11 November 2012

Cinta i dan cinta ii

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Mahu pasangan yang baik, bukan hanya mendoakan yang terbaik, tetapi berusaha mengubah diri menjadi lebih baik. Jodoh adalah rahsia yang sangat rahsia. Mendengar kisah sahabatku semalam, perihal temannya tentang pertemuan dengan bakal suami, saya terdiam walau bibir menguntum senyum. Allah janji, perempuan baik, untuk lelaki baik. Kata Prof Muhaya dalam episod Islam itu Indah, kita yang kena jadi magnet. Magnet yang kuat akan menarik benda yang berat. Kata beliau, sejak usia 15 tahun, beliau berdoa diberikan jodoh terbaik. Itu pesan ayahnya.

Cinta yang satu ini, Allah izinkan jadi nyata. Usik teman, yang buatkan saya terdiam. Tak ada anak *buku* tak boleh kahwin. Tulis untuk saham mati. Tulis sebab cinta. Aku tidak petah di pentas bicara, biarkanlah jemariku bersuara. Setiap orang lahir dengan kelebihan masing-masing.


***

cinta teragung
cinta Allah.
cintalah pemilik cinta
kamu akan miliki cinta.

****


2 comments:

Nur Suhada ✿ said...

Cinta ii Kak ila sudah dapatkan. Su doakan semoga cinta i bakal menyusul. InsyaALLAH.

Doakan su juga ya kak - untuk kedua-dua cinta itu - jodoh yang baik dan terbitkan buku sendiri. :)

Jamilah Mohd Norddin said...

Nur Suhada,

amin untuk cinta i. Ada cinta iii yang lebih dimahukan.

Untuk Su, nanti sudah graduasi ASWARA pasti ada bukunya, insya Allah. :)

Semakin pantas berlari, tahniah ya!