17 July 2012

cakap-cakap tentang bahasa arab 1


"kamu belajar bahasa Arab kerana Allah atau kerana wang?" Dalam kelas nahu bertarikh 16 Julai 2012, ustaz Bakhir melontarkan soalan yang perlu dijawab diri sendiri.

"Nanti, di Akhirat Allah tanya, kamu belajar bahasa Arab, tetapi mengapa ia tidak membantumu dekatkan diri kepada Allah."

Ustaz menyambung lagi: Suatu hari, ketika di hospital, seorang doktor menyoal pekerjaan saya. Apabila saya memberitahunya yang saya mengajar bahasa Arab, doktor itu berkata, "kamu ada yang saya tidak ada. Saya lebih faham (zuuq) baca terjemahan al-Quran dalam bahasa Inggeris berbanding dalam bahasa Arab (naskah asli al-Quran)"

Lalu, ustaz menjawab. "Kamu tidak berada dalam bidang ini. Yang penting kamu dalami bidang kamu. Perubatan. " Doktor itu sebenarnya seorang pakar.

Kamu ditanya tentang tanggungjawab yang tergalas di bahu, bukannya berapa banyak amal yang kamu lakukan. Bukanlah sebab amal yang banyak. Bukankah kita dimasukkan ke taman syurga kerana rahmat Allah. Allah pemilik segalanya dan berkuasa buat apa sahaja.

Harga syurga tidak murah.

Kamu. Kamu yang Allah letakkan sebagai seorang penuntu bahasa Arab, bagaimana kamu menggunakan kesempatan ini?

Sebab peperiksaan?
Sebab nanti boleh mengajar, kerja dapat duit?

Atau kamu sebenarnya belajar kerana ia membantu kamu memahami al-Quran.

Hm, teringat lagi ujaran ustaz: kamu baca buku, tetapi kamu tidak membacanya dengan betul. Kamu baca seorang diri, tidak peduli yang kamu baca betul atau salah. Harakat tidak betul. Bukankah salah satu harakat membaca makna yang berbeza.

Indahnya bahasa Arab kerana Allah jaga daripada dirosakkan. Ia bahasa Al-Quran. Kuasai bahasa Arab membawa jalan fahami al-Quran dan bacaan kitab terdahulu.

Jamilah Mohd Norddin
Pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab & Kesusateraan, (insya Allah)

No comments: