Skip to main content

Cerita Dia Kepada Seorang Aku.

Kegundahan yang bertamu sudah seminggu menjadi teman diri, tetapi tidak meminggir lagi. Bahana hati yang makin kotor oleh maksiat yang sekali dibuat, akan ada rantai maksiat yang mengikutinya. Tersakah cara menyelesai kekusutan, makin karut benang keamanan dalam diri. Terasa semakin hari makin tidak tenang, makin hari makin diri mahu menjerit dan menjerit ke awan lepas. Semuanya mungkin hanya ilusi, namun semakin menghantui diri.

Haunted my daily routine.

Ketawa. Senyum. Berdiri dia walaupun hanya jasad yang ada di situ. Ada ketika sengaja dia mengelak, sengaja dia menghindar. Sengaja dia ketawa besar walaupun bukan pada perkara tidak lawak hingga terjadi perbalahan kerana salah faham. Sebab itu dia tidak boleh banyak bicara kerana dalam bicaranya, ada bahagian yang dianggap sinikal, ejekan, mengata walaupun dia tidak terniat begitu. Kerana kurangnya pergaulan dia dengan alam manusia di alam sebenar, dia menjadi beban kepada butir bicara sendiri.

Tidak mudah menjadi pendiam.

Pernah dia ada cita-cita dalam diri menjadi lebih ramah. Ah, tidak sesuai dengan karakter dia. Makin banyak yang akan sakit hati, hingga akhirnya dia yang mengongoi menangis sendiri. Akhirnya dia diam. Mencurahkan dalam bentuk tulisan juga kadang terbersit suara larangan dalam diri, namun daripada dia langsung tidak berbicara hingga makin disalah erti, baiklah dia menerbitkan kata-kata dalam bentuk tulisan. Ya, tulisan nampak perasan sendiri, dan masih boleh disalah anmggap, namun ia mengurangkan rasa malu dia.

Cemburu.

Dia tidak mahu menghilangkan rasa cemburu yang telah menghuni dalam diri. Biarkan cemburu menjadi obor menyalakan kembali semangat yang terasa makin malap dan hampir padam. 2012 yang merealitikan cita-cita, adakah mahu dibiar berlalu?

Awak, tolonglah jangan hanya tahu menulis. Hiduplah selayaknya manusia.

 

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub