31 January 2013

Novel Tarbiah Remaja

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Sebenarnya banyak judul-judul lagi diterbitkan Galeri Ilmu Media Group atas label Novel Tarbiah Remaja. Saya kongsikan di sini beberapa buah yang sudah saya baca.

1) Friends Forever, Ila Husna.
Yang pertama, katakan tentang novel sendiri dahulu. Ini karya sulung saya, jadi yang pertama tentu banyak kurangnya. :)

 Mahu tahu kisanhnya boleh baca catatan mereka.
1) coretan Rinzuas
2) alif nun alif site
3)Faaiz d.Zul
4)Ina Nailofar
5)nadyaz alias
6)Sinopsis FF

2) Nota Untuk Nurissa, Dissa Azmin.
Beliau seorang surirumah sepenuh masa yang menulis. Kagum dengan para ibu yang punya masa untuk menulis. Kata beliau, beliau akan catatkan dialog demi dialog sebelum menulis.

Kisah perubahan seorang gadis bernama Nurissa. Ada banyak kata-kata semangat boleh dikutip.

Jujurnya, mungkin kelancaran penulisan dalam buku ini harus ditingkatkan. Ada juga ayat-ayat yang terasa sedikit kaku ketika dibaca.

Namun, bagus dibaca remaja, sebagai motivasi.

3) Hazim, Aizat dan Muzik., Iwan Ghazali
Ini sambungan kisah Melodi Hati terbitan Telaga Biru yang ditulis Iwan. Kisah dua beradik yang terpaksa berpisah kerana abangnya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Hazim dan teman baharu di luar negara. Aizat yang cemburu, dan kisah persaudaraan yang mana air dicincang tidak akan putus.

Kepada Iwan, terus menghasilkan karya mendidik jiwa. Remaja berusia 24 tahun ini bakal muncul dengan beberapa buah buku baharu. Tanda sokongan harus beli,baca dan cerita kepada orang lain. :)

4) Beri Aku Peluang, Nor Hayati Sapii.
Beberapa kali mengulang baca, aku belum dapat menghabiskan muka akhir. Tabiat aku, apabila aku baca, dan aku tinggalkan pembacaan aku ulang muka pertama. Akhirnya, terbengkalai pembacaan.

Ini juga buku yang ditulis seorang ibu yang meninggalkan dunia kerjaya sebagai jurutera untuk menumpukan perhatian kepada keluarga. Kagum!

Demikian, antara buku-buku atas jenama Novel Tarbiah Remaja yang telah dibaca. Masih banyak buku lain yang boleh dilihat di laman sesawang GIMG.



Simpan Untuk Yang Halal, RInzuas

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Rinzuas, pemilik blog Sidratul Muntaha antara teman yang dikenali melalui penulisan sebelum Allah izinkan kami bertemu penghujung 2012.

Menurut beliau, "Simpan Untuk Yang Halal" sudah lama ditulis, dan hasil istikharah meyakinkan beliau untuk menghantar manuskripini ke JS Adiwarna.

Sinopsis di Goodreads:

Ini kisah pencarian seorang ‘Zulaikha’ yang mencari ‘Yusuf’nya.

Diari hijau muda menjadi saksi liku-liku hidup Hani Zulaikha dari alam remaja sehinggalah ke alam dewasa. Hani Zulaikha, dia bukan sembarangan gadis. Ketegasan dan sikapnya yang prejudis terhadap kawan-kawan yang mula berpasang-pasangan (lelaki dan perempuan) telah mengundang ujian buatnya.

Benarlah, kita selalunya diuji dengan apa yang kita katakan...

Hani Zulaikha jatuh cinta dengan Mohamad Faris. Ah sudah...

Tetapi, nama lelaki itu hanya berani dia coret di dalam diari hijaunya. Cintanya pada Faris dipendam dalam-dalam sehinggalah mereka bertemu kembali semasa majlis alumni sekolah. Ikrarnya untuk tidak bercinta sebelum bernikah lenyap begitu saja. Faris datang menagih cintanya dan Hani Zulaikha rela menghulur cintanya.

Namun, langit tidak selalu cerah. Setelah hampir dua tahun menyulam kasih, Hani Zulaikha dibiarkan oleh Faris dengan harapan setinggi langit.

Faris, sampainya hati...

Tapi, Allah Maha Baik. Perancangan Tuhan, tiada siapa yang tahu. Kepergian Faris membawa seribu satu rahmat buatnya. Pencarian 'Zulaikha" mencari 'Yusuf'nya tidak berhenti di situ saja. Kehadiran seorang lelaki yang tidak disangka-sangka telah membuka cerita baharu dalam diari hijau muda itu.

Zikri. Ahmad Zikri. Ahmad Zikri bin Ahmad Kamal

Bahasanya mudah sampai kepada pembaca sasaran: remaja. Kekuatan cerita ini adalah bahasanya yang segar dan boleh menarik minat pembaca. Tentu sahaja pengarang ini banyak membaca.

Kisah Hani Zulaikha mencari Yusufnya. Membaca kisah ini membawa aku ke zaman persekolahan hingga universiti. Pembahagian bab tidak pada muka baharu, sebab setiap bab tidak panjang. Dengan ketebalan 356 muka, terdapat 90 bab.

Antara wataknya Hani Zulaikha, Faris dan Zikri. Bagaimana kesudahannya, harus dapatkan di pasaran,terbitan JS Adiwarna.

Buat Rinzuas, terus dan terus menulis. Sokongan saya adalah dengan mendapatkan buku kamu.
ps: sudah ramai teman yang menerbitka buku sendiri. Menanti buku umairahshafei.

30 January 2013

Tawaran Menyertai Kembara Penulis Muda ke United Kingdom

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

*** Saya mula-mula melihat iklan ini  di page Alumni Penulis MPR. Saya salin sepenuhnya iklan ini daripada laman itbm
_________________________________________________________________________________


Tawaran Menyertai Kembara Penulis Muda ke United Kingdom

10 Mar 2013 - London, United Kingdom
Tawaran Menyertai Kembara Penulis Muda ke United Kingdom

SIARAN MEDIA 

TAWARAN MENYERTAI KEMBARA PENULIS MUDA KE UNITED KINGDOM

Program 
Kembara Penulis Muda Ke United Kingdom
Tarikh 
10-19 Mac 2013
Lokasi 
Sekitar Kota London, United Kingdom
Penganjur 
Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)
Latar Belakang 
Kembara Penulis Muda Ke United Kingdom yang akan diadakan pada Mac 2013 merupakan sebuah projek nasional bagi “membuka horizon minda” penulis muda melihat perkembangan dan situasi bidang penulisan serta kesusasteraan di dunia luar. Program ini penting bagi mengembangkan bakat penulisan melalui rakaman serta catatan yang diperoleh hasil daripada pandangan tentang kaedah serta apresiasi masyarakat luar terhadap bidang kebudayaan dan kesusasteraan.

Program ini akan dikendalikan oleh fasilitator yang dilantik oleh ITBM dan PENA, iaitu Encik Wan Ahmad Hulaimi bin Wan Mohd Ali atau juga dikenal sebagai Awang Goneng. Beliau yang menetap di London mempunyai pengalaman luas dalam bidang penulisan khususnya melalui penerbitan buku, media cetak dan juga media elektronik (blog).

Dalam program kembara penulis ini, peserta akan bergerak dari satu tempat ke tempat lain yang pastinya turut menggerakkan secara aktif pada fizikal dan minda. Pengembaraan ini akan menghidangkan pemandangan baharu; pemandangan baharu di hadapan peserta serta di dalam diri mereka. Secara tidak langsung, pengembaraan ini akan membuka kepada penerokaan kata-kata yang baharu – yang diharapkan akan mengubah diri peserta dari segi penglihatan, pemikiran, penulisan, dan perjalanan hidup.
Peserta Kembara 
Kaedah pemilihan peserta adalah seperti berikut:
-        Remaja warganegara Malaysia yang berusia antara 17-30 tahun.
-        Peserta terbuka kepada 10 orang penulis muda yang telah terbukti kemampuannya menghasilkan tulisan yang baik. Peserta boleh terdiri daripada penulis sastera dan penulis ilmiah atau biografi (puisi, cerpen, novel, dan umum). Tidak hanya terhad kepada penulis kreatif.
-        Pernah menghasilkan karya yang disiarkan dalam mana-mana penerbitan. Salinan karya yang tersiar itu perlu diberikan kepada pihak ITBM untuk penilaian.
-        Peserta mampu memberikan komitmen untuk menghasilkan karya penulisan dalam tempoh masa 12 bulan selepas menyertai projek kembara ini.
-        Perlu lulus ujian dan temu duga yang dijalankan oleh ITBM.
-        Terhad kepada 10 peserta yang ditanggung sepenuhnya pengangkutan (kapal terbang Kuala Lumpur-London-Kuala Lumpur), penginapan di London dan makan minum (tidak termasuk perbelanjaan duit saku).
Cara Permohonan 
-        Permohonan boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan di laman sesawang www.itbm.com.my. (klik format word) (klik format PDF)
-        Tarikh tutup permohonan Kembara Penulis Muda Ke United Kingdom pada 13 Februari 2013.

LATAR BELAKANG DIRI FASILITATOR KEMBARA PENULIS MUDA KE UNITED KINGDOM

WAN AHMAD HULAIMI BIN WAN MOHD ALI

Program Kembara Penulis Muda Ke United Kingdom akan dikendalikan sepenuhnya oleh Wan Ahmad Hulaimi bin Wan Mohd Ali atau juga dikenal sebagai Awang Goneng. Beliau yang kini menetap di London bermula sejak usia remaja untuk belajar di London School of Economics and Political Science (LSE) pada awal 1970-an.

Di LSE, Wan Hulaimi mengambil jurusan undang-undang dan pernah kembali bekerja di tanah air sebagai tutor di Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya sebelum bertukar kerjaya menjadi wartawan, bermula sebagai penulis kanan di The New Straits Times yang kemudian berkhidmat dengan agensi berita Bernama. Pada tahun 1979, beliau kembali semula ke London dan terus menjadi penulis yang berpangkalan di sana.

Nama Awang Goneng diperkenalkan secara meluas melalui penulisannya di blog “Kecek-Kecek” yang berkongsi cerita tentang pengalaman masa kecilnya di Terengganu, keindahan kehidupan di negeri Pantai Timur, tentang perangai manusia, bahasa dan sosiobudayanya. Penulisannya itu berasaskan fakta-fakta yang diperoleh daripada memorinya serta hasil penyelidikan di beberapa perpustakaan dan arkib di London yang kebanyakannya begitu nostalgik.

Idea-idea Wan Hulaimi melalui tulisan di blog terbabit yang digarap dengan isi yang kukuh telah menarik perhatian penerbit antarabangsa, Monsoon Books, untuk didokumentasikan dalam bentuk buku yang berjudul Growing Up in Trengganu pada tahun 2007. Empat tahun kemudian, beliau tampil lagi dengan sebuah buku, A Map of Trengganu yang turut mendedahkan pembaca kepada sosiobudaya Terengganu selain bagi memahami dirinya yang sentiasa nostalgik kepada Terengganu – walaupun memilih untuk meneruskan hari-hari tuanya di England, jauh beribu-ribu batu dari pantai Terengganu yang cantik.

Selain dua buku terbabit yang merupakan hasil karyanya, Wan Hulaimi juga merupakan penterjemah buku Tun Razak: Jejak Bertapak Seorang Patriot (Tun Razak: Profile of a Patriot) tulisan Zainuddin Maidin. Buku Perangai Bergantung kepada Diri Sendiri tulisan Za'ba juga telah diterjemahkan oleh beliau kepada Habit of Self-Reliance.

Diari Aqilah

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Lalu, senyum terukir melihat catatannya. Cepatnya masa, dan Aqilah sudah berusia 11 tahun. Dia makin menuju usia remaja.

Akak, nanti simpanlah diari yang telah kamu tulis. Rakaman pengalamanmu sejak tahun lepas yang kamu tulis akan abadi saat kau rakamkan ia dalam penulisan.

Maaflah, acu 'pinjam' baca diari itu.

Dia menulis dengan jujur. Kisah dengan keluarga, kisah di sekolah. hihi. Tersenyum acu membaca. Acu dahulu pun tidak sempat melakukannya. Seingat acu kalau pernah menulis pun mungkin usia 12 tahun, acu mula menulis. Namun diarinya tiada lagi.

Semoga Aqilah sentiasa menjadi kakak yang baik. Sedar-sedar aku mula melihat dia menuju remaja. Makin matang dan bijak.

Akak, semoga nanti akak juga akan menulis buku sendiri.

yang menulis,
Acu Jamilah.

Novel Tarbiah Awal Remaja

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.


Buku-buku dibaca 2012, namun baharu hari ini terasa mahu berkongsi mengenainya. Semua novel awal remaja ini diterbitkan Galeri Ilmu. Alang-alang sudah baca, eloklah tulis sedikit catatannya.

1) Eee ... Sayur. Resha Hamzah & Azlan Ismail

"Acu. Akak baca buku ini. Akak sudah salin resepi jus Jus Lobak." beritahu anak saudara saya selesai membaca buku ini. Dia tidak sukakan sayur,lalu saya hulurkan buku ini. Pada awalnya seperti berjaya, namun sebenarnya dia masih tidak makan sayur.

Eee... Sayur mengajak kanak-kanak menyukai sayur. Ini satu usaha murni, sebab dalam sayur banyak kebaikannya.

Ceritanya ringkas dan bahasanya santai. Ada gambar-gambar sayur. Ada cerita mimpi dengan sayur gergasi. Buku harus baca mereka yang tidak menyukai sayur. Tidak hanya kanak-kanak, remaja dan dewasa juga yang tidak menggemari sayur juga harus baca.

... menunggu kisah seterusnya.

2) Brr ... Sejuknya Salji. Iwan Ghazali.
Iwan Ghazali mula saya kenali melalui novel sulungnya Melodi Hati. Beliau memanfaatkan pengalaman di Amerika dalam kisah kali ini.

Ada bezanya dengan 'melodi hati' yang sarat dengan emosi dua bersaudara. Novel ini lebih 'riang'. Masih berkenaan dua beradik, Ida Farzana dan Syazwan yang akan mengikut ayah mereka berpindah ke New York. Mahu tahu kisahnya, harus baca sendiri buku ini.

Saya suka buku ini. Cerita dua besaudara.

Iwan Ghazali bakat terbit dengan buku-buku baharu bagi 2013.

3) Ops Conteng: Zayu Hisham

Kisah penyiasat cilik mencari punca contengan di dinding sekolah remaja. Mereka yang sukakan novel penyiasatan harus baca. Cikgu Zayu Hisham juga sudah banyak menulis dengan Galeri Ilmu untuk novel awal remaja dan sudah memiliki buku Motivasi.

____________________________________
* Kagum dengan kegigihan mereka yang sentiasa menulis dan menerbitkan buku saban tahun.
* ini namanya sedikit catatan sudah baca buku. Kagum dengan blogger yang gigih berkongsi buku yang  mereka baca.
* 2013.2013.2013.

29 January 2013

Perjalanan 2005-2009 :Catatan Dalam Kenangan

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

PERJALANAN PENULISAN JAMILAH

-Mac 2005- 'Vila Igauan' cerpen pertama aku yang tersiar di Dewan Siswa. Harapnya ia menjadi inspirasi untuk aku lebih berjaya pada masa hadapan.

-Mei 2005- dapat tawaran ke Minggu Penulis Remaja di Negeri Sembilan, Tak dapat menghadirkan diri kerana masa yang terlalu suntuk.

-Jun 2005- Sajak aku 'pesanan ibu padaku' tersiar. Semoga aku terus berkarya.

-catatan- Aku semakin bersemangat mencungkil bakat. Setakat ini telah terhasil 3 cerpen dan beberapa buah sajak... Mungkin belum bermutu.

-catatan- aku sedang berusaha mencipta karya-karya aku. Suatu hari nanti aku akan hantar kepada syarikat penerbitan. Suatu azam...

-3 September 2005- Cikgu Zaini 'cabar' aku hasilkan sebuah cerpen eksperimen tentang kehidupan tanpa wanita. Buktikan Jamilah boleh.
-nak pos puisi, harapnya akan tersiar.

- 1 November 2005- Sekarang aku hanya mengarang sajak. Cerpen? Baru dua yang tamat. Yang lain semuanya separuh jalan. jamilah, kalau nak berjaya perlu pengorbanan. Ingat apa matlamat kau...

7 Disember 2005- Komputer aku dah elok. Jadi, sekarang aku kembali menulis. Mungkin boleh hantar lagi pada syarikat penerbitan majalah. Bukannya apa, nak menambah pengalaman dan kualiti karya.Semoga aku berjaya.

18 Disember 2005- Terbantut lagi hasrat aku ingin berkarya. Komputer buat hal. Entah apa yang aku tekan, terus hitam... Dan tak dapat diselamatkan. Aku sedang bukukan sajak-sajak aku, senang nak merujuk.

17 Febuari 2006- Tiada kejayaan andai tiada usaha yang gigih. Alhamdulillah aku cetak semua karya yang aku simpan dalam disket. Alhamdulillah orang boleh terima 'bicara cinta' aku. Aku akan teruskan.

23-28 April 2006-Menghadiri Perkampungan Penulis Muda Kebangsaan 2006. Sangat bermanfaat. Moga-moga bakat ini akan dipertajamkan lagi, kena banya menulis.

22 Jun 2006- Hari ini aku mennag esei budi bahasa. dapat tempat ke-5. Sangat baik untuk permulaan, Amir dapat tempat pertama. Aku menerima hadih di Taman Budaya Negeri Pompong,Alor Star.
-Cuti kali ini ada juga aku menulis. Tak banyak pun.

November 2006- Kawan-kawan yang baca Ikmal-Szaza yang aku karang suruh sambung cerita tu. Insya Allah. Berdoalah apa yang aku lakukan semoga diiring redha-Mu. Bukan sekadar untuk memeperoleh nikmat dunia. Tempoh hari dapat hadiah komik, menang peraduan mengarang anjura pusat sumber sekolah. Cerpen aku setakat ini tak sampai sepuluh pun. Semoga apa yang aku uat mendapat barakahnya. AKu impikan untuk menjadi penulis yang dapat diterima, bukan aku, tapi karya aku. Aku tak lupa nasihat cikgu Zaini. Insya Allah.

11 Disember 2006- SPM dah tamat. Hajat di hati nak menaip, komputer tak ada. Apa nak buat, Terimalah seadanya. Sejak tamat SPM sudah dua buah cerpen aku siapkan. Inilah aktiviti aku, membaca novel, dengar radio... menulis. Novel dah tak ada idea tak terbantut. Tak pandai nak sambung. Seronok buat cerpen. Insya Allah lepas ni sajak pula. Nak luahkan apa ynag bergumpal dalam otak ni sebenarnya...Memang aku nak jadi penulis profilik, insya ALLAH...

23 Febuari 2007- Dah masuk tahun baru. Aku belum berkembang lagi. Ada masa aku seperti ingin berhenti daripda bergelutdengan pen dan kertas. namun terkenangkan harapan orang-orang yang nak melihat aku bangkit, aku gagahkan diri. Teguhkan hati. satu je kena buang. MALAS.

9 Mac 2007- Karya aku masih tak berubah. Masih di takuk lama. Nampak gayanya seperti semakin hari semakin kering idea. Patutlah apa yang aku dengar-dengar, nak pandai menulis, kena banyak membaca dan selalu menulis, barulah tajam mata pena tu.

10 April 2007Setelah dua tahun berlalu, Alhamdulillah tersiar sajak di Dewan sastera(Tunas Cipta) Dapat lagi RM 100. Semoga ini akan menjadi pendorong untuk aku lebih berusaha di masa depan.

28 Mei 2007- Dapat lagi RM 30, Tersiar dalam Fokus SPM April. Teruskan perjuangan wahai diri...

10 Ogos 2007-Alhamdulillah, otak dah mula bekerja untuk menghasilkan karya. Aku hantar sajak dan mulakan semula novel aku. Ini langkah pertama. jadi, aku kena belajar BI dan Arab betul-betul. Harapan ini perlu direalisasikan!!!

23 September 2007-Ada juga kau menghasilkan karya, alhamdulillah.

25 November-1 Disember 2007- Berpeluang menghadiri MPR, terlalu terharu dengan peluang ini dan saat -saat manis yang pasti tak akan dilupakan seumur hidup.... Ingat lagi semua dan amat rindukan wajah-wajah itu.

Penghujung Disember 2007-Dapat duit biasiswa, aku habiskan untuk membeli laptop terpakai, jadilah untuk aku menulis. Itu yang penting untuk aku, RM800, boleh untuk digunakan tapi tak canggih. Banyak jasa laptop ni, bantu aku hasilkan karya. Semoga jalan aku dipermudahkan...

Febuari 2008- Karya aku 'puisi buat walid' tersiar dalam Tunas Cipta 2008.Alhamdulillah, terima kasih Tuhan.

1 Jun 2008- Alhamdulillah tahun ini lebih banyak karya aku tersiar. Ya, jika menghantar adalah yang tersiar, kena konsisten, tanggungjawab sebagai mantan MPR perlu digalas, mereka menghabiskan banyak wang untuk melahirkan pelapis ini. Bulan April diDewan Siswa dan Fokus SPM. terbaru Dewan Sastera: Mahu atau Tidak... Murah rezeki aku, tapi kawan-kawan yang lain lebih prolifik. Kena hasilkan cerpen pula, baru lebih mantap. Sasaran aku tahun ni nak hantar karya tiap-tiap bulan... Insya Allah, dan banyakkan membaca supaya banyak idea nak menulis. Mungkin boleh mulakan cari bahan, cuba hasilkan cerpen yang disarankan cg Zaini tempoh hari...

22 Ogos 2008- Aku sedang berusaha menyiapkan cerpen untuk antologi MPR 2007... Doakan berjaya, hajat hati nak hantar dua-dua, cerpen dan sajak, harapnya berjaya... Tak tercapai juga nak menghasilkan novel, nak hantar karya tiap-tiap bulan, bukan disebabkan halangan pelajaran, Cuma aku yang tak pandai nak bahagikan masa sendiri... Sedih pun ada juga, tapi aku kena kuatkan diri, mereka boleh, mengapa Jamilah tak boleh, aku nak hantar juga esei tu, esok nak mula cari bahan, malam ni nak rangka, nak buat apa, kalau ada rezeki tak ke mana... sekurangnya aku perlu mencuba, Lama aku tinggalkan esei, buat penulisan kreatif je, kalau boelh nak kuasai banyak bidang, bukan kalau boleh, impian aku, nak kuasai banyak bidang penulisan... Amin, semoga Tuhan perkenankan dan ianya bukan sekadar anganan di kertas,,,,

3 Oktober 2008- Bulan September lalu sajak aku, ‘tinta untuk sahabat’ tersiar dalam Fokus SPM dan juga surat pembaca untuk Dewan Siswa. Dapat sebuah beg bercop DBP... Aku dah tak buat pun karya baru, 29 Ramadan lalu, aku ke Gombak ikuti Seminar penulisan, dapat semangat waktu tu je, terbang entah ke mana. Akhirnya cerpen aku tersiar di Remaja, sengaja aku menghantar ke situ. Tak salah kan? Itu kan lebih dekat dan remaja lebih suka baca... Sasaran kita juga kan remaja. Kukuhkan niat dan jika niat kau betul kau akan dapat apa kau nak. Target aku cuti ni akan ada juga cerpen atau sajak yang aku hasilkan. Insya ALLAH, biiznillah.

3 September 2009- hampir setahun aku tidak mencoret perkembangan penulisan aku. Alhamdulillah, dalam kesibukan dan keserabutan hari-hari aku, dapat juga aku menembusi majalah untuk tahun ini. Ada beberapa sajak, namun aku tak ingat. Sekarang sedang berusaha keras menghasilkan novel. Insya ALLAH.

***
# catatan ini adalah rakaman penulisan yang saya rakamkan. 2010 - 2012, sudah mula suam-suam kuku.

# 2013 : Saat itu (2005-2009), semangat membuak-buak untuk melihat penulisan sendiri. Tidak kisah tulis guna tangan, berlama-lama di perpustakaan, gunakan wang diberi untuk beli komputer terpakai.. Menulis perlukan motivasi dan dorongan dalam diri sendiri. Sedikit ketakutan dan 'khuatir apa orang kata' membantutkan penulisan. Dan alasan itu saya guna untuk diamkan diri. Melihat orang lain yang hebat, terasa diri sangat kecil. Akhirny saya hanya bebas berkongsi dalam blog yang pembacanya kecil. (blog inilah, saya tahu tidak ramai yang tahu mengenainya. Namun dalam diri ada azam, akan kembalikan yang hilang. Amin. Bukan tidak pernah cuba menyebar jala, mungkin tidak cukup baik umpannya dan tidak melekat. Paling utama, jangan ada putus asa.

Jamilah, senyum sokmo ya. :)


Kisah i, ii, iii

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

kisah i, Norliyana Aqilah
Usai Zohor semalam, aku menapak ke rumah kakak yang letaknya sekampung denganku -Kampung Bukit Kabu-.

Aqilah: Acu, kad yang akak buat hari tu ada dalam Asuh. Kawan akak tunjuk di sekolah petang. Akak tak ada Asuh tu.

Acu: Oh, ye ke! Acu dah bulan tidak beli Asuh.

Dan yang terbaharu, aku hanya membeli ASUH Februari. Mungkin harus mencari edisi yang memuatkan karya anak saudaraku ini, buat disimpan kenang-kenangan. Kata ibunya, dia boleh menulis karangan bahasa Melayu. Aku suka memberi pinjam -acu sayang nak beri terus- buku untuk remaja untuk dibaca. Asal sahaja buku itu tidak terlalu tebal, jika tidak dia tidak terima.

Aqilah, Acu doakan akak terus membaca dan menulis. Tulis diari juga satu latihan. Siapa tahu nanti akak pula terbitkan buku sendiri. :)

Kisah ii: Muhammas Syauqi
Abang -panggilan aku kepada Muhammad Syauqi- mengajak aku menemaninya mandi kolam di belakang rumah. Becok mulutnya bercerita tentang memerang. Dia anak saudaraku yang menyukai binatang, dan petang semalam, kami menonton kisah haiwan liar hingga dia terlena.

Habis kisah memerang dia bertanya soalan yang buatkan aku garu kepala mahu jawab.

Ya, usia tujuh tahun, memang suka bertanya. Menyelongkar perkara baharu.

"Acu, nanti kalau kiamat, kolam ini pun hancur ke?"

"Nanti di mana kita nak duduk?"

"Nanti mati nanti hidup balik ke?"

Dan acu menjawab sekadar yang  Acu tahu. Ia bukan soalan mudah jika ditanya oleh seorang anak. Anak jujur yang mahukan jawapan yang diterima akalnya.

Abang, suatu hari nanti abang akan dapat jawapannya.

"Abang, hari ini abang belanja kawan abang tak?"

"Tak. Kalau kawan abang tak bawa duit abang belanja la. Abang beli makanan. Dia makan, abang makan juga."

"Kawan abang tak bawa duit pergi sekolah."

Abang, teruskanlah yang ini!

kisah iii: NorAina Syafiqah.
Anak comel lima tahun yang matanya sedikit sepet ini kadang manja, kadang sukar diterka emosinya. Dia sangat suka melihat tudung acu yang punya lapis. Akan diusik-usiknya, melihat. "Tak panas ke  tudung acu dua lapis."

Semalam, dia mula menyanyi lagu  a.e.i.o.u.
A, ayam: kiok.kiok.
E, emak, I ikan berenang,
O. otak yang pintar,
U ular membelit ..

Ah, acu tidak ingat pula lirik penuhnya.

Semoga besar nanti membesar jadi orang baik. :)

Aqilah, Syauqi, Syafiqah. Acu doakan kalian jadi anak soleh solehah, penyejuk hati ayah bonda. Nanti suatu hari kalian terbaca catatan acu ini, inilah yang kita bualkan semalam, seharian acu bersama kalian. Tiga permata hati acu, acu sayang kalian.

yang menulis,
acu jamilah

28 January 2013

Kisah Shanghai dan Korea

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Shanghai’s Girls, Lisa See
Tiga hari aku peruntukkan bagi menyudahkan pembacaan novel ini. Latarnya pada tahun 1930-an sehingga 1950-an. Aku membeli buku ini kerana tertarik muka depan buku ini. Terus aku sambar sementelah kisah ini berlaku zaman penjajajan Jepun terhadap China.

Kisahnya bermula di Shanghai dan berakhir di Los Angels. Kisah dua beradik –Pearl dan May- yang saling menyayangi dan bagaimana mereka menempuh cabaran demi cabaran untuk hidup. Keperitahan hidup zaman perang digambarkan pengarang dengan wajah yang membuatkan aku tidak bosan, malah mahu terus mengetahui apasebenarnya yang terjadi kepada watak. Kisah dua beradik yang berbeza karakter, hakikatnya saling melengkapi. Dipaksa berkahwin untuk melangsaikan hutang, dikejar 'along', kisah perjalanan mereka ketika melarikan diri, adiknya mengandung walaupun tidak bersama suaminya (dua beradik ini berkahwin dengan dua orang saudara. Mereka masih belasan tahun), bagaimana akhirnya mereka bertemu kembali suami mereka dan meneruskan kehidupan di 'China Town'

Ada dikisah bahawa orang cina akan beli di kedai yang sama bangsa dengan mereka. Mereka sangat jaga yang ini.

Akhirnya, buku ini saya suka sebab saya dapat tahu yang di mana-mana pun zaman Jepun berkuasa suatu masa dahulu, keadaannya lebih kurang. Jika hanya tahu situasi di Malaysia, kali ini saya berpeluang tahu kisah Jepun di China pada zaman pendudukan.

The Chaligrapher's Daughter, Eugenia Kim
Menurut pengarang buku, buku ini berdasarkan kisah ibunya. Ini merupakan buku sulung beliau. Menarik kisahnya tetapi, saya sedikit terganggu dengan sudut pandang watak yang beliau gunakan. Pada bab ini, sudut aku, kemudian berubah kepada dia, dan aku kembali. Kena baca satu-satu untuk faham situasi cerita sebenarnya.

Ia kisah keluar kaligrafer. Ia kisah anak perempuan kaligrafer yang tidak punya nama. Dia hanya dipanggil 'the daughter of a woman from Nah Jin'. Orang Korea mementingkan kelahiran seorang 'son' untuk mewarisi nama keluarga, dan ia dia seorang perempuan.

Dia perempuan merdeka yang berfikiran terbuka, kisah Nah Jin sejak kecil hingga akhirnya keluarga meninggalkan keluarga untuk belajar. Walaupun ayah menghalang, dia meneruskan hasratnya. Dia belajar di istana, melanjutkan pengajian, akhirnya berkahwin dan akan ke Amerika. Dia tidak dapat ke Amerika, dan terpisah dengan suaminya selama lebih sepuluh tahun. Setelah itu, baharulah mereka kembali bersatu.

Dalam keluarga ini, ada seorang lagi ahli, anak lelaki, yang sangat dimanjakan. Dia ada semua yang dimahukan hingga akhirnya terlupa yang dia tidak ada. Walaupun dia malas, dia seorang yang berbakat dalam penulisan kaligrafi. Dia berkahwin dengan seorang wanita, yang akhirnya mati ketika melahirkan anak sulung mereka disebabkan penyakit tibi. Dia bernikah dengan seorang perempuan lain yang akhirnya bahagia. Anak lelaki ini juga seorang yang sangat berbakat dalam penulisan kaligrafi.

Inilah kisah sebuah keluarga di Korea pada zaman pendudukan Jepun. Ketika itu belum ada Korea Utara, Korea Selatan. Mereka sangat menjaga budaya, dan saya boleh melihat santun mereka dalam buku ini. Menonton cerita korea sedikit sebanyak membantu pembacaan saya. Saya membayangkan latarnya seperti yang dilihat dalam drama korea. Pakaian mereka, cara mereka makan, kehidupan.

Ah, mereka lebih luas budayanya, hanya kita yang makin lupa 'wajah' sendiri, kerana terlalu nampak 'wajah orang lain'

# akhirnya, catatan ini ditulis. Sudah lama menyimpan hajat menulis catatan setelah baca buku ini.
# mahu tahu lanjut tentang buku ini, terus

27 January 2013

Ossieanna, Sayidah Mu'izzah

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Ini novel kedua Sayidah Mu'izzah yang saya baca. Sebelum ini beliau menulis Janji Miftahul Raudhah, diterbitkan Galeri Ilmu. Osieanna diterbitkan oleh JS Adiwarna.

Ia mengisahkan kisah hidupan di laut. Konflik hidupan laut dan manusia. Kisah puteri laut yang hidup di dunia manusia, namun disebabkan satu kejadian, dia kembali ke alam istana di dalam laut. Ia sebuah kisah fantasi yang sesuai dibaca oleh remaja, bagi mencambah pengetahuan.

Mahu tahu lebih lanjut, harus membaca.

Walaupun aku tidak terlalu 'layan' cerita fantasi, Osieanna tetap dapat aku hadam sekali pegang. Bahasanya lancar dan kisahnya membuatkn aku mahu segera menyudahkannya hingga muka akhir.

Tahniah, kak Eja. Terus dan terus berkarya.

Jika sebelum ini aku memperkatakan kumpulan cerpen penghulu Minggu Penulis Remaja 2007, Sayidah Mu'izzah merupakan penghuluwati MPR 2007.

sekian, terima kasih.

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Sejak pagi saya berkira-kira mahu memaklumkan satu dunia atau tidak situasi terbaharu saya. Buka blog, tutup, buka kembali, akhirnya saya menulis. Ia bukan ceritera manis, hanya pengakhiran sebuah perjalanan di taman ilmu dan budi.

Sebagaimana saya pernah menceritakan secara berselindung atau terus terang dalam blog ini kisah-kisah kedegilan dan 'peristiwa demi peristiwa yang dicipta' sepanjang tiga tahun setengah pengajian saya di taman ilmu dan budi, biarkan jemari ini meriwayatkan pengakhiran kisah ini.

kata-kata menjadi nyata
hanya senyum menyambut berita
sedih tiada, rasa biasa
segulung ijazah : berapa ramai yang boleh meneruskan hidup tanpanya?

"dismiss"

itu status saya di taman ilmu dan budi. Mulai semester hadapan, saya bukan lagi bergelar 'student uia'. Tamat ceritera saya di uia.

Saya tidak menyesal sebab tiga tahun setengah di taman ilmu dan budi, saya berpeluang belajar subjek-subjek yang saya teringin belajar. Subjek-subjek adab, (hampir semua yang ditawarkan sempat masuk kelas dan berkenalan dengan subjek itu walaupun tidak selesai, satu semester dalam kelas fotografi, berkenalan dengan sahabat-sahabat yang sangat baik, lecturer yang sangat baik.

Hati yang terhijab dengan ilmu, kotor manakah ia?

Buat sahabat dan teman, selamat meneruskan perjuangan. Ada kesempatan, saya akan hadiri majlis konvo kalian. Macam cerpen yang pernah saya tulis, saya tidak sempat hadiri majlis konvokesyen, namun tidak ada sebab untuk saya sedih, sebab jalan masih panjang. Satu jalan tertutup sebab diri sendiri, saya percaya banyak jalan yang masih terentang.

Saya sudah diberi banya ruang dan peluang untuk saya baiki, namun ini jalan yang saya 'pilih.' Berani buat, tanggunglah akibatnya.

Sekian, pemberitahuan untuk 2013. :)

senyum tidak perlu kata apa-apa.

Masa menghadapi kenyataan dan berdikari! (berdikari tu apa, nek? bendi dan kari ke? -Nur, drama Nur Ramadhan)

Pesan-pesan sifu Azmah Nordin.

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

26 Januari 2013, saya merindukan kenangan suatu ketika berbengkel bersama sifu Azmah Nordin. Walaupun gagal menyiapkan walau sebuah cerpen sepanjang berbengkel, akhirnya manuskrip bertajuk “Tekad” disudahkan dan diterbitkan dengan judul “Friends Forever”. Dalam mencari rentak dan mengecas semangat yang kian ke titik akhir, saya semak kembali tulisan-tulisan sifu Azmah Nordin di blog beliau, SASTERA. Walaupun kini saya tidak lagi berbengkel secara maya bersama beliau, ingatan masih kuat kepada guru berjasa ini. Tidak pernah bersua, hanya tulisan menghubungkan kami. Dan semakin hari, semakin ramai ‘pelajar’ di blog SASTERA yang menerbitkan buku dan karya mereka tersiar di media. Saya tumpang gembira dapat merasai pengalaman itu.

Biar saya catatkan ingatan-ingatan manis buat tatapan saat semangat terasa menjunam. Kata sifu, menulis perlukan pengorbanan.

#  Menghasilkan sebuah novel; tidak seperti menangani sebuah jentera mesin, misalnya, atau masak rendang ayam – ia bukan suatu kemahiran yang boleh dipelajari. Tiada satu pun piawai untuk menentukan cara bagaimana hendak melakuannya, juga samada apa yang buat itu yang terbaik ataupun tidak. Juga, tak bermakna sekali anda telah menghasilkan karya terbaik, tidak bermakna karya-karya anda yang seterusnya akan sebaik yang pertama. Yang pasti, hampir keseluruhan proses penulisan kreatif itu sendiri penuh dengan misteri, dan selalunya tanpa syarat.

#  hanya dengan keazaman yang teguh, kesabaran yang bukan alang kepalang dan percaya pada apa perjuangan/mesej yang ingin kita sampaikan lewat karya itu saja, yang boleh mempastikan sesebuah karya kreatif boleh siap dengan sempurnanya.

#PETUA SELANGKAH DEMI SELANGKAH:
1. Fokus fikiran dan gambarkan muka seseorang dalam tulisan anda
2. Gambarkan riak muka (mimik muka, mungkin sedih, marah, gembira, bingung) orang itu.
3. Kemudian, gunakan metafora untuk menggambarkan suatu tempat yang indah (warna, bau, udara, cuaca, fauna dan floranya).
4. Gambarkan anda menegur orang itu, dengan menggabungkan no 2 & 3 di atas.
5. Gambarkan orang itu berpaling ke arah anda, dan bagaimana reaksinya apabila melihat wajah anda, cuba menjawab teguran anda tp tidak begitu mendengar apa yang dikatakan anda sepenuhnya.
6. Sekarang, bentuk semula tindak-balas (perasan, pemikiran) anda terhadap orang itu dalam bentuk Cerpen.
7. Atau, mungkin anda boleh menulis dari sudut pandang orang itu pula. Pasti lebih menarik, rasanya

# Penulis terbaik, lazimnya, turut melibatkan emosi mereka semasa berkarya, dan pembaca akan mengutip perasaan yg disalurkan lewat karyanya.

# PETUA PENULISAN KREATIF
a. Apa yang boleh buat anda bahagia (emosi yang digunakan boleh menguatkan karya)
b. Tulis cerita secara terbalik? (mencari kelainan dengan memulakan cerita dengan bahagian akhir)
c. Minda yang resah (atasi dengan bertenang dan FOKUS)
d. Pengalaman hidup (pengalaman diri sendiri dan orang lain)
e. Kenali format penerbit (tahu matmalat penulisan anda: novel dewasa, remaja, kanak-kanak. Anggap diri anda seorang penjual)
f. Simpan matlamat anda dalam buku log (catat matlamat penulisan anda, dan lihat anda pemuhi atau tidak matlamat itu. )
g. Novels vs. Cerpen (cerpen padat dan singkat. Novel lebih kompleks, mencabar, rumit, menyeronokkan)
h. Memerhatikan orang lain(duduk di tempat ramai orang, bawa buku nota, catatkan perwatakan orang lain)
i. Ikut jejak perwatakan (tulis perwatakan setiap watak. Ini membantu konsistensi dalam penulisan cerita hingga akhir)
j. Menulis untuk menulis semula (karya tidak tamat selagi kita tidak puas. Tulis dan baiki)

#  Penulisan kreatif adalah apa saja, di mana penulisnya menggambarkan buah fikir, gejolak perasaan, daya imaginasi dan daya kreaviti yang tentunya unik apabila penulis menceritakan dari pengalamannya yg tersendiri - bukan sebaliknya hanya melaporkan peristiwa ataupun berita. Penulisan kreatif digarap dengan bahasa yang segar, menyusunan ayat yang indah lagi mencabar, dan berunsur murni.

# Hanya kerana telah membaca ratusan atau ribuan novel, tidak bermakna kita boleh terus menghasilkannya sendiri
# Tips untuk penulis baharu: menulis setiap hari walau hanya 30 minit. Jika idea terbantut, bawa buku nota dan kaitkan apa sahaja dengan cerita (sekarang, bawa telefon pintar nan canggih sahaja). Kenal pasti waktu paling ideal menulis. Draf pertama --) simpan beberapa hari --) semak (sendiri atau minta bantuan). Bina nama dengan menyertai pertandingan penulisan kreatif --) kunjungi website dan belajar tentang tips dan dunia penulisan kreatif. Yakin anda mampu buat seperti orang lain.

*** dipetik daripada blog sastera 

26 January 2013

Cinta Senafas Angsa: Kumpulan Cerpen Tuah Sujana

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Cinta Senafas Angsa: Kumpulan Cerpen

Tuah Sujana

ITBM & PENA


Tuah Sujana. Nama ini pertama kali saya dengar ketika bengkel Minggu Penulis Remaja 2007. Editor majalah di DBP menjadikan cerpen beliau 'cinta senafas angsa' cerpen antara cerpen terbaik dalam Tunas Cipta tahun 2007. Ketika itu saya tidak suka cerpen itu, entah mengapa.

Wujudnya facebook mengenalkan saya pada pemilik nama pena Tuah Sujana dan melahirkan kagum dalam diri apabila dalam usia muda dapat menembusi tembok Dewan Sastera.

2013, saya berpeluang membaca kumpulan cerpen sulung beliau, Cinta Senafas Angsa, dan rasa tidak suka berubah menjadi suka cerpen-cerpen yang ditukang beliau. Ini antara penulis yang matang dalam menulis walaupun usianya muda. Tentu sekali seorang yang rajin membaca bacaannya luas (berdasar cerpen yang saya baca. Saya hanya mengenali tulisan beliau, bukan orangnya)

Bahasa yang baik
Saya sangat senang bahasa yang digunakan pengarang dalam cerpen-cerpen beliau. Segar dan menambah kosa kata saya sebagai pembaca. Selain cerita dan ilmu yang disampaikan pengarang dalam sesebuah tulisan, saya sangat senang dengan tulisan yang menggunakan bahasa yang santun dan baik.

...Dari atas langit, kedengaran guntur memecah kesunyian diiring bunyi gemeretap sebaik sahaja rintik hujan menimpa bumbung gerai. ... (m/s165)
JUDUL-JUDUL CERPEN DALAM CINTA SENAFAS ANGSA:

  • Bianglala Gaza
  • Teja, di Sisi Prahara
  • Cinta Senafas Angsa
  • Lazuardi
  • Gendala Cinta Arkad
  • Sumpah Bakawali
  • Alkisah Toyol
  • Di Perkampungan Jawapan
  • Kalbu Tengkujuh
  • Rindu Salman
  • Lensa Cordova
  • Sebelum Rintik 
  • Mimpi Senja Kirmizi
  • Jendela antara Purnama
  • Kidal
Dengan tema pelbagai daripada cinta, zaman persekolahan, budaya, ibrah kisah haiwan, dan kemanusian; pengarang membawa pembaca ke dalam cerita yang di tulis. Latarnya tidak hanya di Malaysia, malah ada cerpen beliau berlatar luar negara.

Kekuatan cerita-cerita beliau bagi saya ada bahasa yang beliau gunakan. Dalam semua cerita, saya sangat menyukai Di Perkampungan Jawapan. Kisah seorang jutawan yang menemui dirinya setelah berada di sebuah kampung. Manis sekali kisahnya!

Ternyata, pengarang akan pergi lebih jauh dan mewarnai dunia sastera tanah air. Semoga beliau akan terus menghasilkan karya yang bermutu.

*nota tambahan: Saya sangat senang membaca buku-buku terbitan ITBM sebab kertas yang digunakan sangat ringan. :) Tidak terasa membawa buku di tangan, dan melancarkan pembacaan.

25 January 2013

Ceritera Malam 1 Mei 2012 di IKIM.fm

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Kisah ini sudah lama. 1 Mei 2012. Ila Husna menjadi tetamu jemputan Segmen Remaja berbicara tentang Gaya Wawasan. Pengalaman pertama yang sangat manis. Terima kasih GISB atas peluang dan ruang. Terima kasih Deejay Faiz Othman dengan kesempatan istimewa ini.

Saya rakamkan kembali perbualan kami malam itu buat kenangan.


Faiz Othman ft. Ila Husna
1 Mei 2012
Konti IKIM.fm, segmen REMAJA
MEMBACA GAYA WAWASAN

Faiz: Assalamualaikum

Ila Husna: Waalaikumussalam.

Faiz : Ila apa khabar?

Ila Husna: Khabar baik.

Faiz: Alhamdulillah. Kepada anda yang dah pun pergi ke pesta buku, dapatkan bahan bacaan, balik jangan simpan dalam almari, pastikan balik baca. Insya Allah dapatkan intipati tersebut dan kita boleh aplikasi dalam kehidupan kita sehari-hari.

yang pertamanya mungkin ada di antara rakan –rakan kita atau peminat novel, novelis Ila Husna, mungkin ada di antara mereka yang nak mengenali siapa Ila Husna secara lebih dekat. Silakan Ila.

Ila Husna: Bismillahirrahmanirrahim. ssalamualaikum W.B.T. Nama saya Ila Husna, atau nama sebenar Jamilah Mohd Norddin. Masih belajar di UIA dan saya menulis friends forever dengan Galeri Ilmu SDN BHD. Di samping itu, selain menulis genre novel, saya juga menulis genre cerpen dan puisi di majalah tempatan.

Faiz: Itu antara perkenalan serba ringkas mengenai Ila Husna. Okey, sekarang Ila masih lagi menuntut?

Ila Husna: Ya, masih menuntut di UIA.

Faiz: Dalam jurusan?

Ila Husna: Bahasa Arab.

Faiz: Bahasa Arab ... Mungkin sekejap lagi nak minta Ila bagi ucapan khas untuk adik-adik kita dalam bahasa Arab di penghujungnya nanti, Insya Allah.

Banyak ni rakan-rakan kita yang dah pun bertanya di fb ikim.fm sekejap lagi saya nak raikan pandangan dan juga soalan daripada anda.

Yang pertamanya, sejak bila mula-mula Ila menceburi bidang penulisan kreatif ini?

Ila Husna: Kata orang kalau tak minat tak jadi benda tu. Melalui ... mula-mula saya membaca karya orang lain di majalah seperti FOKUS SPM, Tunas Cipta, dan sebagainya. Kemudian, melalui pembacaan itu timbulnya minat .. mengapa orang lain boleh sedangkan saya tidak boleh.

Lalu, bermula pada tahun 2005 bagi genre cerpen dan sebenarnya tahun 1999 saya pernah menulis karangan pendek kepada stesen radio. 2005 saya menulis cerpen ke Dewan Siswa, dan itu merupakan cerpen pertama saya yang tersiar di majalah dan ia menjadi dorongan untuk saya menulis puisi dan cerpen juga. Dan pada tahun 2007 saya ditawarkan untuk menyertai ke MPR yang dikendalikan DBP yang mana di sana kami diajar bagaimana untuk menulis dengan baik.

Faiz: Hm.. itu antaranya ...

Ila Husna: Itu antara permulaan penglibatan awal saya dalam bidang penulisan kreatif.

Faiz: Hm, dan sekarang ini masih lagi terus berkarya dan banyak sebenarnya karya-karya Ila yang masih lagi tersimpan?

Ila Husna: Kebanyakannya masih ada dalam blog.

Faiz: Wah, masih lagi tersimpan dalam blog Ila sendiri. Dan ini adalah buah tangan yang pertama bersama dengan Galeri Ilmu ... Friends Forever?

Ila Husna: Ya, Friends Forever

Faiz: Friends Forever .. Ada juga di kalangan sahabat-sahabat kita yang dah pun membaca buku ff ini, dan kepada anda boleh ajukan soalan bersama-sama dengan kami di fb ikim.fm. Okey, macam Ila cakap tadi, bersempena dengan pesta buku ni kan, saya sendiri dah pergi . Banyak bahan-bahan bacaan, bahan-bahan ilmiah yang kita boleh perolehi di sana.

Sekarang ni dunia serba canggih. Pelbagai akses yang boleh kita dapatkan bahan bacaan bukan sahaja melalui bahan bacaan biasa, anda juga boleh mendapatkannya menerusi internet dan sebagainya. Okey, bagaimana sebenarnya pendapat Ila sendiri sebagai seorang remaja yang masih lagi menuntut dan juga dalam masa yang sama menghasilkan bahan bacaan untuk orang lain juga.

Bagaimana Ila melihat untuk menimbulkan minat untuk rakan-rakan remaja di luar sana yang kurang minat terhadap pembacaan ini, terutamanya pembacaan-pembacaan ilmiah?

Ila Husna : Saya melihat ... hm, bagi diri saya sendiri cover sesebuah buku menjadi tarikan bagi remaja untuk membaca sesuatu bahan bacaan. Tetapi kita seharusnya melihat kandungan buku itu. Tidak sekadar membaca tetapi mendidik kita, mengubah kita menjadi lebih baik. Kata orang semakin kita baca, semakin banyak perkara yang kita tak tahu, dan di setiap kata-kata yang kita baca akan rasa semakin mahu menambah ilmu.

Faiz: Okey .. Semakin banyak kita membaca semakin banyaklah ilmu yang kita ketahui . Insya Allah, dan sebenarnya usaha sebagai seorang penulis ini, sebagai satu usaha murni untuk mentarbiah rakan-rakan yang lain dan novel ff ini juga merupakan novel dalam siri novel tarbiah remaja. Mungkin boleh ... kalau nak suruh cerita sedikit novel ini, ramai pula yang tidak mendapatkannya. Jadi kalau anda nak tahu apa isi kandungan dalam ff , boleh dapatkan novel tarbiah remaja ff hasil tulisan Ila Husna.

Dan kalau macam Ila sendiri cakap , untuk pupuk lagi minat pada rakan-rakan remaja untuk membaca, pastikan coverya kena menarik, sesuai dengan jiwa remaja. Dan saya percaya ff ini dia punya grafik, ilustrasi gambar muka depan memang sangat cantik.

Dan bagaimana Ila melihat dari segi kelebihan membaca secara berterusan??

Ila Husna: Kita selalu mendengar kata, anda adalah apa yang anda baca. Semakin banyak kita baca, semakin banyak kita nak tahu, semakin banyak kita membaca semakin bertambah ilmu. Apabila terus kita membaca kita akan rasa mahu memperbaiki diri.

Faiz: Ha, itu antaranyalah kenapa sebenarnya ... kelebihan pembacaan yang berterusan. Jangan ke mana-mana, sekejap lagi kita akan bersama dengan Ila Husna, banyak lagi yang akan kita bicarakan mengenai topiknya membaca gaya wawasan. Dan Ila Husna dah pun lahir dengan novel terbarunya ini, ff boleh dapatkan di pasaran.

Kita berehat seketika dan kembali lagi selepas ini bersama saya, Faiz Hj Othman dan rakan saya untuk malam ini untuk segmen remaja, membaca gaya wawasan. IKIM.fm.

(rehat)

Faiz: Dalam segmen remaja malam ini. Dan rakan-rakan yang mengikuti ikim.fm menerusi siaran dalam talian di www.ikimfm.my, terima kasih saya ucapkan . Kita masih lagi bersama saya Faiz Hj Othman dan kita membicarakan dalam jam pertama ini dalam segmen ekspresi selasa hari ini edisi 1 mei 2012, kita berbicara mengenai, topiknya membaca gaya wawasan

Bersama –sama dengan Ila Husna pada malam ini untuk bercerita mengenai membaca gaya wawasan. Okey, sekali lagi, topik ini kita ambil berdasarkan sekarang ini sedang berlangsung PBAKL di PWTC. Yang belum sempat lagi boleh datang beramai-ramai. Penerbit IKIM juga berada di sana untuk anda dapatkan buku-buku terbitan IKIM. Okey , dan rakan-rakan kita yang menghantar kiriman sms, soalan daripada rakan-rakan kita.

Daripada Siti Nor Zawani, katanya: Assalamualaikum, Ila. Saya salah seorang peminat novel. Cuma, bagaimana Ila mendapatkan sumber inspirasi bagi dapatkan idea untuk menulis? Silakan Ila, jawab soalan daripada rakan kita ini, Siti Nor Zawani.

Ila Husna: Bagaimana untuk mendapatkan inspirasi menulis? Inspirasi ada di sekililing kita, ada di mana-mana.

Kadang-kadang kita melihat benda yang kecil-kecil seperti pencuci tandas, kita tengok dia kita boleh belajar bermacam-macam perkara daripada dia. Kata orang nak dapatkan idea ni tak perlu duduk atas pokok, temenung lama-lama, baru dapat idea. Kita lihat benda di sekeliling kita. Renung dan kita cuba fikirkan apa pengajaran yang boleh kita ambil daripada itu. Itu cara yang saya buat.

Dan sebenarnya novel yang saya tulis itu walaupun bukan daripadapengalaman saya sendiri, daripada pemerhatian saya terhadap kehidupan sekeliling. Dan itu yang saya kongsikan dengan pembaca.

Faiz: Hm.hm. Okey, terhadap pemerhatian Ila sendiri. Dan sebenarnya sepanjang Ila menulis cerpen, novel dan juga puisi yang Ila hasilkan ini, adakah bahan bacaan tambahan membantu Ila untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu?

Ila Husna: Bagaimana seorang penulis yang menulis sedangkan dia tidak mempunyai bahan bacaan. Daripada benda yang kosong, kita tak boleh berikan sesuatu kepada orang lain. Contohnya, kalau kita nak tulis sesuatu yang mengangkat Islam, tapi kita tak pernah baca buku-buku mengenai Islam... Bagaimana untuk meningkatkan Islam, kita tidak dapat menghasilkan karya yang baik. Macam yang saya katakan tadi, kita adalah apa yang kita baca.

 Bermula daripada pembacaan, kita akan ... apa yang kita baca tu sangat membantu untuk menghasilkan karya yang bermutu. Karya yang baik itu tak akan dapat kita membaca sesuatu yang lebih rendah daripada sesuatu yang kita mahu hasilkan.

Faiz: Ha, itu dia. Okey, dan bagaimana Ila melihat terhadap rakan-rakan kita yang, remaja di luar sana terhadap minat mereka terhadap bahan-bahan ilmiah?

Ila Husna: Sekarang, kita tengok kalau remaja dia suka mengupdate fb, mengupdate blog dan sebagainya. Tetapi kita harus tahu yang remaja sebenarnya dia suka membaca. Tetapi, membaca bahan bacaan yang ringan yang bagi mereka, mereka rasa benda tu mudah nak faham dan senang nak dapat apa yang mereka baca tu.

Faiz: Okey, itu antara ulasan, pendapat Ila sendiri mengenai rakan-rakan remaja yang sekarang ni, mungkin sekarang dunia dah berubah. Bahan bacaan bukan lagi menjadi perkara utama, adik-adik remaja ni dah sering berada di hadapan facebook dan sebagainya untuk mendapatkan bahan-bahan bacaan yang senang mereka akses. Tak perlu lagi mereka untuk ke kedai buku, atau ke perpustakaan.

Tapi, sebaliknya saya secara peribadi lebih gemar untuk membaca bahan bacaan yang berada di tangan saya sendiri, bukan berada di dalam skrin dan sebagainya. Itu adalah lebih puas sebenarnya. Okey, sekali lagi kepada anda yang ingin mengajukan soalan kepada Ila.

Ila, saya sendiri kagumlah kepada penulis yang mampu menghasilkan tulisan, dengan novel yang setebal seratus, 200 muka surat, okey, bagaimana Ila boleh datangkan idea untuk menghasilkan novel setebal untuk 100, 200 muka surat untuk menjadi bahan bacaan untuk tarbiah rakan-rakan remaja di luar sana?

Ila Husna: Sebenarnya, ia kemahuan! Bila kita nak sampaikan sesuatu kepada orang, kita akan buat benda tu. Macam sebenarnya novel yang saya hasilkan tu daripada hasil bengkel saya dengan Azmah Nordin, kemudian saya simpan, setelah dua tahun barulah novel tu diterbitkan.

Faiz: Hm, okey. Itu dia.

Okey, daripada rakan-rakan kita di fb ikim.fm. Daripada Faizal al-Jauzari: membaca boleh menjana minda, memperkuatkan fikiran, menjadi ubat untuk menjadi bijak dan cerdik. Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.

Okey, terima kasih kepada Faisal.

Daripada Wafa Awla: Ila Husna? Wah, terujanya. Baru berbalas kata tempohari. Siapa agaknya yang mencungkil bakat anda waktu mula menulis dulu atau kesedaran sendiri?

Ila Husna: Sebenarnya saya bukan dilahirkan dalam keluarga yang menulis ataupun persekitaran yang menulis. Keberanian! Apabila saya membaca karya orang lain di majalah, saya rasa: eh, kenapa orang lain boleh hantar di majalah dan karya itu diterbitkan? Daripada situ saya rasa, saya juga boleh! Dan saya hantar karya tu, dan disiarkan.

 Saya rasa kesedaran saya sendiri untuk berkongsi apa yang saya tahu dengan orang lain. Mungkin orang lain boleh bercakap dengan baik. Bagi saya, penulisan adalah salah satu cara untuk saya menyampaikan apa yang saya mahu berikan kepada orang lain.

Faiz: Penulisan juga sebagai medium untuk Ila berdakwah kepda rakan-rakan remaja mengenai penulisan Ila ni. Dan kata-kata di depan ff ni, ukhuwah itu tali penyatu. Wow, bicara mengenai ukhuwah dalam novel ff ini. Kepada anda boleh dapatkan novel ini.

Dan rakan-rakan kita di fb ikim.fm, daripada Nor Hazlina Mohd Fisol, : Assalamualaikum kepada deejay betugas dan kepada tetamu jemputan, penulis muda yang berbakat besar, Ila Husna. Nak tahu apa perasaan penulis apabila novel pertama telh menjadi kenyataan? Novel ff adakah berkisar berkenaan pengalaman peribadi penulis sendiri? Silakan.

Ila Husna: Perasaan? Siapa yang tidak teruja melihat buku sendiri terletak di kedai-kedai buku. Dan sebenarnya, ff itu bukanlah daripada pengalaman peribadi penulis. Ia adalah berdasarkan pemerhatian-pemerhatian saya dan kisah-kisah yang berlaku di sekeliling saya.

Faiz: Hm.hm. itu dia. Bukan daripada pengalaman peribadi. Kepada anda, ini adalah pengamatan yang dilakukan sendiri oleh Ila untuk menghasilkan karya ini. Kalau nak tahu mecamana pengamatan Ila dalam ff ini, boleh dapatkan, ya di pasaran.

Okey, daripada Siti Nor Asywini. Assalamualaikum, Ila Husna. Apa kenangan manis dan pahit untuk capai cita-cita menulis atau menghasilkan novel. Mungkin sepanjang bergelar penulis ni, bermula dengan cerpen, puisi, dan sekarang ni terhasil pula novel, apa mungkin kenangan pahit dan manis sepanjang mengharungi liku-liku untuk menjadi dan terhasilnya novel ini?

Ila Husna: Kenangan manis tentunya apabila saya melihat karya saya tersiar di majalah. Dan saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya menulis novel ff. Ia bermula daripada benkel secara maya dengan seorang penulis, Azmah Nordin dan ia mengambil masa yang panjang.

Dari situ saya belajar bagaimana untuk bersabar menulis novel itu dalam tempoh setahun, kemudian apabila dihantar ke syarikat penerbitan saya perlu tunggu dalam tempoh yang agak lama sebelum ia diterbitkan. Pengalaman pahit, apabila saya tidak berpuas hati dengan apa yang saya capai.

Faiz: Itu dia, antara pengalaman. Mungkin selepas ini banyak lagi yang boleh Ila Husna hasilkan untuk bacaan ilmiah rakan-rakan kita di luar sana untuk bersantai-santai membaca novel karangan Ila Husna ini.

Okey, kepada anda, sekiranya anda ingin menjadi seperti Ila Husna, seorang penulis juga, sekejap lagi kita tanyakan Ila, bagaimana untuk menjadi seorang penulis yang berjaya dan juga bergaya. Bagaimana, sekejap lagi kita tanyakan kepada Ila Husna.

 Jangan ke mana-mana, kembali lagi selepas ini, kita berehat seketika.

(iklan)

Faiz: Dan kepada anda, sekali lagi saya war-warkan kepada anda, sekiranya anda mempunyai soalan yang ingin diajukan kepada rakan kita ni, Ila Husna, seorang penulis muda yang telah pun menghasilkan sebuah novel dan topik pada malam ini kita bicarakan mengenai membaca gaya wawasan.

Seperti yang saya war-warkan sebelum kita berehat tadi, kepada anda yang ingin menjadi penulis muda yang berjaya, berbakat besar, dan juga bergaya. Maksudnya bergaya, apa yang maksud bergaya tu, maksudnya penulisan yang mampu membentuk tarbiah kepada rakan-rakan kita dan juga memberi manfaat kepada individu-individu yang lain. Seperti biasa, saya nak ajukan soalan ini kepada Ila.

Okey, bagaimana sekiranya rakan-rakan kita ini yang berminat untuk menjadi seperti Ila sendiri, ada bahan bacaan yang boleh dihasilkan untuk rakan-rakan kita di luar sana. Bagaimana untuk bermula menghasilkan karya sendiri. Untuk rakan-rakan kita yang berminat untuk menjadi penulis juga?

Ila Husna: Ada petua terkenal yang saya rasa ramai yang tahu. Dia bermula dengan membaca, baca, kita baca lagi, kita baca lagi, kita baca kemudian kita tulis. Mula-mula kita tulis benda yang dekat dengan diri kita, yang berada di sekeliling kita, kemudian apabila kita tulis biar seburuk mana penulisan itu, apabila kita tulis, tulis, dan tulis ia akan menjadi semakin baik. Dan kita tidak boleh berhenti di situ sahaja.

Setelah kita menulis, mungkin mulanya kita menulis di buku-buku catatan, di blog, hatta status fb sekalipun, kita harus tahu yang ramai orang memerhatikan apa yang kita tulis, bagaimana penulisan kita. Daripada situ, kita dapat mengajar diri kita untuk menulis. Setelah tulis, tulis, tulis, tulis, kita hantar karya kita ke syarikat penerbitan supaya ramai orang boleh berkongsi apa yang kita tulis dan memberi kritikan dan pendapat untuk menambah baik penulisan kita.

Faiz: Oh, itu antaranya langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk bergelar seorang penulis yang berjaya dan bergaya. Okey, dan mungkin itu menjawab soalan rakan kita ni,

 daripada Hassan Mumtaz, katanya kalau kita ada bakat dalam penulisan, apa langkah awal untuk kita perkembangkan bakat kita dalam penulisan itu? Mungkin Hassan juga berminat dalam penulisan. Selamat maju jaya saya ucapkan kepada Hassan. Dan, kepada anda, macam Ila cakap tadi, jangan lupa di fb kita juga kita boleh tarbiah, Insya Allah pastikan penulisan kita adalah penulisan yang berkualiti yang boleh kita baca dan memberi manfaat kepada individu-individu yang berada di sekeliling kita.

Daripada Syeikh Islam. Adakah cik Ila Husna akan menjadikan penulisan sebagai kerjaya untuk masa depan?

Ila Husna: Kerjaya sambilan, mungkin. Bagi saya penulisan adalah minat saya. Walaupun apa yang saya, walau apa pun pekerjaan saya di masa akan datang, itu pekerjaan asasi, dan penulisan adalah sebagai salah satu minat yang saya tak boleh berhenti.

Faiz: Hm, minat yang Insya Allah lepas ni akan terus dipupuk minatnya itu dan seperti biasalah seperti yang Ila cakap tadi, cara untuk memupuk minat dan menambahkan lagi idea dalam bidang penulisan ini, caranya adalah melalui pembacaan. Bagaimanapun ia bermula dengan pembacaan. Kalau banyak mana pun ilmu, banyak yang kita dapat melalui pembacaan kita InsyaAllah banyak juga yang akan kita kongsikan bersama dengan rakan kita melalui hasil penulisan karya kita.

Okey, daripada Nurul Hasanah, Assalamualaikum, Ila Husna. Alfun Mubarak . Anda adalah penulis yang berpotensi. Teruskan menyebar ilmu dengan penulisan anda yang bermutu.

Aiman Faris, katanya: Assalamualaikum, Kak Ila. Bagaimana Kak Ila mengasingkan masa baca buku novel dan buku pelajaran? Daripada, Aiman Faris.

Ila Husna: Membaca buku novel dan buku pelajaran? Novel adalah benda yang kita suka dan buku pelajaran adalah tanggungjawab kita ...

Faiz: Bagaimana tu nak asingkan masa baca buku novel dan buku pelajaran? Mungkin ada sesi pembacaan yang tidak serius, santai-santai itu untuk baca novel? Atau bagaimana masanya? Bagaimana Ila mengaingkan untuk baca novel, time macam ni, untuk baca buku ilmiah macamana pula?

Ila Husna: Membaca novel mungkin masa lapang saya dan buku pelajaran tentunya kita perlu baca hari-hari.

Faiz: Oh, itu dia. Jangan lupa. Walaupun bahan bacaan itu adalah novel, atau majalah-majalah ilmiah, pastikan ianya tidak bertentangan dengan tumpuan, atau tujuan asas kita, tujuan utama kita adalah untuk mempelajari apa juga yang kita belajar. Kalau di SPM boleh belajar untuk SPM dan di sampingnya itu barulah kita belajar, ada masa luang boleh kita dapatkan bahan-bahan tambahan, santai-santai untuk kita tenangkan minda.

Okey, daripada Amirul Usumuddin. Assalamualaikum, abang Faiz dan Kak Ila. Saya nak tanya, bagaimana seorang penulis itu membawa pembacanya menyelusuri suasana atau latar tempat yang boleh menimbulkan kesedaran dalam diri pembaca itu sendiri? Terima kasih. Macamana pula Ila membawa rakan-rakan pembaca dalam ff ini untuk sama-sama bersama dengan Ila untuk menghayati watak itu dan sebagainya.

Ila Husna: Kalau ff saya tulis latarnya apa yang memang kehidupan saya.

Faiz: Hm, kehidupan sebagai seorang pelajar.

Daripada Cahaya Rabi’ah: Ila Husna ni orang mana ya? Siapa yang mendorong dan memberi semangat kepada Kak Ila Husna sehingga berjaya ke tahap ini? Siapa yang mendorong Ila untuk berjaya dalam bidang penulisan ini sehingga ke saat ini?

Ila Husna: Tentunya keluarga dan rakan-rakan yang saya tahu mereka sentiasa mendoakan saya untuk saya sampai ke tahap ini. Dan, semasa di MPR dulu, ada penulis-penulis yang menjadi pembimbing saya seprti Nisah Haron, Faisal Tehrani ...

Faiz: Oh, ramai juga penulis-penulis hebat yang Ila berdampingan dengan mereka untuk dapatkan ilmu-ilmu mereka. Okey, dan mungkin ada perancangan masa hadapan , mungkin nak menulis novel yang bagaimana pula, apa perancangan untuk masa hadapan. Okey, silakan Ila.

Ila Husna: Perancangan masa hadapan? Tentunya saya nak menghasilkan sebuah novel yang mungkin ia sebuah kisah biasa. Kisah kehidupan seharian seorang pelajar tetapi ia memberi kesan kepada ramai orang.
Dan, satu kita nak kongsi. Sekarang kita dilambakkan dengan kisah-kisah cinta, dan .... macam-macam kisah cinta.

 Tetapi seharusnya kita memilih bahan bacaan yang dapat membina diri kita dan membolehkan kita berusaha untuk mengubah diri kita menjadi yang lebih baik.

Faiz: Okey, itu dia perancangan. Mungkin selepas ini diucapkan selamat maju jaya kepada Ila Husna atas usaha untuk menghasilkan lagi karya-karya yang bermutu untuk menjadi bahan bacaan rakan-rakan kita di luar sana.

Yang terakhir, mungkin ada nasihat daripada Ila untuk rakan-rakan remaja kita supaya mereka dapat menghidupkan lagi amalan mmbaca dlam kehidupan mereka seharian.

Ila Husna: Bacalah apa yang kita minat dulu, kemudian kita cuba baca sesuatu yang di luar bidang kita. Mula-mula kita mungkin rasa benda itu susah, tetapi lama-kelamaan ia akan menjadi semacam bacaan tu sesuatu yang kita tidak boleh tinggalkan.

Macam hari-hari kita akan makan. Apabila hari-hari kita membaca, apabila sehari kita tinggalkan bacaan itu rasa macam ..

Faiz: Rasa macam pelik jugalah! Jadikan perkara yang luar biasa itu sebagai satu kebiasaan. Insya Allah selepas ini mungkin menjadi perkara yang mudah. Dan kalau kita tinggalkan membaca dalam sehari, kalau selepas ini kita biasakan membaca hari-hari, kalau kita tinggalkan dalam masa sehari itu, kita akan rasa gusar dan gundah gulana.

Jadi, biasakan perkara yang luar biasa itu insya Allah kita dapat bahan bacaan dan semoga kita boleh beri yang terbaik juga kepada rakan-rakan di sekeliling kita. Daripada bahan bacaan itu juga dapat kita sampaikan ilmu yang terbaik buat rakan-rakan kita yang berada di sekeliling.

Okey, apa-apa pun saya nak ucapkan terima kasih kepada Ila Husna kerana sudi bersama dengan kita pada malam ini untuk berkongsi serba sedikit mengenai topik kita membaca gaya wawasan.

Okey, apa pun kami di IKIM fm mengucapkan selamat maju jaya, untuk Ila Husna. Ini novel yang pertamanya, Friends Forever. Dan insya Allah semoga hasil-hasil yang seterusnya dapat memupuk minat membaca di kalangan remaja di samping itu memberi tarbiah kepada rakan-rakan kita di luar sana.

Apa-apa pun semoga kita berjumpa lagi Ila. Insya Allah, selamat maju jaya sekali lagi. Assalamualaikum.

Ila Husna: Waalaikumussalam.

Nilai Sebuah Kasih (Bab 3)


BAB 3


“Szaza, petang ini temankan saya jumpa kawan lama. Lama terpisah, semalam dia hubungi saya. Awak ikut?”

Luqman mengajak Szaza menemaninya makan malam.

“Susah, Luqman. Mak akan bising. Aku masih isteri orang. Harap kamu faham.”

“Isteri orang? Habis mengapa terpisah begini? Entah bagaimana laki yang kamu biarkan dia sendiri.” Luqman sengaja menuang minyak tanah ke dalam api yang mahu marak. Nampak riak kemarahan dalam mata Szaza.

“Luqman, cukup! Aku penat. Mahu berehat di rumah. Sekian, terima kasih.” Segera dicapai beg, bersedia untuk pulang.

“Dia kawan baik awak suatu masa dahulu, Szaza. Temankan aku, ya?”

“Luqman, tolong! Aku rimas didesak. Aku minta kebenaran mak, nanti aku hubungi kamu.” Szaza mengalah.

“Begini kawan saya. Terima kasih, Szaza.”

Tidak membalas, Szaza cepat melangkah meninggalkan pejabat.

***

Pintu hatinya seakan diketuk untuk menerima pelawaan itu. ‘Apa salahnya sesekali aku keluar. Asyik terperap, boleh berkulat.’

“Pergilah, Za. Mak izinkan. Bukannya mak tidak kenal Luqman. Satu pesanan mak, ingat yang kamu masih isteri Ikmal Hakimi.”

Szaza mengesahkan kehadirannya kepada Luqman.

“Bagus! Malam ini saya jemput awak. 8.30 malam.” Belum sempat Szaza berkata apa-apa talian terputus di sebelah sana.

Tangan Szaza pantas memilih busana yang akan dipakai. Jubah seluar hijau lumut amat tepat digandingkan selendang labuh warna senada. Tepat etika berpakaian seorang muslimah. Sedikit bedak disapu ke pipi, menyerlah keserian wajah yang sedikit pucat. Dipandang sekilas wajah di cermin. Puas!

“Szaza, Luqman menunggu.” Mak melaung dari tingkat bawah. Terkocoh-kocoh Szaza menuruni tangga, membimbit kasut.

“Nanti, jangan pulang lewat.” Mak memberi pesan.

“Jom!” Szaza mengajak Luqman selepas mengucup tangan mak.

“Wah, cantiknya! Mesti kawan saya gembira dengan kemunculan awak.”

“Siapa kita mahu jumpa sebenarnya? Apa kaitan dengan saya?” Szaza tertanya-tanya.

“Kita ke Restoran Rebung.” Luqman tidak membalas pertanyaan Szaza.

‘Retoran Rebung? Tempat Ikmal selalu bersama aku. Hari ini, aku akan ke sana dengan orang lain.’ Szaza diam.

“Mengapa, Szaza?” Luqman menyoal setelah dilihat wajah Szaza mendung.

“Tiada modal mahu bersembang. Saya penat, Luqman.” Szaza menutup bicara. Hanya suara deejay radio menemani sepanjang perjalanan.

***

“Sudah sampai. Awak tunggu di sini, saya mahu parkir kereta.”

Szaza memandang restoran itu. Destinasi pilihan Ikmal untuk hari-hari istimewa mereka. “indahnya kenangan!” Terpantul ayat itu tanpa sedar Luqman di belakang.

“Apakah yang indah, Szaza. Berangan!”

“Luqman ... maaf, saya tidak perasan kehadira kamu.”

“Ayuh. Kawan saya tentu sudah di dalam.”

Szaza mengikut langkah Luqman. Dilihat meja yang mereka hampiri kosong. Tidak ada manusia yang mahu dikata kawan Luqman.

“Mana kawan kamu, Luqman? Lelaki atau perempuan? Jangan kenakan saya, Luqman!”

“Awak duduk. Mungkin dia ke tandas. Katanya tadi sudah di sini.” Szaza tidak senang duduk. Ada anggapan buruk muncul. Luqman sudah bergerak entah ke mana. Sepuluh minit dia termangu di meja makan,Luqman kembali. Kawannya belum nampak.

“Szaza, perkenalkan kawan aku, Ikmal Hakimi ...” Belum sempat Luqman menghabiskan kata, Szaza menoleh ke belakang.

“Masya Allah, abang ! Luqman, apa erti semua ini? Kamu kata mahu bertemu kawan lama kita. Ini ... sampainya hati kamu, Luqman!” Ada air jernih menitik tanpa dipinta. Dia rindu wajah itu. Dia malu pada Ikmal. Tidak dipeduli wajah-wajah asing memandang pelik drama tanpa skrip itu.

“Maafkan saya, Szaza. Ikmal mahu bertemu awak. Saya tahu awk rindu dia. Saya yang aturkan pertemuan ini.”

Ikmal Hakimi mengambil tempat bertentangan Szaza. Dia kasihan melihat isterinya menangis. Direnung wajah mendung itu sepuasnya. Melepas rindu tiga bulan terpisah.

“Sayang ...” Dia mula menyusun kata.

‘Ikmal panggil aku dengan nama itu? Enam bulan aku rindukan panggilan itu.’ Szaza tidak keruan. Akhirnya, dia membatu di tempat duduk. Wajah ditunduk, memandang meja. Esakannya kian reda. Disapu mata yang basah.

Kaku.

‘Biar Ikmal pecahkan kesunyian ini.’ Szaza tetap bisu.

24 January 2013

Tiga Novel Jiwang yang Dibaca Sepanjang Cuti

Lama tidak membaca novel jiwang karat. Cuti ini, tiga buah novel remaja aku baca, duanya aku beli sebab pengarang dan sebuah lagi sebab diberi percuma. Alang-alang ada, aku baca hingga muka akhir. 


1) Dewa Cintaku: Dilla Hussein. (10-11 Januari 2013)

Setelah tamat pengajian di sekolah menengah, aku meninggalkan kecederungan membaca novel cinta popular dan mencari bahan bacaan lain, masih kebanyakan bahan bacaan aku adalah fiksyen.

Dewa Cinta yang ditulis Dilla Hussein, aku baca sementelah ia novel percuma. Orang beri, kita baca. Tidak banyak, sedikit bahasa moden yang digunakan mengganggu kesenangan aku sebagai pembaca. Keenakan aku sebagai pembaca, terasa tidak lancar saat bahasa percakapan berselerakan di sana sini. Aku teruskan juga membaca sampai muka akhir.

Tidak perlu aku panjangkan sinopsis, sebab dapat diterka jalan ceritanya. Dua insan bernama June dan Iqbal bertemu dan akhirnya berkasihan. Dipendekkan cerita, saat klimaks perkasihan mereka, mendapat perkhabaran yang mereka dua bersaudara yang terpisah. Mereka membawa diri hingga akhirnya mendapat tahu bahawa mereka bukan saudara kandung. Demikianlah alkisahnya.

Sekadar bacaan ringan, aku layan sambil senyum seorang diri. Keghairahan menghadam novel begini aku kurangkan, dan berusaha memilih bahan bacaan yang lebih mengutamakan kesantunan berbahasa. Efek bahan bacaan pada diri, terlantun pada tulisan tanpa sedar.

2) Kau Yang Kusayang ... Kamariah Kamaruddin
Aku beli novel ini di Big Bad Wolf 2012. Faktor utama, pengarangnya bernama Kamariah Kamaruddin (sekarang Dr). Tambahan, harganya RM8. Aku terus letakkan buku ini dalam beg yang dibawa. Dua hari aku peruntukkan untuk menghabiskan 287 muka yang bercetak.

Sepanjang perjalanan cerita, banyak ayat al-Quran dan hadis yang dipetik pengarang bersesuaian dengan cerita. Kisah hidup Nuramalina sejak bersekolah rendah hingga akhirnya mengikat tali pertunangan dengan jodohnya. Dia seorang gadis yang bijak membawa diri. Gadis desa yang belajar di UM. Dia bertemu rakan lamanya di sana bernama Fauzi. Digambarkan mereka berkawan yang akhirnya terpisah ketika Fauzi melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ayah Fauzi menghalang perhubungan mereka kerana status. Akhirnya, Nuramalina bertemu jodohnya denganorang lain.

“kekuatan seseorang bukan terletak pada jumlah kegagalan yang dihadapinya, tetapi terletak pada bangunnya seseorang selepas jatuh.”-m/s 57

Jodoh itu rahsia. Perempuan yang menjaga dirinya akan dipertemu jodoh selayaknya. Kisah ini satu contohnya. =]

3) Untukmu Hana, Salina Ibrahim.
Separuh hari aku peruntukkan hanya membaca novel ini. Sebab aku beli, pengarangnya bernama Salina Ibrahim. Beliau salah seorang yang walau tidak aku ikuti setiap perkembangan karyanya, masih menginspirasi aku menulis. Beliau suka mengangkat watak wanita yang ada perjuangan.

Demikian Untukmu Hana ... Kisah Hana yang tahu dia anak angkat ketika berusia 24 tahun. Dia dibesarkan oleh sepasang doktor yang tidak punya cahaya mata, merangkap teman ibu kandungnya. Ibu kandungnya seorang anak tunggal yang dimanja ayah dan dibawa ke perjumpaan yang disertai ayahnya. Selepas ayahnya meninggal, ibunya tidak membenarkan dia menyambung pengajian sedangkan dia punya cita –cita tinggi. Dia akan dijodohkan dengan orang lain. Darah muda membawanya mencari kekasihnya, seorang berbangsa Cina yang memeluk Islam, dan mereka bernikah. Dia ke kota dengan alasan berkursus dan akan mengikut saranan ibunya untuk berkahwin setelah pulang. Setelah beberapa ketika, ibu kandung Hana pulang ke kampung, dan mendapat khabar suaminya meninggal dunia. Dia pula mengandung anak. Akhirnya dia berterus terang dengan bakal suaminya. Ibu kandung Hana membawa diri ke kota sekali lagi, bertemu pasangan doktor merangkap temannya itu, di situlah Hana lahir.Ada rentetan kisah yang akhirnya membawa pembongkaran identiti Hana.

Bahasanya santun, dan manis sekali saat aku menghadamnya. Kisah ini berlatarkan pelajar universiti dan perkampungan di Perak yang merupakan negeri kelahiran pengarang. Kisah-kisah desa, dunia pelajar, pejuangan wanita, terasa cepat mata menangkap barisnya saat aku baca. Walaupun telah lama buku ini terbit, tidak ketinggalan rasanya walau aku baharu sekali ini membacanya.

Demikian, sedikit catatan aku setelah membaca tiga buku ini.  Mulanya mahu dibuat satu catatan setiap buku yang usai dibaca, aku batalkan melihat setiap catatan adalah coretan pendek sepanjang pembacaan.

Nilai Sebuah Kasih (Bab 2)

BAB 1

BAB 2

Szaza telah memulakan tugasnya sebagai setiausaha di sebuah syarikat milik sahabat lamanya, Luqman Hafizi. Itulah caranya menghiburkan hati yang sarat terluka dek perbuatan Ikmal padanya. Walaupun bukan secara fizikal, perasaannya terdera. Ikmal Hakimi hari ini bukan lagi dirinya yang dahulu. Harta menyebabkan dia kabur menilai kaca dan permata. Itulah pandangan Szaza pada suaminya kini.

Tugas setiausaha ini diterima atas nasihat ibunya.

“Hari-hari mak lihat kamu termenung. Mak fikir elok juga kamu cari pekerjaan. Kurangnya kamu fikirkan yang buruk-buruk.”

Ketika dia menghubungi Luqman, sahabat lamanya, kebetulan Luqman mencari setiausahanya yang melepaskan tugas setelah mendirikan rumah tangga. Dia sekadar menghantar mesej meminta izin daripada suaminya, Ikmal Hakimi. Masih ada hormatnya pada imam keluarga, suaminya.

Szaza cepat membiasakan diri dengan dunia pekerjaan barunya walaupun dunia pekerjaan dia tinggalkan sejak lima tahun lalu. Bidak kesetiausahaan adalah bidang belajarnya di universiti.

***

“Kenapa dibiarkan deringan telefon berlagu panjang? Aku dengar sudah lima kali ‘pergi tidak kembali’ daripada telefon kamu berlagu. Kamu ada masalah? Mahu kongsi dengan aku?” Fikriah menegurnya pagi itu.

“Mengganggu? Maaflah. Aku matikan telefon aku. Tidaklah telinga kamu tersumbat dengan deringan telefon aku.”

Szaza tidak menjawab pertanyaaan rakan yang baru dikenali setelah menyertai syarikat sahabatnya ini.

Hatinya belum sembuh. Biarkan Ikmal yang datang memujuk. Itu tekad Szaza. Rindu sentiasa berdendang dna sendu sering bertamu saat ingatan pada si suami, mahu dia berikan pengajaran pada suaminya. Szaza melihat gambar pernikahannya lima tahu lalu. Teman saat rindu mendatangi pantai hati.

“Asyiknya merenung ...” Teguran Ikmal Hafizi mengembalikan Szaza ke pejabat.

“Encik Luqman, ada kerja yang perlu saya bereskan?” Szaza membahasakan encik sebagai tanda hormat pada majikan walaupun dia juga sahabatnya.

“Sengaja menjenguk kamu. Kasihan saya lihat kamu. Baliklah.”

“Balik? Kau suruh aku balik rumah itu? Menambahkan sakit hati aku sahaja.” Hilang bahasa santunnya.

“Awak masih isterinya. Tanggungjawab awak mentaatinya selagi dia tidak mengajak kamu kepada perkara tidak baik.” Luqman Hafizi mahu mencairkan ego di hati Szaza.

Szaza membatu. Dia berpura-pura melihat skrin komputer dan menyibukkan diri. Luqman segera berlalu, sedar Szaza enggan menerima sebarang kata.

***

“Mak kasihan melihat kamu, Szaza. Kerja siang malam. Fikirkan sama kesihatan kamu. Nanti apa yang kamu mahu melayang. Apa yang kamu kejar langsung tidak dapat.”

“Mak, Szaza penat. Szaza naik atas. Mahu berehat.”

Sebolehnya Szaza mengelak daripada mak buka mulut perihal masalahnya dan Ikmal. Biarlah masa menyelesai masalah mereka.

Mak Jah, ibu Szaza menggeleng melihat anaknya mendaki anak tangga. Kelihatan tubuh itu sedikit susut sejak kembali ke sini. Dia tahu hati anaknya memberontak. Anaknya mahu dipujuk, diajak kembali ke rumah. Dia anak yang biasa dimanja. Anak bongsu. Jenuh mulutnya berkata itu ini, Szaza hanya mendengar.

“Kamu ingat kebaikannya dan lupakan apa sahaja yang dia buat.” Pernah dia nasihatkan begitu, malangnya Szaza hanya biarkan kata-katanya terbang tanpa ditangkap dan masukkan dalam kepalanya.

***

Muhamad Ikmal Hakimi. Cantik namanya. Szaza melihat kad nama yang diterima melalui Imraatun Hasanah, teman sebiliknya. Menurutnya, ada seseorang minta sampaikan kad itu padanya. Ada pesanan bertinta hitam, tulisan tangan yang kemas.

“pertemuan kita mungkin tidak disenangi saudari. Namun bagi saya, ketenangan wajah saudari ketika kali pertama terpandang membuatkan lena malam saya hilang. Sudikan saudari berkenalan dengan saya?”

Szaza membaca kad itu ketika Imraatun Hasanah ke bilik air. Kad cantik itu menjadi habuan bakul sampah di hujung katilnya.

“Bukan masanya aku berkenalan dengan lelaki.” Dia mengomel sendiri.

***

Szaza membayangkan wajah ibu angkatnya, wanita tua yang mengorbankan hidup membesarkan dirinya.

‘kini aku sudah dewasa, memiliki apa sahaja yang aku mahu. Mengapakah Ikmal berubah? Apakah yang tidak kena?’

‘mak tidak setuju dengan apa yang aku buat. Hanya mak diam. Mana mungkin aku berpatah balik dan mengalah. Ikmal, datanglah jemput isterimu ini.’ Hati bersuara.

Seketika telefonnya berdering. Ikmal. Sengaja dia matikan telefon. Rindu membara dalam dirinya, namun ditepis rasa itu.

‘abang, Za rindukan abang yang dahulu.’

Dia terlena dengan gambar pernikahannya terlekap di dada.

***

Di pejabat Ikmal, dia bagaikan kucing kehilangan anak kecilnya. Banyak pelan-pelan yang perlu diperhati. Perasaanya tawar bagi melakukan sebarang kerja. Pemikirannya berpusat pada satu tubuh. Isterinya. Szaza.

“Ikmal, kamu tidak sihat? Adakah yang tidak kena?” Sapaan Alma, rakan sekerja menyentakkan lamunan Ikmal.

“Tidak ada apa-apa. Aku baik. Mengapa?” Ikmal buat-buat membelek pelan terbentang di mejanya.

“Macam orang isteri lari daripada rumah.”

Tembakan yang tepat.

“Ish, ada muka aku begitu? Kamu di bilik aku ada apa?” Dia melencongkan perbualan.

“Tuan mahu jumpa. Ada hal katanya mahu disampaikan. Segera.”

Ikmal segera beredar.

“Masuk Ikmal.” Terdengar suara memjemputnya masuk setelah pintu diketuk. Bukan Encik Mukhris sendirian, ada tetamu lain. Siapakah dia? Seperti pernah ketemu, tetapi dia tidak dapat memastikan siapa dan di mana mereka bertemu.

“Luqman Hafizi.”

“Ikmal yang kamu cari, inilah orang.”

Encik Mukhriz memperkenalkan mereka. Seribu tanda soal muncul dalam kepala.

Siapakah dia?

“Maafkan saya Encik Ikmal. Mungkin Encik Ikmal tidak mengenal saya. Saya rakan sepejabat Szaza, isteri Encik Ikmal.” Szaza meminta kebenaran kerja. Hanya sekali itu Szaza mengehantar pesanan ringkas. Dia mengizinkan.

“Tidak perlu berencik. Ikmal.” Tidak selesa berencik dengan tetamu ini. Tentu ada perkhabaran Szaza.

Mereka berjabat. Ikmal jadi teruja.

“Jom, kita bual di kafe.”

“Pergilah Ikmal. Selesaikan dahulu masalah kamu, sebelum kembali kerja.’ Encik Mukhriz bukan orang lain. Temannya sendiri. Dia tahu masalah Ikmal.

“Szaza sihat? Bagaimana dia sekarang?” Puluhan soalan ada dalam kepala yang mahu ditanya. Dia harus bersabar hingga mereka tiba di kafe. Salam bersahutan saat berpapasan dengan rakan sekerja Ikmal. Amalan yang subur dalam firma mereka. Salam.

***

Pelayan kafe datang membawakan menu sebaik mereka duduk di kerusi empuk kafe. Tidak ramai di kerusi kafe memandangkan ini bukan waktu rehat. Keadaan ini memudahkan bicara mereka.

“Tempahlah Luqman. Makanan di sini sedap.” Ikmal berbahasa dengan teman barunya. Khabar Luqman tidak sabar mahu didengar. Perihal Szaza.

Pelayan kafe kembali ke dapur masakan setelah pesanan diambil. Sunyi membungkus suasanan beberapa ketika.

“Szaza ...” Suara Ikmal menyentak ingatan Luqman yang sedikit khayal.

“Di mana dia sekarang?” Ikmal menyambung soal.

“Dia bersama ibunya. Selalu dia bercerita perihal Ikmal. Aku simpati dengan Szaza. Nampak lesu dan letih. Kandungannya baharu empat minggu. Kata dia, sebab itu dia mahu bekerja. Kumpulkan wang untuk anak itu.”

Ikmal tersentak. Makanan yang mahu disuap ke mulut kembali ke dalam pinggan. Dipandang tepat ke wajah Luqman.

Kau tidak berbohong? Szaza hamil?”

“Tiada alasan untuk aku menipu. Itu yang mendorong aku berjumpa kamu.Saban hari dia merenung gambar kamu. Egonya masih tinggi, mendengar panggilan masuk, sengaja tidak diangkat. Dia sudah menukar nombor telefon.”

“Patutlah panggilan aku tidak berjawab.”

“Alamat pejabat kamu saya ambil tanpa kebenarannya. Aku mahu melihat kalian kembali bersatu. Dia kawan aku. Susah dia, aku tidak senang duduk.”

Masing-masing meneruskan makan. Ikmal sedang mencerna berita yang baharu diterima. Makin laju dia menyuap setelah mendengar berita daripada Luqman Hafizi. Tambahan, perutnya sering dibiar tidak terisi kebelakangan ini.

“Terima kasih, Luqman. Buat masa ini, kau perhatikan Szaza untuk aku. Aku harap kau rahsiakan pertemuan ini.”

“Tanggung beres. Kawan aku gembira, aku bahagia.” Luqman tersenyum lebar.

Sejam berlalu tanpa sedar. Kafe ditinggalkan dengan semangat. Dia kembali ke pejabat, menyudahkan kerja tertangguh. Luqman tersenyum menuju kereta. Selesai satu masalah. Hanya perlu memujuk Szaza.

“Buang tebiat ke Ikmal. Pukul enam masih di pejabat?” Alma, rakan sekerjanya menjengah ke pejabat Ikmal.

“Tidak sedar aku. Terima kasih, Alma.”

Ikmal belum berhajat pulang ke apartmen sunyinya. Ikmal menyemak pelan-pelan yang perlu diperhati sebelum dibentang kepada pelanggan. Tepat jam tujuh, baharulah dia meninggalkan ruang kerjanya. Tidak terus puang ke rumah, dia singgah di masjid menunaikan solat Maghrib berjamaah.

Perasaannya tenang. Usai Maghrib dimanfaatkan dengan mendengar kuliah Maghrib. Selesai Isyak,laju keretanya membelah kekalutan kota yang tidak pernah tidur.

***

Szaza mengemas beg pakaiannya usai menghantar Ikmal ke muka pintu. Dia mengucup tangan kasar suaminya. Walapun perasaan bersalah menjalar di dalam hati, keputusannya muktamad. Setelah selesai, dia mencapai kunci kereta BMW milikny. Dia ada maruah untuk dipertahan. Jika Ikmal sewenang-wenang menuduhnya dengn tuduhan tidak berasas, dia harus mengambil keputusan sendiri. Keretanya meluncur laju menuju klinik Dr Suliza. Tiada lagi rasa bersalah atau berdosa dalam hatinya.

“Tahniah, Szaza. Awak bakal bergelar ibu. Ikmal Hakimi mana?”

“Dia ke Pulau Pangkor. Ada seminar.” Szaza menjawab tanpa rasa.

Berita gembira itu diterima hambar. Kegembiraannya tawar dengan keengganan Ikmal menemaninya. Namun, dia puas. Biar bulat mata Ikmal melihat dirinya. Dia telah membuktikan dirinya bukan seperti dikata Ikmal. ‘Szaza akan bergelar Ibu, abang.’ Dia bersuara pada diri sendiri. Di sudut hati, ada terselit rindu mahu mengkhabarkan berita gembira ini pada suaminya. Ditahan rasa itu.

“Ah, abang tidak perlu tahu kehadirannya. Biar Za yang tanggung. Bukan abang kata Za tidak mampu hamil.” Air mata Szaza menitis bawah sedar. Kata-kata itu terlalu menusuk. Lebih tajam daripada belati yang menusuk dada.
***
Pesanan ringkas yang diterima malam itu mengejutkan Szaza.

“Abang ucapkan tahniah, sayang. Abang minta maaf. Pulanglah! Abang rindu.”

‘Mana dia dapat nombor baharu aku?’ Szaza pelik. Dia menukar nombor mengelak Ikaml menjejak dirinya. Hanya orang tertentu yang punya nombor ini.

‘Biarkan.’ Pesanan terbiar tidak berbalas. Dibaringkan tubuh yang kian berisi. Fikirannya melayang.

“Abang, kalau kita dapat anak, abang mahu anak lelaki atau perempuan?” Szaza pernah mengajukan soalan itu pada Ikmal. Malam ulangtahun perkahwinan mereka ketiga. Mereka berbicara tentang zuriat. Perihal masa hadapan.
“Abang terima sahaja. Sebab ... perempuan akan tolong buat kerja rumah. Lelaki, dia boleh jaga sayang andai abang ‘pergi’ dahulu.”

“Abang ...”

“Sayang, jangan dinafi takdir. Telah tercatat tarikh mati kita. Sekadar beringat, bukankah baik? Impian kita tidak mesti tercapai.” Dicubit pipi Szaza, manja.

‘Benar, abang. Impian yang telah kita anyam belum tentu tersimpul indah. Ah ... seringkali aku mengenang wajahnya. Apakah yang sedang abang lakukan sekarang?’

Szaza sekat mata, mengubat rindu. Perasaan makin tenang. Luka yang mulai kering belum sembuh sepenuhnya. Masih perlu ‘rawatan tambahan.’

Szaza mencapai semula telefon bimbit di sisinya. Pemberian Ikmal sempena ulangtahunnya ke-25. “Senang kalau abang kerja luar.” Demikian kata Ikmal. Saat ini telefon itu tidak lagi memberi erti. Dia sebenarnya teragak-agak sama ada mahu membalas pesanan ringkas kiriman Ikmal. Akhirnya, dibiar tanpa balasan.

***
Siang berganti malam mengikut aturan. Ikmal amat terasa dengan kehilangan ini. Hendak ke rumah ibu mertuanya, terasa berat kaki. Hanya pesanan ringkas dihantar setiap hari.

Sudah tiga hari kiriman bunga segar ros merah dikiriman untuk Szaza. Dia tahu Szaza tersenyum melihatnya. Luqman Hafizi, teman baharunya menyampai khabar.

Pemergian Szaza amat bererti buat Ikmal. Dia menilai kembali jasa dan kebaikan isterinya. Menjaganya dengan sabar. Mengatur hidupnya, menyusun jadual hariannya. Szaza pembantu peribadinya yang baik.

‘Abang doakan Za bahagia menjalani hidup. Suatu hari nanti, kasih kita kembali bersatu. Setelah abang benar-benar menjadi suami.’ Ikmal bertekad dalam diri.

Dia semakin sibuk. Di samping tugasan pejabat, Ikmal mengubah suai bilik kosong di rumahnya. Dia mengupah seorang perunding hiasan dalaman rumah, menghias bilik itu menjadi sebuah bilik bayi. Bilik yang dinamakan ‘Kamar Beradu Qurratun ‘Ain’. Sebab itu dia melengahkan masa menjemput Szaz. Kejutan besar untuknya!

‘Aku mahu selesaikan tugas ini dahulu.’ Dia merangka rancangan.

bersambung ...