Skip to main content

Durrah Nur Aqilah: Allah, terima kasih.


Aku belajar sesuatu. Kala rasa sedih menghambat diri, belajarlah untuk memberi. Cukup hanya sebutir gula-gula, hati sudah ria melihat senyum pada wajah sahabat. Ketika air mata seakan mahu luruh kerana sesuatu hal, usapkan ia dengan mengingat yang baik-baik. Mendoakan yang baik-baik daripada kejauhan. Apabila diri tidak kuat untuk mendekati...

Ya Allah, apa sahaja yang Kau berikan untuk aku tidaklah seperti yang dilalui mereka.

Mereka yang masih tabah melalui hidup. Sungguh tersentak mendengar perkhabaran semalam. Tentang seseorang yang lama tidak aku dengar khabarnya. Dia sedang diuji, sedang aku tidak tahu cara manakah untuk membantunya. Maafkan aku, teman. Hanya doa yang dapat aku hantar agar kamu kuat dan tabah melalui semuanya. Sungguh apa yang kamu lalui berat. Berat yang melihat, apatah lagi kamu yang menghadapi.

Ya Allah, kuatkan kami semua dengan ujian yang sedang kami lalui. Semoga ianya dapat menghapuskan dosa. Semoga ianya menguatkan pergantungan kami kepada-Mu, ya Allah. Ketika aku merasa susah dengan poket yang secukupnya, rupa-rupanya ada sahabatku yang makannya tidak cukup untuk menampung pelajaran. Menahan kesakitan kerana makan makanan yang tidak berkhasiat. Tidak punya belanja yang cukup untuk belanja pelajaran.

Aku tahu rasa itu. Bagaimana aku mahu membantumu, sahabat? Sedang aku juga mencari kecukupan untuk diri sendiri. Maafkan aku.

Kesediaanmu untuk menceritakan itu sudah sesuatu yang sangat bertuah untuk aku. Membuatkan aku rasa bersyukur dan bertuah bahawa aku masih kecukupan. Apa yang aku ada masih cukup untuk meneruskan hari. Masih ada yang lagi susah berbanding diri aku.

“Apabila kita masih ada makanan untuk hari ini dan esoknya kita masih kaya”. Ini petikan dalam Ketika Cinta Bertasbih Edisi Spesial Ramadhan tahun lalu yang aku tonton. Kata-kata itu kena pada diri. Bahawa aku masih kaya kerana aku masih ada kecukupan. Apa yang aku ada masih cukup untuk makan. Aku kena belajar bersyukur. Bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah berikan.

Apalah sangat jika dibandingkan dengan ujianmu kepada sahabat-sahabatku yang lain. Aku kena bersyukur. Positif dan mengharap pada yang satu. Malu juga aku. Malu kerana aku banyak menyusahkan ramai orang dengan ulahku. Aku mahu positif. Aku mahu jadi orang kuat. Aku mahu jadi seorang Ibtisam Husna, ya Allah...Ibtisam Husna yang pandai bersyukur dengan banyak nikmat yang diterima dalam kehidupan sehari-hari.

Jadikan aku hamba yang bersyukur, ya Allah. Terima kasih atas segala-galanya...

>>>Ibtisam Husna.<<<

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub