07 March 2012

Tinggalkan si Hitam

Tatkala sedikit masa berbaki,
sedang keserabutan kerana diri sendiri,
Bangun pandang alam ciptaan Ilahi,
Ada jawapan tersedia, hanya kamu tidak mengerti.

Usah hanya diperhati hari-hari hitam,
Hari putih menunggu untuk kamu nikmati,
Tinggalkan warna hitam kawanmu itu..
Tinggalkan dunia hitam kegemaranmu itu.
Tinggalkan pakaian hitam dalam dirimu.
Nescaya,
Putih akan terserlah.

Alasan demi alasan terus menjadi rekaan,
Sedang masa bergerak ke depan,
Makin pantas tidak tersedar usia bertambah.

~~~~~~~~~~~~~~~~
# Ada ketika dunia hitam terlalu menyelubungi diri, hingga terasa semuanya seakan tiada erti. Ingin pergi membawa diri, dunia putih menanti untuk dinikmati. Justeru, wahai diriku, dengarkan suara hatimu paling dalam, bukannya bisikan-bisikan halus yang inginkan kamu terus lena dan lena. Setahun tidak lama. Ayuh... Cikgu Zaini sudah menyambung pengajiannya ke peringkat PhD, kamu ijazah belum habis lagi.

No comments: