22 January 2013

Kumpulan Cerpen Aidil Khalid

Audi Alteram Partem (kumpulan cerpen)
Aidil Khalid
Penerbit: ITBM dan PENA.

Ada aksara meloncat-loncat di retina saat saat menghadam kumpulan cerpen ini. Tajuknya hanya difaham makna setelah membuka dan membaca kata awal pengarang. Pengarang muda ini memang membawa pembaca bersama cerpen yang terkandung dalam kumpulan cerpen ini. Ralit sekali  menyelak satu demi satu hingga ke halaman akhir. Istimewa sekali apabila pengarang menyertakan sekali ‘cerita di balik tirai’ setiap cerpen.

 Bahagian ini yang paling mengujakan sebab tidak mudah untuk tahu sebab tercetusnya sebuah cerpen atau penulisan melainkan dicerita. Dalam semua cerpen aku paling suka cerpen pertama yang bertajuk Taaruf. Mahu tahu kisahnya, harus baca. (psst... terutamanya yang bernama GADIS, ada rahsia besar dalam cerpen ini). Kebanyakan cerpennya aku suka sebab terasa sangat 'hidup' dan perlu difikir-fikir apa yang mahu disampaikan. Apabila sudah dicerita mengapa cerpen ini ditulis, memudahkan aku memahami apa yang mahu disampai pengarang.

Tajuk-tajuk cerpen yang termuat:

  • Taaruf
  • Mencipta Berlian
  • Ilham Tertangguh
  • Romansia
  • Romansia II
  • Engel vs. Vitale
  • Risalah
  • Audi Alteram Partem
  • Res Judicata
  • Moi Cheng Ah
  • The Dogger Dipper
  • Alkisah Sebuah Perkumpulan Elit
  • Kematian di Tingkat 54
  • Antiplot: Syarahan Panjang Kepada perempuan Penyanggah Fatwa
  • Antiplot II: Angin Paradoks yang Bertiup dalam Jiwa
  • Perempuan Berkurung Biru dalam Galeri
  • Burung Hitam dan Abu Nuwas.


Cerpen yang disentuh memang pernah tersiar di media, namun tidak semuanya pernh aku baca. Puas aku membaca keseluruhan cerpen yang setelah aku sentuh, memang mahu dibaca hingga hujung.

Ada senyum, ada satira, ada fantasi, ada ilmu yang dikongsi. Ternyata beliau penulis muda juga seorang peguam yang punya tulisan tajam. Penghulu Minggu Penulis Remaja 2007 ini ternyata melangkah jauh dengan tulisannya yang bersifat semasa.

Tahniah, Aidil. Semoga selepas ini akan ada buku terbaharu walau dalam apa genre. Sebelum ini beliau sudah punya novel bertajuk ‘Bila Nysrah kata Tak Mahu’ yang diterbitkan oleh Jemari Seni dan Novel bersiri di berita Harian bertajuk “dengan tinta’

Selamat membaca! Tidak rugi  memiliki kumpulan cerpen ini.Puas!

p/s: eh, mengapa kebanyakan cerpen yang aku suka penulisnya lelaki, ya?

4 comments:

Tetamu Istimewa said...

Sudah lama saya mencari kumpulan cerpen ini. Namun, kata penulisnya, kumpulan cerpen ini telah ditarik balik penerbitannya.

*Jamilah beli di mana buku ini dan buku ITBM yang lain jika ada? Saya selalu pergi ke Kedai Buku 1Malaysia. Tetapi kini, tidak ada buku terbaru ITBM yang masuk.

Jamilah Mohd Norddin said...

Tetamu Istimewa,

Saya tidak tahu pula tentang itu. Terima kasih atas makluman. Sayangnya ... buku ini bagi saya sangat baik! Saya suka kebanyakan cerpennya.

*Kumpulan cerpen ini dibeli dengan Puan Nisah Haron semasa perhimpunan Alumni MPR yang lepas.

Ada juga buku ITBM yang dibeli di bangunan ITBM sendiri semasa ke sana atau paling mudah, semasa pesta-pesta buku.

Ya, di kedai buku 1 Malaysia banyak buku-buku ITBM yang sudah lama diterbitkan.

Hujung bulan ini ada pesta buku 1 Malaysia di PWTC. Pasti ada buku-buku terbitan terbaharu ITBM.

Tetamu Istimewa said...

Betulkah ada pesta buku 1 Malaysia di PWTC nanti? Kalau Jamilah tahu tarikhnya, boleh kongsikan? Adakah penganjurannya untuk kali pertama? Sama besar dengan pesta buku antarabangsa ke?

Jamilah Mohd Norddin said...

Tetamu Istimewa,

Ya. Tarikhnya 27 Januari 2013-3 Febuari 2013. 2 Febuari ada perhimpunan Penulis 1Malaysia. Tidak pasti ini penganjuran kali ke berapa sebab tidak pernah tahu juga sebelum ini. Mungkin lebih kecil daripada PBAKL ...

Ini laman sesawang untuk ditinjau. http://www.pestabukumalaysia.my/