Skip to main content

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah : [Catatan 3] Kuutus Sekeping Kertas Kumal Buatmu, Sahabat.

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah  : [Catatan 3]
 Kuutus Sekeping Kertas Kumal Buatmu, Sahabat.
Penulis: Ila Husna


Assalamualaikum untukmu, seseorang yang istimewa dalam hatiku. Dengan nama Allah saya memulakan penulisan warkah ini.. Warkah bisu tanda cinta dan sayang pada sahabat seagama, teman perjuangan.


Buatmu yang walau sering bisu namun punya sesuatu untuk dikongsi. Seketika mahu saya menulis sesuatu buatmu. Kala mata kita enggan dan tersipu kala bertentang, saya lebih rela melayangkan kata-kata agar kelak kamu baca dan mengerti. Kala mungkin kita tidak lagi bersama, saya mahu kamu tahu yang sebenarnya saya sentiasa ada di sisimu walaupun zahiriahnya kita terpisah. Walau bagaimana sekalipun bentuk perpisahan itu...

Sungguh pada sebuah pertemuan yang tidak disangka membentuk sebuah persahabatan. Walau hanya kebisuan yang mengiringi, saya mahu kamu tahu yang saya ada.


Ini sebagai warkah pemula, dan saya mahu menulis sesuatu buatmu.. Buatmu.. buat saya juga. Kerana saya tidak mahu biarkan segala kata yang mahu saya luahkan tenggelam.


Sahabat,

Dalam meniti persahabatan ini,saya sering kali terlupa erti kejujuran dan amanah. Saya hanya mementingkan diri dan keperluan sendiri. Kamu tahu, dalam ketidak senangan saya ketika kamu menceritakan perihal orang lain, saya dengar si fulan begini, si fulana begitu, saya mengangguk macam burung belatuk. Saya hanya membisu bersama muka cemberut seribu. Saya mahu bawa sahabat saya ke nerakakah?

Langsung saya tidak perihalkan hati saya yang sebenarnya. Hakikatnya hati saya menjerit, kenapa kita harus menceritakan aib orang jika kita bimbang aib kita terselak. Makin banyak kita berbicara hal orang, makin banyak keburukan kita tersingkap. Saya amat malu jika aib sendiri didedah pada orang lain. Kadang, kita sampai berkata tentang guru kita yang kononnya tidak pandai mengajar, pensyarah kita yang terlalu laju mengajar, kita tidak ceritakan pada empunya diri...

Saya gagal menasihati sahabat sendiri... Malah ada ketika gagal mengingatkan diri sendiri.
Hendaklah ada satu golongan dalam kalangan kamu yang mengajak kepada kebaikan dan mencegah segala kemungkaran.

Sahabat tersayang,
Dalam singkat tempoh perkenalan kita, saya sering mengabaikan kebajikanmu. Saya lupakan hatimu yang juga perlukan masa untuk saya dan kamu. Saya hanya memikirkan minat dan hobi, ada kelapangan berkepit dengan komputer riba hinggakan saya tidak peduli jika kamu ingin bercerita masalah dirimu yang keputusan semangat, mahu menceritakan derita batin yang kamu tanggung selama ini... saya tiada di sisi kamu.

Saya bersahabat dengan makhluk kaku hinggakan saya lupa ada makhluk bernyawa mahukan sedikit perhatian saya.

Seerat anyaman. Begitulah hubungan kita. Jalinan yang terbina atas jalan ukhuwah. Bukan sahabat biasa, sahabat yang punya jalinan hati.

Jalinan hati?

Perkara ini sering saya soalkan pada diri. Mampukah diri seperti sahabat nabi yang mengutamakan sahabatnya yang lain melebihi dirinya sendiri. Sahabat yang rela berkorban segalanya demi insan lain yang bernama sahabat.

Tidak beriman seseorang itu hinggalah dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.

Sahabat, semoga tautan dan ikatan hati yang terjalin antara kita semua membawa kita ke jannah Ilahi.

Sahabat,

Saya menulis warkah ini kerana cinta dan kasih saya, marilah kita islahkan diri. Kita ini manusia akhir zaman yang menanti hari Akhir yang mana rahsianya hanya di sisi Allah. Jika kita gagal manfaatkan apa yang ada, maka celakalah kita...

Di ruangan sesempit ini, saya memohon kemaafan setulusnya. Beritakan jika ada khilaf yang mengiringi perdu persahabatan kita. Semoga langkah kaki kita menggembirakan sahabat akan diredai. Lemparkan senyuman semanis madu walaupun hatimu sepahit hempedu.

Sahabat yang menyayangi sahabatnya,
Ukht fillah...
Durrah Nur Aqilah.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub