31 October 2011

kembali.

Tulisan itu kembali meronta untuk bersuara,
Lalu, aku gerakkan kembali jemari pada papan kekunci ini.

Ya Allah,
terima kasih atas teguranmu dengan apa yang berlaku,
Tersedar bahayanya menulis dengan penuh emosi tidak terurus.

Kak Husni,
Terima kasih!

Hati selagi mana tidak lurus ia, maka tidak luruslah tulisannya...
Insya Allah, akan kucuba meneutralkan perasaan dalam penulisan,
Berkongsi seputar pelajaran berharga yang dicerita lecturer saban hari...

Amin..
Ya Allah luruskan lidahkan -penulisanku- 


25 October 2011

Zuhayr ibn Abi Sulma

  • Zuhayr ibn Abī Sulmā,
  • Dilahirkan c. 520—died c. 609,
  • Berasal dari Najd region, Arabia),
  • Salah seorang penyair hebat dalam zaman Jahili
  • Salah seorang penyair dalam muallaqat sab'ah (penyair yang syairnya digantung di Kaabah)

  • Zuhayr berasal dari Kabilah Muzaynahtetapi tinggal daam kalangan Ghaṭafān.
  • Bapanya seorang penyair,
  • Kakak isteri pertamanya seorang penyair,
  • Dua orang anak lelakinya juga penyair.
  • Salah seorang anaknya, Kaʿb,terkenal dengan syair yang dibacakan kepada Nabi Muhammad,yang menjadi tanda pengislamannya.

Contoh petikan daripada muallaqat Zuhayr bin Abi Sulma: 

سئمت تكـاليـف الـحياة ومن يعش ثـمانين حولا- لا أبا لك – يسـأم
وأعـلم مـا في اليوم والأمـس قبلـه ولكنني عن علم ما في غـد عـم
ومـن هـاب أسبـاب المـنايـا ينلـنه ولـو نـال أسباب السـماء بسلــم
ومن يجعل المعروف في غير أهله يـعــد حـمـده ذمـا عــليه فيـندم
ومهما تكن عند امرئ من خـليقة ولو خالها تخفى على الناس تعلم
لأن لـسان الـمـرء مـفـتـاح قــلـبه إذا هو أبدى مـا يـقول من الـفـم
لسان الفتى نصف و نصف فؤاده ولم يبق إلا صـورة اللحـم والدم

Aku telah letih merasakan beban kehidupan
Sungguh aku letih setelah hidup delapan puluh tahun ini
Aku tahu apa yang baru saja terjadi dan kemarin hari
Namun terhadap masa depan sungguh aku buta
Barang siapa yang lari dari kematian sungguh akan menemuinya
Walau ia panjat langit dengan tangganya
Barang siapa yang memuji orang yang tak pantas dipuji
Maka esok hari pujiannya itu akan disesali
Seorang manusia tentu memiliki tabiat tertentu
Walau ia sangka tertutupi pasti orang lain akan mengetahui
Itu karena lidah seseorang adalah kunci hatinya
Lidahnyalah yang menyingkap semua rahasia
Lidah itu adalah setengah pribadi manusia dan setengahnya lagi adalah hati
Tidak ada selain itu kecuali daging dan darah saja

(sumber: di sini )

24 October 2011

Durrah Nur Aqilah: Allah, terima kasih.


Aku belajar sesuatu. Kala rasa sedih menghambat diri, belajarlah untuk memberi. Cukup hanya sebutir gula-gula, hati sudah ria melihat senyum pada wajah sahabat. Ketika air mata seakan mahu luruh kerana sesuatu hal, usapkan ia dengan mengingat yang baik-baik. Mendoakan yang baik-baik daripada kejauhan. Apabila diri tidak kuat untuk mendekati...

Ya Allah, apa sahaja yang Kau berikan untuk aku tidaklah seperti yang dilalui mereka.

Mereka yang masih tabah melalui hidup. Sungguh tersentak mendengar perkhabaran semalam. Tentang seseorang yang lama tidak aku dengar khabarnya. Dia sedang diuji, sedang aku tidak tahu cara manakah untuk membantunya. Maafkan aku, teman. Hanya doa yang dapat aku hantar agar kamu kuat dan tabah melalui semuanya. Sungguh apa yang kamu lalui berat. Berat yang melihat, apatah lagi kamu yang menghadapi.

Ya Allah, kuatkan kami semua dengan ujian yang sedang kami lalui. Semoga ianya dapat menghapuskan dosa. Semoga ianya menguatkan pergantungan kami kepada-Mu, ya Allah. Ketika aku merasa susah dengan poket yang secukupnya, rupa-rupanya ada sahabatku yang makannya tidak cukup untuk menampung pelajaran. Menahan kesakitan kerana makan makanan yang tidak berkhasiat. Tidak punya belanja yang cukup untuk belanja pelajaran.

Aku tahu rasa itu. Bagaimana aku mahu membantumu, sahabat? Sedang aku juga mencari kecukupan untuk diri sendiri. Maafkan aku.

Kesediaanmu untuk menceritakan itu sudah sesuatu yang sangat bertuah untuk aku. Membuatkan aku rasa bersyukur dan bertuah bahawa aku masih kecukupan. Apa yang aku ada masih cukup untuk meneruskan hari. Masih ada yang lagi susah berbanding diri aku.

“Apabila kita masih ada makanan untuk hari ini dan esoknya kita masih kaya”. Ini petikan dalam Ketika Cinta Bertasbih Edisi Spesial Ramadhan tahun lalu yang aku tonton. Kata-kata itu kena pada diri. Bahawa aku masih kaya kerana aku masih ada kecukupan. Apa yang aku ada masih cukup untuk makan. Aku kena belajar bersyukur. Bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah berikan.

Apalah sangat jika dibandingkan dengan ujianmu kepada sahabat-sahabatku yang lain. Aku kena bersyukur. Positif dan mengharap pada yang satu. Malu juga aku. Malu kerana aku banyak menyusahkan ramai orang dengan ulahku. Aku mahu positif. Aku mahu jadi orang kuat. Aku mahu jadi seorang Ibtisam Husna, ya Allah...Ibtisam Husna yang pandai bersyukur dengan banyak nikmat yang diterima dalam kehidupan sehari-hari.

Jadikan aku hamba yang bersyukur, ya Allah. Terima kasih atas segala-galanya...

>>>Ibtisam Husna.<<<

Imtiyaz Huda & Durrah Nur Aqilah: Ajarkan aku untuk Memberi.

Apa itu makna memberi?
“Imtiyaz Huda, melamun, ya?” Durrah menegur teman sekamar. Di tangannya ada sepiring epal yang sudah dipotong kecil-kecil. Buat dimakan bersama.

Minggu ini hanya tinggal mereka berdua. Jamilah Mohd Norddin, Lu’luah Nur Jamilah dan Ibtisam Husna sibuk dengan kerja sendiri. Pulang ke kampung, ziarah sahabat di luar kampus dan menyiapkan kerja yang bertimbun menanti untuk dibereskan. Seorang manusia itu kan kerjanya tidak bisa selesai?

“Durrah ... Ayuh, duduk di sini.” Imtiyaz Huda melapangkan katil yang berselerak dengan kitab-kitab tafsir yang digunakan untuk menyiapkan kerja khusus Ulum al-Quran yang perlu dihantar Isnin ini. Ada tafsir yang ditulis al-Qurthubi, al-Khazin, Syed Qutb, al-Alusi dan beberapa Pentafsir al-Quran lagi.

“Maaflah, tempat saya sedikit serabut.” Imtiyaz menyambung bicara.

“Imtiyaz, Imtiyaz... Ini baru namanya buat kerja. Puas tengok dah macam rumah kena pecah.” Durrah membalas dengan seloroh.

“Anyway, ada apa dengan matamu? Nampak merah... masih berair... sembap. Tentu bukan sebab kerja kursus yang bisa kamu siapkan ini, kan?”

“Allah uji sebab Allah sayangkan kita, kan Durrah?”

Durrah angguk. Dalam hati ada satu rasa tidak enak. Imtiyaz yang suka ketawa. Imtiyaz yang menceriakan kamar yang diberi nama “Qamar Satu Hati” itu.

Durrah pandang papan nota di ruang kamar Imtiyaz Huda. Terconteng beberapa kata.

“I love Nahu.”

“I love Jahili”

“I love Translation.”

“I love fotografi.”

“I love ulum al-Quran”

“I love Rhetoric al-Quran dan Hadith”

“Selepas 1 kemudahan ada 2 kemudahan.”

“ SATU langkah kamu dekati Allah, SERIBU langkah Allah mendekatimu.”

“No more crying.”

‘Ini kes berat. Bukan Imtiyaz yang suka menconteng papan notanya dengan kata yang membangkitkan semangat melainkan dia sedang down.’ Durrah Nur Aqilah membaca satu demi satu kata yang terconteng.

“Durrah, apa yang kamu baca? Malu saya. Itu hanya kata-kata untuk diri sendiri.” Imtiyaz tersenyum. Tawar. Imtiyaz Huda menyambung bicara.

“Durrah, ajarkan Huda untuk ikhlas. Ajarkan Huda untuk redha. Ajarkan Huda untuk menerima. Ajarkan Huda untuk berkongsi...” Serentak kata-kata itu ada air yang turun daripada dua mata Imtiyaz Huda.

“Imtiyaz ...” Terkaku Durrah. Dua belah tangan mencapai bahu Imtiyaz Huda. Dipeluknya erat. Nasihat bagaimana dapat diberikan untuk menenangkan sahabatnya ini? Sedangkan diri sendiri masih terumbang ambing, mahu diberikan kata bagaimana menenangkan Imtiyaz Huda.

“Semalam... Huda dapat berita tentang seorang teman yang jauh di mata. Dia dalam kesusahan. Makannya tidak cukup. Wangnya tidak dapat untuk menampung pengajian. Kepalanya sering sakit kerana makanan yang tidak berkhasiat. Allah... Keluarganya juga perlukan perhatian. Ayahnya sakit, neneknya terlantar di hospital. Dia tidak punya pinjaman pengajian... Bagaimana saya mahu bantu dia?”

“Imtiyaz ... ” Terdiam lagi Durrah. Difikirkan Imtiyaz Huda memikirkan masalah sendiri. Rupa-rupanya perihal sahabatnya nun jauh di mata yang buat dia termenung panjang dan matanya basah.
Imtiyaz menerus kata.

“Saya sendiri kamu tahu baru lepas buat masalah dengan diri sendiri. Tidak fikirkan diri hingga abaikan pelajaran yang menyebabkan saya digantung pinjaman pengajian. Saya sendiri cuba untuk mengurus wang untuk digunakan menampung pengajian. Saya sendiri sudah malu untuk meminjam. Bagaimana saya mahu menolongnya dalam situasi saya sendiri meminta wang kepada keluarga?”

“Huda, kamu sangat baik ... Daripada kejauhan, doakanlah dia menemui jalan keluar.” Durrah hilang bicara untuk membalas.

“Durrah, mana boleh saya duduk perhati daripada jauh. Dia sudah banyak bantu saya ketika susah. Giliran dia menghadapi ujian, mana mungkin saya biarkan dia sendiri. Itu namanya terlalu pentingkan diri.” Imtiyaz Huda memandang dalam-dalam mata Durrah Nur Aqilah. Memohon sebuah kefahaman.

“Kamu tanyakan kepada teman rapatmu yang lain? Kita akan kumpulkan dana untuk membantu sahabatmu itu. Saya, Jamilah, Lu’luah, Ibtisam .. Kami akan membantumu meringankan bebannya. ”

“Terima kasih, Durrah. Awak ceritakan pada mereka. Saya sudah malu kerana sudah sering meminta pertolongan dengan mereka. Mereka baik. Saya sudah segan. Anggapkan saya meminjam dengan mereka, nanti saya bayarkan semula.”

“Huda ... no. No. No. ” Apa gunanya teman dalam kesusahan sahabat-sahabatmu ini hanya mendiamkan diri. Jamilah, Lu’luah dan Ibtisam itu kan punya kewangan yang lebih mantap.

“Durrah ... Saya sayang kalian! Saya sayang kamu semua! Maafkan saya banyak susahkan kalian. Dengan perangai saya lepas-lepas. Dengan keras kepala saya. Dengan diamnya saya. Saya sebenarnya sudah malu untuk sering susahkan kalian.”

“Hidup ini tidak sendiri. Apabila kita memberi, rasa bahagia akan menyerap dalam diri. Melihat orang senyum dengan apa yang kita beri, kita yang terlebih bahagia.”

“Absolutely, my friend!!! Berikan aku nasihat lagi, teman!” Imtiyaz Huda sudah kembali senyum. Kata-kata yang baik itun ubat untuk hati. Benarkan kesedihan berlalu. Jangan selalu dibiar menghuni dalam diri. Kelak, tinggal kesan buruk dalam hati. Hilangkan apa yang dihafal dan memakan diri.

“Huda, belajarlah untuk memberi. Walau hanya sebutir gula-gula, sudah cukup membuat riang dalam diri. Kamu lihat senyuman temanmu, kamu akan jadi bahagia. Kamu akan rasa bahagia. Belajarlah untuk berkongsi agar kamu akan disenangi. Usah terlalu kedekut walau apa sahaja. Masalah sekalipun. Lantaran kelak andai katamu sahaja tidak mahu menyusahkan temanmu, sebenarnya kamu membuatkan dia bimbang dan risau. Cuba bayangkan, kamu tiada duit, kamu diam. Kamu tidak makan, lalu kamu jatuh sakit. Siapakah yang susah? Bukankah kami temanmu ... Apatah lagi keluargamu... Belajarlah untuk berkongsi, temanku.. Imtiyaz Huda... Apa sahaja yang perlu dikongsi.”

“Durrahhhhh ...” Imtiyaz Huda memleluk Durrah Nur Aqilah seeratnya. Teman, yang adanya bukan hanya kala senang namun di sisi ketika payah. Tidak mudah dicari teman sebegitu.

21 October 2011

Imtiyaz Huda: Apa Adanya.


..bagi mereka-mereka yang terus berbagi apa sahaja pada orang lain,
bukankah itu satu kebaikan.
Disebarkan bahagia buat semua,
Diberikan gembira seantero dunia,
Walau diri apa adanya.
Bukan itu yang dikira...

Melihat daripada jendela terbuka,
Dunia luas tanpa hujungnya,
Sedang terperuk dijeruk rasa.

Usah!
Bangkitlah!
Sedarlah!

Yang mimpi sudah realiti jadinya.
Igau itulah yang sedang kau laluinya,
Bayangan bukan ilusi cuma.

*Imtiyaz Huda*

20 October 2011

Durrah Nur Aqilah: Kesabaran itu Belum Teruji.

"Kesabaran kamu belumlah teruji kala kamu memperkatakan tentang kesabaran atau kamu menuliskannya di kertas.Namun kesabaran itu diuji ketika kamu menghadapi situasi."


Entah di mana Durrah terbaca akan petikan ini. Hanya ingat maknanya dan Durrah abadikan di sini. Kata-kata ini sering sahaja terlantun dalam diri Durrah minggu ini.

Mengingatkan diri untuk bersabar dan terus bersabar dengan diri sendiri. Durrah tahu, ketakutan yang ada dalam diri Durrah tidak akan hilang selagi Durrah yang tidak menghalaunya pergi. Ketika Durrah hanya mengikut ketakutan itu dan melayannya, kekuatan diri Durrah sendiri yang hilang.

Selama ini Durrah lari. Tiga tahun Durrah di Taman Ilmu dna Budi dengan mengikut kata hati. Peristiwa yang terjadi semester lepas sungguh tinggalkan kesan di hati. Kesan kepada pelajaran hari ini. Kesan kepada diri Durrah sendiri. Durrah masih mencuba. Cuba menghadapi kenyataan walaupun payah. Cuba melawan diri sendiri meski bukan senang.

Durrah tidak akan tahu selagi Durrah hanya duduk diam di situ. Di takuk itu.

Sedikit. Ya, masih banyak kurangnya diri Durrah. Seorang Durrah Nur Aqilah. Seorang yang kurang sensitif kepada persekitaran dan semua dan pentingkan diri sendiri.

Kawan, jangan seperti Durrah. Jadilah pohon yang sentiasa memberi buah yang manis atau yang meneduhkan orang.


Memang hari demi hari, minggu demi minggu terasa cepat benar berlalu. Hingga rupanya sudah tujuh minggu berada di taman Ilmu dan Budi. Sudah tujuh minggu tidak pulang ke rumah. Sudah enam minggu menghadap pelajaran.

Ya Allah, ikhlaskanlah hati Durrah untuk melalui semuanya. Tadi, gara-gara hati yang berat untuk ke kelas, mengantuknya tidak terkata. Kemudian, terlantun dalam diri: "hm, aku tidak ikhlas. Bagaimana nak dapat ilmu, itu yang mengantuk dalam kelas. Tidak langsung fokus."

Keikhlasan yang dicari memang tidak nampak namun pasti terzahir juga. Orang yang baik akan sentiasa diingati. Orang yang tidak jujur hidupnya tidak beri manfaat kepada orang lain.

Sungguh.

Benar. Sesungguhnya kesabaranku belumlah teruji...

~Durrah Nur Aqilah.~

17 October 2011

Ila Husna



Petang tadi, semak e-mel.
Kata editor, tajuk untuk novel sudah ada.
Nama penulis bukan Jamilah Mohd Norddin.
Tajuk novel bukan Tekad...

Doakan perjalanan novel remaja nan satu yang saya tuliskan ini diterbitkan.
Dengan tajuk "friends forever
Penulisnya 'Ila Husna.'

Sebab namanya saya tidak tahu....
Saya yang pilih secara spontan.
:)





Tengok ada nama Ila Husna kelak.
Itulah Jamilah Mohd Norddin a.k.a Lu'luah Nur Jamilah.



Doakan semuanya lancar..

Penulis 2011.
Amin.


~Jamilah Mohd Norddin~

Drrah Nur Aqilah: Imtiyaz Huda: Catatan Untuk Teman....

Buatmu yang bernama teman, sahabat, kawan,
Terima kasih tidak berhenti mendoakan yang terbaik buat diriku.
Terima kasih mendoakan agar aku berubah.
Terima kasih mendoakan kekuatan aku.

Terima kasih setia melayan setiap kerenah tidak boleh diterima aku.
Terima kasih menjadi sahabatku.

Aku tiada kata untuk diungkap atas pertemuan yang Allah aturkan ini.
Allah sudah susun yang terbaik.
Dahulu aku tidak mengenal apa itu erti memberi,
Aku cuba memberi apa aku mampu...
Dahulu aku tidak pandai senyum,
Aku cuba ukir senyum walau kadang tidak jadi.

Allah temukan kita bukan sengaja, kan?
Hanya aku yang tidak belajar dan berubah.
Masih diri yang pentingkan hal sendiri.

Malu aku dengan kalian,
Yang banyak menolong dan membantu...


Allah,
Terima kasih temukan aku dengan sahabat yang baik.

.....Jika mahu lihat dirimu, lihatlah dengan siapa kamu bersahabat...

Allah.
Ajari aku untuk sayangi diri sendiri,
Agar dapat aku menyayangi orang lain.

16 October 2011

Jamilah Mohd Norddin: Tidak Sampai.

Tulislah! Walau hanya satu ayat.
Jika orang yang mengenal saya, akan bertanya. "Masih menuliskah sekarang?" Jawab saya, sudah tidak menulis. Apa-apa sahaja. Saya tidak lagi menulis puisi, apatah lagi cerpen. Menunggu novel yang ditulis bertahun lalu yang akan diterbitkan -insya Allah- mungkin tulisan saya yang terakhir diterbitkan.

Kenapa tidak menulis?
Saya suka menghadiri bengkel penulisan. Saya suka dengar orang bicara tentang penulisan. Saya gemar galakkan orang menulis dan terbitkan apa yang mereka tulis. Di blog, di facebook, di majalah, di mana-mana sahaja. Tulisan itu boleh menyampaikan apa yang mahu dibicara.

Saya mahu menulis. Ada bermacam perkara yang perlu ditulis, semuanya mati dengan satu kata. "Aku tidak buat apa yang aku tulis." Akhirnya semua terhenti. Okey, itu hanya alasan. Saya boleh reka seribu macam alasan kenapa saya tidak menulis. Saya boleh cipta banyak alasan untuk tidak terus menulis.Saya ada banyak alasan berhenti menulis.

 Hari ini saya boleh lihat perkembangan buku Islami macam rumput yang tumbuh lepas hujan. Hijau. Segar. Banyak. Saya hargai. Saya suka lihat banyaknya buku yang dilabelkan sebagai buku Islami. Dalam hati mengucap syukur dengan kesedaran para penulis yang mahu menulis dan berkongsi kefahaman mereka tentang Islam.


Ada sesuatu yang saya takut.

Apabila banyak yang saya lihat, kisah cinta yang dilabelkan sebagai cinta islami atau satu masa dahulu kita mendengar tentang cinta enta enti. Apabila sebenarnya seolah yang mahu disampai akan kisah cinta itu... pengajaran bukan menjadi inti cerita. Yang dilihat pada watak hero heroin... Pada perwatakan hero-heroin dan watak dalam cerita... pada wajah yang cantik. pada sesuatu yang komersial... Sedangkan yang perlu diberikan kepada pembaca ialah kefahaman. Walaupun tentang sekecil perkara, apabila dibaca akan ada kesan dan diri yang membaca.

Setiap kata punya makna.

Fiksyen atau fakta.

Baik. Saya boleh menulis panjang-panjang alasan pengunduran saya daripada dunia penulisan. Saya tidak lagi menghantar karya ke majalah sebagaimana yang saya lakukan satu masa dahulu.

Saya takut.

Saya takut tulisan makan diri saya sendiri.

Tulisan yang hadir daripada hujung jari dan bukannya lahir daripada hati. Dengan ilmu yang cetek, dengan kefahaman yang rendah, dengan diri yang tidak berada dalam dunia tarbiyah, saya menjadi takut untuk menulis. Takut dengan bayang sendiri.

Saya bisa menulis di sini, di blog ini, akan pengalaman, sedikit perkongsian. Saya masih mengetik papan kekunci, menulis diari, semuanya untuk peribadi. Saya takut untuk menulis lebih.

Kata Fatimah Syarha: Saya mahu tulisan saya sentuh walaupun hanya satu hati.

Akak, bagaimana tulisan saya akan menyentuh hati orang lain, apabila hati saya sendiri kotor. Antara tanda hati kotor itu,apabila 40 hari tidak ke majlis ilmu, apabila sedih yang melampau.....

Saya bagaimana? Hati saya sering dilarikan daripada majlis ilmu. Lalu, saya sangat takut tulisan saya jadi fitnah. Fitnah kepada diri saya sendiri.



Lalu, sebenarnya saya rasakan tulisan saya tidak akan sampai kepada orang lain selagi hati saya yang satu itu tidak dicuci.. Hati nan suram dan kelam.

Kepada yang sudah menulis, yang mula menulis, teruskan menulis dan jangan sekali-kali berhenti... Tulislah sesuatu daripada hatimu. Tulislah sesuatu yang dapat dikongsi dan jadi amal sesudah kamu mati.

Tulislah wahai yang menulis.

Semoga sampai apa yang kalian sampaikan, bukan hanya jadi tulisan.

~Jamilah Mohd Norddin~
IIUM.

13 October 2011

Singgah Sebentar..

Singgah seketika sebelum menyambung kelas malam ini. Kelas fotografi untuk sesi kedua. Untuk minggu lepas, menuju Mid Valley yang tidak pernah aku jejaki untuk tandatangan kehadiran. Terima kasih Kak Husni temankan saya.

Hari Selasa dan Khamis aku tunggu untuk segera berakhir.. Empat kelas pada hari Selasa dan lima kelas pada hari Khamis. Ia tidak banyak namun cukuplah untuk aku yang mengambil sedikit cuma subjek bagi setiap semester. Memang banyak rehat daripada buat kerja dan masuk kelas dengar ustazah cakap..

Berulang-ulang. Insya Allah setiapnya ada sesuatu yang diambil.

tadi belajar syair jahili. Rasa zuuqnya apabila ustazah terangkan satu demi satu bait syair lengkap dengan peneranganya. Baru tahu apa sebenarnya makna di sebalik baris kata syair Imru Qais itu.. Sebelum ini hanya belajar matannya tanpa langsung tahu maksudnya... Syair jahili penuh dengan majazi, balaghi dan macam-macam yang perlukan fikiran kritikal dan mendalam untuk memahaminya. Lantaran kita bukanlah hidup pada zaman itu.

Subhanallah..

Teringat pula pernah ustaz Adli, pensyarah Rhetoric al-Quran dan Hadith bercerita bahawa orang Quraisy sudah diberikan persediaan yang cukup sebelum turunnya al-Quran. Kita tahu bahawa masyarakat Jahili terkenal dengan bahasa yang tinggi dan penuh sastera. Jadi, apabila Allah datangkan al-Quran, memang buat mereka terkedu! Allah berikan sesuatu yang melebih apa yang mereka ada.

Subhanallah..

Banyak kisah yang aku dapat sepanjang kelas... Hari demi hari walaupun yang banyaknya mendengar cerita, banyak yang dapat dikutip... Ada kesempatan aku menulis lagi di sini..

Sekian buat kali ini...

10 October 2011

Serumpun Bertemu


Alhamdulillah. Bertemu Kang Abik, Asma Nadia, Helvy Tiana Rossa dan Fatimah Syarha dalam acara SERUMPUN yang dianjurkan SRC IIUM sempena Convest. Mengecas semangat mungkin??? Sedikit coretan-coretan seputar SERUMPUN...

Kata Kang Abik,

  • Menurut Syeikh Dr Khalid Hindawi: "SATU filem islami sama nilainya SERIBU buku Islami."
  • Rahsia menulis itu 3M : "Menulis, menulis, dan menulis terus."
  • Tiada ertinya mengikiuti seribu kelas menulis daripada professor terbaik jika anda tidak menulis.
  • Idea itu seperti ikan di lautan. Penulis pula seperti nelayan. Hanya ada dua jenis nelayan: Nelayan yang malas dan nelayan yang kreatif. Nelayan malas hanya duduk di tepi pantai menunggu ikan, tetapi nelayan yang rajin menggunakan bermacam cara untuk menangkap ikan.
  • Islam itu indah! Beruntunglah kita berada di dalamnya.
Alwi al-Attas.
  • Learning by doing!
  • Kita boleh dapatkan idea yang kuat dengan berfikir, mengamat sesuatu dan mengolahnya.
  • Idea yang baik perlu diolah dengan kata-kata yang baik.
Asma Nadia.
  • Start writing with your heart
  • Tidak ada orang malas, hanya ada orang yang tidak termotivasi.
  • Jangan lupakan dendam, kisah sedih dan semua kejadian masa lalu, namun itulah semangat untuk terus melangkah ke depan.
Helvy Tiana Rossa
  • You are what you write.
  • Target 1 buku sebelum mati. (beliau target bilangan buku melebihi usia)
  • Menulis itu ibadah/jihad
  • Menulis dari hati.
  • Menulis dengan wawasan
  • Menulis dengan kesedaran tentang adanya balasan.
  • Menggerakkan persekitaran untuk menulis.
  • Hidupmu adalah sejarah dan karyamu adalah hal yang mempertahankannya.
Fatimah Syarha.
  • Sediakan dirimu dengan al-Quran dan Sunnah sebelum menulis.
  • Tulis untuk berkongsi cinta.
  • Tulis dengan niat untuk sentuh walau hanya satu hati.

##moto malam itu: SATU BUKU SEBELUM MATI.

*banyak sangat perkongsian yang dicakap para tetamu, namun banyak yang telah terbang apabila tidak diikat dengan tulisan. Kepada Nor Hazlina Fisol, inilah sedikit sebanyak perkongsiannya.. 

07 October 2011

Replacement


Allah  beri satu kesusahan yang diganti dengan dua atau lebih kemudahan.
Percayalah!
Lihat apa terjadi semalam,
kemudian,
Renung gantinya yang kamu peroleh hari ini.

04 October 2011

Durrah Nur Aqilah: Lagi...

Lama Durrah tidak menumpang bicara di sini. Permulaan minggu baru, minggu keempat semester baru, Durrah mahu nukilkan sesuatu.

Lagi....
Lagi banyak yang kamu beri, lagi banyak dapat.
Lagi banyak yang kamu baca, lagi banyak yang kamu belajar.
Lagi banyak kamu bersahabat, lagi banyak pengalaman kamu dapat.
Lagi banyak kamu hadiri majlis ilmu, lagi banyak kamu rasa perlu ditambah ilmu,
Lagi dekat kamu dengan keluarga, lagi kamu rasa mereka sangat sayangkan kamu,
Lagi dekat kamu dengan seseorang lagi banyak pengalaman kamu timba,
Lagi kamu berkongsi, lagi banyak bahagia di hati,
Lagi banyak senyuman kamu beri, lagi bertambah mekar di wajah,
Lagi ikhlas kamu dengan sesuatu, lagi kamu seronok melakukannya.


Lagi kamu sombong, larilah semua daripada dirimu,
Lagi kamu diamkan diri, makin tidak mengerti orang akan perihal dirimu,
Lagi kamu berbuat dosa, lagi gelap hati,
Lagi kamu belajar hanya untuk imtihan, lagi kamu cepat bosan,
Lagi kamu pendam perasaan lagi bernanah,
Lagi kamu buat tanpa hati, lagi sakit jiwa,
Lagi kamu tidak ubati sakit jiwa, lagi merana kehidupan sini dan Sana,
Lagi kamu tidak bersyukur....
Bagaimanakah akan ditambah nikmat atas dirimu...

Diri,
belajarlah untuk bersyukur.

03 October 2011

Redup Sore Sabtu Itu...

Kredit gambar: jc club iium

Permulaan Oktober. Paginya hanya berehat tanpa melakukan apa-apa. Duduk diam sampai menghadap laptop walaupun tidaklah sampai bengkak mata. Minggu lepas, saya mendaftar untuk menyertai creative writing workshop yang disampaikan oleh Dr Farhan Hadi dan Ustazah Fatimah Syarha. Mereka ini pasangan novelis walaupun punya kerjaya masing-masing.

Saya mula perjalanan dengan penuh debaran. Mungkin tiada kawan bersama di sini, namun seperti biasa apabila saya kata SAYA MAHU, pedulikan seorang diri pun saya redah. Mahu tarik diri, sudah dibayar RM15. Alhamdulillah, berbaloi-baloi walaupun pulangnya tidaklah saya terus buka laptop dan menulis.

Perbaharui semangat dalam diri mungkin yang sudah terasa sesak melihat manuskrip yang tidak diperbaharui.

Sebelum saya kongsikan pengisian yang disampaikan oleh dua orang panel ini, marilah kita berkenalan dengan pasangan ini...

Kredit gambar: blog fatimah syarha

Nama Penuh: FATIMAH SYARHA BINTI HJ. MOHD NOORDIN (BA (hons) UIA, MA. UIA)
Tarikh Lahir:17 Oktober 1984
Tempat Lahir:  Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu.
Pendidikan:  graduan UIAM, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, pengkhususan dalam Fiqh dan Psikologi. ------------------Kemudian mengambil Ijazah Bacaan al-Quran bersanad dan Daurah Bahasa Arab di Universiti Syeikh Ahmad Kiftaro, Damsyiq, Syria. Kelulusan ‘Master’ di UIAM dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh.
Pengalaman : Peer Tutor di UIAM, Naqibah Study Circle UIAM, Fasilitator Pro-CAST Consultancy Sdn. Bhd, Ketua Pengarah Kumpulan Panel Editor UIAM, Ustazah di Sekolah Rendah Ibn Kathir, Gombak, Eksekutif Komunikasi Korporat di Kolej Teknologi Darul Naim, editor dan penulis di Syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd. dan sebagainya. Turut berpengalaman sebagai tenaga pengajar di Universiti Malaya di Jabatan Sains Gunaan dan Pengajian Islam. Kini, dalam proses menyambung Ph.D.
Karya:
1)Tautan Hati
3) Syabab Musafir Kasih
4) Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul
5) Palestin Tak Pernah Gentar: Fatwa Kontemporari & Penyelesaiannya
6) Detik Cemas Mavi Marmara: Palestin Kami Datang
7) Petua Membuat Orang Jatuh Cinta
8) Mak, Abah, Redailah Anakmu
9) Kisah Haiwan Makkah Zaman Rasulullah
10) Kisah Haiwan Madinah Zaman Rasulullah
11) Duhai Teman Sejatiku
12)sebarkan cinta-Mu *terbaru*


Nama : Dr Farhan Hadi bin Mohd Taib.
T.lahir: 5 oktober 1983.
Beliau merupakan doktor di Hospital Selayang.


...bakal bersambung dengan pengisiannya, insya Allah.

02 October 2011

Singgah Seketika

Lama.
Lama manuskrip tidak bertambah walau hanya sebaris tulisan.
Sengaja mendiamkan meski langsung tidak sibuk dengan apa-apa.
Tentang kelas fotografi.
Tentang kelas Jahili.
Tentang kelas Rhetoric.
Tentang kelas Ulum al-Quran.
Tentang kelas terjemahan.

Tentang bengkel bersama Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi.
Tentang talk yang tidak tersangka akan bertemu Ummu Hani Abu Hassan.

...

Menghadiri bengkel penulisan menjadi aktiviti tahunan.
Hanya tulisan belum nampak jelmaannya.
Makin menumpul mata pena.
Itulah perlunya sekali sekala lapangkan diri ke sana,
Memang ketika duduk dalam bengkel semangat membara.
Keluar,
mujur sahaja ada catatan sedikit tertulis untuk diingat,
jika tidak terbang semua ilmu.

...

Insya Allah akan aku bercerita sedikit demi sedikit,
Sungguh rugi dibiarkan dalam buku kusam sahaja tulisan itu...
Tidak banyak sedikit punya manfaat...


Hari-hari aku hanya pandang kosong manuskrip ini,
Mahu menulis, tiada kata tertulis...