05 December 2011

Tulisan Itu Reflek Hati.

Kamu disoal atas apa yang kamu tulis!
Orang akan menerima sesuatu yang kita sampaikan sesuai apa yang berikan. Baik niat di hati, baiklah penerimaan orang. Buruk kasad di hati-walau sedikit- pasti ada yang terluka dengan apa yang tertera di skrin atau kertas yang ditulis. Orang baik hanya tahu menulis kebaikan. Mereka menulis untuk memberi kefahaman dan berkongsi walau sekadar kisah kehiduan sehari-hari. Banyak sudah aku terbaca tulisan yang hanya bawa tema kecil namun kesannya lebih lekat di hati.

Mereka menulis daripada hati yang akhirnya jatuh ke hati. Setelah beberapa tahun menulis dan menconteng dalam blog, tentu sahaja banyak fasa yang sudah aku lalui walaupun sering sahaja aku mengulang perkara yang sama. Sesuatu yang dapat dikesan setelah membaca semula tulisan sendiri ialah, kala hati ‘sedang baik’, tulisannya ‘nampak baik’ tetapi jika hati yang walang atau terganggu dek perbuatan sendiri, tulisannya menyakitkan.

Manusia yang punya hati berubah-ubah dan diri yang sering sahaja berubah dan berubah. Percayalah, andai ada kebaikan dalam dirimu, baiklah tulisanmu. Tulisan yang baik tidak perlukan ayat berjela, cukup menulis sesuatu yang lahir daripada hati.. disampai seadanya... Insya Allah akan sampai ke hati.

Namun jika itu tulisan yang buruk?
Jadi igauan dalam mimpi apa yang telah tertulis. Kamu tidak mungkin tenang setelah menulis sesuatu yang buruk. Kita tidak boleh menulis sesuatu yang seakan-akan hanya kita akan faham, namun boleh meninggalkan impak yang buruk kepada orang lain. Pemilihan perkataan yang buruk walaupun hanya sekali dilakukan, itulah yang menjadi mimpi buruk yang bukan hanya mengganggu perjalanan hidup yang menulis. Allah. [Allah mahu mengajarkan kamu agar berhati-hati menulis!]

Teman, tulislah yang baik-baik sahaja. Dunia luar sana ramai yang dahagakan tulisan yang baik. Tulisan Hlovate [sebagai contoh] dengan bahasa yang sempoi dan mudah menghurai sesuatu yang berat dengan penyampaian yang santai. Kisah-kisah watak yang mencari erti hidup.

Erti hidup! Apakah sebenarnya yang kamu cari dengan keberadaan kamu di dunia???
Fikir-fikirlah wahai yang menulis!!!

2 comments:

Srikandi permata said...

Assalamualaikum..

satu coretan yang mendalam mksudnya..

menyedarkan pada penulis utk lebih muhasabah diri..

jazakillahu kathira.

wslm.

Lu'luah Nur Jamilah said...

Srikandi permata a.k.a Nabilah Azman,

Waalaikumussalam.
Alhamdulillah.
Lebih untuk menyedarkan diri sendiri.
Barakillah.