19 July 2012

cakap-cakap tentang bahasa Arab II.


Keluar daripada kelas Sorof hari ini, saya menyedari satu perkara. Saya tidak perlu takut dengan nahu dan sorof. selama ini, tiga tahun saya menyimpan rasa TIDAK SUKA itu dan menzahirkannya. Semester pendek adalah hari-hari indah pengajian saya. Selalu begitu. Semester pendek kali ini saya belajar mendekati sorof dan nahu. Menyemai cinta pada sorof dan nahu.

PADAM PERKATAAN TAKUT.
BAHASA ARAB MENGHIDUPKAN AKAL FIKIR, BUKAN SESUATU YANG MENAKUTKAN!

Nahu dan sorof mengajar bacaan yang betul.Baris salah membawa kepada bacaan yang salah.

Aku selalu dan masih menganggap nahu dan sorof bak matematik! Ustaz membetulkan sangkaan saya hari ini.

"bahasa bukannya seperti matematik yang semua boleh ikut formula. Kira dapat jawapan. Bahasa lebih dalam daripada itu. Indahnya bahasa."

Bebaskan dirimu daripada kata tidak suka.

Ya. Saya cinta Nahu dan Sorof.

:) belajar mencintai nahu dan sorof.

apa yang kita fikir itulah yang kita dapat.

Ya, semester ini saya bersama-sama junior. Mereka mengajar saya banyak perkara. Saya pelajar paling diam, mereka aktif. Saya berkongsi rasa, semangat mereka belajar. Mereka muda. Sangat muda berbanding saya yang sudah 23 tahun.

Ada hikmahnya atas segala yang terjadi. Hidup hari ini, bukan mengenang semalam.

Belajar positifkan diri sendiri. Elakkan perkataan 'jahat', 'tak mahu', malas' dan seangkatan dengannya.

Bahasa Arab. Luasnya kosa kata sehingga satu kata punya banyak mana. Baris bertukar, makna berbeza. Salah bacaan, salah maknanya. Bahasa Arab. Allah jaga sehingga Hari Akhirat.
:selamat datang, Ramadhan, bulan sejuta rahmat:

Jamilah Mohd Norddin.
Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Kesusasteraan, 2014. Insya Allah.

No comments: