02 October 2012

Karya Fixie? Karya Indie?

gambar hiasan


Karya indie? Buku Fixie? Buku Lejen? Ketika ditanya pada saya suatu hari,saya hanya menggeleng. Saya tidak tahu perihal buku-buku ini sebab saya tidak ada keberanian untuk membacanya. Mungkin saya budak skema yang melayan novel-novel biasa yang ada di pasaran, novel yang biasanya dibeli sebab saya kumpul karya penulisnya. Cerita remaja yang kini harus saya baca disebabkan tugasan. Ah, sebenarnya saya sangat kurang membaca. Al-Quran sahaja tidak selesai kadang satu muka sehari.

Saya hanya tahu nama Fixi dan Lejen ini. Sekarang makin ramai mereka yang menerbitkan karya sendiri. Saya tidak membantah situasi ini. Suatu hari, saya terbaca isu kedai buku Polular tidak mahu menjual judul terbitan Fixi. Saya baca sekali imbas.

Mahu tahu, tanya pada Dr google yang akan menjawab persoalan anda hanya di hujung jari. Saya jengah juga kedai buku yang menjadi buku-buku ini. Sejujurnya, saya manusia yang menilai buku daripada kulit depan buku. :) Pernah saya katakan ketika ditemubual DJ Faiz Othman di IKIM.fm, remaja sekarang suka buku yang kulitnya menarik. Itu hakikat. Tetapi saya ada ketika mual juga melihat kulit buku yang di depannya adegan lelaki dan perempuan berpegangan tangan. Terbaru, saat saya lihat kulit buku yang ada gambar yang pelbagai ... (boleh lihat sendiri di kedai buku kulit buku novel hari ini), saya menggeleng kepala.

Mungkin isinya baik, tetapi ... akal skema saya kurang menerima. Saya teringat kata Encik Amir, jadi dua kerja pula mahu terangkan pada remaja. Penulis bebas menulis dan menerbitkan karya, tetapi mengapa lesen kesantunan berbahasa dilanggar. Saya rasa karya lebih indah menggunakan bahasa baku. Sebagaimana kita masih boleh membaca karya dahulu sebab bahasa mereka mampu kita faham walaupun tidak semuanya. Penulis dahulu tidak terlalu menggunakan bahasa pasar.

Bahasa penulisan dan bahasa percakapan tidak sama. Sekian, harap maklum.

Adakah suatu hari nanti kita akan melihat kulit depan persis buku barat? Andai tiba saatnya, apakah yang akan kita jawab pada generasi masa hadapan? Saat itu barulah terasa menyesal kerana generasi hari ini menggunakan lesen berkarya untuk menghasilkan karya yang 'tidak manis' dilihat mata mata. Tidak sedap dicecah indera...

Bagaimana? Ia sebuah persoalan yang hadir dalam kepala. Saya tidak menafikan kebebasan berkarya, tetapi kita punya batas agama, adat dan bahasa.

Sia-sialah ada pihak yang mahu membangunkan kembali bahasa sedang satu pihak 'merosakkannya' dengan menulis sesuatu yang dikatakan santai tetapi ...

Bagi saya, berkaryalah dengan lesen Islam sebagai agama. :)

Sekian, terima kasih. Jamilah membebel pagi-pag ini.

1 comment:

Tetamu Istimewa said...

Blog yang berwajah baru.

Saya juga tidak pernah membaca karya-karya terbitan indie ini. Jadi saya tidak mahu membuat kesimpulan tentang apa-apa sekali pun berkenaan penerbitannya.

Tetapi seharusnya, walaupun ia bersifat indie harus memartabatkan bahasa Melayu. Caranya, menggunakan bahasa ini dengan betul.

Satu lagi saya lihat sejak akhir-akhir ini penggunaan JUDUL untuk novel terbitan syarikat "ini", saya sifatkan saya kurang bersetuju. Walau sekalipun ia novel popular, biarlah JUDULNYA, bermaruah sedikit. Gunalah bahasa yang manis.