Skip to main content

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah: [Catatan 7] Resah Yang Mendamaikan

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah: [Catatan 8] Resah Yang Mendamaikan

Penulis: Ila Husna




Aku mahu menulis perasaan aku sekarang walaupun aku tahu tidak selayaknya aku membiarkan rasa diri tersebar entah sampai ke ceruk mana. Aku menulis apa yang aku sedang alami.

Aku seorang ananiah. Mana pernah aku pedulikan perasaan orang lain. Dan kini aku mahu bersendiri. Aku mahu kisahkan diri sendiri dan tamatkan semester ini. Impian aku untuk menukar ke jurusan lain yang aku minat entah mengapa makin berkobar. Aku sudah tidak mampu menahan air mata dan membiarkan perasaan aku terbuai dengan apa yang berlaku. Entah mengapa aku jadi sangat sensitif sekarang. Disentuh sedikit aku terasa lama...

Kenangan itu kembali.

Kenangan berada dalam bilik Dr Haziqah menghujankan air mata yang merambu.


Maka, seketika aku mengimbas detik-detik aku dimotivasikan oleh Doktor Haziqah lantaran tabiat  itu. Sesungguhnya, Allah sudah mentakdirkan kamu berada pada kedudukan yang baik dan paling baik untuk diri kamu.

Suatu hari, selepas menyudahkan hidangan tengahari ada panggilan masuk.

“Ustazah Haziqah.” Beliau memperkenalkan diri.  Beliau meminta aku segera hadir ke biliknya.
Pintu bilik Doktor Haziqah aku ketuk perlahan. Setelah bersahut barulah aku memberi salam. Menanggalkan kasut dan masuk dengan wajah tenang walaupun debar di hati sudah seperti baru usai menerai lima pusingan padang universiti.

Sambil tersenyum beliau mempelawa aku masuk ke biliknya. Sebuah bilik yang kemas tersusun berjilid-jilid buku dalam bahasa Arab.

"Durrah, kamu sakit? Enam kali kamu ponteng kelas Adab Abbasi tanpa sebab. Kamu senyap dan tiada seorang yang tahu."

Aku diam. Apakah jawapan yang selayaknya untuk aku khabarkan. Sebenarnya aku sudah menghantar surat untuk menukar jurusan lain. Aku sudah mendapatkan tandatangan ketua jabatan bahasa Arab dan mendapatkan tandatangan ketua jabatan jurusan baru.

 Hanya menanti untuk dimasukkan data. Aku mahu bertukar angin kerana aku sudah penat berada dalam jabatan ini. Aku langsung tidak berusaha meningkatkan diri sendiri dan keputusan aku sudah berada di mulut buaya, tinggal ditelan sahaja. Aku berbincang dan ini keputusan yang aku dapat.

Dr. meminta aku menerangkan apakah sebabnya hingga aku menukar jurusan secara mendadak sedangkan sejak di matrikulasi aku sudah menghabiskan dua tahun untuk berlajar asas bahasa Arab dan walaupun keputusan yang dicapai bukanlah yang terbaik, sekurangnya aku berjaya dimasukkan ke Taman Ilmu dan Budi.

Awal niat itu penentu penyudah. Mungkinkah kerana dahulu aku memilih bahasa Arab atas alasan untuk belajar sasteranya yang bagi aku punya nilai yang tinggi, maka aku tekad untuk terjun ke dalam lautan bahasa Arab. Namun masih berenang di permukaan aku sudah terasa jemu dan bagi berpatah semula.

"Kamu tidak fikirkah ayah kamu yang menanti di rumah? Mungkin beliau tidak katakan apa-apa setiap kali kamu pulang, namun pernahkah ayah kamu lupa memberi kamu wang setiap kali kamu kembali ke sini? Mungkin beliau tidak tahu tunjukkan sayang dengan perbuatan.  Peluk dan berikan kata-kata, namun pemberian dan senyum ayah itu sebenarnya tanda ayah sayang kamu. Ayah mana tidak suka anaknya masuk universiti. Dan kamu tidak terfikirkah betapa kecewanya ayah dengan keputusan yang kamu ambil?"

Aku terdiam. Ayah. Ayah yang baik. Ayah yang penyayang. Ayah yang mengambil berat. Itu ayah terbaik untuk aku, melayan aku sejak aku dilahirkan sampai sekarang. Ya Allah!

"Apa akan jadi jika pinjaman kamu sudah tiada? Siapa yang akan sara kamu. Kamu sudah di tahun dua. Empat tahun belajar bahasa Arab."

Aku seperti mahu tutup telinga walaupun tanpa sedar ada air mula menuruni pipi tanpa aku mahu. Tidak terdaya menahan apabila hal keluarga disentuh.

Sekeras mana seseorang akan ada perihal yang membuatnya senang menitikkan air mata. Ego aku mungkin tinggi, namun kena caranya ego itu lebur sendiri. Maka, aku biarkan Doktor Haziqah berbicara dan aku lebih banyak mendengar.

"Durrah, kamu bukan tidak pandai. Kamu hanya MALAS. Jika tidak bagaimana kamu berada di sini? Keputusan SPM kamu bukan tidak baik. 8A dan menjadi pelajar terabaik di sekolah. Bagaimana kamu belajar ketika menghadapi SPM? Kenapa kamu tidak mampu aplikasikan ia di sini? Kamu ada masalah dengan kawan? Dengan keluarga? Mungkin selama ini cara belajar kamu yang salah. Belajar sendirian kadang tidak menyelesaikan masalah. Kamu tidak faham, cuba tanya kawan. Rujuk pensyarah.  Belajar mana boleh malu. Kalau markah rendah, jumpa pensyarah, minta kerja lebih."

Angguk.

"Saya mahu kongsi dengan kamu satu petua. Kisah seorang ibu yang mana anak-anaknya semuanya berjaya. Masuk universiti, kerja doktor, arkitek, jurutera... Sedangkan dia hanya surirumah. Katanya, setiap malam bangun malam, solat tahajud, solat hajat, solat witir. Dalam doa jangan lupa tiga perkara: Ya Allah permudahkan anakku belajar. Ya Allah permudahkan anakku jawab peperiksaan, Ya Allah permudahkan aku untuk mencapai cita-cita. Jangan tukar jurusan lain. Terus bertahan selama dua tahun lagi."

   Bertahan. Lalu, aku masih di sini...

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub