Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

Tarikh Itu

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. 18 Muharam, benarkan aku catatkan sesuatu pada tarikh istimewa ini bergandanya setahun usia berkurangnya setahun perjalanan di dunia. 18 Muharam kadang aku ingat banyaknya aku lupa lebih mengenang 20 Ogos Kata yang pernah aku dengar tidak perlu menyambut hari lahir kata aku benarkan aku mengingat seseorang yang melahirkan aku. Al-fatihah buat ibu yang melahirkan aku.  hampir sembilan tahun bersama tidak banyak yang kukenal tentangmu namun aku pasti dia ibu terbaik! ke mana ibu pergi, aku ekori. majlis mana ibu hadiri, aku bersama tidak semua, tidak sampai sedekad kami bersama Allah sayangkan dia. Ayah, tanpa dia bagaimana aku membesar ayah yang baik ayah yang sangat baik! ayah terbaik buat aku. Kakak-kakak yang setia melayan adik bongsunya Semoga Allah jaga kalian. Insan istimewa yang adir dalam diri aku terima kasih. angka 24, akankah punya

...

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Allah Maha Mendengar dan memberikan yang terbaik. Tentang semalam. SATU Maghrib. Saya teringatkan teman bernama Nur Suhada. Gadis manis yang sedang belajar di ASWARA. Hati tergerak mahu menghantar mesej, tetapi saya tangguhkan. Dalam hati berkata, mungkin dia sibuk dengan tugasan dan saya enggan mengganggu. Pagi, setelah terjaga daripada lena panjang. Buka fb, ada mesej. Subhanallah. Nur Suhada titipkan pantun. DUA Pagi awal benar. Saya melihat senarai 'friend' di fb yang 'online' awal pagi. Ada nama teman sekolah yang sudah lama 'friend' di fb tetapi belum pernah saya tegur. Hati tergerak mahu hantarkan mesej, tetapi tidak jadi. Beberapa minit kemudian, "Assalamualaikum. Jamilah sihat. Lama tak dengar khabar." Seorang teman sekolah hantarkan mesej. Subhanallah. Siapa yang gerakkan hari mereka jika tidak Allah. Allah. Nikmat apak

STATUS FB [SATU]

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. "Adik, dapat duit buku jangan lupa berikan pada ayah. Biar ayah juga rasa duit buku tu." "Orang nak beli almari buku barulah dapat duit nanti." "Hm, tak apalah. Tapi jangan lupa beri pada ayah juga." *Ayah, yang ada seorang itulah. Ayah yang jaga aku sejak aku kecil sampai sekarang. Ayah yang tetap menghulur wang setiap kali aku pulang. Ayah yang  menghantar aku ke stesen bas Kulim setiap kali aku akan pulang ke Kuala Lumpur hingga aku tidak perlu lagi menaiki bas 56 yang makin uzur. Ayah yang dulu setia menghantar aku menaiki motosikal dari Mahang ke Baling walaupun ada ketika aku tersengguk di belakang sebab lamanya perjalanan. Ayah yang aku ada seorang itulah. Sudah banyak kali dapat 'honoranium' belum sekali ayah merasa. *Allah, jagalah ayah saya dalam kesihatan yang baik dan rahmat-Mu.

Cerita Pagi Isnin Pertama Setelah Pulang Dari Kampung

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. [cerita pagi Isnin: "prakk." Bunyi itu terdengar setelah beberapa saat dia duduk di atas katil. "Bunyi apakah?" Melihat apa yang menjadi mangsa, rupa-rupanya cermin mata bingkai hijau miliknya. Cermin mata lama miliknya selamat dihantar pulang ke kampung. Semoga sakitnya cermin mata itu dapat dibaiki. Hanya perlu sambungkan tali yang putus. Terasa sedikit aneh setelah lama kaca mata tidak dia tinggalkan, apabila yang dilihat hanya nampak objek kabur. Dan kejadian ini berlaku beberapa minit selesai baca ayat ini dalam Diari Mat Despatch Naluri Ayah : "...Begitu juga sekiranya kita bergaji RM100, tetapi kita bekerja seperti orang yang bergaji RM30. Walaupun kita dapat RM100 itu, tetapi mungkin ia akan ditolak melalui duit hilang, motosikal rosak, anak sakit ...  (m/s23)" *** Alhamdulillah. Nikmat apakah mahu kamu dustakan? KAta ayah, "duit yang

Aku Pulang

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Pertama. “esok nak balik rumah, ambil barang dalam laptop kak Ina.” “okey.” Petang Khamis, bersamaan 1 Muharam aku langkahkah kaki ke Stesen Puduraya, mendapatkan tiket untuk pulang ke kampung. Lama juga menanti. Tiba di Pudu Sentral jam 12 tengahari, naik bas jam 4.30 petang. Aku tidak berani menaiki bas selain Plusliner yang terus membawa aku ke stesen bas Kulim. Tepat jam 9 malam aku tiba di Stesen Kulim dijemput ayah. Kedua. Pulang ke rumah tanpa membawa walau sebuah buku pelajaran. Semuanya aku tinggalkan di UIA. “Studylah.” Kata kakak. “Orang tak bawa balik buku la.” Aku memberi alasan. Jika bawa pulang buku pun aku tidak sentuh, kali ini aku hanya bawa pulang buku-buku yang tidak mahu aku gunakan lagi. Semakkan bilik di mahalah sahaja tinggalkan buku di UIA. Wah, almari sudah hampir penuh, siapa mahu hadiahkan almari buku baharu? Almari yang ada dibeli kaka

Resensi Friends Forever : Rinzuas

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Terima kasih rinzuas, menulis resensi di Goodreads.  Rinzuas, pemilik blog bernama sidratul muntaha sudah menerbitkan buku sulungnya dengan JS Adiwarna bertajuk Simpan untuk Yang Halal. 

TiVi

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Kredit  adik suka tonton tivi macam -macam cerita daripada kisah cinta sampai berita. minggu itu, adik ada kerja perlu dihabisi, seminggu berkejar sana-sini adik tidak sempat menonton tivi, adik rasa ada tenang masuk dalam diri. adik tidak sibuk mengikut siri drama, adik tidak asyik kutuk sini-sana, adik hanya dengar berita dengan telinga dan baca. adik rasa lain. ada bezanya malam-malam adik. adik boleh habiskan kerja sekolah, adik boleh tidur lebih awal, adik boleh ke majlis ilmu. adik senang bangun pagi. malam itu, adik menonton tivi, dan esoknya, adik susah bangun pagi! tidak seperti semalam tanpa tivi. TiVi, impaknya besar sekali, semoga adik dapat larikan diri, daripada tivi. kurang tivi, mata banyak melihat buku. kurang tivi, telinga lebih mendengar kurang tivi, terjaga hati. adik sedang cuba ubah cara diri, kurangkan tivi, untuk keba

Cinta i dan cinta ii

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna. Mahu pasangan yang baik, bukan hanya mendoakan yang terbaik, tetapi berusaha mengubah diri menjadi lebih baik. Jodoh adalah rahsia yang sangat rahsia. Mendengar kisah sahabatku semalam, perihal temannya tentang pertemuan dengan bakal suami, saya terdiam walau bibir menguntum senyum. Allah janji, perempuan baik, untuk lelaki baik. Kata Prof Muhaya dalam episod Islam itu Indah, kita yang kena jadi magnet. Magnet yang kuat akan menarik benda yang berat. Kata beliau, sejak usia 15 tahun, beliau berdoa diberikan jodoh terbaik. Itu pesan ayahnya. Cinta yang satu ini, Allah izinkan jadi nyata. Usik teman, yang buatkan saya terdiam. Tak ada anak *buku* tak boleh kahwin. Tulis untuk saham mati. Tulis sebab cinta. Aku tidak petah di pentas bicara, biarkanlah jemariku bersuara. Setiap orang lahir dengan kelebihan masing-masing. *** cinta teragung cinta Allah. cintalah pemilik

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah: [Catatan 13] : Disapa Rindu

Baitullah. Semakin hari semakin kerap bayangannya mendatangi diri. Terasa rindunya pada satu tempat yang menjadi tempat pertemuan seluruh umat Islam kala musim haji. Baitullah yang Allah jaga sejak dibina Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail. Tempat ibadah. Sebelum Islam datang, masyarakat Quraisy menjadikan Kaabah tempat berhala mereka dan melakukan haji cara mereka saban tahun. Islam datang membersihkan kerosakan. “Hantarkan aku ke rumah-Mu, ya Allah.” Sejak perasaan itu datang dalam diri, doa tidak lepas dalam diriku. Hadirkan aku ke sana ya Allah. Izinkan aku menatap Kaabah yang menjadi kiblat setiap solat dengan mataku sendiri. Tidak mampu menunaikan haji, cukuplah aku dapat ke sana untuk menunaikan umrah. Sebelum 30 tahun, insya Allah, sekiranya matinya selepas usia itu, sampaikanlah aku ke rumah-Mu ya Allah. Angin rindu melambai. Setiap hari teringatkan Baitullah. Aku mahu menziarahi rumah-Mu yang mulia itu. Persiapkanlah diri dengan bekalan andai benar mahu ke sana. Kumpulka

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah: [Catatan 12] : 10 Nota

--> SEPULUH CATATAN DURRAH NUR AQILAH SATU Dalam keramaian aku mengenal erti persahabatan. Mengisi relung hati nan kosong. DUA Mewarna luka dengan pelangi Secarik bahagia yang aku cari, Hilang setelah aku lari!!!  TIGA Ya Allah, bantulah aku dalam mencari cinta-Mu. Benarkanlah aku menghirup cangkir kasih-Mu sebelum cinta lain aku kejar. Aku mahu menjadi soerang yang hidup dan mati untuk-Mu. EMPAT Bila kita hilang, baharu kita ingat LIMA “Sahabat yang baik itu, apabila kita lihat wajahnya, ingat Allah” ENAM “Saya akan terbang bebas. Bebas seperti burung di angkasa capai apa yang saya mahu.”  -22 November 2011 TUJUH “Ya Allah Engkau tahu apa dalam hatiku. Engkau lebih tahu apa yang ada dalam hatinya. Engkau menjaga hatinya. Engkau memelihara dia. Berikan dia yang terbaik.” LAPAN. “Dari jauh ku bisik kata ... Terima kasih atas segalanya. Allah selamatkan kamu, Insya Allah” SEMBILAN Simpang siur perjalanan mengajar diri berpij

Serumpun 2 : entri dua

SERUMPUN 2 MENGGUGAH SEMANGAT. Serumpun 2011 melabuhkan tirai tahun lepas. Alhamdulillah, Allah izinkan saya hadir SERUMPUN 2 , 2012 bersama Friends Forever, novel sulung saya dan anak angkat, Tiket Haji Menuju Tuhan yang diterjemah daripada bahasa Indonesia ke dalam bahasa Melayu terbitan PTS Islamika Sdn Bhd. Masih saya ingat kata-kata Asma Nadia yang melekat dalam ingatan. SATU BUKU SEBELUM MATI! Serumpun 2 saya hadir bersama teman-teman. Wafa Awla yang menemani sejak Khamis dan Amalina dan Ina Nailofar yang hadir Sabtu dan Ahad ke UIAM. Alhamdulillah, kami berkampung di Safiyyah G4.1. Malam 3 November saya dan Ina lalui bersama dengan berbaring di ruang tamu dengan mata yang sukar terlelap. Entah apa cerita yang kami sembangkan. Ina, semoga Allah permudahkan urusan kita. Pagi 4 November kami nanti dengan perasaan teruja. Menunggu jam sembilan dengan perasaan tidak sabar. Akhirnnya mendapat tahu acara bermula jam 11.30 pagi. Berjanggut menunggu namun berbaloi melihat Ket

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah: [Catatan 11] Catatan Buat Teman

Pasangan pertemuan adalah perpisahan. Atas sebab kematian, kesibukan, perpindahan tempat, tamat belajar atau apa sahaja sebab akhirnya perpisahan akan terjadi. Hanya diri harus menerima kata perpisahan itu daripada sudut positif. Belajar positif dalam semua keadaan adalah mengajar diri redha atas apa yang Allah takdirkan buat diri kita. Buang negatif, masukkan positif! Kita tidak menyerah, tetapi melihat ibrah. Teruskan menyalur doa supaya hati-hati masih bersatu walaupun jarak memisahkan kita. Demikian kita, Sabrina. Aku di sini, dan kamu di sana. Jarak menyekat pertemuan kita yang sebelum ini senang berlangsung. Saat kita merancang pertemuan itu, ada sahaja halangan yang mungkin Dia belum izinkan pertemuan antara kita terjadi. Bukan kalimah sabar yang cuba aku ajarkan dalam diri, tetapi perkataan DOA yang kadang tertinggal daripada diri. Peranan doa yang sangat besar dapat menghubung ikatan dua hati. Teringatkan aku, titipkanlah doa sebagaimana yang terkandung dalam doa rabita

SERUMPUN 2012 {entri satu)

SERUMPUN 2 , 2012 berakhir pada 4 November 2012. Perkongsian gandingan Pak Suratman Markasan, Akh Salim A. Fillah, Dr Zabrina Abu Bakar dan Kak Ummu Hani Abu Hassan. Bermula dengan pelancaran dua buah buku, perasmian oleh atase pendidikan... kedutaan Indonesia dan ucapan Ketua Pengarah DBP. diteruskan dengan forum dan penyampaian hadiah pertandingan menulis cerpen SERUMPUN 2. Tahniah Zahra' Fajar Nina , ini pemula yang sangat baik. Petua Pak Suratman Markasan: 3M 1B : membaca, menelaah, berfikir dan mencipta. Pesan Akh Salim A. Fillah ketika disoal tentang media sosial: " menulis itu 3% bakat dan 97 % jangan sibuk dengan media sosial!" Kata Dr Zabrina Abu Bakar, "saya tidak selesa menulis apa yang saya tidak buat. Menulis daripada hati!" Bicara kak Ummu Hani Abu Hassan, "Tulisan kita boleh menjadi 'pendakwah senyap'. ( Mungkin apa yang kita tulis menyentuh hati dan menjadi asbab perubahan orang lain. ) *** SERUMPUN 2012, terima kas