Adalah aku seorang yang berangan-angan menjejak ASWARA. Sebuah akademi yang turut menawarkan diploma dan Ijazah Penulisan.
Terima kasih Suhada, yang manis dipanggil gadis puisi.
Kali kedua. Kali kedua takdir menemukan kami. Kali ini aku bawakan Humaira sebagai teman. Ada seminar Sastera Antara Kaum dan saya hanya sertai satu sesi.
Terima kasih jua atas layanan yang sangat baik. Dapat beg ASWARA. Makan percuma. Titipan buku yang menambah rasa segan di hati saya. Saudara Hazwan Ariff Hakimi menawarkan bukunya secara percuma. Rasa rugi pula tidak membawa ff bersama. :)
Su, semoga ada pertemuan selanjutnya. :) Gembira dipertemukan dengan Su.. Semoga tali persahabatan ini berterusan.
Su, teman akak bertanya, berapa usia Su? Nampak matang!
:)
***
Ada satu soalan kepada pembentang kertas kerja yang saya ingat.Bagaimana sastera dapat menyatukan antara kaum di Malaysia?
Pembentang memulakan jawapannya dengan kata-kata, sastera tak bawa kesan apa-apa sebab hanya orang sastera yang baca karya sastera.
Saya tersenyum.
"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.
Comments
jamilah, ada ruang lagi tak kalau nak sambung dip kat sana ye? yuran dia camne eh? bleh jamilah tanyakan kawan?
terima kasih
:)
sue masih belum sempat nak update tentang seminar itu. insyaALLAH nanti. :)
hehe, umur su 20 tahun. Tua dah, tapi perangai macam budak-budak lagi. heheh ^^
Su, tak mengapa. Akak setia menanti. :)
Bulan Oktober ini semoga dapat kita bertemu di UIAM sempena pesta konvo 2012.