14 December 2012

Big Bad Wolf

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Dalam bas ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, aku menghantar mesej kepada Ainul. Mengajaknya ke Bid Bad Wolf di MIECC. Belum pernah aku terjah ke sana.

Akhirnya Selasa, 11 Disember 2012; aku diperkenan ke sana bersama Ainul. Seawal jam lapan suku sudah meninggalkan bumi UIA demi menjejak buku bahasa Inggeris. Seingat aku tidak sampai lima buah buku bahasa Inggeris yang pernah aku hadam. Tentunya bacaan wajib Literature semasa di Sekolah Menengah. The Phantom of The Opera dan The Pearl yang masih aku ingat. Itu bacaan wajib.

Ternyata sangat mengujakan saat jejakkan kaki ke sana. Akhirnya kami berpisah mencari buku yang mana berkenan. Hampir tiga jam melilau dan pusing sekitar dewan mencari buku yang berkenan. Ikutkan nafsu, setiap satu buku mahu 'disambar' biar puas hati. Poket membataskan belian. Akhirnya, dapatlah 20 buah buku berbahasa Inggeris dalam genggaman dengan dua kali bayaran.

Semoga berkesempatan lagi ke sana tahun hadapan. Harus berusaha membaca dalam bahasa Inggeris.Teringat kisah ustaz dalam kelas Modern Prose Text berkenaan kawannya yang belajar membaca dengan menghadam buku. Jujur, tidak puas membaca buku yang dialih bahasa, lebih enak dibaca dalam bahasa asal walaupun bukan semua katanya yan dapat difahami.

Sekian, cerita BBW yang mengujakan hati dan perasaan! Sesiapa yang belum ke sana, harus merasakan debarannya dan mengambil peluang keemasan ini!

4 comments:

Tetamu Istimewa said...

Fuiyooo... 20 buah? Banyak tu.

♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥ said...

20 buah buku?
Ila Husna memang tamak---->buku :)

Tahniah, selamat membaca.

Jamilah Mohd Norddin said...

Tetamu istimewa,

termasuk buku untuk anak saudara. (buku cerita kanak-kanak)

Jamilah Mohd Norddin said...

♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥ ,

Peluang. Memang sangat beza dengan harga pasaran. Saat akak lihat di MPH telan liur sahaja tidak sampai hati mahu beli.:)

Sedang berusaha membacanya.

* hm, akak lihat buku inggeris (yang akak beli)banyak guna kata ganti pertama, aku!