12 September 2012

Anak Kedua

Tiket Haji Daripada Tuhan, J.Rahmat. Naskah terjemahan edisi bahasa Melayu

12 September 2012 : Dua belas tengah malam ke atas ...

Aku terjaga daripada lena dan terbatuk-batuk. Entah igauan apakah yang mendatangi lenaku ketika itu. Belum reda batuk, satu mesej masuk ke peti mesej.

Kakakku memberitahu Cik Puan Fazilah, temannya merangkap editor perolehan di PTS Milenia mahu serahkan naskah buku yang telah aku terjemah tempoh hari. Lama. Lama naskah itu tertangguh di tangan aku sebelum aku berjaya menyiapkannya. 

Edisi cetakannya tentulah lebih baik. Sangat baik berbanding edisi terjemahan aku. Naskah ini sudah disunting baik oleh penyunting berpengalaman. 


Dan petang tadi (12.9.2012), aku mendatangi kakakku dan beliau menyerahkan buku yang baru diterbitkan berjudul Tiket Haji Daripada Tuhan, J. Rahmat.

Ini bolehlah  aku katakan anak angkat pertama disebabkan aku hanya perterjemah naskah ini. Alhamdulillah, ia cubaan pertama. Menterjemah tidak semudah menulis. :)  Naskah yang telah disunting sangat baik... 

Buku ini sangat menarik! Cerita orang baik-baik. Subhanallah. Membaca pengalaman pengarang ini sendiri sangat meruntun jiwa. 

Jika kita mahu, pasti ada jalan.

Selamat membaca. :)



edisi asal: kredit



10 comments:

Umairah. said...

salam'alayk.

mabruk, jamilah!

umy sgt berbangga ada sahabat yg semangat macam nie. inspirasi, mashaAllah.

teruskan usaha. doakan umy jugak, heheh

Jamal Ali said...

Tahniah saudari!

Semoga terus tekal menulis untuk kesejahteraan! :)

Nur Suhada ✿ said...

Tahniah kak! moga terus maju jaya.

Menarik buku itu. Terasa mahu membacanya. :)

Jamilah Mohd Norddin said...

Wassalam, umy. :)

Bertuah lagi saya dapat mengenali Umairahshafei yang istimewa.

Insya Allah sebelum grad ada bukunya.

Jamilah Mohd Norddin said...

Jamal Ali,

Buat saudara juga. Tekal menulis, ya. Menanti kelahiran buku kamu seterusnya.

Jamilah Mohd Norddin said...

Nur Suhada ✿,

Amin...

Masa untuk Su akan tiba jua,

Tetamu Istimewa said...

Tidak adil untuk saya tidak mengucapkan tahniah kepada Jamilah. Tahniah saya ucapkan. Kagum dan tumpang gembira.

Saya berharap juga saya akan mengikuti jejak langkah Jamilah untuk emmiliki buku sendiri.

Jamilah Mohd Norddin said...

Tetamu Istimewa,

Terima kasih.

Insya Allah. Bukukan cerpen-cerpen yang tersiar di majalah.. Tentu sudah lebih cukup untuk diantologikan.. Boleh cuba di Telaga Biru, atau Ameenbooks, atau ITBM. Siapa tahu rezeki buat kamu ...

Sidratul Muntaha said...

Harap saya belum terlambat mahu ucapkan tahniah untuk Jamilah atas kelahiran anak angkat keduanya. :)

Alhamdulillah....
May Allah bless you.

Jamilah Mohd Norddin said...

Fatin,

terima kasih.

Semoga suatu hari nanti saya dapat baca buku awak pula. :)