15 March 2012

Dia Punya Air Mata

Mengapa masih membazirkan air mata untuk perkara remeh?
Mengapa masih seperti dulu?
Mengapa masih tetap diam?
Mengapa makin keras hati?
Mengapa makin nakal?
Mengapa tidak diendah nasihat?
Mengapa, mengapa dan mengapa.

Akhirnya  lena dengan soalan tanpa jawapan. Soalan yang hanya boleh dijawab oleh diriku sendiri. Ketika satu saat aku perlu menjauhkan diri daripada semua orang dan masuk ke dalam gua. Ketika itu air mata akan menganak sungai tanpa endahkan apa sahaja. Bukan tidak pernah menangis di tengah ramai, namun lebih kerap menangis seorang diri, kerana mata sendiri degil apabila di depan orang. Kadang, dapat bertahan, kadang semuanya terhambur menjadi hujan yang lebat. Ketika itu, tidak akan dihirau apa yang datang, yang ada hanya diri sendiri.

Air mata satu anugerah.

Diri, di manakah Allah di hatimu? Sedarkan dirimu dengan mimpi yang hadir saban malam itu.Adakah ia sekadar mainan tidur atau petanda akan sesuatu? Semoga ianya hanya mainan yang hadir dan dilupakan aku setelah aku terjaga. Malangnya, dalam banyak-banyak mimpi, ada lagi mimpi yang masih dalam ingatan setelah terjaga. Ah, aku suka melupakan mimpi, biarkan ia di alam fantasi.

Ayuh,menangislah hari ini, jangan menangis pada hari kamu tidak sepatutnya menangis.


Bumi Gombak kehujanan,
petang 15 Mac 2012.

No comments: