Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

pesan buat jamilah i

peluang-peluang yang berterbangan tidak ditangkap tangan akan terlepas. Jarang sekali peluang berulang dua kali.
 ************** berjalan jangan pernah berhenti. Kura-kura yang lambat juga sampai ke destinasi. 

***************

Pesan sir Aznan: Jadikan membaca budaya hidup. Kamu tidak membaca sekarang, alam pekerjaan juga perlu membaca.

sudut di Dar Al-Hikmah

Ternyata bertemu sudut 'literature' di Perpustakaan UIAM nan agam membuahkan perasaan yang amat manis. Benarlah perpustakaan tempat paling mengasyikkan untuk melepak. Boleh bertemu sastera arab, melayu, inggeris, amerika latin, Jepun dan sastera seluruh dunia di sudut itu.

Alhamdulillah, belum terlambat mengulit sudut itu sebelum UIA saya tinggalkan nanti. Amin.

Perpustakaan empat tingkat ini terlalu mahal harganya walaupun buku bahasa melayunya sangat terhad.

* mood peperiksaan sering dikacau minat nan satu. Esok dan Khamis peperiksaan pertengahan semester.

* masih sempat mengemaskini walau masa makin cemburu untuk selalu di medan maya.

* Khamis akan ke KL Sentral jam 11-2 petang. :)



"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

Sepuluh Catatan Buat November

1) 29 Oktober 2012, selamat sampai naskah Dandelion dan Trem ke Syurga. Menunggu lama sebelum membeli naskah ini. Apabila mendapat khabar naskah ini akan kehabisan stok, terus mahu membeli. Terima kasih  Dr Fahd Razy atas kirimannya. Wang akan dimasukkan kemudian, ya. Sejak 2009 saya mengumpul antologi GKLN dan hanya 3 naskah yang tiada dalam tangan. Melihat nama-nama dalam itu, sebahagiannya saya tahu tulisan mereka dalam dunia maya dan punya bakat luar biasa. Semoga Allah mengilhamkan mereka idea yang baik-baik.

2) Masih menanti kehadiran naskah Salina. Tahun lepas, setelah beberapa lama, barulah saya menghadam naskah Salina. Alhamdulillah, 2012, Salina bakal saya miliki.

3) Wafa Awla, Khamis ini ingat janji kita di KL Sentral. Ila Husna, penulis Friends Forever akan berada di KL Sentral sempena Pesta Buku Islamik 4 KL Sentral pada 1 November 2012 jam 11 pagi hingga 2 petang. (Wah, melihat jadual pada waktu itu akan ada Hilal Asyraf dan Iwan Reaz. :) )

4) 4 November 2012. Serumpun …

Tajuk Paling Mendebarkan

Kelas "introduction to Mass Communication" hari ini belajar perihal buku. Berdebar pula saya berada dalam kelas itu. Disebut judul buku, saya tidak tahu. Paling utama mata bulat melihat pensyarah yang mengajar sebab teruja. Saya sangat suka apabila pensyarah melencong daripada apa yang ada dalam buku.
Semalam. Pengalaman kedua tersekat dalam kesesakan lalulintas 8 jam lebih dalam perjalanan, memerhati gelagat  manusia, ada motosikal kemalangan, disebabkan kereta yang tidak beradab masuk ke laluan motosikal. Semoga tidak apa-apa.
Berada atas jalanraya belajar perihal sikap manusia.
Kembali kehidupan normal apabila nerbook kecil sudah dikembalikan kepada pemiliknya kembali menggunakan IBM saya yang sudah lima tahu berkhidmat.
:)
lalu ITD saya datangi selalu dan dapat kurangkan masa atas talian.
gembira.
minggu ini ada banyak acara, kuiz, assignment dan hal ehwal diri yang perlu dilangsaikan.
senyum.
paling penting mahu gembirakan diri di KL sentral pada Khamis 1 November 201…

catatan pagi aidiladha

Allah menerima korban terbaik daripada hamba  Kisah Qabil dan Habil Kisah Ibrahim dan Ismail Kisah Hajar dan si anak kecil Ismail.
"Mereka yang suka melihat sejarah dan mencari pengajaran serta mengamalkan dalam kehidupan akan berubah"
"Zulhijjah, kemudiannya Muharam. Tentang Hijrah. "
"Jangan pernah berhenti mencari diri. "
Setiap kita melakukan pengorbanan walau dalam arena apa sekalipun. Pernahkah kau berkorban ? (letak tangan di dada dan tanya diri sendiri)
^^ Apa yang kamu nyatakan dalam perkataan, penulisan dan perlakuan, begitulah kamu mahu orang melihat kamu, dan Allah menilai semuanya termasuk yang tersimpan rapat dalam hatimu.
Bisik-bisik mengganggu akal kadang harus diketepi, doakan yang terbaik.
Belajarlah tepati janji! Berjanji semudah menjilat ais krim, cepat cairnya macam ais krim juga. Janji dilupakan, tidak ditunaikan.
^^ Buka mata luas - luas dan lihat sekelilingmu. Interaksi dan komunikasi. :)
# TAHUN KEEMPAT. Sila sedar diri!



*  raya …

Hani, Nurolsham Saidin

Bahagia sekali mengenalimu, wahai gadis manis bernama Hani. Gadis lincah yang diuji sakit barah otak yang hanya disedari ketika barahnya parah dan kemungkinan setelah dibedah sekalipun berjaya adalah buta. Tidak mudah mendidik diri menerima ujian besar dalam kehidupan meski sekeliling mudah memberi nasihat supaya bersabar. Namun diri yang mengalami, andai tidak diteguh iman dan sokongan yang tersayang, mudah sekali ia rebah.

Membaca Hani mengingatkan aku kepada drama bersiri ini yang ditonton di TV 3.  Cuma aku suka kerana pengakhirannya berbeza dan subhanallah... kasih sayang Allah bersama setiap hamba dengan cara berbeza.

Menariknya buku ini ia turut mengulas buku Bercinta Sampai Syurga yang ditulis ustaz Hasrizal. memetik bab-bab tertentu dengan pemahaman berbeza oleh orang yang berbeza. sungguh, bagaimana tulisan itu diterima oleh individu tidak sama penerimaannya.

Saya suka buku ini, walaupun terasa sedikit kaku kala membacanya. Kisah seorang yang buta ketika berusia 17 tahun, ba…

berfikir sebelum tekan butang "publish"

Berfikir banyak kali sebelum aku tekan butang "publish".  Tulis satu perenggan akhirnya aku padam. Tulis satu entri yang hanya tersimpan dalam "dtaft". Menulis itu perlukan hadirnya hati. Jika tidak apa yang ditulis kekal basi. (ah, berapa banyak tulisan yang ditulis hanya contengan dan luahan perasaan) Memilih aksara dan cerita untuk dikongsi boleh dikatakan kelemahan diri ini. Penulis blog ini suka benar menekan-nekan papan kekunci dan "publish" mana-mana entri yang dia rasakan mahu diterbitkan.

Wahai pemilik blog ini, pilihlah aksara untuk diterbitkan. Fikir sebelum tekan "publish".

:D

# mahu tulis ulasan Ke Pulau Sebatik I dan Hani yang usai dibaca. Sedang mengulit Lentera CInta Albaicin sebelum Aidiladha ini.

# 18 Muharam usia menginjak setahun lagi. .. Perlu ingatkan diri beberapa tarikh yang saya lupa bila ...

# Insya Allah 1 November akan ke KL Sentral memeriahkan Pesta Buku di sana. Jam 11 pagi hingga 2 petang. Menyelit selang masa kela…

Catatan Penglipur Lara Sang Majistret

Sudah lebih sebulan saya memiliki buku ini. Saya beli disebabkan penulisnya bernama zabidi Mohamed. seorang bekas majistret yang saya suka tonton drama yang ditulis oleh beliau. Antaranya drama Hani yang paling membekas selain Makbul yang ditayang di TV 2.

Sebelum ini, beberapa kali saya menyelak halaman buku ini. Daripada beberapa komen yang saya dengar dan cakap teman saya sendiri, buku ini ada unsur humornya. Saya selak semuka, saya tinggal. Saya baca cerita belakang, saya tinggal.

22 Oktober 2012, dengan sekali pegang yang membawa saya membaca daripada muka satu sehingga muka akhir. Memang ada lucunya, tetapi di setiap cerita ada pengajarannya.

dalam catatan penglipur lara ini ada empat kisah:

kisah penjara pudu -sangat lucu dan ... Hm.. apa rahsia yang dibisik penguasa penjara pada pengarang ya?kisah seludup beras siam - sedikit sebanyak belajar bahasa kelate yang saya tidak faham sepenuhnya dan tidak dapat membalas dengan bahasa ini.kisah lucu seorang pensyarah di mahkamah - kisa…

selepas tujuh minggu

tempat belajar lagikan dikenang inikan pula rumah sendiri.
****
Kampung Bukit Kabu anak rantau ini kembali merasa dingin air sungai lembut angin menyapa kicau burung saban masa,  cengkerik dan haiwan rimba hijau melata suasana. warnamu cintaku.
tujuh minggu di taman ilmu dan budi kembali diri mencari diri perjalanan tidak pernah berhenti tertusuk diri, rebah berkali.
mata yang melihat manakan sama diri mencari hakikat Allah tidak melihat keputusan apa kau buat asal usaha tidak tersekat-sekat.

teruskan mendaki tangga besar teriring doa dan restu kau jangan pernah menyerah dan mengalah!
yang dipercaya  itulah yang terlihat mata dan dipercaya peduli kata hati lihat manual hidup!
.2012.

Betulkan Niatmu ...

Banyak melihat luar sehingga terlupa melihat dalam diri sama seperti kamu melukakan diri sendiri. Kamu menyakitkan diri sendiri hingga tersekat perjalanan di situ. Memandang luar hingga tidak hitung nikmat tidak terkira yang Allah berikan pada dirimu.

Pada mimpi-mimpi yang Allah hadirkan dalam dunia nyata. Pada ceritera-ceritera angan yang kau pohon dalam doa dan Dia jadikan ia suatu realiti. Pada pencapaian yang melebihi usaha.
Nikmat apakah yang kamu dustakan, wahai yang hanya tahu menggerakkan jemari pada papan kekunci ini?
Ada sesuatu yang sering kamu lupa setiap hari. Memulakan hari dengan niat mencari redha Allah. Niat memberi sesuatu kepada lain. Niat mahu mengubah satu keburukan dalam diri. Niat mahu senyum dan senyum kepada orang lain.
Pekerjaan yang dimulakan dengan niat baik, insya - Allah kebaikan akan mengiringi. 
Berhenti asyik memandang orang lain. Betulkan dalam , kesannya nampak di luar.  
kata Prof Muhaya : "kalau asyik berdebar, banyak dosa!"
awal perbuat…

mendaki tangga , terjatuh itu biasa

Saat terjatuh , dan luka merah nampak di mata , spontan mata mengalir air mata. Spontan mulutnya menyebut  "alhamdulillah," agaknya ada dosa yang tidak dia sedar. Ada dosa yang mahu Allah basuh. Dia tidak sedar tangga yang sedang didakinya licin baharu sudah dimop mak cik cleaner yang rajin. Dalam air mata yang berjurai , bibir tersenyum.

"Allah, terima kasih. Jika aku tidak jatuh , aku tidak tahu apakah rasanya sakit jatuh tangga."

Perihal impian. Cita-cita. Mimpi.

Semua orang punya cita-cita. Hanya orang yang punya matlamat akan berjaya dalam hidupnya. Orang yang matlamatnya Allah, akan bekerja selaras yang Allah pinta.

Tadi usai membaca secara sambil lalu, dia mengiakan. Namun satu kenyataan hadir dalam kepala. Lebih baik meraikan semua perbezaan . Setiap orang tidak akan sama.

Si A lebihnya dalam menulis. si B lebihnya berkata-kata. Si C pintar dalam kedua-duanya. Mungkin dia banyak menulis dalam fb , blog dan di mana sahaja sebab itu kelebihan yang ada pada d…

aku, mereka dan hujan

Meredah hujan mengingatkan aku pada entri Suhada tentang Hujan,
ceritera Umairah dalam blognya perihal hujan. Di blognya ada banyak kisah hujan dan saya hujan akan mengingatkan saya pada gadis pencinta hujan ini.
kak Ainunl Muaiyanah yang mencintai hujan..

Meredah hujan sendirian,
diteduh payung biru berkarat dalamnya tetapi berjasa pada tuannya,
tidak sabar aku menanti hujan reda

hujan dan air mata .. itu nyanyi Allahyarham Sudirman
Nyanyian hujan ... itu blog kak Ainunl Muaiyanah
Pencinta hujan .. itu Umairah yang aku kenal
Suka main hujan .. adakah itu aku?

menyebut perihal hujan, akal mengimbas kata-kata ustaz dalam kelas. Hujan dalam bahasa Arab ada dua perkataan (sekurangnya ada dua.. yang lain saya tidak tahu) al-mator (المطر) dan al-Ghais (الغيث)

al-mator Allah gunakan jika hujan yang Allah turunkan maknanya azab kepada kaum tertentu atau amaran. Sedang al-Ghais Allah sebut jika hujan itu bermakna hujan yang membawa kebaikan atau rezeki. Jadi , perkataan yang sesuai menterjema…

The Social Role of Muslim Women : Realising Your Potencial

"Perempuan itu seperti bunga pada musim luruh"
Dia mengangguk. Hari itu Allah izinkan dia menyertai satu seminar yang semua pesertanya perempuan dan pembentangnya perempuan. Kata-kata, perkongsian para panel yang sangat positif, dia mahu kongsikan di sini. Menulis kembali mengingatkan diri sendiri.

"Cari NILAI dalam diri"

Dr Fadila menyambung. Kata-katanya membuatkan mata yang walau ada ketika seakan mahu terpejam, terus menyalin kata-kata beliau. Ini kali pertama dia mendengar ucapan Dr Fadila.

"Kamu mesti melawan diri kamu sendiri"

"Orang yang bijak sentiasa nampak cantik"

"fear monster in our closet"

"Solat menjadikan dirimu lebih bersemangat"

"Kita tidak boleh mengubah apa yang berlaku, tetapi kita boleh mengubah diri sendiri"

"Hidup ada dalam kepala kamu sendiri"

"obstacles just obstacles: jump and move forward"

kata ibnu Qayyim: "Kalau seorang ada di tepi gunung, dan dia mahu mengalihkan gu…

semoga

2012

Penulisan Cerpen : Zaen Kasturi

Mari kita sambung bicara tentang pengisian panel dalam Bengkel ITBM-PENA -DBP lepas.



You write your first draft with your heart. You rewrite it with your head. The first key to writing is to write, not to think. But expressing whatever you feel! (Petikan daripada filem Finding Forrester)
Zaen Kasturi (Zainal Palit) mengajak kami berfikir sejenak, untuk apakah memasuki dunia sastera yang tidak akan menjanjikan kepopularan. Kata beliau, jika mahu terkenal, pilihlah dunia pop!

Penulis adalah satu-satunya kerjaya yang menjadikan seseorang itu makin muda. Kiranya kita bergelar artis, sudah tua, suara kita tidak lagi jadi sebutan. Orang tidak lagi mengundang kita, kerja makin berkurangan. Sedang penulisan adalah dunia yang tidak mengenal usia.

"MENULIS ITU NIKMAT YANG TIDAK TERUCAP'

Panduan Edgar Allan Poe tentang cerpen:

cerpen harus pendekcerpen mengalir dalam arus untuk mendapatkan kesan tunggal dan unikcerpen harus padatcerpen harus meyakinkan pembaca bahawa ia benar-benar terjadi d…

Penulisan Puisi : SN Prof Muhammad Hj Salleh

## Aku sambungkan pengisian penulisan puisi. Kali ini perkongsian oleh SN Muhammad Hj Salleh.

Sastera Malaysia tidak luas. Ia bukan lautan, hanya sungai yang alirannya kecil. Sastera Malaysian masih tergenang dan sedikit airnya mengalir sampai kepada khalayak. 
SN menekankan bahawa kita mesti meluaskan pembacaan dan tidak hanya terhad kepada bacaan dalam negara. Tidak sekadar membaca karya kawan-kawan. Apabila pembacaan diluaskan, banyak perkara baharu yang akan kita tahu dan pengetahuan kita makin luas. Pembacaan tidak akan mengecewakan.
Tambah SN Muhammad Hj Salleh, kita sudah terlalu banyak meminjam daripada orang lain. Sastera dan perumahan harta asli yang kita punya. Sastera rakyat asli daripada rumah. Rumah panjang, rumah-rumah negeri milik kita yang tidak boleh ditiru orang luar. Teknologi dan lain-lain semuanya kita pinjam daripada orang luar.
Kita boleh sahaja terlibat dengan "sastera wangi, " tetapi ia tidak membawa kita ke mana-mana. Harus berani bereksperimentasi…

Penulisan Puisi : Dr Lim Swee Tim

Dr Lim Swee Tim melontarkan nasihat buat ahli bengkel.

Karya pertama yang anda hasilkan sangat berharga. Ingat kembali apa karya pertama dan beranjak daripada karya pertama itu untuk menghasilkan karya yang lebih baik dan terbaik.semaikan minat dalam puiis dengan berusaha menghasilkan ungkapan baru yang segar dan menarik. Kata beliau, awal penglibatan beliau dengan puisi, beliau suka mengumpul kata-kata daripada iklan, lirik lagu, puisi dan keratan kata-kata yang menarik. Beliau kumpul dan jadikan rujukan.Dalami makna puisi dengan mendalam dan cipta pengertian sendiri. Semakin kita suka mendalami puisi dan mencari makna, semakin kita melatih akal kita bekerja.Hargai pengkritik. Ya, pengkritik tugasnya mencari buruk dan baik dalam puisi. Pengkritik yang baik akan jujur dalam kritikannya.Gauli karya yang baik. Bacaan yang baik akan menghasilkan tulisan yang baik. Ini akan  meningkatkan kemahiran kita bukan hanya berbahasa dengan lebih baik, tetapi menulis dengan lebih baik.Ubah struktur …

Catatan Tiga Hari Di Tempat Tinggi : Edisi Bergambar

###    Nampaknya entri berkenaan bengkel ITBM-PENA -DBP masih dalam draf sebab aku belum menyudahkan penulisannya. Jadi, molek juga aku utuskan dahulu gambar yang tidaklah banyak aku abadikan sepanjang tiga hari di atas bangunan tinggi berbengkel.


Entri bicara panel akan aku poskan kemudian. :)











Catatan Tiga Hari Di Tempat Tinggi.

5-7 Oktober 2012 bersama teman bernama Nur Suhada dan Sis Nazimah menempuh tiga hari sarat pengalaman yang pasti akan dikongsikan.
hari pertama penuh kekalutan hari kedua diisi keriangan jua kepuasan hari ketiga sedih pada perpisahan
tiga hari berkota di bangunan tinggi akan dikongsi saat jemari laju berlari ilmu diperoleh bukan untuk diri sendiri teman, akan aku kongsikan di sini.
Nama-nama hebat berkumpul Berkongsi cerita bersama dan ilmu yang diberi harganya tiada tara.
Malam anugerah dipertemu mereka  yang selama ini membaca karya di media bertentang mata, Tahniah atas kejayaan buah usaha.
Cikgu Helmi Ahmad Tuah Sujana Kak Salina Ibrahim Kak Nisah Haron Ramai ... ada yang hanya dikenal wajah ..
Terima kasih tiga hari di atas bangunan meninggal setimbun pengalaman dan perasaan.
ila husna 2012
ps: Perkongsian seterusnya akan ditulis kemudian. :) Mahu berkongsi jua apa kata pembicara makalah. Ilmu yang diberi sangat banyak.

Esok, lusa, dan ....

Bengkel Penulisan 2012.

Esok, lusa dan tulat aku bercuti daripada menconteng di sini. Mahu ambil angin di bangunan tinggi dan lihat orang terima anugerah. Bukan senang mahu dapat peluang itu.

Minggu ini ada Pesta Convest. Aku tidak mahu duduk diam-diam dalam UIAM. Lalu, aku panjangkan kaki keluar. Alhamdulillah, ada bengkel penulisan. :)

Tadi, ada kelas Bayan. Ustaz minta kami buat kuiz yang mana kena letakkan gambar dan segala bagai. Tidak sempat siapkan sebab masa yang tidak mencukupi. Ada lima soalan, tetapi .... Memang gagal mengurus masa.

Minggu hadapan, ada talk ustaz Hasrizal dan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, hanya perlu bayar RM1. Lama benar aku tidak ke majlis agama. Agaknya helap manalah hati aku sekarang?

~malu bersama orang baik-baik sebab dalam hati ada masalah~ itu aku.

Aku rindu dengan keluarga. Sabar, lagi dua minggu dapat bertemu ayah, keluarga, anak saudara tersayang. Tiap-tiap malam mereka datang dalam igauan. ~Hm, kalau rindu, doalah~

Menulis dengan hati, perluka…

Saya Sayang Kalian!

Aku membesar dengan kasih seorang ayah yang membesarkan aku dengan penuh kasih sayang. Ayah yang tidak pernah menolak permintaan anaknya. Ayah yang sangat baik untuk seorang anak seperti aku. Anak yang banyak menyusahkan ayah dengan ulah yang dia lakukan. 
Anak itu yang kini tidak lagi mengukir senyum pada wajah ayah. Ayah yang dengan sabar menghantarku ke Kulim setiap kali dia akan kembali ke tempat pengajian. Ayah yang menantinya hingga bas bergerak meninggalkan stesen. Ayah yang menyambut kepulangan anaknya ...
Jika suatu ketika, dia berikan nombor satu dalam kelas pada ayah. Jika suatu masa dia menjadi antara pelajar terbaik sekolah dan ayah melihat dia mengambil hadiah pada 2007. Jika suatu masa ayah menghantarnya menaiki bas ke Petaling Jaya... Kini, apakah yang dia beri pada ayah? Duit yang dia peroleh daripada hasil penulisan belum sekali sampai pada ayah. Berita dia ke sana sini, tidak sampai pada ayah. Buku yang dia tulis belum sampai ke tangan ayah.
Ayah, sungguh rindu itu…

Karya Fixie? Karya Indie?

Karya indie? Buku Fixie? Buku Lejen? Ketika ditanya pada saya suatu hari,saya hanya menggeleng. Saya tidak tahu perihal buku-buku ini sebab saya tidak ada keberanian untuk membacanya. Mungkin saya budak skema yang melayan novel-novel biasa yang ada di pasaran, novel yang biasanya dibeli sebab saya kumpul karya penulisnya. Cerita remaja yang kini harus saya baca disebabkan tugasan. Ah, sebenarnya saya sangat kurang membaca. Al-Quran sahaja tidak selesai kadang satu muka sehari.

Saya hanya tahu nama Fixi dan Lejen ini. Sekarang makin ramai mereka yang menerbitkan karya sendiri. Saya tidak membantah situasi ini. Suatu hari, saya terbaca isu kedai buku Polular tidak mahu menjual judul terbitan Fixi. Saya baca sekali imbas.

Mahu tahu, tanya pada Dr google yang akan menjawab persoalan anda hanya di hujung jari. Saya jengah juga kedai buku yang menjadi buku-buku ini. Sejujurnya, saya manusia yang menilai buku daripada kulit depan buku. :) Pernah saya katakan ketika ditemubual DJ Faiz Othman…

Psst ... Jom kongsi tentang penulisan bersama Ila Husna. (Contengan 1)

Menulis? Mudah sahaja mahu menulis. Ambil pena, contengkan pada kertas. Buka laptop, tekan papan kekunci. Sekarang lebih mudah. Dengan telefon canggih amat, semuanya jadi lebih mudah. (benarkah lebih mudah? Lebih canggih alat, lebih banyak kos penyelenggaraan.) Kalian boleh menaip di mana-mana sahaja, melontarkan idea yang hadir hanya sekali itu. Petua penulis yang sempat Ila dengar, pastikan dalam poket ada buku catatan. Sekarang, pastikan dalam poket ada tablet supaya senang dicurah idea yang datang. Idea hadirnya hanya SEKALI dan jarang berulang. Tidak kira masa dan tempat hadirnya. Ilham itu milik Allah dan dipinjamkan pada kita untuk dikongsi.

Ila masih ingat dalam siri-siri bengkel yang pernah Ila sertai, pelbagai teori, bermacam cara yang dikongsi pada penceramah perihal kaedah penulisan. Akhirnya, Ila simpankan ia dalam buku catatan. Ila seorang yang percaya, walau ratusan teori dimasukkan dalam kepala, akhirnya setiap orang ada “uslub” atau “gaya penulisan” sendiri.

Gaya Dr …