26 March 2012

RCP CLASS

Hari ini kelas paling sempoi kerana ada tiga orang pelajar daripada sebelas orang pelajar cuma. Kami, pelajar tertinggal yang belum pulang ke kampung (hari ini hari terakhir kelas sebelum cuti semester) -hm, apakah? Aku sendiri sudah tiga kali ponteng kelas yang bermula jam 8 pagi ini.

Ustaz teruskan pengajaran dengan tajuk risalah hazliyah...

ibnu zaidun

beliau seorang wazir yang meminati anak khalifah Mustakfi bernama Walladah. Seorang penyair pada zaman Andalus (aku belum belajar tentang penyair andalus... Jahili sahaja belum pas) .

Jika sastera Inggeris ada Romeo dan Juliet dan sastera Arab ada kisah Majnun dan Laila yang mengatakan kisah cinta, Ibnu Zaidun menulis qasidah bertema kesedihan yang dikatakan pertama dalam penulisan ketika itu.. (kebanyakannya kisah cinta yang suka-suki, ceritakan tentang kekasih mereka).

Risalah hazliyah.

Sebenarnya surat ini ditulis oleh Ibnu Zaidun kepada buah hati baru Walladah -si puteri khalifah- yang berpaling cinta daripadanya kepada Ibnu Abdus... Beliau menulis seakan-akan surat itu ditujukan oleh Walladah kepada lelaki itu sedangkan Ibnu Zaidun yang menulisnya..

Baru belajar satu perenggan...

Nak mengata sang lelaki itu sahaja sudah satu perenggan penuh, yang maksudnya sama, cuma uslubnya berbeza.

Ah, sastera Arab.. Bertuahnya kepada pencintanya.

#RCP: readings Classical Prose.
#Cinta itu buta dalam bahasa Arab (Al-Hub Yu'ma wa Yu Simmu)

No comments: