Skip to main content

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah : [Catatan 5] Uhibbuki Fillah.

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah  : [Catatan 5]
Uhibbuki Fillah.
Penulis : Ila Husna

Latar: Di tepi tasik yang airnya berwarna seiras teh susu. Waktu pagi setelah ambil angin pagi nan nyaman. Durrah mengajak Ibtisam duduk di astaka yang ada di tepi tasik itu. Lalu terjadilah bicara ini...

[Durrah]: Awak... Saya sayang awak! Uhibbuki fillah. Serius. Awak akan graduasi, saya masih ada dua semester di sini. Sedihnya saya.

[Ibtisam] : Buang tabiatlah tu... Tanpa angin, tiada ribut cakap kamu sayang saya...Kamu pun akan graduasi...Amin.

[Durrah]: Lambat. Nanti awak sudah kerja, ada keluarga, saya di sini lagi. Siapakah yang akan menjadi sahabat saya?

[Ibtisam] : Lawaklah kamu ni! Ramai lagi kawan lain. Macamlah hanya saya kawan kamu.

[Durrah]: Semua tidak sama dengan awak. Awak lain.

[Ibtisam] : Lain? Adakah saya seperti alien?

[Durrah]: Awak baik. Saya suka kawan dengan awak. Bukan sebab awak cantik, bukan sebab awak pandai, bukan sebab awak berketerampilan....

[Ibtisam] : Awak mengata saya?

[Durrah]: Sejak bilakah awak sensitif. (ketawa sopan) Saya belum habis cakap. Awak dengarlah apa yang saya mahu cakap. Awak tahu, saya tidak menyesal kenal awak. Saya rasakan Allah hantar awak kepada saya untuk saya belajar dengan awak. Belajar macam-macam. Awak sudah lima tahun kenal saya. Awak tentulah tahu perangai saya lima tahun dahulu dan sekarang. Terima kasih, awak.

[Ibtisam] : Betul putus fiuslah kamu ini. Saya tak buat apa-apa pun pada kamu. Saya mana pernah pedulikan hal kamu.

[Durrah]: Sampai hati awak....

[Ibtisam] : Aik, dia pula nak merajuk.. Kenapa kamu ni, ada masalah ke?

[Durrah]: Masalahnya, saya terhutang budi dengan awak. Saya tidak dapat membalas kebaikan awak. Saya tidak tahu bagaimana mahu lontarkan, tetapi saya rasa terhutang dengan awak.

[Ibtisam] : Kamu ni, saya tidak faham cakap bersimpang siur begini.

[Durrah]: Andainya saya 'pergi' sebelum awak...

[Ibtisam]: Ha, sudah! Mulalah nak keluar ayatnya... Awak, pertemuan, perpisahan Allah dan tentukan di Atas sana. Tidak perlu fikir tentang perpisahan. Selagi Allah mahu kita bersama, awak kena yakin yang kita akan bersama hingga Allah tamatkan tempoh pertemuan kita...Allah izin, Allah akan temukan kita juga. Jauh atau dekat. Dalam mimpi atau jaga. Dan... ingatan kamu dalam doa-doa yang kamu baca setiap hari.. Kamu sebutlah saya dalam doa kamu. Doakan yang baik-baik untuk saya.

[Durrah]: Saya takut. Hari-hari mimpi pelik. Teringat macam-macam.

[Ibtisam] : Awak terlalu banyak fikir. Takut saya graduasi awal. Inilah. Itulah. Positif! Banyakkan baca surah al-Insyirah. Cuba halau bisikan jahat dalam diri. Awak kena yakin.

[Durrah]: Saya cuba, saya masih terbayang. Saya mahu lama dengan awak.

[Ibtisam] : Saya cakap tadi. Semua kerja Allah. Allah tahu yang terbaik. Durrah, kita kan akan grad nanti, kamu juga akan kahwin, akan ada keluarga sendiri, kamu kena hadapi semua tu. Kamu harus berani!

[Durrah]: Entahlah!

[Ibtisam] : Awak sedar kan, kita yang kontrol apa yang ada dalam fikiran kita. Kamu tak boleh pesimis. Kamu harus yakin! Itu kunci. Kamu kena belajar terima kenyataan. Lawan dengan perasaan dalam diri tu. Lama-lama ia akan hilang. Percayalah.

[Durrah]: Saya tidak kuat macam awak.

[Ibtisam] : Tengok! awak macam kecewa dengan diri sendiri. Macam mana diri nak kuat. Kamu kena yakin satu perkara. Yakin Allah sahaja yang tahu semua tentang kamu! Durrah buat apa-apa sebab Dia. Durrah hidup sebab Dia pinjamkan kamu kehidupan.

[Durrah]: ....

[Ibtisam] : Awak lihat saya. Tengok mata saya. Durrah janji, Durrah kuat! Durrah janji, Durrah tidak buat benda pelik-pelik. Macam dulu-dulu. Tindakan kamu memang buat saya sakit jantung kadang-kadang. Fikirlah jauh sikit cik Durrah...

[Durrah]: Malu saya ingatkan kisah lama. Terima kasih, awak. Tengok! Banyaknya saya hutang dengan awak.

[Ibtisam] : Awak tidak perlu balas. Allah tahu kita saling memerlukan. Awak doakan saya selamat, saya bahagia dunia Akhirat. Titik.

[Durrah]: Awak...

[Ibtisam] : Terima kasih, Durrah. Sayang awak juga. Uhibbuki fillah kaman. :) Semoga pertemuan dan perpisahan kita hanyalah kerana Allah. Hanya kerana Allah. Amin.

[Durrah]: Ameen, ya Rabb...

Nota: "Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi untuk saudaranya apa yang dia kasih untuk dirinya sendiri. " [diriwayatkan Bukhari dan Muslim] -hadis ke-13, Hadith 40 Imam Nawawi.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub