25 January 2013

Ceritera Malam 1 Mei 2012 di IKIM.fm

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Kisah ini sudah lama. 1 Mei 2012. Ila Husna menjadi tetamu jemputan Segmen Remaja berbicara tentang Gaya Wawasan. Pengalaman pertama yang sangat manis. Terima kasih GISB atas peluang dan ruang. Terima kasih Deejay Faiz Othman dengan kesempatan istimewa ini.

Saya rakamkan kembali perbualan kami malam itu buat kenangan.


Faiz Othman ft. Ila Husna
1 Mei 2012
Konti IKIM.fm, segmen REMAJA
MEMBACA GAYA WAWASAN

Faiz: Assalamualaikum

Ila Husna: Waalaikumussalam.

Faiz : Ila apa khabar?

Ila Husna: Khabar baik.

Faiz: Alhamdulillah. Kepada anda yang dah pun pergi ke pesta buku, dapatkan bahan bacaan, balik jangan simpan dalam almari, pastikan balik baca. Insya Allah dapatkan intipati tersebut dan kita boleh aplikasi dalam kehidupan kita sehari-hari.

yang pertamanya mungkin ada di antara rakan –rakan kita atau peminat novel, novelis Ila Husna, mungkin ada di antara mereka yang nak mengenali siapa Ila Husna secara lebih dekat. Silakan Ila.

Ila Husna: Bismillahirrahmanirrahim. ssalamualaikum W.B.T. Nama saya Ila Husna, atau nama sebenar Jamilah Mohd Norddin. Masih belajar di UIA dan saya menulis friends forever dengan Galeri Ilmu SDN BHD. Di samping itu, selain menulis genre novel, saya juga menulis genre cerpen dan puisi di majalah tempatan.

Faiz: Itu antara perkenalan serba ringkas mengenai Ila Husna. Okey, sekarang Ila masih lagi menuntut?

Ila Husna: Ya, masih menuntut di UIA.

Faiz: Dalam jurusan?

Ila Husna: Bahasa Arab.

Faiz: Bahasa Arab ... Mungkin sekejap lagi nak minta Ila bagi ucapan khas untuk adik-adik kita dalam bahasa Arab di penghujungnya nanti, Insya Allah.

Banyak ni rakan-rakan kita yang dah pun bertanya di fb ikim.fm sekejap lagi saya nak raikan pandangan dan juga soalan daripada anda.

Yang pertamanya, sejak bila mula-mula Ila menceburi bidang penulisan kreatif ini?

Ila Husna: Kata orang kalau tak minat tak jadi benda tu. Melalui ... mula-mula saya membaca karya orang lain di majalah seperti FOKUS SPM, Tunas Cipta, dan sebagainya. Kemudian, melalui pembacaan itu timbulnya minat .. mengapa orang lain boleh sedangkan saya tidak boleh.

Lalu, bermula pada tahun 2005 bagi genre cerpen dan sebenarnya tahun 1999 saya pernah menulis karangan pendek kepada stesen radio. 2005 saya menulis cerpen ke Dewan Siswa, dan itu merupakan cerpen pertama saya yang tersiar di majalah dan ia menjadi dorongan untuk saya menulis puisi dan cerpen juga. Dan pada tahun 2007 saya ditawarkan untuk menyertai ke MPR yang dikendalikan DBP yang mana di sana kami diajar bagaimana untuk menulis dengan baik.

Faiz: Hm.. itu antaranya ...

Ila Husna: Itu antara permulaan penglibatan awal saya dalam bidang penulisan kreatif.

Faiz: Hm, dan sekarang ini masih lagi terus berkarya dan banyak sebenarnya karya-karya Ila yang masih lagi tersimpan?

Ila Husna: Kebanyakannya masih ada dalam blog.

Faiz: Wah, masih lagi tersimpan dalam blog Ila sendiri. Dan ini adalah buah tangan yang pertama bersama dengan Galeri Ilmu ... Friends Forever?

Ila Husna: Ya, Friends Forever

Faiz: Friends Forever .. Ada juga di kalangan sahabat-sahabat kita yang dah pun membaca buku ff ini, dan kepada anda boleh ajukan soalan bersama-sama dengan kami di fb ikim.fm. Okey, macam Ila cakap tadi, bersempena dengan pesta buku ni kan, saya sendiri dah pergi . Banyak bahan-bahan bacaan, bahan-bahan ilmiah yang kita boleh perolehi di sana.

Sekarang ni dunia serba canggih. Pelbagai akses yang boleh kita dapatkan bahan bacaan bukan sahaja melalui bahan bacaan biasa, anda juga boleh mendapatkannya menerusi internet dan sebagainya. Okey, bagaimana sebenarnya pendapat Ila sendiri sebagai seorang remaja yang masih lagi menuntut dan juga dalam masa yang sama menghasilkan bahan bacaan untuk orang lain juga.

Bagaimana Ila melihat untuk menimbulkan minat untuk rakan-rakan remaja di luar sana yang kurang minat terhadap pembacaan ini, terutamanya pembacaan-pembacaan ilmiah?

Ila Husna : Saya melihat ... hm, bagi diri saya sendiri cover sesebuah buku menjadi tarikan bagi remaja untuk membaca sesuatu bahan bacaan. Tetapi kita seharusnya melihat kandungan buku itu. Tidak sekadar membaca tetapi mendidik kita, mengubah kita menjadi lebih baik. Kata orang semakin kita baca, semakin banyak perkara yang kita tak tahu, dan di setiap kata-kata yang kita baca akan rasa semakin mahu menambah ilmu.

Faiz: Okey .. Semakin banyak kita membaca semakin banyaklah ilmu yang kita ketahui . Insya Allah, dan sebenarnya usaha sebagai seorang penulis ini, sebagai satu usaha murni untuk mentarbiah rakan-rakan yang lain dan novel ff ini juga merupakan novel dalam siri novel tarbiah remaja. Mungkin boleh ... kalau nak suruh cerita sedikit novel ini, ramai pula yang tidak mendapatkannya. Jadi kalau anda nak tahu apa isi kandungan dalam ff , boleh dapatkan novel tarbiah remaja ff hasil tulisan Ila Husna.

Dan kalau macam Ila sendiri cakap , untuk pupuk lagi minat pada rakan-rakan remaja untuk membaca, pastikan coverya kena menarik, sesuai dengan jiwa remaja. Dan saya percaya ff ini dia punya grafik, ilustrasi gambar muka depan memang sangat cantik.

Dan bagaimana Ila melihat dari segi kelebihan membaca secara berterusan??

Ila Husna: Kita selalu mendengar kata, anda adalah apa yang anda baca. Semakin banyak kita baca, semakin banyak kita nak tahu, semakin banyak kita membaca semakin bertambah ilmu. Apabila terus kita membaca kita akan rasa mahu memperbaiki diri.

Faiz: Ha, itu antaranyalah kenapa sebenarnya ... kelebihan pembacaan yang berterusan. Jangan ke mana-mana, sekejap lagi kita akan bersama dengan Ila Husna, banyak lagi yang akan kita bicarakan mengenai topiknya membaca gaya wawasan. Dan Ila Husna dah pun lahir dengan novel terbarunya ini, ff boleh dapatkan di pasaran.

Kita berehat seketika dan kembali lagi selepas ini bersama saya, Faiz Hj Othman dan rakan saya untuk malam ini untuk segmen remaja, membaca gaya wawasan. IKIM.fm.

(rehat)

Faiz: Dalam segmen remaja malam ini. Dan rakan-rakan yang mengikuti ikim.fm menerusi siaran dalam talian di www.ikimfm.my, terima kasih saya ucapkan . Kita masih lagi bersama saya Faiz Hj Othman dan kita membicarakan dalam jam pertama ini dalam segmen ekspresi selasa hari ini edisi 1 mei 2012, kita berbicara mengenai, topiknya membaca gaya wawasan

Bersama –sama dengan Ila Husna pada malam ini untuk bercerita mengenai membaca gaya wawasan. Okey, sekali lagi, topik ini kita ambil berdasarkan sekarang ini sedang berlangsung PBAKL di PWTC. Yang belum sempat lagi boleh datang beramai-ramai. Penerbit IKIM juga berada di sana untuk anda dapatkan buku-buku terbitan IKIM. Okey , dan rakan-rakan kita yang menghantar kiriman sms, soalan daripada rakan-rakan kita.

Daripada Siti Nor Zawani, katanya: Assalamualaikum, Ila. Saya salah seorang peminat novel. Cuma, bagaimana Ila mendapatkan sumber inspirasi bagi dapatkan idea untuk menulis? Silakan Ila, jawab soalan daripada rakan kita ini, Siti Nor Zawani.

Ila Husna: Bagaimana untuk mendapatkan inspirasi menulis? Inspirasi ada di sekililing kita, ada di mana-mana.

Kadang-kadang kita melihat benda yang kecil-kecil seperti pencuci tandas, kita tengok dia kita boleh belajar bermacam-macam perkara daripada dia. Kata orang nak dapatkan idea ni tak perlu duduk atas pokok, temenung lama-lama, baru dapat idea. Kita lihat benda di sekeliling kita. Renung dan kita cuba fikirkan apa pengajaran yang boleh kita ambil daripada itu. Itu cara yang saya buat.

Dan sebenarnya novel yang saya tulis itu walaupun bukan daripadapengalaman saya sendiri, daripada pemerhatian saya terhadap kehidupan sekeliling. Dan itu yang saya kongsikan dengan pembaca.

Faiz: Hm.hm. Okey, terhadap pemerhatian Ila sendiri. Dan sebenarnya sepanjang Ila menulis cerpen, novel dan juga puisi yang Ila hasilkan ini, adakah bahan bacaan tambahan membantu Ila untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu?

Ila Husna: Bagaimana seorang penulis yang menulis sedangkan dia tidak mempunyai bahan bacaan. Daripada benda yang kosong, kita tak boleh berikan sesuatu kepada orang lain. Contohnya, kalau kita nak tulis sesuatu yang mengangkat Islam, tapi kita tak pernah baca buku-buku mengenai Islam... Bagaimana untuk meningkatkan Islam, kita tidak dapat menghasilkan karya yang baik. Macam yang saya katakan tadi, kita adalah apa yang kita baca.

 Bermula daripada pembacaan, kita akan ... apa yang kita baca tu sangat membantu untuk menghasilkan karya yang bermutu. Karya yang baik itu tak akan dapat kita membaca sesuatu yang lebih rendah daripada sesuatu yang kita mahu hasilkan.

Faiz: Ha, itu dia. Okey, dan bagaimana Ila melihat terhadap rakan-rakan kita yang, remaja di luar sana terhadap minat mereka terhadap bahan-bahan ilmiah?

Ila Husna: Sekarang, kita tengok kalau remaja dia suka mengupdate fb, mengupdate blog dan sebagainya. Tetapi kita harus tahu yang remaja sebenarnya dia suka membaca. Tetapi, membaca bahan bacaan yang ringan yang bagi mereka, mereka rasa benda tu mudah nak faham dan senang nak dapat apa yang mereka baca tu.

Faiz: Okey, itu antara ulasan, pendapat Ila sendiri mengenai rakan-rakan remaja yang sekarang ni, mungkin sekarang dunia dah berubah. Bahan bacaan bukan lagi menjadi perkara utama, adik-adik remaja ni dah sering berada di hadapan facebook dan sebagainya untuk mendapatkan bahan-bahan bacaan yang senang mereka akses. Tak perlu lagi mereka untuk ke kedai buku, atau ke perpustakaan.

Tapi, sebaliknya saya secara peribadi lebih gemar untuk membaca bahan bacaan yang berada di tangan saya sendiri, bukan berada di dalam skrin dan sebagainya. Itu adalah lebih puas sebenarnya. Okey, sekali lagi kepada anda yang ingin mengajukan soalan kepada Ila.

Ila, saya sendiri kagumlah kepada penulis yang mampu menghasilkan tulisan, dengan novel yang setebal seratus, 200 muka surat, okey, bagaimana Ila boleh datangkan idea untuk menghasilkan novel setebal untuk 100, 200 muka surat untuk menjadi bahan bacaan untuk tarbiah rakan-rakan remaja di luar sana?

Ila Husna: Sebenarnya, ia kemahuan! Bila kita nak sampaikan sesuatu kepada orang, kita akan buat benda tu. Macam sebenarnya novel yang saya hasilkan tu daripada hasil bengkel saya dengan Azmah Nordin, kemudian saya simpan, setelah dua tahun barulah novel tu diterbitkan.

Faiz: Hm, okey. Itu dia.

Okey, daripada rakan-rakan kita di fb ikim.fm. Daripada Faizal al-Jauzari: membaca boleh menjana minda, memperkuatkan fikiran, menjadi ubat untuk menjadi bijak dan cerdik. Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.

Okey, terima kasih kepada Faisal.

Daripada Wafa Awla: Ila Husna? Wah, terujanya. Baru berbalas kata tempohari. Siapa agaknya yang mencungkil bakat anda waktu mula menulis dulu atau kesedaran sendiri?

Ila Husna: Sebenarnya saya bukan dilahirkan dalam keluarga yang menulis ataupun persekitaran yang menulis. Keberanian! Apabila saya membaca karya orang lain di majalah, saya rasa: eh, kenapa orang lain boleh hantar di majalah dan karya itu diterbitkan? Daripada situ saya rasa, saya juga boleh! Dan saya hantar karya tu, dan disiarkan.

 Saya rasa kesedaran saya sendiri untuk berkongsi apa yang saya tahu dengan orang lain. Mungkin orang lain boleh bercakap dengan baik. Bagi saya, penulisan adalah salah satu cara untuk saya menyampaikan apa yang saya mahu berikan kepada orang lain.

Faiz: Penulisan juga sebagai medium untuk Ila berdakwah kepda rakan-rakan remaja mengenai penulisan Ila ni. Dan kata-kata di depan ff ni, ukhuwah itu tali penyatu. Wow, bicara mengenai ukhuwah dalam novel ff ini. Kepada anda boleh dapatkan novel ini.

Dan rakan-rakan kita di fb ikim.fm, daripada Nor Hazlina Mohd Fisol, : Assalamualaikum kepada deejay betugas dan kepada tetamu jemputan, penulis muda yang berbakat besar, Ila Husna. Nak tahu apa perasaan penulis apabila novel pertama telh menjadi kenyataan? Novel ff adakah berkisar berkenaan pengalaman peribadi penulis sendiri? Silakan.

Ila Husna: Perasaan? Siapa yang tidak teruja melihat buku sendiri terletak di kedai-kedai buku. Dan sebenarnya, ff itu bukanlah daripada pengalaman peribadi penulis. Ia adalah berdasarkan pemerhatian-pemerhatian saya dan kisah-kisah yang berlaku di sekeliling saya.

Faiz: Hm.hm. itu dia. Bukan daripada pengalaman peribadi. Kepada anda, ini adalah pengamatan yang dilakukan sendiri oleh Ila untuk menghasilkan karya ini. Kalau nak tahu mecamana pengamatan Ila dalam ff ini, boleh dapatkan, ya di pasaran.

Okey, daripada Siti Nor Asywini. Assalamualaikum, Ila Husna. Apa kenangan manis dan pahit untuk capai cita-cita menulis atau menghasilkan novel. Mungkin sepanjang bergelar penulis ni, bermula dengan cerpen, puisi, dan sekarang ni terhasil pula novel, apa mungkin kenangan pahit dan manis sepanjang mengharungi liku-liku untuk menjadi dan terhasilnya novel ini?

Ila Husna: Kenangan manis tentunya apabila saya melihat karya saya tersiar di majalah. Dan saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya menulis novel ff. Ia bermula daripada benkel secara maya dengan seorang penulis, Azmah Nordin dan ia mengambil masa yang panjang.

Dari situ saya belajar bagaimana untuk bersabar menulis novel itu dalam tempoh setahun, kemudian apabila dihantar ke syarikat penerbitan saya perlu tunggu dalam tempoh yang agak lama sebelum ia diterbitkan. Pengalaman pahit, apabila saya tidak berpuas hati dengan apa yang saya capai.

Faiz: Itu dia, antara pengalaman. Mungkin selepas ini banyak lagi yang boleh Ila Husna hasilkan untuk bacaan ilmiah rakan-rakan kita di luar sana untuk bersantai-santai membaca novel karangan Ila Husna ini.

Okey, kepada anda, sekiranya anda ingin menjadi seperti Ila Husna, seorang penulis juga, sekejap lagi kita tanyakan Ila, bagaimana untuk menjadi seorang penulis yang berjaya dan juga bergaya. Bagaimana, sekejap lagi kita tanyakan kepada Ila Husna.

 Jangan ke mana-mana, kembali lagi selepas ini, kita berehat seketika.

(iklan)

Faiz: Dan kepada anda, sekali lagi saya war-warkan kepada anda, sekiranya anda mempunyai soalan yang ingin diajukan kepada rakan kita ni, Ila Husna, seorang penulis muda yang telah pun menghasilkan sebuah novel dan topik pada malam ini kita bicarakan mengenai membaca gaya wawasan.

Seperti yang saya war-warkan sebelum kita berehat tadi, kepada anda yang ingin menjadi penulis muda yang berjaya, berbakat besar, dan juga bergaya. Maksudnya bergaya, apa yang maksud bergaya tu, maksudnya penulisan yang mampu membentuk tarbiah kepada rakan-rakan kita dan juga memberi manfaat kepada individu-individu yang lain. Seperti biasa, saya nak ajukan soalan ini kepada Ila.

Okey, bagaimana sekiranya rakan-rakan kita ini yang berminat untuk menjadi seperti Ila sendiri, ada bahan bacaan yang boleh dihasilkan untuk rakan-rakan kita di luar sana. Bagaimana untuk bermula menghasilkan karya sendiri. Untuk rakan-rakan kita yang berminat untuk menjadi penulis juga?

Ila Husna: Ada petua terkenal yang saya rasa ramai yang tahu. Dia bermula dengan membaca, baca, kita baca lagi, kita baca lagi, kita baca kemudian kita tulis. Mula-mula kita tulis benda yang dekat dengan diri kita, yang berada di sekeliling kita, kemudian apabila kita tulis biar seburuk mana penulisan itu, apabila kita tulis, tulis, dan tulis ia akan menjadi semakin baik. Dan kita tidak boleh berhenti di situ sahaja.

Setelah kita menulis, mungkin mulanya kita menulis di buku-buku catatan, di blog, hatta status fb sekalipun, kita harus tahu yang ramai orang memerhatikan apa yang kita tulis, bagaimana penulisan kita. Daripada situ, kita dapat mengajar diri kita untuk menulis. Setelah tulis, tulis, tulis, tulis, kita hantar karya kita ke syarikat penerbitan supaya ramai orang boleh berkongsi apa yang kita tulis dan memberi kritikan dan pendapat untuk menambah baik penulisan kita.

Faiz: Oh, itu antaranya langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk bergelar seorang penulis yang berjaya dan bergaya. Okey, dan mungkin itu menjawab soalan rakan kita ni,

 daripada Hassan Mumtaz, katanya kalau kita ada bakat dalam penulisan, apa langkah awal untuk kita perkembangkan bakat kita dalam penulisan itu? Mungkin Hassan juga berminat dalam penulisan. Selamat maju jaya saya ucapkan kepada Hassan. Dan, kepada anda, macam Ila cakap tadi, jangan lupa di fb kita juga kita boleh tarbiah, Insya Allah pastikan penulisan kita adalah penulisan yang berkualiti yang boleh kita baca dan memberi manfaat kepada individu-individu yang berada di sekeliling kita.

Daripada Syeikh Islam. Adakah cik Ila Husna akan menjadikan penulisan sebagai kerjaya untuk masa depan?

Ila Husna: Kerjaya sambilan, mungkin. Bagi saya penulisan adalah minat saya. Walaupun apa yang saya, walau apa pun pekerjaan saya di masa akan datang, itu pekerjaan asasi, dan penulisan adalah sebagai salah satu minat yang saya tak boleh berhenti.

Faiz: Hm, minat yang Insya Allah lepas ni akan terus dipupuk minatnya itu dan seperti biasalah seperti yang Ila cakap tadi, cara untuk memupuk minat dan menambahkan lagi idea dalam bidang penulisan ini, caranya adalah melalui pembacaan. Bagaimanapun ia bermula dengan pembacaan. Kalau banyak mana pun ilmu, banyak yang kita dapat melalui pembacaan kita InsyaAllah banyak juga yang akan kita kongsikan bersama dengan rakan kita melalui hasil penulisan karya kita.

Okey, daripada Nurul Hasanah, Assalamualaikum, Ila Husna. Alfun Mubarak . Anda adalah penulis yang berpotensi. Teruskan menyebar ilmu dengan penulisan anda yang bermutu.

Aiman Faris, katanya: Assalamualaikum, Kak Ila. Bagaimana Kak Ila mengasingkan masa baca buku novel dan buku pelajaran? Daripada, Aiman Faris.

Ila Husna: Membaca buku novel dan buku pelajaran? Novel adalah benda yang kita suka dan buku pelajaran adalah tanggungjawab kita ...

Faiz: Bagaimana tu nak asingkan masa baca buku novel dan buku pelajaran? Mungkin ada sesi pembacaan yang tidak serius, santai-santai itu untuk baca novel? Atau bagaimana masanya? Bagaimana Ila mengaingkan untuk baca novel, time macam ni, untuk baca buku ilmiah macamana pula?

Ila Husna: Membaca novel mungkin masa lapang saya dan buku pelajaran tentunya kita perlu baca hari-hari.

Faiz: Oh, itu dia. Jangan lupa. Walaupun bahan bacaan itu adalah novel, atau majalah-majalah ilmiah, pastikan ianya tidak bertentangan dengan tumpuan, atau tujuan asas kita, tujuan utama kita adalah untuk mempelajari apa juga yang kita belajar. Kalau di SPM boleh belajar untuk SPM dan di sampingnya itu barulah kita belajar, ada masa luang boleh kita dapatkan bahan-bahan tambahan, santai-santai untuk kita tenangkan minda.

Okey, daripada Amirul Usumuddin. Assalamualaikum, abang Faiz dan Kak Ila. Saya nak tanya, bagaimana seorang penulis itu membawa pembacanya menyelusuri suasana atau latar tempat yang boleh menimbulkan kesedaran dalam diri pembaca itu sendiri? Terima kasih. Macamana pula Ila membawa rakan-rakan pembaca dalam ff ini untuk sama-sama bersama dengan Ila untuk menghayati watak itu dan sebagainya.

Ila Husna: Kalau ff saya tulis latarnya apa yang memang kehidupan saya.

Faiz: Hm, kehidupan sebagai seorang pelajar.

Daripada Cahaya Rabi’ah: Ila Husna ni orang mana ya? Siapa yang mendorong dan memberi semangat kepada Kak Ila Husna sehingga berjaya ke tahap ini? Siapa yang mendorong Ila untuk berjaya dalam bidang penulisan ini sehingga ke saat ini?

Ila Husna: Tentunya keluarga dan rakan-rakan yang saya tahu mereka sentiasa mendoakan saya untuk saya sampai ke tahap ini. Dan, semasa di MPR dulu, ada penulis-penulis yang menjadi pembimbing saya seprti Nisah Haron, Faisal Tehrani ...

Faiz: Oh, ramai juga penulis-penulis hebat yang Ila berdampingan dengan mereka untuk dapatkan ilmu-ilmu mereka. Okey, dan mungkin ada perancangan masa hadapan , mungkin nak menulis novel yang bagaimana pula, apa perancangan untuk masa hadapan. Okey, silakan Ila.

Ila Husna: Perancangan masa hadapan? Tentunya saya nak menghasilkan sebuah novel yang mungkin ia sebuah kisah biasa. Kisah kehidupan seharian seorang pelajar tetapi ia memberi kesan kepada ramai orang.
Dan, satu kita nak kongsi. Sekarang kita dilambakkan dengan kisah-kisah cinta, dan .... macam-macam kisah cinta.

 Tetapi seharusnya kita memilih bahan bacaan yang dapat membina diri kita dan membolehkan kita berusaha untuk mengubah diri kita menjadi yang lebih baik.

Faiz: Okey, itu dia perancangan. Mungkin selepas ini diucapkan selamat maju jaya kepada Ila Husna atas usaha untuk menghasilkan lagi karya-karya yang bermutu untuk menjadi bahan bacaan rakan-rakan kita di luar sana.

Yang terakhir, mungkin ada nasihat daripada Ila untuk rakan-rakan remaja kita supaya mereka dapat menghidupkan lagi amalan mmbaca dlam kehidupan mereka seharian.

Ila Husna: Bacalah apa yang kita minat dulu, kemudian kita cuba baca sesuatu yang di luar bidang kita. Mula-mula kita mungkin rasa benda itu susah, tetapi lama-kelamaan ia akan menjadi semacam bacaan tu sesuatu yang kita tidak boleh tinggalkan.

Macam hari-hari kita akan makan. Apabila hari-hari kita membaca, apabila sehari kita tinggalkan bacaan itu rasa macam ..

Faiz: Rasa macam pelik jugalah! Jadikan perkara yang luar biasa itu sebagai satu kebiasaan. Insya Allah selepas ini mungkin menjadi perkara yang mudah. Dan kalau kita tinggalkan membaca dalam sehari, kalau selepas ini kita biasakan membaca hari-hari, kalau kita tinggalkan dalam masa sehari itu, kita akan rasa gusar dan gundah gulana.

Jadi, biasakan perkara yang luar biasa itu insya Allah kita dapat bahan bacaan dan semoga kita boleh beri yang terbaik juga kepada rakan-rakan di sekeliling kita. Daripada bahan bacaan itu juga dapat kita sampaikan ilmu yang terbaik buat rakan-rakan kita yang berada di sekeliling.

Okey, apa-apa pun saya nak ucapkan terima kasih kepada Ila Husna kerana sudi bersama dengan kita pada malam ini untuk berkongsi serba sedikit mengenai topik kita membaca gaya wawasan.

Okey, apa pun kami di IKIM fm mengucapkan selamat maju jaya, untuk Ila Husna. Ini novel yang pertamanya, Friends Forever. Dan insya Allah semoga hasil-hasil yang seterusnya dapat memupuk minat membaca di kalangan remaja di samping itu memberi tarbiah kepada rakan-rakan kita di luar sana.

Apa-apa pun semoga kita berjumpa lagi Ila. Insya Allah, selamat maju jaya sekali lagi. Assalamualaikum.

Ila Husna: Waalaikumussalam.

10 comments:

Sidratul Muntaha said...

Aaa..saya terlepas momen ini di IKIM....
Teruskan berjuang, sahabat.
=)

Jamilah Mohd Norddin said...

Sidratul Muntaha,

Baca entri ini untuk mendengarnya.

http://jamilahnorddin.blogspot.com/2012/07/rakaman-segmen-remaja-ikim-bersama-ila.html

saya budak baharu belajar.

Buat Fatin juga, menanti bukumu yang seterusnya.:)
Terus menulis.

naimahmuhad said...

bila say adapat jadi macam akak ya..

Jamilah Mohd Norddin said...

naimahmuhad,

Suatu hari nanti akan dengar suara Na pula. :)

Ini peluang yang diberi syarikat penerbitan..

Nur Suhada ✿ said...

Wah, kak jamilah! Kejayaan ajak menyuntik semangat dan mengecas cas-cas positif. Sayangnya, Su terlepas waktu untuk mendengar suara akak di corong radio. Nak jadi seorang penulis muslimah macam akak satu hari nanti :)

Tetamu Istimewa said...

Tahniah! Sememangnya perkongsian ini menyuburkan semangat untuk terus menulis. Kepada penulis yang baharu untuk mula, baiklah membaca catatan ini.

Jamilah Mohd Norddin said...

Nur Suhada ✿,

apa yang akak cakap malam kejadian sama seperti yang ditulis. Tidak perlulah dengar, terasa lucur mengulang dengar.

Saya budak baharu belajar. :)

# akak sudah baca tulisan kamu di TC. Setelah lebih setahun tidak membeli TC, akhirnya hari ini dapat miliki.

Jamilah Mohd Norddin said...

Tetamu Istimewa,

Semoga tulisan ini memberi semangat dan 'keberanian' untuk diri kembali menembusi media cetak.

♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥ said...

Seronok baca :)
Teringat lagi, Ina begitu 'excited' nak dapatkan line radio malam tu...hehe

**terselit nama di situ**

Jamilah Mohd Norddin said...

♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥,

tulisan ini buat kenangan. :)
bila teringat tulisan aishah nur hakim,yang mungkin suatu masa kita tidak ingat apa-apa, mungkin ini akan jadi satu memori manis. Kisah satu malam.

:)

**akak tulis ikut skrip ni**