Bahagia sekali mengenalimu, wahai gadis manis bernama Hani. Gadis lincah yang diuji sakit barah otak yang hanya disedari ketika barahnya parah dan kemungkinan setelah dibedah sekalipun berjaya adalah buta. Tidak mudah mendidik diri menerima ujian besar dalam kehidupan meski sekeliling mudah memberi nasihat supaya bersabar. Namun diri yang mengalami, andai tidak diteguh iman dan sokongan yang tersayang, mudah sekali ia rebah.
Membaca Hani mengingatkan aku kepada drama bersiri ini yang ditonton di TV 3. Cuma aku suka kerana pengakhirannya berbeza dan subhanallah... kasih sayang Allah bersama setiap hamba dengan cara berbeza.
Menariknya buku ini ia turut mengulas buku Bercinta Sampai Syurga yang ditulis ustaz Hasrizal. memetik bab-bab tertentu dengan pemahaman berbeza oleh orang yang berbeza. sungguh, bagaimana tulisan itu diterima oleh individu tidak sama penerimaannya.
Saya suka buku ini, walaupun terasa sedikit kaku kala membacanya. Kisah seorang yang buta ketika berusia 17 tahun, bangkit melawan kekurangan sehingga berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran. sedang kita yang celik satu juzuk belum ingat.
Kisah cinta? Bukan cerita utamanya berkisar cinta tetapi kisah Hani dan keluarga. Sokongan sahabat ketika dalam kesusahan. Peranan guru yang tidak hanya pentingkan hubungan dalam kelas.
Saya suka buku yang menyampingkan kisah cinta dan mengangkat tema lain. Cinta memang ada tetapi bukan cinta lelaki perempuan.
:) Ia rasa perasa tambahan bukan bahan utama.

Comments