Skip to main content

Catatan Hati Durrah Nur Aqilah: [Catatan] Tentang Hati



Seorang gadis yang diberi nama Durrah kepenatan seharian berjalan-jalan tanpa arah tujuan. Kata orang, ketika sesak, keluar lihat orang untuk tenangkan hati. Kata Allah "Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang." Durrah sengaja menambah kesesakan hati dengan keluar ke tempat ramai orang walaupun dia tahu, semuanya menambah sesak dalam kepala. Lari daripada sesuatu dan pergi kepada sesuatu yang lain bukan amalan yang baik. Durrah berdegil, ambil bas, dan sendirian menyusur sepanjang jalan tidak bernama.
Perlbagai kelukaan dapat dilihat. Luka luar dan wajah-wajah luka. Dibandingkan pengalaman sehariannya, hanya satu titik daripada banyak titik yang dilalui orang lain. Hanya dia terlalu mengikut kata hati yang kelabu dan kadang suram sesuramnya. Manakan tidak, ketika hati resah, ditambah dengan berjalan di tengah ramai orang. Nyata akhirnya hati makin merah berdarah..




Durrah terfikir. Sampai bila dibiar hati yang tidak seputih air bersih itu penuh kelodak. Sampai bilakah akan lari daripada semua persoalan hidup. Merindukan sebatang jasad namun tidak pernah mahu membuang ego untuk menyambungkan tali yang hampir terputus. Menangis dalam diam mengingat sekujur wajah dan hanya tersipu-sipu ketika bertentangan. Melihat daripada jauh dan menyembunyi wajah kala berdekatan. Kata seseorang, "Macam bercinta pula kamu." Kata seseorang lagi: "apakah sebenarnya yang terjadi?" Jawapan yang ada dalam diri saya, saya menyayanginya namun saya tidak mahu terus dan terus melukakan orang yang saya sayangi itu. Walaupun saya tahu bukan caranya saya menulis lewat blog ini, saya mahu nyatakan yang saya sayangkan hubungan yang terjalin lebih tiga tahun itu, namun sekiranya berjauhan menyebabkan keadaan tidak menjadi lebih buruk dan tidak melukakan, saya lebih rela keadaan berlanjutan begini... Begini...



Saya pasti, dengan izin Allah walaupun berjauhan hati itu sebenarnya masih satu. Perasaan masih sama dan tidak berubah. Saya perlu membebaskan semuanya. Saya perlu melepaskan semua orang bahagia dan saya bahagia melihat orang bahagia. Walaupun wajah yang sama selalu muncul dalam mimpi dengan bermacam-macam situasi. Kadang daripada jauh, kadang berbicara, kadang pandangan mata yang dekat dan bercerita... saya bahagia walau hanya pertemuannya dalam mimpi. Bukankah itu tidak menyakitkan? Berapa banyak jiwa yang sudah saya lukakan kerana perbuatan diri ini, dan saya tidak mahu menambah jiwa yang terluka dengan apa yang berlaku. Cukuplah! Cukuplah jiwa-jiwa itu terasa dengan segala yang berlaku... Saya akan bebaskan semuanya.. (dapatkah)... Biarlah saya hantarkan khabar dan sayang daripada jauh..



Comments

muSafir said…
Gambar bercerita? =)
Anonymous said…
melihat keindahan alam lebih tenang menenangkan jiwa.
jamilah said…
:) Memang tidak terbanding keindahan alam dengan melihat suasana kota,

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub