorang dalam tulisan anda
2. Gambarkan riak muka (mimik muka, mungkin sedih, marah, gembira, bingung) orang itu.
3. Kemudian, gunakan metafora untuk menggambarkan suatu tempat yang indah (warna, bau, udara, cuaca, fauna dan floranya).
4. Gambarkan anda menegur orang itu, dengan menggabungkan no 2 & 3 di atas.
5. Gambarkan orang itu berpaling ke arah anda, dan bagaimana reaksinya apabila melihat wajah anda, cuba menjawab teguran anda tp tidak begitu mendengar apa yang dikatakan anda sepenuhnya.
6. Sekarang, bentuk semula tindak-balas (perasan, pemikiran) anda terhadap orang itu dalam bentuk Cerpen.
7. Atau, mungkin anda boleh menulis dari sudut pandang orang itu pula. Pasti lebih menarik, rasanya

# Penulis terbaik, lazimnya, turut melibatkan emosi mereka semasa berkarya, dan pembaca akan mengutip perasaan yg disalurkan lewat karyanya.

# PETUA PENULISAN KREATIF
a. Apa yang boleh buat anda bahagia (emosi yang digunakan boleh menguatkan karya)
b. Tulis cerita secara terbalik? (mencari kelainan dengan memulakan cerita dengan bahagian akhir)
c. Minda yang resah (atasi dengan bertenang dan FOKUS)
d. Pengalaman hidup (pengalaman diri sendiri dan orang lain)
e. Kenali format penerbit (tahu matmalat penulisan anda: novel dewasa, remaja, kanak-kanak. Anggap diri anda seorang penjual)
f. Simpan matlamat anda dalam buku log (catat matlamat penulisan anda, dan lihat anda pemuhi atau tidak matlamat itu. )
g. Novels vs. Cerpen (cerpen padat dan singkat. Novel lebih kompleks, mencabar, rumit, menyeronokkan)
h. Memerhatikan orang lain(duduk di tempat ramai orang, bawa buku nota, catatkan perwatakan orang lain)
i. Ikut jejak perwatakan (tulis perwatakan setiap watak. Ini membantu konsistensi dalam penulisan cerita hingga akhir)
j. Menulis untuk menulis semula (karya tidak tamat selagi kita tidak puas. Tulis dan baiki)

#  Penulisan kreatif adalah apa saja, di mana penulisnya menggambarkan buah fikir, gejolak perasaan, daya imaginasi dan daya kreaviti yang tentunya unik apabila penulis menceritakan dari pengalamannya yg tersendiri - bukan sebaliknya hanya melaporkan peristiwa ataupun berita. Penulisan kreatif digarap dengan bahasa yang segar, menyusunan ayat yang indah lagi mencabar, dan berunsur murni.

# Hanya kerana telah membaca ratusan atau ribuan novel, tidak bermakna kita boleh terus menghasilkannya sendiri
# Tips untuk penulis baharu: menulis setiap hari walau hanya 30 minit. Jika idea terbantut, bawa buku nota dan kaitkan apa sahaja dengan cerita (sekarang, bawa telefon pintar nan canggih sahaja). Kenal pasti waktu paling ideal menulis. Draf pertama --) simpan beberapa hari --) semak (sendiri atau minta bantuan). Bina nama dengan menyertai pertandingan penulisan kreatif --) kunjungi website dan belajar tentang tips dan dunia penulisan kreatif. Yakin anda mampu buat seperti orang lain.

*** dipetik daripada blog sastera 

Comments

Tetamu Istimewa said…
Perkongsian yang menarik dan bermanfaat untuk dijadikan panduan. Ya walaupun kita telah membaca beribu novel ataupun cerpen, tidak bermakna kita boleh menulis. Namun, mulakan langkah pernah, kalau orang lain boleh buat kenapa tidak aku. Jika kita tidak mula menulis, sampai bila-bila pun kita tidak akan melihat karya itu terhasil.

Ya, selalunya saya menulis dalam satu-satu masa beberapa buah karya. Jika sudah buntu dengan karya ini akan bertukar ke karya lain pula. Selalunya, draf atau karya yang siap perlu direhatkan sekejap sebelum disemak semula. Jika tidak, kita tidak dapat mengesan kesilapan jika ada. Tiada perbezaan dan perbandingan kerana proses pembacaan itu sudah tidak lut lagi. Jadi sebagai penulis andalah pembaca, penyunting dan segala-galanya.

Teruskan menulis Jamilah.
Tetamu istimewa,

saudara juga harus berkongsi proses kepengarangan saudara. Teringin untuk tahu bagaimana boleh sentiasa tekal menulis.

Terus menulis dan berkongsi di blog juga boleh, kan?
WZWY said…
Assalamualaikum...

"Burning Desire"

Kemahuan yang meluap-luap mahu hasilkan sesebuah karya mampu merealisasikan impian.

Kita tiada kesempurnaan...tulis sahaja apa yang dekat dengan kita berpandukan ilmu penulisan yang baik.

Wallahualam.

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub