Skip to main content

Secolek Pengalaman [part ii]

Terasa mahu menyambung catatan yang aku mulakan beberapa hari lalu. Tentang pengalaman aku di Butterworth --> Baling ---> Butterworth. [baca secolek pengalamanku part i di sini]

Coretan ini sekadar untuk menggariskan peristiwa-peristiwa yang terjadi agar kelak apabila aku baca, terkenang kembali akan memori ini. Sebagai bukti, aku lekatkan gambar kejadian supaya lebih jelas dalam imaginasiku akan hal yang telah terjadi.

Ada gambar ini rasa lebih bersemangat pula aku mahu mencoret... Rentetan kejadian ditulis mengikut nombor tertera...


1. PERTEMUAN JAMILAH -MASTURA @ KFC Baling -21 Julai 2011-
Sudah lama hajat dalam hati mahu bertemu lagi dengan gadis kecil molek ini. Terutama setelah beliau usai pembedahan apendiks sebelum ini, aku tidak langsung punya ruang untuk melawatnya. Lalu, mahu sekali aku mengadakan suamuka dengan wajah Mastura Ibrahim yang comel dan manja ini. Akhirnya Allah aturkan kami bertemu juga.

Tidak lama bertemu, namun dapat juga menghabiskan satu set hidangan KFC Dinner Plate yang dibayar oleh Mastura. Aku hanya tahu makan. Wah, terasa mahu lama-lama. Macam tidak puas bersembang perlu beredar untuk ke destinasi seterusnya. Namun cukuplah sekadar pertemuan beberapa ketika itu menjadi pengubat rindu di hati.

Ainul jadi saksi pertemuan semula kami.

Kata Ainul,"kami pula jadi malu dengan kawan Jamilah tu" [ayat lebih kurang, dah lupa]

Wajah senyum sampai telinga, cakap tidak henti, terasa mahu aku hentikan masa ketika itu supaya dapat lama-lama sembang dan aku bisa mendengar pengalamannya ketika dibedah tempoh hari. Kata sahabatku,

"amboi, tidak pernah pula tengok Jamilah segembira ini, hari ini dia sangat girang." [okey, ini ayat aku sendiri]

Mengungkit peristiwa Ogos 2004.
Mendengar pengalaman Mastura.
Berkongsi senyuman.
MANIS!

Alhamdulillah.
Terima kasih Allah atas pertemuan ini,
Terima kasih Ainul temankan aku jumpa bff,
Terima kasih Mastura atas segalanya.

Ada rezeki, punya jodoh, lapang masa pasti kita akan bertemu lagi, Insya Allah.
Segalanya atas izin-Nya jua.

2.PRA-PERNIKAHAN ROKIAH MOHD YUSOFF @ Kampung Ketemba Kememeh-22 Julai 2011-
Aku dan Ainul dijemput pengantin -Rokiah-, ibunya dan kak Husni yang telah dua hari berada di Baling. Jalan-jalan cari barang sebelum akhirnya aku menjejak rumah Rokiah di kampung Ketemba Kememeh, Baling. Okey, ingat Kedai Motor Tek Li untuk masuk ke rumahnya. Jalan yang biasa aku gunakan ketika pulang ke kampung dari sekolahku -SMKA Batu 42-.

Malam itu tiada apa yang kami lakukan. Borak-borak, alihkan perabut dan tidur. Awal pagi esoknya ada dua lagi sahabat Rokiah -junior- akan tiba dari Terengganu.

Pagi esoknya, Jumaat, 22 Julai 2011, aku hanya menjadi pemerhati sahabatku yang lain melakukan kerja. Paling seronok melihat gadis-gadis pantai Timur memasak di dapur. Habis kecoh satu dapur untuk menyiapkan hidangan tengahari itu sedangkan tuan rumah tiada di rumah.

macam-macam gelagat.
pelbagai ragam yang dapat aku lihat.

Aku? Setia mengasingkan daun inai daripada tangkainya tanpa berganjak. Bertuah sangatlah jika gadis ini masuk dapur.

Menjelang tengahari hidangan siap, dan tuan rumah pulang. Aku juga yang belum siap mengasingkan daun inai daripada tangkainya.

Hidangan tengahari yang menyelerakan bersama lima sahabat dan ibu Rokiah dan adik bongsunya, Hadi. Semuanya pasti kekal dalam ingatan.

Petangnya, sesi menumbuk inai. Aku masih menjadi pemerhati dan mereka menumbuk inai. Haha. Akhirnya kerja menumbuk inai....

Wah, abaikan peristiwa lain. Malamnya adalah sesi berinai. Susah juga mahu 'mendiamkan' bakal pengantin yang tidak henti-henti buat kerja itu ini. Akhirnya hampir jam sebelas barulah dapat dilakukan upacara berinai. Tidak pula aku berinai sama... Masih berbaki inai yang dipakai tempohari. Akhirnya menjelang pagi, semuanya tidur bersama inai  di tangan.

Hasilnya...
oren...
Haha.
Perlu ditampal sekali lagi.
Pagi esoknya sekali lagi sesi berinai...
Lebih baiklah hasilnya...

3.TAUTAN DUA HATI @MASJID KUALA PEGANG, 23 Julai 2011.

"Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda" [far-east: saat lafaz sakinah]

Ini kali kedua selepas kak Ina, aku menyaksikan majlis pernikahan secara terus. Jika dalam tivi tidak dikiralah.

Perasaan sudah dapat dikawal, gementarlah tidak lagi seperti dahulu, sayu itu tetap ada.

Alhamdulillah, sahlah diikat dua insan menjadi pasangan.. Doaku, semoga kalian bahagia dunia akhirat dan diberikan qurratun a'yun yang mendamaikan. Amin Ya Rabb.

Suka sangat pengalaman ini. Mahu lagi menyaksikan pernikahan sahabatku yang lain pula... :)

4.KEK BUATAN AINUL, WISMA TELAGA AIR, BUTTERWORTH: 24 Julai 2011
Hari ini merasa kek yang dibuat Ainul, sahabat yang menjadi mangsa aku bermalam lagi di rumahnya. Sedap. Memang sahabat aku yang seorang ini suka memasak -oh, sahabatku semuanya pandai masak-

Temankan Ainul ke kedai Dothi petang itu untuk membeli barangan yang diperlukan untuk membuat kek., Google untuk cari resepi, maka jadilah kek seperti dalam gambar gambar di atas.

Esoknya kek ini digunakan lagi kerana tidak habis dimakan.

5. PENANG TIME , 25 Julai 2011.
Hari Isnin, temankan ibu Ainul ke KOMTAR untuk hantra dokumen kerja beliau. Merasa naik menara KOMTAR. Oh, kena tinggalkan My kad di kaunter untuk ke sana. Barulah saya tahu.

Kemudiannya berjalan ke Mydin untuk membeli sedikit barangan. aku tumpang sekaki. Oh, tidak mahu sungguh.

Jalan-jalan lagi, bertemu Chowrasta. Aku senyum lebar. Ada kedai buku second hand yang banyak di sini. Duit dalam poket tiada. Namun apabila ditawar untuk beli buku, aku tarik juga buku penulis di sayang Tuhan dan nyata ia berbaloi.

Terima kasih mak Ainul bayarkan saya buku ini. :)

Pulangnya sudah terasa penat.

6. PUDING + KEK BUATAN AINUL, Wisma Telaga, Butterworth, 26 Julai 2011
Bertuah betul ibu Ainul dapat anak yang rajin masuk ke dapur. Mencuba macam-macam resepi. Makanan yang suka Ainul masak, masak merah. Haha. Ini Ainul yang cakapkan.

Petangnya, Ainul buat projek lagi. Minta adiknya belikan jagung tin. Akhirnya petang itu tersedia puding yang sedap dibuat Ainul.

Wah, boleh buat lagi ya Ainul...

Sekian. Demikianlah beberapa ceritera yang mahu aku simpankan di sini. Buat tatapan sendiri kala aku mahu mengimbau kisah lama...

Kak Husni,
Ainul Salasiah,
Najwa Wahida,
Izzah..
[pertemuan di rumah Rokiah itu bawa erti. Mengajar aku mengenal sisi lain kalian. Membawa aku kepada erti sebuah hubungan silaturahim yang tercipta kerana ikatan hati... Subhanallah.. Terima kasih Allah menemukan aku dengan pengalaman ini]

Buat Rokiah, Terima kasih dengan layanan baik Rokiah sekeluarga. Malu saya, tidak banyak pun yang saya bantu, hanya tahu melihat sahaja. Semoga Rokiah dan suami bahagia selamanya. Amin. Betul kata kak Husni dan Ainul, mak Rokiah sportinglah...

Buat ainul dan mak ainul, terima kasih dengan layanan yang membuatkan saya malu dengan kalian.. Oh, saya memang makannya kadang tidak, jadi maaf sebab selalu menolak jika diajak makan. Bukan tidak sudi, perut ini sudah tidak bisa menerima makanan berlebihan.

Buat Kak Husni, ketahuilah, banyak sisi yang saya belajar kala berkenalan denganmu. Dalam diam, aku belajar, mahu tidak semua dapat aku amalkan dalam kehidupan. Terima kasih dengan ikatan ini...

Alhamdulillah.

Selesai untuk kali ini.

Qamar Jamilah,
4 Ogos 2011 / 4 Ramadhan 1432H.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub