15 August 2012

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah: [catatan 10] :bisik-bisik kecil


Catatan Hati Durrah Nur Aqilah

Catatan 10


Bisik-bisik Kecil

Penulis: Ila Husna


Bisik satu
Dalam hati, muncul satu soalan. Mengapakah ada cita dalam diri mahu menjadi penulis? Soalan ini gagal dijawab diri sendiri. Aku terdiam. Jemari yang galak mengetik terhenti.

Mengapa?

Ia sebuah soalan subjektif. Tidak punya pilihan A, B, dan C. Jawapan sebenarnya ada tersimpan dalam diri.

Aku punya impian, angan-angan, cita dan apa jua yang setara dengan mimpi. Malang , acapkali  dihapuskan oleh menung kosong.

Allah sedang melorongkan jalan buat aku merealisasikan impian. Aku tidak boleh sia-siakannya, mesti manfaatkan peluang ini.

 Bina diri.

Jangan rasa rendah diri hanya perlu rendah hati.

Aku menulis sebab aku mahu berkongsi dengan orang lain. Aku harus meluaskan pergaulan dan pembacaan untuk menjadi penulis sebenar. Sekiranya aku sekadar mahu main-main itu tidak jadi masalah.

Jadilah penulis popular.


Bisik dua
Hidup perlukan matlamat dan matlamat perlu direalisasi. Bukan sekadar catatan di atas kertas, yang penting lakukan sesuatu agar yang aku  lakukan bukan sesuatu yang sia-sia.

Tidak boleh lengah lagi ...

Lihat dan renung kembali apa matlamat dan apa yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat ini. Perlu berusaha mulai sekarang. masa tidak menanti aku, hanya aku perlu mengejar masa.

Teman, bagaimanakah khabar kalian? Ada sela masa memisahkan aku dan kamu. Apakah khabar kalian sekarang?




Bisik tiga
Biarkan imaginasi itu ke mana-mana sahaja , agar kamu tidak dikongkong perasaan .  Tuhan akan menjagamu sekiranya kamu menjaga hubungan dengan Allah. Jangan sekali ulangi kesalahan yang lalu, istiqamah taubatmu.


Bisik empat
Imbas kembali perjalananmu selama ini. Onak dan duri tidak merintangi hidupmu. Aku terlena tanpa ada yang sudi mengejutkan. Lena yang panjang.

Tidak ingat untuk aku insafi.

Kuatkan diri yang kerdil ini. Allah,  perjalananku teramat panjang, duri sekadar mencangkuk, melambatkan sedikit langkah, namun aku tiba juga. Pasti aku buang duri yang melekat pada kain, lontar jauh-jauh dan terus melangkah.

Semoga aku beroleh keampunan dan magfirah dari-Nya.

Sesungguhnya diri ini kepunyaan-Mu, Allah.


Bisik lima
Tuhan, reda aku pada ketetapanmu,

Walau di mana dan bagaimana aku, Kau tetap memerhati, tingkah baik burukku ...
Tuhan, tabahkan hati kuatkan jiwaku ... ujian ini, ingatan-Mu buatku, rama-rama kecil di pohon bunga.

Allah, sesungguhnya yang Engkau lihat usaha, dan bukan keputusan. Sudahkah aku berusaha?

13 August 2012

Dia, bukan guru biasa. Dia guru yang hidup dalam jiwa muridnya




Cerah wajah

Mengingat dia –seorang guru-
Pemberi semangat
Pembakar obor cita
Penginspirasi tempat pertama.

sebujur wajah melintas dalam ingatan. Sekejap terang bayangnya sekejap yang terlihat kata-kata penuh semangatnya. Dia guru yang boleh aku katakan inspirasi aku ketika zaman persekolahan. Seorang guru Ekonomi Asas yang juga mengajar bahasa Melayu di kelas lain.

Semalam. saat aku menyelongkar diari lama mencatat kisah zaman sekolah, terlihat namanya pada muka-muka diari di sini sana. Dua tahun aku bersamanya, dia bagiku istimewa. Malah, sekarang, dia masih inspirasiku.

Cikgu sedang melanjutkan phd beliau. Semangat beliau untuk belajar masih membara. Allah. Semoga suatu hari jejaknya adalah jejakku juga walau bidangnya pasti berbeza.

Jika dahulu, ketika ke sekolah, pasti aku 'menghendap' adakah keretanya sudah tiba saat aku dalam perjalanan ke sekolah. Aku hafal parkingnya kerana memang di situ selalu keretanya di parkir. Aku lihat kereta manakah beliau pandu hari itu. :)

Dalam kelas, walaupun aku budak diam, pernah juga aku berjumpa beliau bertanya soalan. Paling utama, beliau menyokong aku menceburi dunia penulisan. Malah beliau yang menghantar aku ke Plaza Tol ketika aku ke Perkampungan Penulis Muda 2006. Beliau juga yang menemankan aku ke kuiz KOMSAS. Beliau meminjamkan aku komputer ketika aku perlu menyiapkan laporan perkampungan penulis muda. Beliau juga tempat aku pinjam saat aku perlu menggunakan komputer ketika menyertai pertandingan menulis esei.

Aku masih ingat kata beliau "nanti cubalah baca puisi di stesen bas"

Aku pernah menulis dalam diari, kata-kata cikgu Zaini: "“Lepas SPM, buatlah sesuatu yang dapat menjana minda. Sesuatu yang berfaedah”

Allah,
lindungi kehidupan beliau.
lindungi juga kehidupan para guruku
tanpa mereka
tidaklah aku di sini.
Guru,
insan paling istimewa.

Beliau namanya Cikgu Mat Zaini Abdullah. Ingatan padanya tidak pudar hingga nama inilah yang aku abadikan dalam friends forever, novel sulungku.

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

12 August 2012

beberapa hari.

Aku pencinta tulip
Seorang aku pemain kata,
Gadis luar kota,
Tulis pengubat jiwa,
Bicara suka duka,
Gadis pemuisi bukan dia.


***

Diam. Banyak hikmah andai kamu dapat diamkan diri seketika dan perhatikan dunia sekelilingmu. Dunia yang lebih luas daripada dunia tulis. Dunia tulis yang sesekali perlu kamu 'tinggalkan' seketika memberi ruang pada tanggungjawabmu yang lain. Saya pasti, meninggalkan seketika dunia ini akan menumbuhkan kerinduan yang lebih besar dan semoga ia membawa sesuatu yang lebih baik.

Saya 'mesti' diamkan diri seketika. MESTI.

Diamkan blog buat seketika.
Diamkan fb
Diamkan semuanya

Sampai masa saya pasti akan kembali menulis.

insya Allah.

:)

ila husna/jamilah
iium

11 August 2012

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah: [Catatan 9] usah dibakar kenangan itu.

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah: 
[Catatan 9] 
usah dibakar kenangan itu.

penulis: Ila Husna


Biar aku bicara seketika perihal kenangan dan memori.

Aku suka merakam kenangan menggunakan Nikon L21 milikku. Walaupun ia hanya kamera digital murah, jasanya sudah banyak buat merakam indah dan manis pertemuan-pertemuan aku dan teman. Jika kerajinan aku berada tahap tinggi, adalah juga catatanku dalam diari berwarna pink. Entah boleh dikatakan ia diari sebab ia adalah buku kulit keras yang ditulis catatan harian.

Semenjak sekolah, aku punya kesukaan yang satu ini. Aku suka kongsikan suka duka aku bersama diari. Kunukil apa yang mahu terluah dan tidak bicara aku sampaikan kepada orang lain. Aku bebas bercerita apa sahaja.

Sehari dua ini, ada timbul satu ketakutan pula dalam diri. Bayangkan setelah aku tiada lagi, orang lain membaca diari yang aku tuliskan dan membaca semua perasaanku. Atau ditakdirkan aku punya cahaya mata sendiri dan zuriatku membaca catatan ibu mereka, akankah mereka belajar sesuatu.

Pada gambar memang tidak akan aku musnahkan ia sebab gambar mengekalkan senyuman insan yang aku sayang. Aku boleh lihat senyumnya selalu lewat gambar yang aku letak kemas dalam album gambar. Kenangan aku dan dia aku abadikan di situ. 

Kembali bab diari. Dahulu, semasa sekolah rendah, aku pernah membakar diari sendiri kerana malu dengan catatan sendiri. Aku menulis apa-apa sahaja. Aku terlalu khuatir diariku dibaca orang lain. Dan akhirnya aku menyesal kerana aku gagal mengingat kenanganku semasa di sekolah rendah.

Kini, terasa ingin aku bakar semua diari yang aku ada.

Ada suara hati membantah.

"kamu tidak perlu bakar diari itu. Biar kelak, yang terbaca catatanmu belajar. Belajar daripada catatan yang kamu tulis. Tidak perlu malu dibaca orang lain."

Wajarkah jika mahu aku teruskan hajat membakar diari yang pernah aku tulis? Atau jualkan kepada uncle yang membeli kertas lama untuk dikitar semula.

ya.tidak.ya.tidak.ya.

Jika aku bakar atau buang, samalah seperti aku buang kenangan daripad kehidupan aku. Akhirnya aku nekad.

"sekiranya kelak ada yang terbaca diari yang ditulis Durrah, ambillah yang jernih daripada tulisan itu. Ia kisah rindu, kenangan dunia pengajian sejak bersekolah hingga alam universiti, kisah kedegilan, kegagalan, kejayaan... Pendek kata, jika terbaca diari-diari milikku, adalah kalian sedang membaca suara hatiku,"

Dan aku,
akan pastikan kenangan aku abadi.
Terima kasih diari,
denganmu aku melihat hari silamku.
yang tidak semua dapat aku ingat sendiri.

"mengapa harus takut pada kenangan dan memori. Biarkan ia hinggap pula pada orang lain. Tidak akan aku bakar memori kita."



11.8.2012
penulis: Ila Husna/ Safiyyah G4.1 



10 August 2012

randon rant yang entah keberapa



Telah Allah turunkan ayat pertama kepada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW kalimah Iqra. Sungguhlah besar kuasa membaca.

membaca maknanya menggunakan akal berfikir macam-macam
membaca menghidupkan hati
membaca menambah rasa mahu tahu.
membaca mengembang ilmu.

****

perihal baca dan tulis telah Allah rakam dalam al-Quran. Tentang penyair juga telah Allah beritahu dalam al-Quran. Semaklah!

Menulis akan mengabadikan perkataan yang mahu kita cakap. Selalu aku hanya menulis ikut jemari dan alur akal yang mahu melontar kata. Aku sering membiarkan kata-kata bebas menerawang dan terlontar menjadi baris-baris ayat dan perenggan.

Tulislah, wahai diri. Tulis sebelum mati.

# minggu hadapan, peperiksaan berlangsung, balik kampung.
# beberapa hari sahaja aku di bumi UIAM sebelum bercuti.
# tidak sabar mahu bertemu insan-insan tersayang.

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

09 August 2012

11. kata motivasi andrea hirata

kata semangat buat diri daripada andrea hirata. (petikan daripada goodreads.com)

“Bermimpilah, dan Tuhan akan memeluk mimpi-mimpi itu. -Arai, Sang Pemimpi”

“Berhenti bercita-cita adalah tragedi terbesar dalam hidup manusia”
― Andrea Hirata, Sang Pemimpi

“Hiduplah Untuk Memberi yang Sebanyak-banyaknya, Bukan untuk Menerima yang Sebanyak-banyaknya. (Pak Harfan)”
― Andrea Hirata, Laskar Pelangi

“...berbuat yang terbaik pada titik di mana aku berdiri, itulah sesungguhnya sikap yang realistis.”
― Andrea Hirata

“...ilmu demikian luas untuk disombongkan...”
― Andrea Hirata

“tanpa mimpi, orang seperti kita akan mati... - Arai”

“Orang-orang itu telah“Tertawalah, seisi dunia akan tertawa bersamamu; jangan bersedih karena kau hanya akan bersedih sendirian.”
―  Edensor

melupakan bahwa belajar tidaklah melulu untuk mengejar dan membuktikan sesuatu, namun belajar itu sendiri, adalah perayaan dan penghargaan pada diri sendiri. (hlm. 197)―  Padang Bulan
“Mereka yang menghirup kopi pahit umumnya bernasib sepahit kopinya. Makin pahit kopinya, makin berlika-liku petualangannya. Hidup mereka penuh intaian mara bahaya. Cinta? Berantakan. Istri? Pada minggat. Kekasih? Berkhianat di atas tempat tidur mereka sendiri! Bayangkan itu. Bisnis? Mereka kena tipu. Namun, mereka tetap mencoba dan mencipta. Mereka naik panggung dan dipermalukan. Mereka menang dengan gilang-gemilang lalu kalah tersuruk-suruk. Mereka jatuh, bangun, jatuh, dan bangun lagi. Dalam dunia pergaulan zaman modern ini mereka disebut para player.”
Cinta di Dalam Gelas


“Jika hati kita tulus berada di dekat orang berilmu, kita akan disinari pancaran pencerahan, karena sesungguhnya kepintaran sangat mudah menjalar.”
Laskar Pelangi

08 August 2012

berakhir sudah kelas nahu

tamatlah kelas nahu dengan pembentangan dan taujihat daripada ustaz Baqir hari ini.
menanti hari peperiksaan

Kumpulan pertama: power point mereka power! Ada ilustrasi, ada warna warni. Saya suka!

Kumpulan ketiga yang membentangkan video yang istimewa. :) 


Aku suka taujihat daripada ustaz Baqir lewat kelas terakhir nahu 1 semalam. Usai pembentangan, usai bertanya kepada pelajar lelaki yang merupakan 'pendengar' dalam kelas kami. Bagaimana pembentangan? Kata mereka: menarik, tetapi isinya sedikit. Apa kata ustaz? Kamu sudah berada di tempat tinggi. Kita perlu raikan orang yang belajar. Saya suka kata-kata ustaz itu. Mengajar mengikut tahap pelajar bukannya melebihi tahap pelajar itu sendiri. Sekarang, orang boleh belajar dengan hanya duduk dalam bilik dan belajar secara maya. Permbentangan yang kamu buat hari ini, berguna ketika menjadi guru.

Ya. Anak-anak perlu diajar dengan kaedah interaktif. Aku kagum dengan semua kumpulan yang hadir dengan software-software baru yang aku belum pernah dengar. Video interaktif itu aku suka.

"إذا تملك اللغة فقط لا ينفع"
Di negara luar, ada satu phd sahaja orang belum pandang. Seorang yang bergelar doktor perubatan mungkin pakar juga dalam fizik dan astronomi.

ia luar biasa jika di Malaysia.

"استعداد والنية أن تتفتح العلوم"

Kamu perlu berlatih bercakap mulai sekarang. Paling penting, semasa pembentangan jangan bawa kertas. Yakin diri. Bercakap tanpa melihat kertas. Nanti akan dapat ilham semasa bercakap. Orang akan lihat kita tidak yakin jika bercakap di depan sambil memegang sesuatu.

"لا تخاف و لا تيئس"

Jangan takut dan jangan kecewa.

Ada sebuah cerita tentang pelajar beliau. Dia seorang pelaja fiqh yang berminat dengan bahasa Arab. Suka memasuki kelas bahasa Arab dan juga pandai komputer. Sekarang, beliau bekerja di Dubai.

Seorang lagi pelajar ustaz yang baru dua tahun mengajar sudah menjadi guru cemerlang. Dalam kelas, beliau banyak diam, sekarang dia yang banyak bercakap. .

Manusia akan berubah jika dia bergerak.

Satu lagi kata-kata ustaz: "ilmu akan berkesan bila kita yakin dengan diri!"

Alhamdulillah. ini sedikit perkongsian ustaz semalam.
"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

.berdiri.




terus berlari
terus meniti mimpi
terus belajar sampai mati
terus menulis hingga tiada nafas dalam diri.
asal
kamu nukil yang baik-baik.

ya.
setahun setengah tidak lama
semoga dipermudahkan
aku tidak akan mengalah
bukanlah kini aku berada
di hujung garisan.

Semoga
tekal aku berada atas garisan-Mu.

:)

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

jangan sesekali kalian baca entri paling tidak berfaedah ini!




jangan sedih-sedih
ya sayang

Allah bersamamu

Dia paling dekat
dan
paling tahu
perihal dirimu.

dalam dunia
yang hidup bukan hanya dirimu sendiri.
ada wajah-wajah lainnnn

tidak kisahlah kamu pelik dan tidak sama
Allah tahu hatimu.

"hati yang kotor tidak dapat tembusi hati yang bersih."

_____________

esok dan lusa kelas terakhir
nahu dan sorof,
mesrailah diriku.
aduhai,
kata cinta,
kekallah bersemadi dalam diri.

aku banyak kurangnya
tetapi
aku percaya
ada sisinya
Allah beri sesuatu

__________________________________

minggu hadapan peperiksaan akhir.
Nahu.
Serius-tidak-tahu-apa-yang-aku-belajar.
Sorof
nampaklah satu dua benda.

________________________________________

mengapa aku selalu gagal sebelum ini?
tidak hadir kelas.
tidak buat kerja yang disuruh.
tidak ulangkaji.

________________________________

jadi apa yang perlu kamu lakukan?

Duduk sahaja?

perabih boreh mak ayah la kalau gitu!

07 August 2012

13. tidak berhenti bermimpi


Bagaimana ya mahu aku katakan
yang aku sering teruja membaca catatan teman-temanku
teman yang punya hati putih dan tulisan mereka bersih.
Aku gembira melihat tulisan mulus yang bicaranya lekas meresap dalam diri.
Bukan sekadar contengan seperti rutin seorang aku saban hari.


membaca Jangan Berhenti Berlari tulisan Dr Zaharuddin Abdul Rahman. Subhanallah. Betapa beliau punya semangat luar biasa -pencandu ilmu-
kembaranya memenuhi dada dengan ilmu.

sedang aku,
punya cukup nikmat
masih mulut mengomen itu ini begitu begini
seakan banyak yang tidak cukup.

kini
aku perlu hidup untuk hari ini
dan fikir masa hadapan
bukan hanya mengenang masa silam.

sekian terima kasih.


perihal mimpi.
bukan sebesar mana mimpi itu yang mimpi, hanya sebesar mana kamu dalam merealisasi mimpi.
mimpi.
tidak boleh berhenti bermimpi.
mimpi adalah suara kepada hati.
mimpi adalah lontaran doa perihal apa yang kamu mahu janji.


bukan setakat bermimpi.
merealisasi mimpi paling utama.

jangan takut bermimpi
kerana dalam mimpi semua realiti
tinggal menjadikan ia benar-benar realiti.

;)



06 August 2012

14. suatu petang aku mencatat ikut jemari ...

catatan sebelum ini: [1][2][3][4][5][6][7][8][9][10], [11][12][13][14][15] [16]

......
......
..................................
.....
......


Ada ketika aku hanya dapat memandang kosong skrin komputer tanpa sepatah kata.
Sungguhnya ilham hanya pinjaman Allah yang diberi pada masanya. 
Ada ketika ia tidak hadir,
Pintalah pada Dia memberikan ilham terbaik buatmu.


________________________
tenggelam timbul, turun naik, tidur bangun, sudah aku di hujung semester tiga. Apakah sebenarnya yang aku belajar? 
Seseorang tidak dapat ilmu melainkan padanya hati bersih dan niat yang betul.

Sekian terima kasih.



tulisanku juga.
selalu tidak bersamanya hati bersih,
hanya jemari yang mengetik dan tidak mahu berhenti mengetik.


Ampunkan kami, ya Allah.


Yang utama, berusaha ke arah yang lebih baik.

lebih baik setiap hari.




kamu mungkin gagal menutur, namun Allah Maha Adil. Maha Adil pada setiap hamba-Nya.
Kata Allah, mintalah, Aku kabulkan.


Allah,
berikan kami keredhaan di dunia dan Akhirat.


maafkan aku.
maafkan aku tidak berhenti merinduimu.
aku harap kamu baik-baik sahaja.
maafkan aku tidak berhenti merenung potretmu.
sungguh aku rindu.
semoga kamu maafkan aku dalam Ramadhan ini.
























....
ada ketika dan selalu aku menulis subjek yang sama.
dan
jemariku
enggan berhenti tulis
walau ada yang menghalang dan menyekat.



05 August 2012

15. Kerehatan Yang Abadi


Catatan sebelum ini: [1][2][3][4][5], [6], [7], [8], [9], [10], [11], [12], [13], [14], [15]
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi (Rabbani)

Kematian  antara rahsia yang Allah simpan dan tidak siapa tahu.

"Saya tidak nampak tanda apa-apa yang pelik. Dia meninggal dalam tidur."


"Patutlah sehari dua ini saya nampak dia pelik. Tidak sangka itu pertemuan terakhir kami."

saat kematian menjengah tidak kira saudara, teman, atau orang yang kita kenali, sering kita bicarakan tentang tanda sebelum dia 'pergi'. Hakikatnya, mungkin 'dia' yang pergi tidak tahu bahawa dunia ini akan dia tinggalkan.

Kematian suatu rahsia. Adakah kubur -rumah mewah yang kita semua akan huni- akan jadi mahligai tempat merehatkan diri atau rumah yang mana kita terseksa dalamnya. Rumah nan sempit dan meranapkan jasad kita. Allah.

Kata Prof Muhaya pada banyak soalan: ILMU. Ada ilmu semua jadi. Justeru mesti ada ILMU hadapi mati. Ilmu termasuk bekal. Bekal tuju kematian.

Adakah kematian akan jadi suatu kerehatan abadi atau tempat seksaan.

Perbuatan hari ini menentukan keputusan hari depan.

Diri, buatlah keputusan.

"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

04 August 2012

16. Pendek Yang Bermakna

Terus melangkah. Ya, aku MESTI terus melangkah!

Catatan-catatan sebelum ini:  [1][2][3][4][5][6][7][8][9][10], [11][12][13][14]
"Jejak-jejak yang kita tinggalkan  akan jadi kenangan. Kehidupan hari ini adalah ingatan pada hari hadapan. Bagaimana kehidupan hari ini, itulah ingatan yang akan ada dalam kotak fikir pada masa hadapan."  |2012|

***

Semester pendek tidak sampai kiraan sepuluh jari sebelum melabuhkan tirainya. Semester pendek selama tujuh minggu yang bersamaan 14 minggu semester biasa. 

Kali ini aku mengambil dua subjek teras : nahu dan sorof. Subjek yang sepatutnya telah dilunaskan pada tahun-tahun awal pengajian. Disebabkan aku suka -ambil-subjek-ikut-sedap-hati ditambah pernah masuk kelas sorof hanya dua minggu dan gagal bagi subjek nahu, aku ambil kembali semester ini.

Kali pertama aku mengambil semester pendek pada 2008 di Pusat Asasi UIAM Nilai bagi empat subjek kemahiran -kitabah, qiraah, istima' dan kalam,- yang penuh warna warni. Diperkenal dengan ustaz Azlan dan ustaz Khalid (beliau suka tersenyum) Semester paling mengujakan yang pernah aku hadiri.

Kali kedua, kerana mengulang tiga subjek. (baca coretanku di sini) Ia menggembirakan aku sebab untuk meminta kami meyediakan power point bagi setiap pelajaran yang akan kami belajar. Aku menjadi pelajar-yang-riang-ria membuatnya ...

Kali ketiga, aku sudah berada di Gombak. aku hanya mengambil satu subjek: Quanic Prophetic Texts bersama ustaz Hanafi. (aku menulis di sini) Masa yang sangat lapang dan kali inilah aku sertai konvoi Palestina, ke Cyberjaya dan lakukan macam-macam perkara bersama teman tersayang. Saya sayang masa itu.

Kali keempat, aku mengambil satu subjek juga : General Lingusitics bersama ustaz Esam Ali yang sangat baik dan suka tersenyum. Dalam kelas beliau hanya berdiri dan mengajar sepanjang pelajaran. Beliau pelajar perubatan yang akhirnya mengajar bahasa. beliau seorang  pakar dalam bidang lingusitics. (catatan di sini)

Inilah kali kelima aku mengikuti semester pendek. Insya Allah kali ini dua subjek yang aku ikuti. Nahu dan Sorof. Nahu bersama ustaz Baqir Yaakub dan Sorof bersama ustaz Yasir. Alhamdulillah. 

Semoga Allah mempermudah segala urusan ahli keluargaku dan teman-temanku tersayang. Sesungguhnya hanya dia Maha Tahu Yang Terbaik.

Insya Allah. Dua minggu kritikal akan jadi saat manis untuk diharung. Kali ketiga berpuasa di bumi UIAM Gombak yang meriah Ramadhan.

Selamat datang, semangat!
Selamat datang malam-malam Ramadhan yang penuh keampunan.
Allah, terimalah puasa kami!



"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

03 August 2012

17. kecintaan-kecintaan kecil



catatan sebelum ini:  [1][2][3][4][5][6][7][8][9][10], [11][12][13] 

Pen berwarna-warni, highlighter, pen magik, krayon, pensel, pen gel - pendek kata yang dipanggil pen dan seangkatan dengannya -alat tulis- saya suka. Jika ke kedai buku, walau sebatang pasti akan dibeli jua. Saya perasan sejak sekolah rendah suka membeli pen berwarna warni, pemadam, pengasah pensil, buku catatan kecil dan alat tulis di kedai buku. Tugas menjaga kedai buku saya gunakan juga untuk membeli alat tulis. Sangat gembiran melihat warna warni pen. Ceria. Dan sekarang anak saudaraku sendiri menyukai perkara sama. Belikan pemadam untuk adik-adik, beli alat tulis ... 

Langit. Sky. Pandang langit nan biru tidak meresahkan. Suatu masa saya ada kegilaan merakam langit dan awan yang sentiasa berubah bentuknya. ada masalah, lihat langit, terasa masih jauh kembara yang akan kita tempuh, jangan asyik melihat masa lepas. Okey. awan dan langit. Dua subjek yang saya cinta. Langit pagi, langit tengahari, langit petang, langit senja ... Cantik di mata lekat di hati. Subhanallah.

beberapa kali saya ditegur teman sebab selalu berjalan sendirian. Memang zaman ini macam-macam boleh berlaku. Insya allah, selagi dapat dijaga diri dan yakin Allah ada menjaga, saya tidak perlu risau berkembara. Segan mahu meminta orang lain temankan, khuatir mengganggu aktiviti harian mereka. Ada yag mengajak saya berjalan-jalan, laju sahaja saya menerima. Berjalan, melihat, mentafsir. Lamanya tidak berjalan-jalan. Rindu masa itu. :) Semoga baik-baik, sayang.

Saya suka berangan. Saya suka menanam impian untuk diri sendiri. Semuanya tidak berlaku jika Allah tidak izinkan. Apa sahaja yang berlaku adalah kehendak--Nya jua. Dia Maha Tahu yang terbaik. Puisi? Saya suka membaca puisi. :)



"tulisan inilah mengganti bicara. ceduk yang jernih, tinggal yang keruh" -jamilah|ila husna.

02 August 2012

18. Positif. Positive. Positip.

catatan sebelum ini:  [1][2][3][4][5][6][7][8][9][10], [11][12]

Semalam, malam yang panjang terisi dengan perkongsian Prof Muhaya. Siaran ulangan Islam Itu Indah di IKIM fm. Topiknya berkenaan reset minda –pesakit.

Bukanlah saya mahu berkongsi semua yang prof katakan, sekadar menampal mana yang melekat dalam minda.

Ada perkara yang perlu dipadam daripada minda : takut, benci, dendam, tamak, tahyul, marah.

Apabila ditimpa sakit. Kita mesti redha dan bukan sekadar sabar. Sabar di luar nampak tenang, hati dalam sakit. Redha, riang gembira, dalam menerima. Belajar untuk redha bukan hanya SABAR.

Dalam banyak-banyak kata prof, sebaris ayat ini jauh jatuhnya dalam hati saya. “ilmu tawar kalau tak amal.”

Akhirnya, Prof berkata, orang yang berjaya adalah mereka yang tahu kenapa.

Kenapa dia belajar.

Kenapa dia ada di dunia. Kenapa. Kenapa. Kenapa. Dia ada semua jawapan untuk itu, lalu dia sentiasa berusaha menjadi yang terbaik.

“hadirkan dengan hati, sampailah ke hati.”

Perkara utama yang perlu ada dalam diri kamu sekarang, POSITIF.

Jangan sesekali ada cas negatif apabila melihat orang lain. Jangan ada benci ketika pandang orang lain. Aura itu akan sampai kepada mereka yang kita pandang.

Sekian terima kasih. Pelajaran hari ini. POSITIF! REDHA!

01 August 2012

Rintik-rintik Hanya Singgah, Jamal Ali.



pemilik blog antologi dunia
Ini novel pertama penulis yang menggunakan nama Jamal Ali ini. Jujur, sekiranya saya tidak tahu ini novel sulung, saya menjangka penulis ini sudah punya pengalaman menulis.

Ada satu tarikan dalam lenggok penulisan beliau, walaupun saya ada ayat-ayat yang perlu aku tarik nafas panjang untuk baca. Ada ayat-ayat yang perlu saya baca betul-betul supaya tidak terlepas makna. Jamal Ali sudah boleh jadikan gaya penulisan begini sebagai satu identiti beliau.  Banyak daftar kata klasik, perkataan yang jarang diguna, dan lenggok ayat yang lain daripada kebiasaan. Ia percubaan yang baik.

Kata beliau lewat blognya, beliau sudah hadirkan hati beliau dalam penulisan ini. Sungguhlah yang hadir daripada hati lekat dalam hati jua.

 Ini bukan sebuah resensi, hanya berkongsi pengalaman diri seputar pembacaan Rintik-rintik hanya singgah.

Tagline rintik-rintik hanya singgah: “hidup tidak hanya tentang kisah kita, akan ada kisah dia dan mereka. Antologi kisah kita mungkin tidak sama, tetapi sudah pasti banyak berbeza. Begitulah hidup.” Ia membawa saya sebagai pembaca untuk terus melekat pada bacaan.

Rintik-rintik hanya singgah lebat dengan kata-kata indah. Pesanan buat diri, pengamatan pada situasi kecil yang membawa makna besar, dan harga sebuah kegagalan yang membawa wataknya merenung diri.

Sesuai dengan judulnya, banyak kisah hujan.  Tepatnya kisah ujian yang hadir dalam hidup kita. Latarnya juga sering melibatkan ‘hujan’. Hujan – simbolik ujian yang selepasnya ada kemudahan.



Kisah ini berlangsung hanya seminggu. Latar masa yang sangat singkat tetapi ibrah kisahnya seakan bertahun tempohnya. Bukan hanya kisah Rifqi Sabran, tetapi ingatan untuk kita-kita jua.

Saya petik beberapa kata:

“yang pasti pedoman Allah itu pasti akan sampai kepada mereka yang mencari-cari, bukan? Ia akan datang dalam berbagai-bagai bentuk dan cara. Malah punca datangnya juga tak terduga oleh kita”

“bagi orang bijak dan pandai mengenal hati mesti mereka akan berkata, “bukalah hatimu, kerana orang yang membuka hati memadailah walau sepatah...””

“hujan datang bukan selamanya. Ada masa ia akan berhenti. Dan seperti hari ini, hujan tidak bertandang diri. Mungkin esok ia akan datang, mungkin lusa ia akan bertandang. Tapi seperti ketika itu, kita sudah bersedia.”

Mahu tahu kisah sebenar harus membacanya sendiri. Pengalaman membaca yang lain buat saya pada novel sulung yang ditulis saudara Jamal Ali. Tengah pembacaan, jujur saya teringat pengalaman membaca Dunia Sophie (edisi terjemahan Sophie’s World) yang padat dengan falsafah. Ceritanya tercantum-cantum dan perlu berhati membacanya. Jika tidak, boleh tenggelam dalam pembacaan. Demikian membaca Rintik-rintik hanya singgah yang ketika membacanya, mahu sahaja saya catat banyak kata hikmah dan nasihat yang dilakar pengalaman.

Dalam kisah Rifqi Sabran, saya boleh membaca diri saya. Pada watak yang mengiringi kisah Rifqi Sabran, ada banyak hikmah yang dapat dikutip.

  • -pertemuan dengan senior di masjid – kemudiannya berjumpa dengan orang yang sama di situasi berbeza
  • -pertemuan dengan lelaki gelandangan di kedai makan
  • -peristiwa ayah dimasukkan ke hospital  yang akhirnya membawa Rifqi kepada bacaa yang ditulis sendiri ayahnya.
  • -kisah Hambali.
  • -kisah seorang buta yang ditemui di stesen bas dan membawanya ke kedai kedai.
  • -dan watak utama yang mengiringi kisah Rifqi: pemuda berambut putih.


Pada cerita punya ibrah. Ceduklah buat bekal hidup. Allah mengajar kita dengan bermacam cara dan situasi.

Tahniah, Jamal Ali dengan kelahiran sulung yang mantap!

Bacaan wajib para pencari hikmah. Ya, saya sendiri pembaca yang suka mencari hikmah pada kisah daripada mereguk fakta-fakta pejal. Justeru, ceritera ini memberi makna pada diri. Dalam hidup kita ada kisah orang lain, dan dalam kisah orang lain, ada kisah kita.

Hujan singgah hanya sementara, mentari akan datang, dan mungkin pelangi turut muncul.

Hiduplah dan jangan putus asa!

Bacalah dengan hatimu, apa yang mahu disampai pengarang akan menyentuh sanubari.

19. hadirnya mereka bukan sementara


Sudah hampir lima tahun kelanaku di bumi Kuala Lumpur. Petaling Jaya - Nilai - Gombak. Sedikit sebanyak warna kota ini terakam dalam minda. Menjadi pemerhati perlukan dua mata -mata zahir, dan mata hadir- untuk melihat setiap yang dipandang mata.

Benar. Tidak perlu kamera canggih untuk merakam catatan perjalanan dalam diri sendir. Cukuplah punya sekeping hati yang masih hidup, dan kita mampu melihat sesuatu dengan pandangan tersendiri. 

Sela perjalanan selama lima tahun, Allah temukan aku sahabat-sahabat yang sekali mereka sentuh hati ini, ikatan itu melekat di hati. Perpisahan yang terjadi, tidak bermakna nama mereka hilang di hati. Hanya sekali mereka menyentuh hati dengan baik akhlah dan budi, aku malu pada kejahilan diri sendiri.

Aku tidak pernah memberi apa-apa kepada orang lain. Terlalu beza rasa orang yang banyak menerima dan mereka yang banyak memberi. Bahagia itu pada yang suka memberi. sedang aku gembira menerima.

Ya Allah, peliharalah mereka yang pernah hadir dalam hidup aku. Aku sedar, tidaklah aku menjaga persahabatan yang terbina dengan baik. Ya, aku sering gagal dalam menguntum ikatan persahabatan. Persahabatan yang akhirnya aku calarkan dengan tidak santunnya diriku.

Rindu
lantunkan pada doa.
suatu hari,
kita bersatu jua.