"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.
Sebenarnya banyak judul-judul lagi diterbitkan Galeri Ilmu Media Group atas label Novel Tarbiah Remaja. Saya kongsikan di sini beberapa buah yang sudah saya baca.
1) Friends Forever, Ila Husna.
Yang pertama, katakan tentang novel sendiri dahulu. Ini karya sulung saya, jadi yang pertama tentu banyak kurangnya. :)
Mahu tahu kisanhnya boleh baca catatan mereka.
1) coretan Rinzuas
2) alif nun alif site
3)Faaiz d.Zul
4)Ina Nailofar
5)nadyaz alias
6)Sinopsis FF
2) Nota Untuk Nurissa, Dissa Azmin.
Beliau seorang surirumah sepenuh masa yang menulis. Kagum dengan para ibu yang punya masa untuk menulis. Kata beliau, beliau akan catatkan dialog demi dialog sebelum menulis.
Kisah perubahan seorang gadis bernama Nurissa. Ada banyak kata-kata semangat boleh dikutip.
Jujurnya, mungkin kelancaran penulisan dalam buku ini harus ditingkatkan. Ada juga ayat-ayat yang terasa sedikit kaku ketika dibaca.
Namun, bagus dibaca remaja, sebagai motivasi.
3) Hazim, Aizat dan Muzik., Iwan Ghazali
Ini sambungan kisah Melodi Hati terbitan Telaga Biru yang ditulis Iwan. Kisah dua beradik yang terpaksa berpisah kerana abangnya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Hazim dan teman baharu di luar negara. Aizat yang cemburu, dan kisah persaudaraan yang mana air dicincang tidak akan putus.
Kepada Iwan, terus menghasilkan karya mendidik jiwa. Remaja berusia 24 tahun ini bakal muncul dengan beberapa buah buku baharu. Tanda sokongan harus beli,baca dan cerita kepada orang lain. :)
4) Beri Aku Peluang, Nor Hayati Sapii.
Beberapa kali mengulang baca, aku belum dapat menghabiskan muka akhir. Tabiat aku, apabila aku baca, dan aku tinggalkan pembacaan aku ulang muka pertama. Akhirnya, terbengkalai pembacaan.
Ini juga buku yang ditulis seorang ibu yang meninggalkan dunia kerjaya sebagai jurutera untuk menumpukan perhatian kepada keluarga. Kagum!
Demikian, antara buku-buku atas jenama Novel Tarbiah Remaja yang telah dibaca. Masih banyak buku lain yang boleh dilihat di laman sesawang GIMG.

Comments
*huhuhu tak ada masa lagi untuk membaca.
sekarang bercuti, dapatlah membaca. Jangan lupa kongsikan 'hasil kutipan' di Pesta buku pwtc.