04 October 2012

Esok, lusa, dan ....

Berkejar dengan masa yang terlalu cemburu!
Bengkel Penulisan 2012.

Esok, lusa dan tulat aku bercuti daripada menconteng di sini. Mahu ambil angin di bangunan tinggi dan lihat orang terima anugerah. Bukan senang mahu dapat peluang itu.

Minggu ini ada Pesta Convest. Aku tidak mahu duduk diam-diam dalam UIAM. Lalu, aku panjangkan kaki keluar. Alhamdulillah, ada bengkel penulisan. :)

Tadi, ada kelas Bayan. Ustaz minta kami buat kuiz yang mana kena letakkan gambar dan segala bagai. Tidak sempat siapkan sebab masa yang tidak mencukupi. Ada lima soalan, tetapi .... Memang gagal mengurus masa.

Minggu hadapan, ada talk ustaz Hasrizal dan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, hanya perlu bayar RM1. Lama benar aku tidak ke majlis agama. Agaknya helap manalah hati aku sekarang?

~malu bersama orang baik-baik sebab dalam hati ada masalah~ itu aku.

Aku rindu dengan keluarga. Sabar, lagi dua minggu dapat bertemu ayah, keluarga, anak saudara tersayang. Tiap-tiap malam mereka datang dalam igauan. ~Hm, kalau rindu, doalah~

Menulis dengan hati, perlukan hati putih. Aku?

Apa aku baca sering terlihat dalam penulisan aku. Itu benar.

Kata puan Nisah Haron, harus belajar menulis dengan tatabahasa betul. Lihat al-Quran yang diturunkan dengan bahasa yang fasih. Betul sudut nahu sorofnya.

Doakan aku berbengkel tiga hari ini... Semoga niatku tidak terpesong.

Mula dapat kerja sekolah, aku masih goyang kaki. Ingat janji pada ayah, mahu graduasi!

Janji makin banyak yang aku tidak tunaikan. Aku tidak amanah dna bertanggungjawab.

Sekian, terima kasih.

yang menulis,
jamilah mohd norddin
4.10.2012

2 comments:

Tetamu Istimewa said...

Wah, seronoknya, Jamilah. Nanti bolehlah kongsikan.

Bertuahnya dapat pergi tengok orang terima anugerah. Semua peserta yang ikuti bengkel tu pergi ke?

Jamilah Mohd Norddin said...

Insya Allah, akan dicontengkan pengalamannya di sini.

Tak dapat anugerah, jadi penonton pun boleh, kan?

Insya Allah, termasuk dalam tentatif program menyaksikan HSKU 2011.