Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

dia 1

Membaca bahasa jiwanya, Aku mengenal banyak warna, Dalam dunia. Dalam halus bicara, Dia bersuara, Memberi makna Pada aku yang lupa. Terima kasih, Pada bicara bisu yang bersuara.

Apa itu Kawan yang Baik?

Hm, rasa malas nak menulis jadi aku taip pada google, sahabat yang baik.. Lalu aku bertemu dengan jawapan-jawapan ini... Yang ditulis oleh para blogger. Kawan yang baik adalah..: *Yang boleh menjaga rahsia kita.. *Berani menegur kesilapan kita.. *Sentiasa mengajak kita kearah kebaikkan dan tidak mengajak kearah keburukan.. *Sentiasa bersama kita walaupun kita ditimpa bencana or malang.. *Boleh memberikan pandangan yang baik.. [kredit: http://arpiiz001.blogspot.com/ ] Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut: -Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu; -Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu; -Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu; -Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan

maaf.

Maaf dengan apa yang sudah aku lakukan semalam. Akhirnya aku tidak ke mana-mana dan hanya terlentang atas katil melayan mimpi... Maaf. Maaf. Maaf. Semuanya di luar rancangan apabila perasaan bercelaru tanpa dikawal dan aku perlu tidur untuk meredakan gelojak itu.

sakit

Bagiku, Menyakitkan hati orang lain itu Paling menyakitkan Bagai belati menghiris dada, Terasa tersiat, Lalu darah mengalor duka Bersama air mata. =(

Benam

Pagi ini bangun dengan semangat penuh dalam jiwa. Sudah saya padamkan semua kelukaan yang terasa dalam diri semalam walaupun tidur tidaklah selena mana apabila hampir setiap jam terjaga dan mimpi yang bersambung seakan tidak mahu berhenti. Yang penting pagi ini saya mampu dengan penuh semangat dalam diri untuk meneruskan langkah. Benarlah dalam setiap kesedihan Allah akan berikan pula kegembiraan yang kadang kita tidak jangka dan hari-hari kamu itu laluilah dengan rasa syukur dan riang kerana Allah sudah berikan yang terbaik untuk diri. Kesat air mata semalam. Lupakan apa yang berlaku. Yang pasti semakin kamu menjauhi Allah semakin tidak tenang rasa hati dan kamu tidak mampu untuk bergerak dan tersenyum riang. Kasih sayang Allah itu bukan hanya diberi pada senyuman, namun kala sakit dan sedih mendatangi diri, ada satu anugerah yang tidak mampu dirasa oleh sesiapa. Nikmat syukur dan rasa mahu ada dekat-dekat dengan Allah. Kita akan rasa yang betapa jauh kita dengan Allah lalu Allah beri

Benam

Pagi ini bangun dengan semangat penuh dalam jiwa. Sudah saya padamkan semua kelukaan yang terasa dalam diri semalam walaupun tidur tidaklah selena mana apabila hampir setiap jam terjaga dan mimpi yang bersambung seakan tidak mahu berhenti. Yang penting pagi ini saya mampu dengan penuh semangat dalam diri untuk meneruskan langkah. Benarlah dalam setiap kesedihan Allah akan berikan pula kegembiraan yang kadang kita tidak jangka dan hari-hari kamu itu laluilah dengan rasa syukur dan riang kerana Allah sudah berikan yang terbaik untuk diri. Kesat air mata semalam. Lupakan apa yang berlaku. Yang pasti semakin kamu menjauhi Allah semakin tidak tenang rasa hati dan kamu tidak mampu untuk bergerak dan tersenyum riang. Kasih sayang Allah itu bukan hanya diberi pada senyuman, namun kala sakit dan sedih mendatangi diri, ada satu anugerah yang tidak mampu dirasa oleh sesiapa. Nikmat syukur dan rasa mahu ada dekat-dekat dengan Allah. Kita akan rasa yang betapa jauh kita dengan Allah lalu Allah beri

..tak ada kerja namanya...

Dia masih belum sedar diri yang dia itu seorang pelajar yang tugasnya belajar. Kalaulah ayah dia tahu apa yang dia lakukan sebenarnya di kampus ini apakah agaknya yang ayah akan katakan? Bukanlah anakmu ini tidak mahu belajar tetapi perasaan itu secara tanpa sedar sudah jauh meninggalkan dirinya sendiri. Itu yang akan dia jawab apabila kelak ditanya ayah. Tetapi benarkah begitu? Hendak berdepan dengan ayah sahaja sudah terketar semua jemari inikan mahu menjawab apa yang disoal ayah. Benarkah dalam semua kepahitan itu sebenarnya tersembunyi kemanisan? Manis yang hanya akan dikecap apabila kesabaran dalam diri ampuh. Kadangkala dia terasa seperti mahu berada dalam lena yang panjang dan melupakan semua yang terjadi. Namun dia sedar yang sebagai seorang manusia mana mungkin dia melarikan diri daripada sebuah tanggungjawab hakiki sebagai manusia. Mahu lari ke mana wahai kamu? Perjalanan meniti kehidupan itu singkat untuk mengumpul bekal menemui Allah yang kamu kata kamu sayang. Benarkah dal

Tidak!!! Jangan baca contengan budak sengal ini.

Pandang skrin komputer lama-lama dan diam. Sudah keras terasa jemari untuk melakar walau hanya sebaris cerita. Namun saya sendiri terasa tidak senang walaupun sehari membiarkan blog ini tidak diconteng sesuatu. Sehari dua ini sebenarnya banyak bermain dengan perasaan ini yang menjadi sedikit bercelaru apabila menjelangnya minggu peperiksaan. Biasalah jika begitu. Mujur mood untuk menonton tivi itu bukan lagi berada pada tahap maksimum namun suka pula saya menghabiskan hari-hari dengan tidur. Pagi tadi sahaja saya tidur hingga tidak ke kelas Bahasa Melayu. Bukan terasa tidak bersalah dengan cikgu namun apabila hati berbisik aku tidak mahu ke kelas, sudah sampai pun saya boleh berpaling ke belakang dan pulang ke bilik. Bangun ketika jam sudah di angka satu. Mesej MASS. " MASS, malasnya mahu ke kelas. huhu." "Kalau sudah hati tidak mahu apa boleh dikata lagi. Petang ini pergilah kelas." "Tidak mahu!!! Nak tidur." Saya berdegil pada mulanya. Wah, memang teras

AKU

Semoga kau terus tabah. aku tak tahu macamana nak tolong kamu. aku tak tahu bagaimana nak bantu kamu. maafkan aku. aku mahu jadi temanmu namun kadang aku yang kalah dengan perasaan itu sendiri. MALAS NAK GI KELASSSSSSSSSSSSS

Perempuan itu.

Perempuan itu berdiri dalam renyai hujan. Sendiri... Menikmati nikamatnya, Air membasahi diri... Indahnya!! Berdiri dalam hujan, Biarkan diri kuyup! Nota: kredit gambar: 1. deviantart 2. deviantart 3. deviantart

Aku dan IBM

Sudah hampir dua bulan laptop terbiar dalam kotak kuning atas laci pakaian. Bukan tidak mahu biarkan ia berfungsi seperti biasa namun mana-mana kedai yang aku pergi tidak menjual charger untuk laptop itu. Maka aku pasrah membiarkan ia terdampar di situ. Tipu jika kau tidak langsung ada rasa rindu pada IBM itu. Setiap hari hati berlagu mahukan ia berfungsi seperti biasa. Mahu menatap gambar kenangan, mahu mendengar lagu kesukaan, mahu menaip ikut perasaan, mahu membuat assignment. (ayat tambahan) Namun ada hikmah pada setiap yang terjadi. Sekurangnya aku tidak terlalu addicted dengan internet walaupun setiap hari juga akan aku update cerita dalam blog ini. Aku selalu pujuk diri. Terima apa berlaku dan itu yang terbaik untuk aku. Mode: rindu insan-insan dalam laptop! Nota: 1.Gambar cuplikan di deviantart.com

Sayang

"Semakin sayang Allah pada seseorang maka makin banyak rintangan yang dilalui supaya dia makin dekat dengan Allah."

1,2,3

Senang kan zaman kanak-kanak? Tapi kita tidak boleh selamanya muda, Harus bergerak mengikut arus usia. Muda lawannya tua. haha. Bersedia jadi tua!

..cetusan kata di pagi hari..

Guru itu laut yang setia! Benarkah sebenarnya apa yang kita cakapkan itu yang akan kita dapat semula? Benarkah semua kebaikan akan dibalas dengan kebaikan?  Benarkah semua orang mampu jujur? Haha, soalan sengal apakah? Sebenarnya saya tidak pasti apakah yang mahu saya contengkan menjadi bait-bait kata. Namun saya tetap masih menconteng dan bermain dengan kata-kata supaya jemari saya tidak terlalu kerasa. ( walaupun ada ketikanya apa yang saya tulis adalah pengulangan idea yang datang dalam diri.) Jika kita melakukan sesuatu dengan mengharapkan balasan, rasa bahagia tidak datang. Jika kita memberi sesuatu supaya dilihat kita rasa derita. Sesungguhnya rasa ikhlas itu walaupun senang dilafaz di bibir bukanlah mudah sebenarnya. Orang yang bahagia ialah membiarkan semua pemberiannya berlalu seperti air sungai yang mengalir. Hm, agaknya kerana itulah dalam bahasa arab, ketika saya belajar tasybih (dalam balaghah) mereka mengumpamakan seorang guru dan laut. Laut itu luas. Laut tidak kisah da

3 + 1

Minggu ni ada lagi tiga mid-term setelah melaluinya pagi tadi satu kertas. Kertas bayan. Subjek yang nampak susah namun apabila perlu syarah bait syair itu faham-faham sendirilah.. haha. Aku layan juga kertas tadi walaupun hakikatnya pagi ini teramat susah diri ini untuk bangun tadi. Rasa nyaman semacam je tilam tu pagi tadi walaupun hari-hari boleh juga aku bangun. haha. Alhamdulillah. Rasa suka juga sekurangnya setelah nanti aku cuti tidak banyak beban atas kepala melainkan assignment. hehe. cool baby!! =) Hari Khamis ada tasmi' surah al-Qiyamah! Huhu. Jangan malukan diri lagi dengan tidak menghafaz satu habuk pun. 

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah: [Catatan] :demi cinta:

Cinta Agung hanya Cinta Allah. "Kerana cinta-Nya, Allah beri kita kehidupan. Bukan untuk main-main, Ada misi merentang depan mata, Sanggupkah kau pikul, Wahai khalifah di bumi Allah?" Durrah Nur Aqilah. Nota: Kredit gambar: google

:Jom Kahwin!:

Kahwin elakkan zina!  Bismillahirrahmanirrahim. Petang ini damai. Hati meronta mahu berkongsi apa yang dikatakan Dr Salah dalam kelas parenting.. Pesanan buat anak muda yang belum berkahwin.  Kata Dr Salah, sesiapa yang belum berkahwin itu seperti seorang yang tempang kakinya. Separuh agamanya belum disempurnakan. Bagaimana mahu melakukan seuatu terbaik jika diri sendiri yang tempang. Usah bicara yang kamu belum matang lantaran sebenarnya kematangan itu diperoleh setelah kamu berkahwin. Ada ibu bapa yang takut untuk menikahkan anaknya kerana bimbang anak itu yang masih keanak-anakan. Percayalah, yang setelah kamu berkahwin akan datang kematangan itu. Jadi, kalau kamu rasa kamu tidak matang berkahwinlah.Usah bicara mahu bina khilafah jika institusi keluarga itu sendiri masih pincang. Sepatutnya UIA ini membuat peraturan yang mana setiap orang yang diterima masuk di sini syaratnya adalah berkahwin. Sudah berkahwin,lulus! Belum berkahwin, semester pertama kena kahwin! (senyum! Ish.... Cub

Durrah Nur Aqilah: Baik.

Hope for the best. Definisi baik  dalam. Kata dan makna yang tidak dapat lagi aku selam maknanya. Sekalipun berkali-kali cuba untuk aku selam ke dalam lautan kata mencari makna BAIK, sungguh aku gagal. Melihat orang baik, justeru teransang diri mahu menjadi baik juga. Sedangkan diri hanya sekujur jasad yang belum bisa malah sering gagal mengawal diri sendiri daripada melakukan perkara luar kawalan. Hati yang tentunya banyak tompok hitam hinggakan wajah sering berkabut tanpa warna. Sesungguhnya pencarian sebuah diri belum berakhir dan mana bisa berakhir selagi nyawa dan jasad bersatu. Aku teringat kata-kata seseorang semalam. Baik untuk kita berlembut dengan diri namun apabila kita terlalu memaafkan diri sendiri boleh menjadikan kita payah untuk BERUBAH! Aku setuju sangat dengan kenyataan ini. Mungkin kerana pengalaman diri melalui situasi ini menjadikan aku terdiam beberapa saat! Ketika dia lafazkan kata itu, aku mahu ucap terima kasih! Terima kasih kerana buatkan aku tersedar yang mun

ikut suka hati je.

Haha, entah bagaimana aku mengambil keputusan itu. Daripada tidak mahu pulang, akhirnya aku akan pulang 29hb mengikut ainul naik train. Mungkin disebabkan aku mahu merasakan pengalaman itu, jadi aku mengikut dia. Terus bersetuju on the spot. Tidak mengapalah! Aku kan memang suka nak pergi rumah orang dan aku teringin jugak nak menjengah rumah mereka. Sekali seusia pun jadilah. Apa-apa, Insya Allah ini kan yang terbaik!

:.Mencari Cahaya:.

Pasti ada cahaya di hujung gelita. Hidup ini tidak akan selamanya diselabut awan mendung. Hanya perlu pasak keyakinan dalam diri yang segala yang terjadi baik atau buruk, gembira atau sedih semuanya Allah aturkan untuk kebaikan kita. Kita memberi apa yang boleh beri, walaupun susah untuk memberi sesuatu yang kita rasa sayang sedangkan itulah yang terbaik untuk kita hulurkan kepada orang lain. Percaya dan yakinlah, setiap diberi itu akan dibalas cuma jangan diminta balasan itu dan jangan berharap. Kita tidak tahu apa yang akan Allah berikan. Kita lihat seseorang dengan sekali pandang kita boleh terus percaya kepadanya. Kita lihat seseorang boleh terus kita jatuh kasih kepada dia. Hanya dengan pandangan pertama sudah masuk dalam hati kita dan kita mudah untuk menerima dia sebagai kawan kita. Sedangkan dengan orang lain yang sudah lama kita kenal namun belum dapat untuk berbaik. Hati yang kotor itu payah untuk menerima kebaikan. Usahkan mahu betulkan manusia lain, diri sendiri bengkok dan

Nur.

Pasti, Ada cahaya, Hujung kesuraman, Yakin pada DIA, Memberi segala.

Durrah Nur Aqilah:.Andai Itu Aku:.

Harapan itu ada! Pagi itu hening. Ada kabus terlihat daripada tingkap bilik. Bersemangatnya Durrah pagi ini mahu bertemu dengan empat sahabatnya. Lu'luah, Jamilah, Aqilah dan Miftah. Sungguh apabila dibuka mata sahaja sudah ternampak bayangan wajah empat orang sahabatnya itu. Usai Subuh segera dia mandi dan mengenakan pakaian sukan. Minum susu dan terus mengenakan tudung. Sedang suasana di luar masih gelap. Senyum hingga ke telinga. "Maaf, aku tak dapat datang." "Maaf aku ada kerja." Mesej singkat yang dihantar Aqilah dan Jamilah meruntuhkan perasaan itu. Namun Durrah faham situasi yang perlu dihadapi oleh sahabat-sahabatnya itu. Durrah buat-buat faham. Akhirnya Durrah bergerak juga ke Tasik Edu. Mujur Lu'luah dan Miftah setuju untuk datang. "Terima kasih kerana sudi datang." Durrah berbahasa.. Terharu dengan peerimaan dua orang sahabatnya. Melihat senyum mereka, hilang rasa sedih yang bermain dalam hati. *** "Sahabat, maafkan jika selama kit

Durrah Nur Aqilah: Diberi-Nya Yang Terbaik

Harapan itu ada! Pagi itu hening. Ada kabus terlihat daripada tingkap bilik. Bersemangatnya aku pagi ini mahu bertemu dengan empat sahabat tersayang. Lu'luah, Jamilah, Aqilah dan Miftah. Sungguh apabila dibuka mata sahaja sudah ternampak bayangan wajah empat orang sahabat itu. Usai Subuh segera aku mandi dan mengenakan pakaian sukan. Minum susu dan terus mengenakan tudung walaupun suasana di luar masih gelap. Senyum hingga ke telinga. "Maaf, aku tak dapat datang." "Maaf aku ada kerja." Mesej singkat yang dihantar Aqilah dan Jamilah meruntuhkan perasaan itu. Namun aku faham situasi yang perlu dihadapi oleh sahabat-sahabatku itu. Aku buat-buat faham. Akhirnya aku bergerak juga ke Tasik Edu. Mujur Lu'luah dan Miftah setuju untuk datang. "Terima kasih kerana sudi datang."   Aku berbahasa.. Terharu dengan penerimaan dua orang sahabat ini. Melihat senyum mereka, hilang rasa sedih yang bermain dalam hati. Tidak perlu mengenang yang tiada, hargai yang di d

Terima.

Alhamdulillah, pagi tadi melepak di Tasik Edu. Walaupun akhirnya aku yang kaku, membiarkan bisu berbicara antara kami berdua. Terima kasih banyak-banyak dan banyak sebab kak Husni datang. Sedih juga aku apabila pagi tadi mereka mesej tak dapat datang. Sebenarnya, pagi ini aku nak jumpa mereka sebab nak bagi somtehing. Benda yang sama untuk kami berlima. Tapi tidak mengapalah! Allah tahu inilah yang terbaik untuk aku. Ketika aku mahu beritahu kak Husni yang mereka tak dapat datang, ada air mahu mengalir daripada tubir mata. Hm, bukan sedih, mungkin sedikit terkilan itu ada. Namun aku faham kedudukan mereka. Aku terima dan redha. =) Ada kala aku sendiri akan menolak jika itu bukanlah yang aku mahu. Ya, aku suka melakukan perkara yang aku suka. Nantilah aku beri pada mereka benda tu... Mungkin lepas ni makin payah untuk kita bertemu. =(

Esok.

"Assalamualaikum. Mahu bertanya, pagi esok free tak? haha. =)" Send. Sebenarnya tadi aku sudah mahu tidur. Mahu tidur nyenyak dna pulas, melupakan semuanya. Belum letak kepala terfikri mahu bertemu dengan teman-temanku itu. Entah rasa rindu apa yang bercambah... Terima kasih kerana kalian mahu menemankan aku esok. Aku khuatir nanti apabila semakin kurang masa lapang dalam diri kita, kesempatan untuk kita bersama makin sempit. Justeru, aku terfikir yang esok mungkin hari terbaik untuk kita bertemu. Maafkan jika aku emncuri masa kalian. Namun pertemuan ini penting buat aku. Biar aku hanya mahu bertentang mata dengan kalian dan aku bisu. Keberadaan itu walaupun hanya seketika namun aku percaya ia punya makna paling berharga. Aku mahu gunakan peluang yang masih berbaki. Sungguh! Walau aku bukanlah yang terbaik dalam mentafsir! Esok, semoga mentari bersinar garang dan bunga kembang mekar! Aku berharap!

Mengapa Jamilah Tidak Lagi menulis???

Kebangkitan? Pengalaman saya dalam dunia penulisan kecil cuma. Malah, apabila ditanya sekarang seakan-akan saya sudah bersara daripada dunia kecintaan ini. Mana ada lagi nama saya dalam majalah. Mana ada lagi puisi atau cerpen baru yang saya hasilkan.Kosong! Tidak adil benar jika saya katakan kerosakan pada laptop membantutkan minat disebabkan saya boleh menulis ketika laptop belum saya punyai. Lantas mengapa saya tidak penulis? Persoalan ini saya tujukan buat diri sendiri. Diri yang kononnya pernah meletakkan cita-cita untuk menjadi seorang penulis. Jika tidak sepenuh masa sekalipun ada bahan yang dihasilkan dengan penulisan. Motivasi yang hilang Siapakah yang memberikan motivasi itu? Di manakah mahu dicari motivasi? Jangan tanya saya. Tanya diri, benarkah kamu mahu menulis? Jika benar, ambil pen dan mula menulis. Setiap hari bangaun tidur tanam dalam diri, apa aku mahu tulis!  Bosan Idea bukan diminta. Namun datangnya kala Allah ilhamkan pada diri kita. kadang bersedia, kadang kita s

mid-term.

Tidak jadi balik disebabkan exam yang berderet minggu lepas. Apabila tiba masa aku sudah malas mahu pulang. Minggu depan juga belum tentu aku pulang atau aku hanya terperap dalam bilik. =) Entah. Buku langsung satu habuk tak baca. masuk kelas tolong senyum pada ustaz cuma dan kosong. Ustazah, halalkan ilmu.

Kembali...

Penulis memulakan kembali kembara dalam bidang penulisan. Sejenak terhenti dalam rancaknya jemari yang masih mahu berbicara. Desakan hati,kemahuan diri, dan lontaran rasa yang menggelegak dalam diri membuatkan saya kembali dalam ruang penulisan ini. Benarlah saya dan penulisan itu diibaratkan manusia dan makanan yang mana bisa dipisahkan. Walaupun terlebih makan itu boleh membawa kepada kematian, namun tanpa makan hidup bisa menjadi tidak keruan. Memang! Siapakah yang dapat bertahan dengan tidak menjamah sebarang makanan selama dua hari. Dua hari! Tempoh masa yang singkat sebenarnya namun kita mana bisa bertahan. Perut akan berkeroncong! Kepala mula berputar dan akhirnya boleh menyebabkan pengsan atau pitam! Buat yang pernah membaca penulisan saya, begitulah saya menulis! Lebih mudah untuk saya berkongsi seputar kehidupan saya berbanding saya menceritakan perihal orang lain yang kadang langsung tiada kaitan dengan saya. Setiap penulis itu ada manhaj penulisannya sendiri! Benar atau tid

rancangan .

Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. Maka perancangan petang ini aku pasrah dapat atau tidak tiket bas tu. Ada aku balik minggu ini. Tiada, aku pulang setelah peperiksaan. Aku tahu ia keputusan luar jangka sementelah minggu depan berderet exam. Apa guna juga aku ada di sini namun akalku ada di rumah. Allah. Dalam kelas Bayan tadi memang aku terdiam. Aku yang  tidak belajar. Salah aku. Maka, mana mungkin aku mengeluh atau sedih. Apa-apa pun terus berjuang selagi jasad masih di bumi UIAM.

damai.

petang ini damai. Alhamdulillah Allah lapangkan hati aku untuk ke kelas dan melakukan perkara yang perlu aku lakukan. Semuanya ini pinjaman dan kebahagiaan yang Allah hadirkan dalam urat aku. Hati rasa tenang. Semoga perasaan itu terus mewarnai perasaan aku, Insya Allah. Ainul, terima kasih beri kepercayaan untuk saya bercakap tadi walaupun sebenarnya saya tidak faham apa yang saya cakap itu. Memang terketar tapak tangan dan jantung berdegup kencang. Haha. alhamdulillah. =) ~ Semoga diri terus berteman rasa bahagia dan semangat itu! Alhamdulilllah.

alhamdulillah.

Semalam tidur sedikit lambat(oh, aku suka tidur awal), macam biasalah esok nak bentang malam ni baru buat assignmentnya. pagi tadi memang kelam kibut baca teks dan muka tengok kertas. Haha. Sungguh aku tidak berpuas hati juga dengan apa yang ak lakukan itu namun alhamdulillah dah lepas. Kena siapkan kertas kerjanya untuk dihantar kepada lecturer. Sungguh. Terima kasih kak Ema pinjamkan laptop. Alhamdulillah, sangat banyak membantu. =) Ada cerita sedih. Aku tak hafaz surah al-Mudathir. Malunya dengan ustaz. =( p/s: bila nak berubah oi?

kisah petang tadi.

Aku melalui hari ini dengan seribu satu berkalang dalam diri. Aku tahu yang aku tidak sepatutnya berperangai begini. Rohani aku sakit. Itu yang sebenarnya. Dan aku tidak pula mencari penawar bagi penyakit yang bernanah dalam diri itu. Hm, minggu ini aku rasa macam tak mahu jumpa dengan sesiapa. Aku nak bersembunyi. Aku tidak bersedia untuk bertemu dengan siapa-siapa. Aku rasa aku tak kuat. Aku rasa yang semakin hari diri ini makin tenggelam dalam lautan rasa sendiri. Banyak kerja, tapi aku main. Banyak assignment tapi aku duduk saja layan internet. Aku menafikan perkara yang perlu aku lakukan. Aku sudah tidak lagi ke kelas 'Arudh. Petang tadi dalam kelas MPT aku langsung tak tumpukan perhatian. Fokus aku hilang langsung. Fikiranku melayang. Hanya jasad yang masih duduk dalam kelas. LOST. Petang setelah pulang daripada kelas aku paksa diri untuk menangis. Aku rindu untuk menangis. Alhamdulillah, Allah pinjamkan tangisan itu untuk aku. Aku menangis hingga lena. Hm, itu sahaja coretan

Cerita aku.

Aku mahu bebas bercerita. Aku mahu bebaskan segala kata. Lalu aku biarkan laman ini yang berbicara. Aku sudah bosan menulis dalam sebuah laman yang sudah ada pembacanya. Mungkin yang itu akan aku isikan dengan perkara lain namun aku mahu bebas bercerita di sini pula. Ya, Aku sangat suka membiarkan semua kisah aku bebas dalam  berbicara. Aku mahu melontarkan semua rasa yang aku rasa. Lalu aku menulis di sini. Kisah aku dan kehidupan aku.

puas.

petang tadi aku menangis,. Aku paksa diri menangis. Alhamdulillah, =) Rasa diri lebih ringan setelah aku luahkan segalanya sampai aku terlena.

gugur.

hati, jangan dibiar mati, Sedang jasad bernyawa lagi.

hipokrit.

hipokrit itu aku, aku hipokrit. bukan hipokrit itu bukan aku. maka yang hipokrit itu aku. aku adalah hipokrit. hipokrit. HIPOKRIT.
aku ada banyak masa lapang yang perlu aku habiskan dengan buat assignment tapi tidak satu pun yang aku sentuh. Aku sedang merasakan kekosongan yang sangat dalam diri. Kalau boleh minggu ni (minggu depan) aku tak mahu jumpa dengan sesiapa . Biarlah aku sendiri. AKU MAHU DAN PERLU BERSENDIRI.

:berikan aku tangisan:

Kirmkan aku, Sebaldi air, Mahu dibasahkan mata ini, Sudah kering.
Apabila di mahalah hati meronta mahu menulis, Tapi sampai sini semuanya kosong. Minggu depan present satu habuk belum cari.

hujan.

Hujan, Teman, kesepian.

tipu.

Kamu tipu, Aku kelu. Kamu benci, Aku sepi. Kamu diam, Aku tergamam. Kamu senyum, Aku terkulum.

sakit

ubati sakit dengan apa yang kita sakit, Ubati cinta dengan bercinta dengan yang perlu kita cinta.

dia atau aku?

Antara dua. [kredit gambar ] Asma' tunduk. Matanya tidak dapat bertentang dengan sahabatnya itu. Ternyata rasa bersalah tetap menyelubungi diri.  "Sahabat apakah aku yang tidak dapat membantu sahabatnya dalam kesusahan." Perkara yang diminta tolong mudah. Temankan Insyira ke majlis ilmu. Namun Asma' menolak. Alasannya kerana ada assignment untuk disiapkan. *** Situasi ini berlaku dalam kehidupan seharian kita. Saya dan kamu juga dia. Ada ketika kita menolak permintaan orang lain sedangkan kita mampu memenuhi permintaan sahabat kita ini. Saya sama sekali tidak akan menyalahkan sahabat itu yang pasti tahu mana lebih penting untuk dirinya. Saya sendiri juga begitu. Apabila angin saya bukan pada arah yang betul saya akan bersembunyi dalam bilik tanpa mahu bertemu dengan sesiapa. Kemudiannya pasti ada sesalan apabila ada perkara yang saya sudah terlepas pandang. Apa sangatlah dengan memenuhi permintaannya jika saya sebenarnya tiada sebarang

Bahasa Badan.

Kita boleh menipu menggunakan lisan namun bahasa badan akan sentiasa jujur. Oh, yang ini saya selalu gagal. Gagal menunjukkan ekspresi sebenar. Atau, Adakah saya yang gagal menjadi diri sendiri yang lakunya boleh dipengaruhi orang lain, Stress seketika dalam kelas bahasa Melayu kala cikgu membincangkan tentang bahasa mata. Ish, saya selalu segan melihat mata orang. Tapi orang kata kalau kita bercakap tanpa melihat mata selalunya kita tipu. Benar mungkin! Jika betul tentu kita tidak takut bertentangan mata dengan sahabat kita. Mata punya kuasa. Dari mata turun ke hati, Dari mata boleh jadi benci. Ingat tak Allah pernah kata dalam al-Quran yang pada Hari Pembalasan mulut akan ditutup dan anggota akan berbicara. Maknanya lidah kita bercabang namun anggota tidak boleh menipu. Mana ada kalau dia suka wajahnya masam. (ish, ada kot manusia seperti saya yang baru mahu belajar punya perasaan. Kadang saya suka menafikan perasaan sendiri.) Haha. Teruk sangat. Kamu, Jangan ditipu perasaan itu, Sen

jiwa kacau 2

Lena tidak menjanjikan selesai masalah, Mandi belum tentu jiwa tidak resah, Ada petua tidak terbantah! Al-Quran itu bukankah penyudah masalah!

alkisah buku bayan.

Bazar Masjid India. ( kredit gambar ) Hari Sabtu ke kelas parenting untuk pertama kali. Sudah namanya kelas parenting akhirnya hari pertama ini kami diprovok untuk berfikir tentang perkahwinan. Oh, memang semua yang ustaz cakapkan itu benar namun kata orang belum sampai seru. Kata ustaz kita ini sudah separuh usia, apanya belum kahwin. Sepatutnya setelah kamu baligh sudah fikir tentang kahwin. Masalah duit atau apa sebenarnya alasan. Bagaimana kalau kamu mati sedang tiada waris yang ditinggalkan? Bukankah boleh terputus amalan? Hm. Angguk! Diam! Okey, sengaja saya mulakan dengan kisah itu. Sebenarnya saya mahu menconteng tentang buku bayan yang sepatutnya sudah saya fotostat. Berlagaknya saya mahu beli buku yang asli namun akhirnya sampai hari ini (setelah lima minggu) saya belum miliki buku. Oh, orang lain sudah banyak belajar saya masih termemung ketika dalam kelas. Bayangkan petang ini dalam keadaan kepala masih meren sebab baru bangun tidur saya ke Jalan Masjid India yang manusiany

alkisah buku bayan.

Bazar Masjid India. ( kredit gambar ) Hari Sabtu ke kelas parenting untuk pertama kali. Sudah namanya kelas parenting akhirnya hari pertama ini kami diprovok untuk berfikir tentang perkahwinan. Oh, memang semua yang ustaz cakapkan itu benar namun kata orang belum sampai seru. Kata ustaz kita ini sudah separuh usia, apanya belum kahwin. Sepatutnya setelah kamu baligh sudah fikir tentang kahwin. Masalah duit atau apa sebenarnya alasan. Bagaimana kalau kamu mati sedang tiada waris yang ditinggalkan? Bukankah boleh terputus amalan? Hm. Angguk! Diam! Okey, sengaja saya mulakan dengan kisah itu. Sebenarnya saya mahu menconteng tentang buku bayan yang sepatutnya sudah saya fotostat. Berlagaknya saya mahu beli buku yang asli namun akhirnya sampai hari ini (setelah lima minggu) saya belum miliki buku. Oh, orang lain sudah banyak belajar saya masih termemung ketika dalam kelas. Bayangkan petang ini dalam keadaan kepala masih meren sebab baru bangun tidur saya ke Jalan Masjid India yang manusiany

Akhirnya Saya Tiba Ke Sana.

Alhamdulillah!   Friday, July 30, 2010 Warkah Kecil Buat Kak Husni Assalamualaikum, akak.. Sebelum ini saya ada menghantar e-mel kepada k.husni. Kali ini saya sengaja mahu mencoretkan pula di blog. Warkah kecil ini sekadar catatan kecil saya untuk kak husni.. Kak Husni, Sebelum saya menekan papan kekunci dengan lebih rancak dan menulis mengikut alur jemari, saya ingin rakamkan ucapan terima kasih kerana masih berada bersama-sama saya walaupun saya hanya seorang yang bukan membantu kak husni pada kadar sepatutnya. Thank you, kak husni. Saya akan selalu merindu cerita-cerita yang kak Husni sampaikan. Tidak kiralah apa, saya suka menjadi pendengar. (walaupun tidak mustahil saya cepat pula melupakannya). Maafkan saya kerana hanya menjadi pendengar dan kadang-kadang macam tidak dengar (buat-buat aje). Watak dan keperibadian kita mungkin berbeza. Tidak mustahil ada mata memandang aneh kepada persahabatan ini. Namun saya sudah biasa.

XXXX [entri contengan yang tidak perlu dibaca] XXXX

Bismillahirrahmanirrahim... buang rasa takut itu! Setiap hari saya masih bertandang ke laman ini walaupun tidak ada cerita yang dapat saya sampaikan. Memang ada ketikanya jemari saya mahu menulis, namun hati enggan bekerjasama dan akal tidak mengizinkan saya untuk bercerita. Ada perkara yang saya mahu sampaikan namun saya simpan dalam kepala.Dia dia di situ.... Perjalanan untuk semester ini masih panjang. Panjang untuk saya dan untuk orang lain. Maka, jalan yang sedia saya lalui perlu saya teruskan demi sebuah kehidupan yang perlu saya harungi. Tidak kisahlah kalau perjalanan itu tidak seperti orang lain, tidak selancar manusia itu ini, tidak sebagus sesiapa yang penting setiap manusia itu jalur hidupnya berbeda. Jangan menyesal jika apa yang kita lalui jalannya bagai jalan yang bersimpang siur sedangkan orang lain mampu bergerak ria dan senang menerima apa sahaja. Tanya hati apa yang telah saya lakukan. Saya selalu percaya yang saya akan dapat dengan apa yang saya berikan. Orang lain

.persepsi.

Subhanallah. Ada ketika saya salah memandang orang lain. Melihat luaran dengan hanya sekali pandang. Kemudian terus tercipta satu persepsi dalam diri. Kadangkala sebenarnya apa yang disangka itu bukanlah betul mengenai orang lain. Hm, selalunya ketika kita lihat orang bertudung labuh kita terus kata: " oh, ini orang baik. " Namun ketika kita lihat mereka hanya biasa kita kata: " oh, ini orang biasa. " Ketika lihat mereka berkopiah: " oh, ini ciri lelaki idaman. " Malangnya, melihat mereka bertshirt biasa bertopi terus terfikir: " tak bestlah. " Siapakah kita untuk menilai peribadi orang lain. Saya sentiasa ingat peringatan cikgu Roslimna dalam kelas bahasa Melayu. Apabila kita mahu mengajar orang jangan mengajar perkara susah sahaja namun nampakkan yang Islam mudah bukan menyusahkan. Ya. Sebenarnya saya mahu berkongsi cerita tentang persepsi ini. Berulangkali saya cuba mencoret tiada pula walau satu cerita yang dapat saya ce

Drama HANI.

ummu hani, watak utama Hani. Ada banyak sebab yang menyebabkan saya suka menonton sesebuah drama. Salah satunya sebab penulis skrip itu merupakan  seorang yang saya ikuti tulisan mereka. Seperti bias namun saya suka begitu. Jika mahu membeli buku juga saya gemar memilih buku yang saya ikuti perkembangan penulisnya. Drama HANI ini ditulis oleh Saudara Zabidi Mohamed yang mengangkat tulisan al-Quran Braille sebagai salah satu intinya. Ceritanya memang ada cinta remaja namun dosnya tidaklah sampai menjadi inti cerita. Tidaklah sampai ada cinta tiga segi yang aku suka dia, dia suka abang aku, abang aku minat adik dia.. Boleh dikatakan ia sebagai cerita masayarakat yang pada saya lebih enak ditonton. Tidak banyak konflik yang menyesakkan jiwa. Bermula dengan cerita budak seorang dan berakhir dia menjadi seorang hafizah... Oh, kita perlu lari sekejap setelah hari-hari kita menonton cerita hantu. haha. (oh, saya suka mengelak cerita hantu menjadi bahan tontonan. Seperti mengajar diri menjadi