10 July 2012

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah : [Catatan 4] Tentang Sepatu Baru Yang Dibeli Hari Itu.

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah: [Catatan 4]: Sepatu Baru Yang Dibeli Semalam
Penulis: Ila Husna
Tup,tap, tup, tap, tup,tap.

 Bunyi tapak kasut yang baru dibeli dari Nilai Square siang tadi kuat berdetak hingga dapat didengar dari tingkat tiga Blok A, Asrama Ummu Salamah, Pusat Asasi  UIAM Nilai. Ada rasa tidak selesa si pemakai. Tumit sepatu ini walaupun haku dua inci, menyebabkan aku tidak senang hati. Kaki lenguh, langkah terbatas.

Jalan menjadi jadi ala model atas pentas, mengelak kaki terpelecok. Aku tidak suka. Sepatu bertumit itu aku sendiri pilih, pandai pula mulut mengutuk. Tadi aku bosan berlama-lama memilih, sementelah aku bukanku cerewet, suka menerima walaupun itu bukan yang terbaik. Sepatu baru ini benar-benar membuatkan aku rimas ketika berjalan. Tidak boleh melangkah laju macam orang Jepun. Jalan terlalu perlahan pula, kaki cepat lenguh.

"Susah benar mencari sepatu sekarang. Kebanyakannya tidak memuaskan hati. Masalah betul."

"Kenapa, apa silapnya?"

Temanku mencelah. Kami berdua di dalam kedai kasut di Nilai Square.

"Cuba awak perhatikan sendiri kasut-kasut di sini. Lihat cara pembuatannya. Tali yang kecil, tapak yang terlalu tinggi. Warna pula, putih; Mudah kotor, Merah; menarik rasa marah. Menarik perhatian lembu yang melihat juga. Secara peribadi, aku rasakan awak tidak akan temui sepatu pilihan hati di sini.”

Aku ketawa sejenak sebelum membalas.

"Awak, sekarang bukankah wanita terutamanya suka bergaya? Dari tudung ke kasut harus sepadan. Warna diambil perhatian, nanti tidak sesuai, ada yang mengomen. Aku pernah memakai jubah ungu, bertudung hitam, lantas dimarah. Malu seminggu. Lumrah wanita hari ini, suka amat kecantikan lahiriah. Biar nampak menawan, walaupun hiasan tiruan."

Temanku itu berpaling. Tanganku berhenti mencapai kasut yang bersusun di rak dan mencubaku di kaki. Walaupun aku yang mahu membeli sepatu baru, tentu bosan jika hanya menjadi pemerhati.

"Siapa larang kamu bergaya, mahu bercantik-cantik? Cuba beritahu. Tidak Tetapi jangan sampai melampaui batasan."

"Ya, aku pasti itu. Tetapi sepatu baru banyak kurangnya. Jika dahulu, walaupun hanya selipar jepun, tahan beberapa tahun. Pembuatannya kemas, ringkas dan selesa. Benar, Mak Datin?"

Perbualan berpindah daripada kesepadanan pakaian, menyentuh perihal kasut di kaki.

"Betul Mak Menteri. Hari ini jika mahu memilih kasut, perlu betul-betul. Tersilap pilih selepas dua tiga hari, perlu diganti dengan kasut baru."

"Saya ada cerita. Sewaktu pulang ke kampung tempoh hari, kasut yang baru dibeli beberapa hari, tingginya hampir dua inci, sebelah putus talinya, sebelah lagi lekang tapaknya. Melayang RM20.00. Terpaksa beli kasut baru."

"Ha ha ha, mengapa bertumit tinggi untuk pulang ke kampung? Beli saja kasut selipar. Macam aku. Tidak senang putus, selesa, tetapi orang pandang lekeh. Sedangkan aku pakai stoking, tidak mendedahkan aurat. Tetapi..."

Temanku terdiam. Aku sering perhatikan gelagat temanku nan seorang ini. Selamba dalam malu. Asal sahaja tidak mengganggu orang lain. Terdetik kagum di hati.

Panjang pula isu sepatu kali ini. Sambil tangan memilih sepatu baru, mulut mengomel pelbagai bicara. Biar masa yang dihabiskan di sini tidak sia-sia, sekurangku ada ilmu dan pengalaman baru yang diperoleh daripada hari ini. Berkongsi pendapat. Sepatu tinggi yang menyusahkan.

Isu kasut sekarang bukan perkara baru. Sudah lapuk. Tetapi semakin hari, perkara tidak penting inilah yang mengganggu hidup. Susah benar mahu mencari sepatu. Walaupun hanya sebagai lapik kaki, silap pilih, membazir duit. Bukankah membazir itu saudara syaitan? Tambahan pula keadaan aku sekarang yang semakin sengkek.

Semalam, aku mahu membeli sepatu baru. Sepatu lamaku yang setebal 3 inci itu putus setelah tiga hari dimiliki.

Kasut baharu lagi? Melayanglah duit.

 Duit makan sehari-hari mencecah RM10. Almaklum, harga beras melambung. Jika sebelum ini nasi berlaukkan tempe haku RM1.50. sekarang RM3.00. Kenaikan yang benar -benar tidak dapat diterima akal. Duit mengalir macam air sungai belakang rumah nenek. Akhirku aku pilih sepatu tumit tinggi lagi, dua inci setengah. Melepas RM39.90. Menggeleng teman di sebelah melihat.

Bukan aku gilakan kasut baru, tetapi malam ini ada majlis makan malam. Malulah jika berselipar jepun.

Aku gemar bersandal. Sandal tanpa tumit. Selesa berjalan. Tidak mudah terjatuh. Boleh berjalan laju, melangkah parit, memanjat tangga dengan mudah, melepasi lopak. Asal sahaja kaki ini menyarung stoking, menutup aurat, terasa sempurna.

Kali ini aku harus bersedia. Ini majlis perpisahan usai dua tahun pengajian di Bumi Nilai. Tidak memandang pandangan orang lain air muka harus dijaga. Kasut menggambarkan juga peribadi si pemakai

Aku pernah terbaca yang jika mahu melihat lelaki, lihat pada sepatunya. Jika sepatu berkilat, maknanya dia seorang yang rajin mengurus diri, jika berdebu, jawablah sendiri, kalian juga maklum.

Jika perempuan? Perempuan sekarang gemar mengenakan kasut pelbagai gaya. Ada sepatu ala Aladdin, sepatu dihiasi bunga, reben dan entah apa lagi, yang merimaskan. Sepatu yang nampak kaki ketika memakaiku, kerana tidak berstoking.

Aku ketawa sendiri mengingatkan isu sepatu yang tidak berpenghujung. Tidak mustahil suatu hari nanti kasut yang digunakan mak ketika monoreh suatu ketika dahulu dijadikan fesyen terbaru. Dunia ini sentiasa berputar, di bawah, kemudian, naik ke atas.

Aku teringat perbualanku bersama teman baikku semalam.

"Cuba awak ingat, seorang pelajar perempuan sekurang-kurangnya punya tiga sepatu. Ke tandas, ke kelas, dan kasut untuk kegunaan harian. Lelaki? Dua sudah mencukupi. Kasut ke kelas dan kasut seharian. Jadi kasut pelbagai guna. Mereka sanggup menggunakan kasut seharian untuk ke tandas. Ringkas dan ekonomik."

"Betul-betul-betul."

Aku meniru gaya Ipin, watak dalam Upin dan Ipin, rancangan kartun kegemaran anak sepupuku.

"Moyang kita dahulu tidak perlu berkasut. Kaki mereka tidak pula dihinggapi kuman, penyakit... Malah, dengan izin Allah, sihat. Namun tidak dapat pula kita bandingkan dengan hari ini yang mana persekitaran kita juga sudah dicemari dengan berbagai kotoran."

" Ya, aku setuju benar. Sekarang, mana ada benda bersih. Hatta dalam rumah sekalipun perlu bersepatu lantaran simen yang menjadi lantai keakuman kita boleh menyebabkan tumit pecah-pecah kerana sejuk. Kita wajib menjaga kaki kita agar tidak terpijak kotoran, tidak dihinggapi kuman. Sekarang jauh beza dengan zaman moyang kita dulu, betul, mak datin? Zaman sekarang bukan zaman kajang pak malau kajang berlipat."

Kasut yang letaknya di kaki lebih mahal berbanding tudung, kopiah, songkok yang terletak di kepala. Jika kopiah, lima ringgit sudah boleh didapati di Masjid Jamek, kasut jika tidak menjangkau RM10, jangan mimpi, kecualilah selipar jepun. Inilah harga yang perlu dibayar oleh kita.

Tetapi kita lebih mengutamakan kasut yang mahal berbanding kepala yang dibiarkan terdedah. Jika difikirkan, mengapa kaki ditutup, tetapi kepala, terdedah. Memang menyusahkan, perlu betulkan rambut yang diterbang angin, rambut kusut, macam-macam. Memenat dan menyusahkan.

Aku pulang petang semalam dengan tangan kosong. Belum ada kasut yang dapat memuaskan hati mereka berdua. Mereka inginkan kasut yang murah, mudah dipakai, dan selesa. Nampak cerewet, tetapi supaya tidak menghabiskan duit semata-mata untuk membeli kasut. Mungkin dapat digunakan untuk membeli novel Faisal Tehrani yang menjadi himpunanku.

Kami akan ke Masjid Jamek pula meneruskan pencarian sepatu. Sepatu yang dicari bukan letaknya di Nilai Square. Biarlah kami berjalan jauh, asal dapat yang terbaik. Kebakukan sepatu di sini tidak menepati citarasaku. Aku mahu mencari sepatu ringkas. Keputusan inilah yang kami ambil setelah memikirkan baik buruk kami memakai sepatu bertumit yang menyusahkan itu.

Tidak kisah sepatu tidak bertumit sekalipun, juga bukan yang berdetak bunyinya, menarik perhatian orang lain. Kami sedar amat bahawa wanita itu suatu fitnah dan terlalu amat perlu untuk kami menjaganya.

Biarlah apa orang kata, mereka mahu kasut yang menyebabkan rasa selesa bila memakaiku dan tahan lama, tetapi bukan selipar jepun. Kasut bertutup. Sandal. Asal sahaja bukan sepatu berinci-inci yang melemaskan, melenguhkan dan menyebabkan aku tidak tidur malam, melayan kaki nan lenguh. Semoga malam ini aku bermimpi sepatu baru yang boleh dipilih esok.

No comments: