Skip to main content

Durrah Nur Aqilah: Warkah Buat Jamilah




Dalam Book of Love punya jawapan segala permasalahan.
Assalamualaikum...

Menemui sahabatku yang disayangi, maafkan jika utusan tidak diundang ini mengganggu kehidupanmu di alam universiti. Bukan niat untuk mengacau cuma mahu berkongsi sedikit kisah yang aku tahu.

Mengapa hari ini aku rasa tidak tenang?

Arghhhh, al-quran belum satu ayat aku tatap, alhamdulillah, kala mendengar bacaan al-quran ni aku rasa ada sedikit tenang. Aku belum temui apa sebenarnya yang aku cari.

Yang pasti hatiku ingin kembali kepada kehidupan lama, jujurnya aku kurang minat dengan apa yang aku lakukan sekarang. Aku rasa sedikit tertekan, tapi ada masa, aku terfikir, tentu ada sebab Allah letakkan aku di sini, di kedudukan ini, tapi aku takut bila ditanya kelak aku tak mampu menjawab.

Aku ingin lari sejauhnya... Aku tidak pandai nak berkawan dengan orang tapi kalau dengan teknologi memang beres. Aku akan dengan gembiranya melayan.

Kenapa?

Sebab aku tak perlu berdepan dengan dia... Bila berdepan aku rasa leceh dan tidak mahu, main-main.

Rasa seakan-akan lama aku tidak senyum , maka makin berkedutlah mukaku...

Aku teringin nak jadi macam orang lain, tapi aku takut untuk berubah, aku seperti menanti turning point sebelum aku betul-betul berubah...

Hati yang kotor tak mampu menembusi hati-hati yang telah ditarbiah, aku rasa kecil sangat kalau dibandingkan dengan mereka, berkali-kali aku ingin luahkan apa yang aku rasa, tidak terkeluar dari mulut..................

Sahabat,
kala ini makin aku rindukan pada satu suasana yang pernah aku rasakan suatu ketika. Kangen pada perasaan yang Allah pinjamkan ketika itu. Namun langkahku tidak dapat dipatah semula, seperti jarum jam yang tidak dapat diundur kembali.

Berbahagialah kalian... Bahagialah menjadi manusia yang disayang allah. Manusia yang hidupnya dilorongkan untuk membuat kebaktian. Sedangkan berapa ramai yang mahu mengikut jalan itu, ada yang tergelincir kaki, ada yang berpatah semula.. Tidak semua allah pilih.

Setiap manusia ada jalannya sendiri, yang penting saling mengingatkan dan tahu membedakan yang baik dan buruk.

Dan...
Setiap manusia melakukan dosa,
Yang paling baik antara manusia yang berdosa itu adalah yang segera bertaubat jika melakukan dosa.

Allah.
Di manakah hati sekarang?
Di manakah rasa yang hilang?

Ramadhan,
jangan dibiar perginya hanya sia-sia,
Malamnya sunyi sahaja,
Siangnya berlapar dahaga.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub