31 July 2012

20. projek 2012

cinta atau sebab mesti buat!
setiap tahun ada dalam kalendar harian mahu kembali tembusi majalah. Akhirnya catatan tinggal catatan. Mahu menjadi penulis mesti berani. Berani menunjukkan karya kepada pihak editorial. Jika tidak jangan perasan sendiri ada karya akan tersiar.

Tahun-tahun mula aku di bidang penulisan, semuanya masih panas. Zaman itu belum ada blog, dan aku berani tonjolkan tulisan aku. Makin tahun nampaknya aktiviti itu makin mengendur hingga 2011 berakhir dengan hanya satu sajak di Varsiti. Aku tahu, bukan kuantiti yang perlu diperkata, tetapi sudah akhirnya karya yang ditulis tinggal berkarat dalam blog yang tidak berani diterbit dan sudah tidak boleh dihantar ke majalah, apa mahu buat.

2012.
aku menyimpan angan sama. 
mahu kembali tembusi pasaran, akhirnya sekali aku hantar dan aku senyap.

usaha tahap ciput tidak usah berangan ada hasilnya.

Senang berangan, mahu realisasikan perlukan pengorbanan dan kesungguhan. (hm, perlu kamu aplikasi semangat itu dalam belajar) Boleh berjaga malam untuk menulis, tidak setengah jam buka buku nahu dan sorof, fikiran melayang.

CINTA.

cinta itu sebenarnya belum hinggap dan mekar dalam dirimu.
konon, katamu mencinta bahasa Arab.

ujar ustaz Bakir dalam kelas nahu, 

"saya tengok keputusan kamu, ramai yang tidak suka bahasa arab!"

gulp! sebaris ayat. Aku terasa mahu sorokkan wajah bawah meja.

..tulisan sudah ke laut...

baiklah, entri sebelum 20 hari menjelang hari kelahiran aku, mari semat tekad siapkan projek 2012. :)  kepada yang berkenaan, mari kita berusaha! Cik Ina Nailofar, segalanya tidak  mustahil, kan?

Akan adakah manuskrip baru menampakkan wajah menjelang penghujung 2012?

"penulis harus sekurangnya 1 buku setahun,"

sekian terima kasih.

Ila husna, sila ambil endah.

Ramadhan nan manis

1 Ramadan datang. aku tersenyum, langit tersenyum. Petang 1 Ramadan nan ceria.


saban petang punya ceritera berbeza, bagaimanakah mentari berlabuh hari ini? -5 Ramadan 1433

Saban senja, aku sering menjeling mentari yang akan beradu. Serakan warna oren dan biru yang bergabung ... memberi damai.



"pada pengakhiran sebuah senja, matahari masih setia munculkan diri"

pagi 11 Ramadan, saat aku berpagi-pagi di luar, mentari bangun pada mulanya segan-segan dan akhirnya penuh. Hanya seketika, awan bertukar mendung, angin mendesir damai, dan awan kembali mendung... -pagi 11 Ramadan yang manis.


fasa kedua,
bagaimanakah dirimu, wahai pemilik jasad?


30 July 2012

21. Suara dalam kata dan gambar yang berbicara.



"Pada puisi yang mengganti suaramu

Pada gambar kaku yang mengganti lunak bicaramu

Benarkan ia terus bicara, Menggantti hadir dirimu.
Tidak semua kata dapat diterjemah pada kata."

“sekeping gambar dapat membicara seribu makna.

Sering  kalimah itu membuncah dalam kepala. Spontan bibir mengukir senyum menatap gambar-gambar kenangan. Manis tersenyum aku dan dia. Gelak manja kami bersama. Indah. Terakam memori itu kekal ditatap saat diingati.

Pernah aku bicara suatu ketika, “orang lain diberi kelebihan berkata dengan fasih dan teratur. Sedang aku sering gagal melontar makna dalam kata. Hati itu. Hati sering tidak sampai pada erti sebenar kata yang mahu aku luahkan. Lalu, sering tulisan mengganti semua perktaan. Aku bahagia begini. Aku percaya, setiap kelahiran bersama kelebihan. Allah Maha Adil. Tidak perlu aku cemburu, tidak pantas aku menanam iri pada sesiapa. Aku mahu menjadi insan sederhana yang mengenal erti syukur.

“pada puisi, aku mencerita hasrat hati.
Dalam kelas Jahili suatu masa, ustazah membicara bahawa, kita mengenal zaman Jahiliah melalui puisi yang mereka tinggalkan. Pada puisi ada jutaan rakaman kisah masyarakat. Kalimah yang pendek membawa makna yang panjang dan dalam. Hanya jalan sampai tersesat mentafsir bait puisi.

Aku bukanlah bijak puisi. Sekadar menulis lukisan hati. Menterjemah rasa, menguntai kalimat buat diri. Moga suatu hari, tulisan yang merefleks diri, melantun semua kata, mengingat diri saat diri lena diulit mimpi.

Dan sesungguhnya pada setiap laku kita diuji.

Fasa kebangkitan Islam, kesibukan sahabat mengkaji dan belajar al-Quran yang maha indah bahasanya, titipan khas allah buat mereka melupakan puisi. Manakah kalimah melebihi cantiknya bahasa al-Quran?

Lalu, dapatlah dikata: indah gambar terakam, molek puisi telakar, makin cantik bersamanya keindahan al-Quran. Kata dan maknanya. Cukuplah sehari, kamu pelajari satu ayat al-Quran. Biar meresap dalam hatimu cinta al-Quran, sebagaiamana ada cintamu pada puisi dan gambar kaku.

Pada puisi dan gambar juga ada dakwahnya.
Hanya jangan dibiar cantiknya ia melakar fitnah di sanubari kita.

Jamilah mohd norddin.
Aku bukan penulis puisi, perakam gambar, aku seorang pelajar.
2012

29 July 2012

22. kesakitan nikmat tidak terbayar.


Dalam banyak-banyak nikmat yang Allah berikan, ada pesanan junjungan kita, Nabi Muhammad SAW tentang lima perkara. 5 Perkara yang sudah terhafal sejak sekolah. Lima perkara yang sebenarnya ada dalam kepala, cuma adakah diri menyelam maknanya.

Kumpulan Raihan ada mendendangkan:

ingat lima perkara, sebelum lima perkara
sihat sebelum sakit
 muda sebelum tua
kaya sebelum miskin
lapang sebelum sempit.
hidup ... sebelum mati.
saat sihat, diri sering lupa akan hadirnya kesakitan. Seakan badan yang dipinjam akan sihat selama-lamanya.Digunakan jasad nan satu itu  melakukan pekerjaan sehingga terlupa menyebut "alhamdulillah, Allah berikan aku kesihatan yang baik hari ini."

Suatu hari, organ bernama perut meragam tidak berhenti. Semalaman kita tidak dapat tidur. Semalaman kita hanya berbaring ke kiri dan ke kanan, mata tidak juga terpejam.

Saat itu, barulah kita terfikir. Indahnya saat sihat dan kita dapat lena tidur.
Indah sihat mulut dapat menjamah hidangan dengn baik.

Allah sentuh kita dengan kesakitan kerana kita manusia yang sering lupa. Manusia yang lupa pada nikmat dan ingat kembali nikmat ketika diuji susah, sakit, tiada masa lapang ... Bukankah itu sudah sabda al-Amin Rasul Terakhir, Nabi Muhammad SAW.

Istigfarlah saat diri disapa kesakitan, kerana ia menghapus kesalahan kecil.
Ucapkan Alhamdulillah, bukan merintih kerana sakit sering mengingatkan kamu padakesihatan yang baik.

Justeru wahai diri,
pada saat diri dielus rasa sakit, ucapkan alhamdulillah,
dan basahkan hatimu dengan zikir ...
bukan hanya kalimah "sakit."

sesungguhnya, kesakitan padanya pesanan Allah : apabila kita ingat Allah saat senang, Allah ingat kita saat sukar. :)

peringatan buat diri yang lupa...

jamilah mohd norddin
uiam
29 julai 2012

28 July 2012

23. tulisan dan bicara cerminan empunya diri



Bicaraku pada tulisan adalah refleksi kehidupan sebenar walau sekeras mana aku membantah. Tulisan tidak dapat menipu, sebagaimana pancaindera akan tetap bereaksi walaupun bibir berkata lain, hati maksudnya lain.

Tulisan itu cerminan penulisnya.

kata-kata refleks diri penuturnya.

Usah dinafi. Jangan dikata tidak. Macam aku. Sering aku tulis begini. : tulisan ini tiada kaitan penulisnya.

Hakikat sebenar, pembaca dapat membaca diri penulis hanya pada baris kata...

Maka, wahai penulis, tulislah yang baik-baik sahaja.


27 July 2012

24. mimpi-mimpi berserakan

berani bermimpi tidak bermakna hanya hidup dalam mimpi
"bermimpilah. tanam dalam diri semua mimpi biar kelak menjadi realiti. Tidak mengapa gagal melaksana mimpi, asal mimpi memandumu menuju hari esok. Mimpi tidak sekadar mimpi. Dibantu usaha menjadikan realiti. Doa tidak berhenti. Berjalan walau setapak demi setapak langkahmu. Allah. Mimpi menjadikan dia berani menanam impian. Biar nampak mustahil, namun apakah yang mustahil bagi Allah. Hamba merasakan tidak mungkin, pada Allah, kun fa ya kun. tuliskan mimpi-mimpimu dan pasakkan dalam diri. Biar kelak suatu hari itulah realiti. Dan dia harus lebih berani bermimpi!" -ila husna 2012||


usah takut bermimpi setinggi langit
selagi kamu tundukkan dirimu serendah mutiara di lautan
menjadi lain itu tidak mengapa
asalkan 'lain' itu menjadikan kamu istimewa.

tidak mengapa kamu punya banyak kekurangan,
asalkan kekurangan yang ada menguatkan jasadmu membuat perubahan.

Semuanya baik-baik sahaja,
selagi kamu punya hati putih.

hati putih yang tidak akan terdaya kamu dapat
selagi kotorannya yang pernah terpalit tidak kamu bersihkan.

aduhai diri,
tunaikan senarai janji yang pernah kamu senaraikan.
kotakan jutaan kata yang selalu kamu tulis dan bicarakan
katakan pada diri: tiada yang mustahil!

"senjata seorang muslim pada doamu"


kredit gambar: deviantart

Pra-hadam Rintik-rintik hanya singgah

blogger kusujud.blogspot.com
27 julai 2012,
rintik-rintik hanya singgah
selamat kuterima.
Naskah pemberian pengarang
bersama catatan
menjadikan
ia  istimewa.

tidak sabar mengulit
kata-demi-kata
lantaran
meninggalkan satu baris
menghilangkan kedalaman maknanya.

"kamu tahu Rifqi, kamu lupa sesuatu dalam matlamatmu."
"Apakah yang saya lupa?"
"Tuhanmu..." -Rintik-rintik hanya singgah, jamal ali

kata-kata
disampai daripada jiwa
tempatnya juga di jiwa.

jujur
tidak sabar mahu mengulitnya hingga selesai.

Naskah wajib baca para pencari hikmah.
Susun katanya buatkan aku perlu baca ayat demi ayat.
 

Usai hadam, pasti aku simpulkan bacaan itu. 

kredit gambar: antologi dunia

jamilah mohd norddin
iium.

setahun yang lalu ...

"ainul, ingat tak mlm besday ang kat rumah? Hm .. tiba-tiba teringat."
catatan setahun lepas [ingat kembali]

Semalam sebelum lena, teringat peristiwa setahun sudah. Terus mesej Ainul Salasiah... Kasihan Ainul lenanya diganggu malam itu. :)

Saya tidak ingat kisah penuhnya. Hanya pecahan-pecahan ingatan...

Hari lahir Ainul tahun lepas sehari sebelum pernikahan sahabat kami, rokiah. Aku, Ainul dan kak Husni diberi kesempatan ke sana. Aku yang baru pulang dari UIA singgah di rumah Ainul sebelum sama-sama ke rumah Rokiah di Ketemba Kememeh, Kuala Pegang, Baling. Kak Husni pula sudah di rumah Rokiah.

Hari itu 21 Julai 2011. 22 Julai hari lahir Ainul. Semua orang buat tidak kisah, walaupun pasti semuanya ingat. :)

Malam itu. Masih biasa keadaanya. aku seperti biasa lebih banyak jadi pemerhati. Bilik pengantin jadi sasaran kami bertiga tidur malam itu.

Jam 12. Ainul sudah lena.

Berkali-kali dia diganggu sehingga lenanya terjaga. Dipujuk sembang biar tidak lena hingga jam cecah 12 tengah malam.. masuklah 22 julai 2011.

"Ainul, selamat hari tua yang lepas seminggu."

Buat Rokiah, selamat ulangtahun pernikahan. Semoga rumahtangga kalian penuh barakah mawaddah wa rahmah... Buatmu bakal ummi, tahniah!


26 July 2012

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah: Gadis itu bercerita ...


Titis-titis jernih menjadi air yang sangat murah harganya petang itu. Sudah lama tidak dibiar mata basah sendiri tanpa ada sebab. Perasaan suram petang itu. Kabut rasa sejak perasaan halus yang menjentik diri bukan sahaja menjemput selera maka dan lena tidurnya. Mata itu justeru basah sendiri. Hujan dalam panas yang hanya turun pada dua belah matanya.

Melawan musuh dalam sendiri lebih payah daripada menjawab soalan matematik tambahan ketika SPM atau mengi'rab ayat-ayat dalam nahu.  Kekuatan hanya akan hadir pada diri yang kuat pergantungannya pada yang Satu.

Ya, aku terlalu 'pandai' menulis sedang hakikatnya aku yang paling gagal mengimplementasi dalam kehidupan. Aku hanya tahu lari, lari dan lari. Mendiamkan diri dalam semua keadaan.

Aku rindu mahu pulang ke kampung. Seakan aku terpaksa membatalkan rancangan untuk pulang melihatkan kondisi diri yang tunggang terbalik. Semuanya di luar kawalan dan di luar perancangan. Aku sedang dihanyutkan diri sendiri dalam barakahnya bulan Ramadhan.

Pada sela waktu, aku mahu berhenti mengucap beberapa baris kata namun masih aku ucapkan. aku tidak akan berhenti meneruskan sesuatu yang telah aku teruskan walaupun suatu hari jasad ini bukan berada di sini. Biarkan tulisan jadi kenangan walau ada kata-kata jadi duri beracun.

Menulis satu-satunya aktiviti yang saya tidak berhenti. Saya selalu mahu memadam  semua tulisan, akhirnya berganti juga tulisan baru. Menulis itu cinta.

Benarkah?

Bagaimana belajar, wahai diri?

25. ...dan kehidupan adalah rentetan ketentuan dan kemahuan



Minat dan perlu buat bezanya besar. Sanggup dia berjaga kerana menyudahkan sesuatu yang dia minat. Tega dia meninggalkan sesuatu yang perlu dia buat. Buatlah apa-apa sahaja, tanpa hadirnya hati dan niat seiring perbuatan, sia-sialah amalan.

kecil atau besar.
Penting atau tidak.
Jadilah semuanya hanya ilmu yang lekat dalam buku dan tiada keberkatan.
Bukan tidak tahu, tetapi 'keberkatan' itu tiada.
Ilmu itu cahaya yang tidak menerjah jiwa yang dipenuhi maksiat.

Lalu, cucilah hati itu sementara Allah hadirkan Ramadhan yang belum tentu kamu bersamanya tahun hadapan. Ramadhan ini, jadikan ia paling baik!

Allah mentakdir, tetapi kita diberi pilihan,
mana satukah yang lebih baik?

banyak perkara merosak jasad dan hati andai dituruti,
ada laku baik ditinggal.

kerana itu ada dosa pahala
baik buruk.

aduhai,
diri yang sudah ketuaan,

sedarlah panggilan Izrail menjengah saban hari,
meski rahsianya pada  rabbi.

menjelang 23,
jamilah mohd norddin
uiam
ijazah sarjana muda bahasa arab dan kesusasteraan 2014, insya Allah.



25 July 2012

26. cebisan-cebisan catatan ...


"...pagi tadi aku kena denda ngan ustazah ummul coz tak dapat siapkan homework yang diberikan. Didenda berdiri, namun kejap aje. satu pengajaran buat aku le tu... -8.7.2003
"...aku tahu aku ada bakat cuma mungkin dah berkarat. Tak digilap. Hantar manuskrip ke syarikat-syarikat penerbitan dan kedai buku tu diteruskan ..." -17.12.2004
"...kalau boleh tiap-tiap bulan aku nak beli at least a book a month..."  -24.12.2004.
"Bila kita hilang baru kita ingat. -27.9.2010
"Benar sekali! Aku hidup dikelilingi manusia hebat sedangkan aku masih berada dalam lingkungan dunia sendiri. Terasa juga rendahnya diri, namun apa beza manusia? Takwanya dan bukan perkara lain-lain.-30.1.2011.
"Jamilah kena terus menulis! Fighthing! A book a year dah kena jadi target. Setiap bulan masuk majalah kena buat. Banyak membaca itu perlu. Cari bahan sebelum adanya cerita, harus. Insya Allah. -13.7.2011
"Ya Allah, betapa berpuranya aku! Semakin aku menjauhi, makin mendekat amaran. Singkat kehidupan. Allah ... Rindu itu pahit! -3.1.12
"Ya Allah, cemburu merenggut diri. Mahu kembali menulis. sangat-sangat. Diri sedang bergolak, mahu mengeluar cerita. Mahu dikongsi segala. Kehidupan ini singkat, kalau aku mati, apa harta aku tinggalkan. tidak boleh berdiam. let''s write. hoyeh.-19.3.2012"

 "Pada setiap catatan yang bercerita, ada rasa situ. Mungkin kena pada ketika kamu menulisnya. Maha Tahu-Nya Dia segala yang kamu rasa. Tidak diberinya sesuatu melainkan dilihat usahamu melawan dan melayan. kemanisan pasti ada sesudah kepahitan. Kepahitan membuatkan kamu tersenyum akhirnya, mungkin kemanisan bakal menitiskan air mata. Positif pada setiap ketentuan. Tiada masa akhir sebuah kebangkitan selagi roh dan jasad dipinjam di badan. Tuliskan, bicarakan pada Yang Satu. DIA bersama sangkaan hamba-Nya. -25.7.2012"
***
pada dada diari yang mencatat
catatan
contengan
impian.
suatu masa mungkin ada yang membaca
kisah-kisah itu.
dia manusia biasa,
mencoret kadang   selalu meluah rasa
yang enggah dibicara
kerana beratnya kata-kata.

kisah biasa seorang manusia biasa
punya impian seperti manusia-manusia

Ada ketika terlalu banyak mimpikan yang muluk-muluk
bukankah semuanya bermula dengan MIMPI,
mimpi yang membawa kepada usaha
doa
kehendak Dia termakbul segala...

ada ketika dia terdiam,
didiamkan dengan nyatanya mimpi
Allah.
telah disusunnya terbaik,
padanya segala takdir,
tarikh luput hayatku.

haruslah aku hidup selama nadi berdenyut
mahulah aku hidup meski jantung berhenti berdegup.

jamilah mohd norddin/ila husna
2012
uiam.
ijazah sarjana muda bahasa arab dan kesusasteraan 2014, insya Allah.

24 July 2012

27. Catatan Buat Yang Bernama Norhabibah Mansor.


Dua puluh hari menjelang 20 Ogos, dan saya mahu moncoret kata demi kata buat diri menjelang hari tuaku... Ya, mengikut tahun Hijri, saya sudah berusia 23 tahun kerana dilahirkan pada bulan Muharam 1410H. Alhamdulillah...

***

Semalam, maafkan saya teman atas kesalah fahaman pada reaksi saya. Saya gagal mengawal emosi sendiri. Kamu sendiri faham, kan ... manusia bernama Jamilah yang penuh emosi tidak terkawal.

Saya tidak ingat tarikh sebenar perkenalan kita ...
Saya tidak lupa apa yang pernah awak beri, jasa awak yang tidak terbalas buat saya, awak mendengar saya berkata-kata, saya menahan air mata...
Awak,
saya jadi malu dengan diri sendiri.
Kadang saya sengaja menyusahkan awak dengan ulah saya.
Saya tahu awak tentu risau dengan kawan awak ini,
awak tidak perlu risau ya, dengan apa yang dia lakukan ...

awak,
saya mohon maaf sebab tidak pernah ambil berat tentang awak.
saya selalu anggap awak okey sentiasa.
Saya sudah lama tidak mendengar cerita awak, dan sebenarnya saya rindukan suasana itu..
saya mahu dengar awak bicara macam-macam perkara seperti suatu ketika..
Saya suka mendengarnya walaupun seolahnya saya tidak faham dan tidak beri perhatian.

awak,
saya tidak punya ramai teman.
itu hakikatnya sebab saya bukan seorang yang suka senyum.
awak terima saya.
awak terima saya sebagai teman awak.

terima kasih norhabibah mansor...
kenangan awak, kak husni, rokiah menyambut kelahiran saya 2 tahun lalu...
buatkan saya malu lagi dengan diri sendiri.
Apakah yang saya buat pada kalian,
sedangkan kalian banyak memberi pada saya.

Allah,
Hanya Engkau Yang Menjaga Teman saya tersayang ini.

Walau suatu masa kita terpisah,
satukan kami dalam doa yang tidak terputus.
setiap pertemuan,
kawannya perpisahan.

itu pasti!

awak,
terima kasih menerima saya seadanya seorang Jamilah Mohd Norddin.

kesabaran seorang teman
pada kerenah temannya yang lain
mengukir memori indah pada sang teman
yang kadang tidak 'berhati.


yang menulis,
jamilah mohd norddin.
uiam.

Resensi Friends Forever: Nadyaz Alias


nadyaz Alias

ukhuwah itu tali penyatu


"erti persahabatan"
slame ni ak slalu mncari sahabat yg setie
nmpak je ak mcm ramai kawan
tp kawan setia..cumer brape org je
(ak x memilih..ak slalu try kawan ngan smue)
kalo kawan minx tlog...ak try tolog
tp..ak nk kwan yg
tahu erti persahabatan
sntiase ade dgn ak tyme senang n susah
but..at the same time~
i try to be like that
-------------------------------------------
5 feb 2012
ak trjumpe satu bku ni
(mmg slame ni ak cari...1st time nmpak kat snarai name bku dlm majalah Gen-Q)
igat senang ke ak nk lyan novel
(sori ckit..gua x lyn novel k..)
tp ntah..dsbbkn tajuk die..ak brminat sgt
akhirnyeerr..
jumpe kat kedai buku Popular
as usual~
 ak balut novel ni gune A4
(mcm mane ak balut novel renyahSPM fom4)
ahaks
mmg hobi ak balut novel gune A4
(tp buku SPM x brbalut..hahaha)

"friends forever"
(tajuk karya yg diberi oleh Ila Husna)


cetakan pertama : 2012
muka taip teks : GosmickSans
saiz taip teks :11 poin
haishh....ape lg ak nk bgtaw??
cuk0p2..

buku ni psal kawan
(tg0k taj0k dh taw)
psal 5 orag gadis
di UIAM
cinte mereka kpd bahasa arab (bahase al-quran)
sgt mndalam...walop0n ade yg trpakse pd mulenyer
mereka background famili + prangai + agame yg berbeza 
(mary = maryam(name slepas islam)...brminat dgn keindahan islam)
subhanallah
akhirnye dsatukan atas name ukhuwah fisabilillah
mcm2 ujian yg diorag dpt
saling bantu membantu ketike ssh
tp..tali persahabatan diorag kuat dsbbkn
agama allah

smpai ngalir la air mate ak ni bace
rasenyer..
tyme ak bace novel ni..lg byk kuar air mate drpd citer ombak rindu
bg ak..ombak rindu uh..ape la sgt

kalo nk taw ape ujian yg diorag dpt..
bace la sndri yer~

tp bg ak..mmg bez..sbb die psal
SAHABAT SETIA

insyaallah..suatu ari nti..ak akn bg novel ni kpdJuniorku kat MRSMAG yg ak syg sgt2 (as friends larh)...die mmg tempat ak mrepek + luahan hati + bgtaw rahsie~

ya allah..kurniaknla ak sahabat sejati dunia & akhirat..aminn..





Resensi Friends Forever: Faaiz d. Zul


Faaiz d. zul

buku: Friends Forever


Beberapa belas minggu yang lalu, di sebuah kelas.


[ dialek Terengganu]

"Aok ni bakpe tibe-tibe nak ngaji mmula bahasa Arab ni?"
"saya ada terbaca novel tulisan seorang student BAR Ustaz..."
"hok nulis tu llaki ko ppuang? "
"err, perempuan Ustaz..."

Khali. Momen kejur itu diisi dengan sedas dua panah-panah lazer berapi dari lensa Ustaz tepat ke mata saya. pergh...

Kelas pertama bermula canggung akibat terlanjur bergurau. Berat nanang kata Ustaz.

Friends Forever; Ukhuwah itu tali penyatu

Sungguh-sungguh saya tak reti menulis reviu buku selain berkongsi rasa.

Untuk yang ini, untuk seorang yang pernah bersuka duka belajar bahasa Arab, untuk buku karangan yang pernah terbang keluar kelas, untuk orang yang macam boleh faham beberapa kosa kata dari perbualan pak Arab, untuk yang gagal bersama-sama foreigner menghayati khutbah Jumaat SHASM,  untuk yang takut-takut tak mampu berbalas kata dengan anbiya', ulama' dan manusia pilihan Tuhan kelak;

pengolahan tentang kepentingan, keindahan, prospek, cause of action pada mempelajari Bahasa Arab adalah kekuatan buku ini.

ter"masuk" kelas bahasa semula gamaknya.


Tahniah dan teruskan menulis, Ila Husna.

Resensi Friends forever, Ila Husna : Ina Nailofar.



terima kasih Ina Nailofar membantu saya promosi friends forever. agenda rahsia bersama, semoga dipermudahkan... Saya salin-tampal di sini. 

Ina Nailofar.


Pejam celik, pejam celik.
Hari ini, hari ketiga Ramadhan.
Sedang bercuti semester.
Alhamdulillah.
Berpeluang menjalani ibadat puasa di teratak tercinta.
Ya, sekarang saya di Penang! :) happy;) wink:x lovestruck

Kembali bertemu di blog 'Bingkisan Hayat' ini. :-h wave
Menyapu sawang yang kian menjalar. (Puasa ni kena rajin-rajin)

Hari ini :) happy:x lovestruck
Ada sesuatu yang mahu dikongsikan bersama sahabat-sahabat blogger sekalian. 

Julung kalinya Blog 'Bingkisan Hayat' membawa kepada anda sebuah resensi buku.
Jom layan! &[] gift


RESENSI NOVEL FRIENDS FOREVER KARYA ILA HUSNA



Kata Ila Husna, "Ukhuwah itu tali penyatu."

Ini cover novel Friends Forever.
Cukup ceria.
Sesuai dengan jiwa remaja dan pastinya menjadi kegemaran penulis---> Cik Ila Husna.
 :(tv) tvo|^_^|o music?@_@? studying[]--- cook

--->Sedikit pengenalan tentang penulis novel ini.
  • Ila Husna merupakan nama pena yang digunakan. 
  • Bakal berusia 23 tahun pada 20  Ogos 2012 nanti. 
  • Beliau merupakan pelajar di UIAM. 
  • Berasal dari Kedah. 
  • Nak tahu lebih lanjut boleh layari blog beliau DI SINI (*^-^*)

----> Kekuatan novel ini. 

1.      Watak Utama : Zakiah. Lambang karakter remaja yang diidamkan pada masa kini.

-          Zakiah digambar seorang yang pintar, bersemangat tinggi dan tidak mudah berputus asa. Sangat menghormati ibu bapa. Dapat dilihat dengan jelas, pada awal permulaan cerita, dia berterus-terusan memohon persetujuan daripada ibu bapa. Dia tidak sesekali membelakangkan kedua ibu bapa. Hal ini kerana pemahamannya jelas, redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa. Inilah yang perlu diteladani oleh para remaja pada masa kini. Restu ibu bapa sangat penting dalam setiap tindakan yang kita lakukan. Barulah hati akan tenteram.

-          Semoga pembaca dapat mesej tentang kepentingan ‘adab’, baik ketika bersama dengan orang yang lebih tua mahupun sesama sahabat-sahabat yang dibawa oleh penulis ni J


2.      Banyak kata-kata yang memberikan motivasi kepada pembaca. 

-          Suka saya memetik beberapa contoh di sini,

'Jika kita mahu kuasai sesuatu ilmu, kuasailah bahasanya.' (muka surat 4)

'Terpaksa itulah yang membiasakan diri.' (muka surat 17)

'Mesti jadi manusia bermatlamat. Barulah tidak menyimpang dan hidup lebih terurus.'
(muka surat 18)

***Saya catat sikit saja, nak tahu lebih lanjut dapatkan novel..hehe


3.      Unsur kejutan daripada suatu peristiwa yang diluar jangkaan pembaca.

-          Keupayaan penulis mematikan watak penting amat memukau tumpuan pembaca.

-          Dalam usia yang muda dan tika semangat belajarnya yang menjulang tinggi,  Zakiah menjadi yatim piatu. Insiden kebakaran rumah yang begitu menyayat hati. Bayangkan sekelip mata, hilang ibu bupa. Hilang harta benda, hilang segala-galanya. Amat tragis. 

-          Zakiah bernasib baik, watak ada kekuatan dalaman yakni kemantapan jiwa yang baik. Jadi, elemen kerohanian inilah yang membuatkan beliau kuat dan tabah untuk terus cekal meneruskan kehidupan.

4.      Latar masyarakat yang baik ditonjolkan.

-          Zakiah membesar dan hidup dalam suasana kelompok masyarakat yang baik. Lihat sahaja, selepas tragedi yang mengorbankan kedua ibu bapanya itu, jiran yang baik sudi menumpangkan dia. 

-          Masyarakat sebeginilah yang kita harapkan, hidup saling membantu dan yang penting ikhlas. Barulah negara aman dan damai. 

5.      Indahnya ‘hidup bersahabat’ jelas ketara.

-          Terang lagi bersuluh pada judul novel ‘friends forever’, kisah bagaimana lima sahabat ini yang lahiriahnya berbeza namun akhirnya bersatu dalam untaian ukhuwah fillah yang jika dianalogikan ‘tiada secantik lukisan dapat kubayangkan.’ 

-          Benarlah yang dinukilkan seperti di belakang kulit novel iaitu ‘ ukhuwah kerana Allah yang tidak bersandar kepada material namun ada tautan hati.’ 

-          Tidak keterlaluan jika dikatakan inilah role model persahabatan yang sebenar. Susah senang dihadapi bersama. Dapat dilihat dengan jelas, masing-masing berusaha untuk menggembirakan hati sahabatnya. Akhirnya, mereka sama-sama terbang ke Mekah bagi menunaikan umrah. Wah, sangat bahagia jika perkara ini dapat direalisasikan. Musafir bersama-sama. Kan? :x lovestruck

6.      Isu Bahasa Arab yang berjaya dirungkaikan.

-          Inilah kejayaan terbesar novel ‘Friends Forever’ ini. Amat jarang sekali isu bahasa Arab ini diangkat dalam novel. 

-          Penulis novel telah memanfaatkan sepenuhnya kelebihan dirinya yang merupakan pelajar jurusan Bahasa Arab dan Kesusasteraan di UIAM.

-          Tetapi satu sahaja, saya mengharapkan agar banyak istilah bahasa Arab yang diselitkan di sebalik cerita namun tidak digunakan secara meluas.


Sedikit kelemahan yang ditemui;) wink:x lovestruck

Sebagai pelajar jurusan Pendidikan Bahasa, saya tak dapat lari daripada mengesan beberapa kesalahan ejaan dan perkataan yang terdapat dalam novel ini. Mungkin juga typing error dan kesilapan teknikal. ?@_@? studying Boleh diperbaiki pada cetakan yang akan datang. Chaiyok-chaiyok.

Kandungan bab. Lebih manis jika setiap bab ada tajuknya. Hehe…lebih membuak semangat untuk membaca. Sekadar cadangan. Ohya, ada 19 bab dalam novel ini.


Intiha
Sesuai dengan genrenya, novel tarbiyah remaja. Sememangnya novel ini sesuai dijadikan hadiah buat sahabat (memang kena dengan judul tu), sumber motivasi buat adik-adik dan pencinta bahasa Arab yang mulia.
Kalungan tahniah diucapkan kepada Cik Ila Husna atas kelahiran novel sulungnya ini. Semoga ada sambungan dan kelahiran novel kedua, ketiga dan seterusnya dipermudahkan oleh Allah SWT. Menulis itu suatu amanah. Semoga novel ini bermanfaat untuk semua.

Coretan bermakna.
Mahal ni, tanda tangan penulis novel.
Jangan lihat tarikh tu, nampak sangat lambat bebenor saya buat resensi ni  ?@_@? studying 


Nota Kaki =  Bagi yang belum membaca, boleh dapatkan segera di sini-----> mphonline dan di sini juga iqramall.com  dan lain-lain.
Memang tak rugi beli. 
Ada ilmu yang dapat kita pelajari dan bagi yang dah tahu boleh refresh kembali. 


Monolog = Berangan nak ada novel juga. Suatu hati nanti. Doakan. 8-> day dreaming
Harus berusaha.:(fight) fight

23 July 2012

28. Yang Dia Perlu


Suatu hari,
dia duduk diam-diam dalam kamar,
bersama pena dan kertas kosong
mencatat
impian
harapan
keinginan
keburukan
kedegilan
kejahatan

Yang dia perlu,
satu hari yang mana
dia diam-diam
kembali mengayam impian
terbang lebih tinggi.

semuanya bermula dengan MIMPI.

pintalah walau sesuatu yang mustahil,
DIA yang Maha Tahu 
apa yang terbaik buat hamba.

Jika ia terbaik akan diberi,
jika ia membawa keburukan akan terhindar diri.

mungkin diri merasakan ia baik.
namun hakikatnya ia jelek buat diri dia.
dia tidak tahu,
DIA Maha Tahu.

Tiada masa lagi untuk bermenung menjelang angka 23,
selambat mana dia berjalan, dia harus teruskan perjalanan.
Seperlahan mana dia membaca, dia mesti terus membaca,
semalas mana dia, dia mesti rajin buka buku pelajaran.

"seburuk mana karya, terus menulis. Ia latihan buat diri sendiri."
Baik, kata-kata itu sedang melantun pada diri dia sendiri. 
Baris yang pernah dia lantunkan suatu masa.

Sekarang,
dia hanya perlu 
POSITIF
dan 
PERCAYA.

Jamilah Mohd Norddin
UIAM
Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Kesusasteraan 2014, Insya Allah.