19 September 2012

Ina, Zahra', Umairah, Su ..

Sampaikan salam rinduku buat mereka ini ,,,
Jam pada angka 2:17 pagi.

Hati disapa rindu dan mata terasa panas secara tidak sengaja. Entah mengapa. Ada suara halus mahukan aku menulis tentang mereka yang hadir dalam ingatan aku malam ini. Lalu, biarkanlah seketika jemari ini mengalun bicara pada nama-nama yang tertera di atas.

Lantas, aku gerakkan jemari, bermain dengan papan kekunci...

Ina.

Pertemuan pertama kita adalah tulisan-tulisan kita. Minggu Penulis Remaja memberi memori yang mengekalkan ikatan itu sehingga hari ini. Maha Baiknya Allah. Hubungan yang terbina kekal sampai hari ini. Ina, kita saling menguatkan, ya. Mengejar tarikh akhir sahaja akak sering lelah. Mengurus waktu akak selalu rebah. Dari jauh, hembuskan pada deru angin doa buat akak, ya. Semoga akak terus kuat demi hari esok dan melupakan kisah semalam.

Adikku, teruskan menulis walau dalam apa medium. Ina punya bakat yang orang lain tiada. Ina pernah buktikan yang Ina mampu menembus majalah suatu masa dahulu. Akak juga. Terfikir juga, ke manakah hilangnya semangat suatu masa dahulu? Sudah menyorokkah keberanian itu? (kata untuk diri akak juga)

Akak gembira dapat berkongsi dengan Ina. Tentang itu ini. Dunia luar akak diam, tulisan akak tidak juga membisu. Maafkan akak kadang mesej selalu menjengah. Teringatkan Ina, terasa gembira dapat berkongsi gembira.

semoga Allah pelihara persahabatan kita, Ina. Projek kita juga semoga Allah permudahkan.

Ina, adikku. Semoga terus kuat menongkah perjalanan seorang mahasiswa. Kamu hebat!

Zahra'.

Aku kenal adik ini dalam kelas nahu semester pendek yang lalu. Kami sekelas dan bersama-sama dalam satu kumpulan. Alkisahnya aku terlihat pada komputer ribanya tertulis ayat yang dipetik daripada kata-kata Asma Nadia dalam SERUMPUN 2011. Terus kemudiannya kami bicara tentang dunia tulis baca.

Aku mengajaknya bertemu editor. Hendak aku yang bercerita, tidak banyak yang aku tahu. Allah perkenankan pertemuan enam mata itu.

Semoga Allah berikan ilham mencurah buat Zahra' menulis dan menyudahkan penulisan. Katanya, dia lebih suka buku motivasi. Namun dalam apa genre sekalipun, terus menulis ya.

Zahra', adik manis pencinta buku. Semoga Allah lindungi kamu. Satu buku sebelum graduasi, ya.Insya Allah.

Umairah.

Dalam empat orang yang aku ceritakan, dia teman sebayaku. Perkenalan kami juga melalui tulisan. Ada kisah-kisah penulisan bersama. Dia punya fikrah dan penulis yang baik. Mengikuti blognya sejak dahulu hingga hari ini, aku melihat perkembangan tulisannya. Makin matang. Tidak seperti aku yang suka bercerita seputar kisah yang sama.

Maafkan saya Umairah andai sering mengganggu kotak mesej. Senang sekali apabila usai aku hantarkan mesej kepadamu. Semoga suatu hari, kita punya ruang bertemu editor. Aku tahu kamu sudah punya rancangan perjalanan hari-harimu. Semoga Allah meredhai dan memberikan yang terbaik.

Umairah, kamu seorang yan istimewa!

Suhada.

Dia gadis matang. Pencinta bintang. Su, akak mahu belajar mencintai bintang. :) Masih belum selesai berguru membuat bintang.

Su, semoga Allah melindungi Su. Su sudah berada atas jalan yang cinta, lorongkan ia menuju Daerah Kecintaan Allah. Dalam ramai-ramai orang, Allah pilih Su menjadi pelajar jurusan penulisan. Cantiknya takdir menemukan kita...

Su si gadis puisi yang mencintai bintang juga ....

banyaknya batu menanti ukiran jemarimu
nan gemalai menulis,
menjadikan tulisan itu kekal.

Su, harus datang ke UIA suatu masa kelak. :)


***
Kisah empat manusia yang Allah hadirkan dalam hidup aku. Mula mengenali mereka melalui tulisan hingga akhirnya menjadi teman. Ada ramai lagi mereka yang Allah hadirkan supaya aku belajar. Daripada perbuatan mereka, kebaikan mereka, apa-apa yang ada pada mereka.

Sahabat bukankah cermin buat setiap kita?

Sekian, jemari aku hentikan daripada terus mengetik. Sampai bertemu lagi. Buat semua yang hadir dalam hidup aku, kalian adalah pemberian Allah paling indah! (^_____^)



"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

7 comments:

Umairah. said...

mashaAllah, terharu sangat baca post ni. apalah istimewa umy yg biasa-biasa sekadar di pinggiran ni, ecewah.

jamilah, umy tak dapat bagi konfemation nak pi prog tu, sebab umy takut clash dgn prog. 'afwan katheer. T.T

jamilah pi?

ps: oh ye, takda kursus menulis lagi? yg adhock/ yg terdekat ni? :)

Jamilah Mohd Norddin said...

Umairah,

Baru daftar belum dapat maklum balasnya.. Minggu itu COVEST... tentu SERUMPUN kan?

ada satu seminar tentang kritikan di USPI minggu hadapan.. bayar RM50 ...

Hm, kursus penulisan? Jumpa editor dikira kursus penulisan tak? percuma ... :)

Sidratul Muntaha said...

Semoga satu hari nanti Allah izinkan saya bertemu dengan kamu dan Umy di dunia sebenar. :')

Nur Suhada ✿ said...

Salam. MasyaALLAH amat-amat terharu menatap tiap bait ungkapanmu, terselit gambaran kisahku.

Terima kasih kak. Begitu juga yang sue rasa bila mana ketemu seterusnya menjalin persaudaraan dengan kak Jamilah.

Dan kerana penulisan, ALLAH mempertemukan kita di persimpangan kehidupan. Simboliknya takdir ini, ada sejuta cinta, ada sejuta hikmah.

Moga harapan sue untuk menjejaki UIA tercapai satu ketika nanti. :)

Jamilah Mohd Norddin said...

Sidratul Muntaha,

Amin. :)
Insya Allah suatu hari, pada masa terbaik pasti kita bertemu ...

Jamilah Mohd Norddin said...

Nur Suhada,

ada aktiviti di UIA nanti saya maklumkan pada Su.. Convest semakin hampir.

♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥ said...

Assalamualaikum,
Tergerak hati untuk bertandang ke blog ini..rupa-rupanya ada sesuatu istimewa yang menanti :)

Terima kasih akak, kamu sangat baik :)

Semoga impian kita menjadi nyata.