04 July 2012

Pendakian Nusaibah

3 Julai 2012

Ustaz Yasir melepaskan kami pulang lebih awal memandangkan ini kelas pertama. Syafakallah, ustaz. Semoga ustaz diberikan kesihatan yang terbaik.

"Maira, ada di bilik tak?"


Beberapa hari lepas saya telah berjanji untuk ke biliknya. Risau jika bertangguh lama kesempatan itu tiada lagi. Justeru, ada kesempatan hari ini terus saya menghantar pesanan singkat mengatakan yang saya mahu mendaki tangga Nusaibah yang digelar tangga batu Caves.

semput juga mahu menapak satu demi satu mata tangga yang tidak saya kira jumlahnya itu. Sementelah telah lama tidak mendakinya. Laju juga jantung saya berdegup sementara sampai di rantaian tangga terakhir.

"Fuh, sampai juga!"

Nusaibah. Mahalah yang letaknya di atas bukit yang punya tangga curam itu cuba saya jejak saban semester. Jika tidak ke bilik teman, memang tiada lagi kesempatan untuk saya menjejak mahalah orang lain. Alhamdulillah, Allah hadirkan kesempatan itu selalu. Ia suatu nikmat yang tidak dapat saya ceritakan. Ziarah yang kadang tiada apa yang dilakukan pun, sekadar menjengah bilik dan berbual-bual.

Humaira, terima kasih menerima saya sebagai tetamu semalam. Lama tidak saya berbicara banyak begitu. Maafkan semua kekurangan selama saya berada di sana.

Sahabat,
Senyummu mengundang cemburu di hati ini,
Manisnya senyum itu
Membunga mata melihat
Menari hariku bahagia.

Foto yang dirakam,
Jadikan ia kenangan
setelah dirimu meninggalkan taman ilmu dan budi ini

Terima kasih mengizinkan fotomu dirakam
Melayan kerenah temanmu ini.

Satu semester
sekali bertemu
sudah cukup. :)
Mengubat rindu.

1 comment:

maira said...

Terima kasih kerana sudi bertandang ke teratak nusaibah :) jarang-jarang orang sanggup untuk mendaki tangga tersebut. tahniah! anda bertuah!heee