24 June 2011

Random Rant 7

Rasa bahagia sudah membersihkan kesan kedatangan monyet semalam. (perlukah aku tuliskan juga di sini?) haha. Yang penting aku puas. =)

Yeay!

Panjat tingkap.
Alihkan semula tilam ke tempat asal.
Turunkan loker makanan ke tempatnya.
Basuh cadar, langsir, selimut, dan semua tupperware serta bekas makanan.
Cuci tingkap kesan susu tepung yang dilarikan monyet.
Lap lantai.
Cuci kipas.

Cukup.

Rasa bahagia apabila semuanya kembali ke asal.
Cuma memang tingkap itu langsung tidak dibuka kini. Haha. Untuk keselamatan diri sendiri dan teman sebilik.

Seronok juga apabila kembali meletakkan tilam di tempatnya, aku tiada ruang lagi untuk berlena-lenaan sesuka hati.

BAHAGIA!

Bahagia itu tidak dapat diungkap dengan kata-kata kan. Sekali sekala aku melakukan kerja dengan sepenuh kudrat dan kesungguhan yang luar biasa.. Rasa puas apabila melangsaikannya.

Petang tadi, memaksa diri melakukan sesuatu hingga akhirnya malam itu ia berulang lagi, tanpa aku perlu paksakan diri. Melayan diri. Aku tidak pernah dan belum berasa yang aku sudha besar panjang dan dewasa. kematangan tidak terlihat dalam diri dan aku asyik manjakan diri.

Melayan diri sama seperti aku kanak-kanak. Aku masih budak hingusan yang mengambil keputusan dan ikut suka hati dan apabila mendengar apa yang dimesej kak su, aku hanya tersenyum dan menitiskan air mata setitik dua. Aku menerima kerana ia adalah hasil apa yang aku lakukan dan manusia serta insan lain langsung tidak bersalah. Diri akulah yang membuat hal dan akulah yang akan menanggung.

Kasihan ayah.

Tentu ayah sedih lagi dengan surat demi surat yang diterima dialamatkan kepada anaknya dan terkandung berita duka. Maafkan adik, sejak adik keluar sekolah, bukan kegembiraan yang adik beri. Hanya satu demi satu kisah duka tentang adik sampai kepada ayah. Ayah, bilakah detik manis seperti ketika adik naik ke pentas pada 2007 akan berulang?

Seakan ia mustahil.

Ayah, maafkan adik.
Kakak-kakak, maafkan adikmu ini.
Sahabat-sahabat, terima kasih kerana kalian menjadi penguat aku.

=)

Semua orang mahu berubah kan? Berperang untuk berubah seorang diri lebih payah. Melawan perasaan dalam diri sendiri perlukan kekuatan yang luar biasa. Sesungguhnya Allah sentiasa menghadirkan dan melihatkan pada aku apa yang aku mahu lihat. Tentang ini. Perihal itu.

Allah,
Engkaulah Yang Maha Mengetahui.

Aku memilih. Kehidupan yang sedang aku jalani adalah pilihan aku sendiri. Lalu, aku tidak boleh berpaling atau mengalah. Walaupun aku tidak sekuat, tidak sehebat, tidak setanding orang lain, aku tidak berminat bandingkan aku dengan sesiapa.

Allah beri pada aku setara dengan diri aku.
Hanya kadang mungkin aku yang kalah.
Aku yang lemah.
Aku yang cepat menyerah.




DAN AKU KINI TIDAK KISAH!





Pernah beberapa ketika, aku sering mahu menulis kalimah ini...
Bayangkan, suatu hari kamu mendapat panggilan. Seorang teman yang kamu sayang sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sedangkan kamu lupa tanggungjawab kamu kepada dia. Kamu lupa saat dia perlukan kamu, kamu jauh. Kamu ingat semuanya sama seperti kamu. Kamu melayan orang sebagaimana kamu melayan diri kamu. Kamu lupa yang manusia berbeza. Kamu lupa Allah berikan sahabat untuk kamu belajar.

Waktu itu kamu menyesal.

Tiada guna.


Lalu, mengapa masih bazirkan masa yang ada???




EGOISTIK!!!!!!




Wassalam.
Sekian, inilah yang mahu aku tulis saat ini...
ITD.

No comments: