Skip to main content

Short Sem's Story: Words to Say

Pagi ini saya menulis ikut suka hati.
1. Aku hanya mengambil satu subjek untuk semester pendek ini. Sengaja, walaupun hakikatnya banyak masa telah aku bazirkan dengan hanya melepak bawah meja. Masih lama aku di sini dan tentu sahaja sahabatku akan grad terlebih dahulu berbanding aku.

2. Hari ini kelas terakhir sebelum imtihan nihaie Khamis ini. Alhamdulillah kerana aku lebih suka periksa awal daripada lama terpaksa menunggu sebelum tiba hari peperiksaan. Alhamdulillah, insya Allah akan tamatkan semester ini tanpa masalah seperti yang lalu. Macam-macam masalah suka direka dan telah menyusahkan sahabat-sahabat aku. Maafkan aku.

3.Recovered. Demam mengada-ngada aku sudah hilang. Memang manjakan diri walaupun sedikit. Ahaks. Susah dan tidak akan mengaku depan orang sebab sebenarnya tidak ada apa-apa yang dibimbangkan. Masih sempat ke OTK, masih boleh turun-naik-turun naik tangga untuk menonton televisyen di bilik tivi. Aku ini memang suka makan lada dan mengada-ngada... Semoga sesiapa yang demam dan sebagainya sembuh segera fatrah exam begini. Cuaca yang tidak menentu begini, jangan lupa sediakan payung sebelum hujan.

4.Esok PASAR. Hari yang paling saya ingat. Mahu mencari Nasi Kerabu dan minum air soya (buang tebiat)

5.Menulis sudah tidak jadi keutamaan lagi. Rasa patah hati. Mahu tolak semula tawaran yang diterima. Rasa sangat-sangat tidak mahu menulis dan hanya mahu menconteng di sini walaupun tidak keluarkan duit. Terasa apa yang aku tulis kurang faedah untuk disebar luaskan dalam majalah.

6.Terima kasih masukkan duit semalam kak Su. Aha, saya memang mengada-ngada lagi. Macam kakak-kakak aku kerjanya cop duit. Makan sahaja kerja aku di sini, belajar tidak setara mana. Hujung minggu mesej mahu duit lagi dan lagi. Malangnya tidak berusaha pula untuk mencari wang poket sendiri macam dulu-dulu... Dapat juga duit bila menulis...

7.Khamis ini exam dan sememangnya aku ada lagi masa untuk melepak di sini. Jam 3-5 petang kemudian... Alhamdulillah. 3hb barulah mahu pulang ke kampung dan bercuti dua bulan. Apakah yang akan aku lakukan. Tentu membosankan apabila hanya berkurung dalam bilik.. Main internet atau jika laptop tiada barulah mahu buka buku dan mengulang dna ulang novel.

8.Sekarang sudah ramai mereka yang saya kenal penulisan mereka sudah punya buku. Cemburu. Namun aku sudah tidak ada rasa mahu menulis. Aku hanya sedikit kejatuhan rasa untuk menulis secara serius. Aku mahu hentikan aktiviti menulis. Betulkah? Biasanya makin aku provok diri begini makin dia mahu menulis. Allahu'alam. Doakan aku terus menulis.

9.Semester ini berjaya tidak membeli walaupun sebuah buku. Bukankah ini satu pencapaian untuk Jamilah. Walaupn gatal tangan dan rambang mata melihat banyak buku baru yang diterbitkan, tahankan diri supaya tidak membeli buku baru. Bertahan, Jamilah. Nanti bila sudah ada duit sendiri, kita borong buku banyak-banyak ikut suka hati.

10. Semalam menonton Juvana lagi. Bagi aku, ada motivasi dalam cerita ini -aku ini pandai cakap pasal motivasi itu ini, sedangkan nak mengubah satu perangai dalam diri belum berjaya- Dialognya ada zuuq yang sampai dalam diri. Bukan sekadar kata-kata berbunga-bunga yang akhirnya tenggelam tanpa makna.



11.Buku Stanza Cinta yang ditulis Nurull Halawati dah jadi drama di tv3, jam 9 malam setiap Ahad. Walaupun belum pernah baca novelnya, tapi tentunya seronok sebab Stanza Cinta ini juga ada lagunya. Lagi seronok jika lagu itu yang dijadikan lagi teman. Ini lagu lain pula. Sekarang macam satu fenomena pula apabila novel dijadikan drama. Yang pasti baca buku lagi enjoy daripada dijadikan drama kecuali pengarah pandai jadikan ia sesuatu yang sangat menarik.

12. Sudah ke laut aku menulis pagi ini. Sudah aku tuliskan semua yang mahu ditulis. Sekian terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub