Sudah lebih sebulan saya memiliki buku ini. Saya beli disebabkan penulisnya bernama zabidi Mohamed. seorang bekas majistret yang saya suka tonton drama yang ditulis oleh beliau. Antaranya drama Hani yang paling membekas selain Makbul yang ditayang di TV 2.
Sebelum ini, beberapa kali saya menyelak halaman buku ini. Daripada beberapa komen yang saya dengar dan cakap teman saya sendiri, buku ini ada unsur humornya. Saya selak semuka, saya tinggal. Saya baca cerita belakang, saya tinggal.
22 Oktober 2012, dengan sekali pegang yang membawa saya membaca daripada muka satu sehingga muka akhir. Memang ada lucunya, tetapi di setiap cerita ada pengajarannya.
dalam catatan penglipur lara ini ada empat kisah:

- kisah penjara pudu -sangat lucu dan ... Hm.. apa rahsia yang dibisik penguasa penjara pada pengarang ya?
- kisah seludup beras siam - sedikit sebanyak belajar bahasa kelate yang saya tidak faham sepenuhnya dan tidak dapat membalas dengan bahasa ini.
- kisah lucu seorang pensyarah di mahkamah - kisah seorang tabligh yang kemalangan
- kisah di rumah SU Politik MB - kisah penulis dan tiga orang penagih di rumah SU polotik MB.
Ketawa sendirian saya sambil membelek muka ke muka buku ini. Mahu ditinggal sayang, akhirnya sampai ke muka akhir saya membeleknya.
Saya syorkan buku ini dibaca sebagai pendedahan sedikit pengalaman seorang majistret yang berkhidmat di negeri serambi Mekah. :)
Comments