Skip to main content

Random Rant 6


Alhamdulillah, saya santai dan dapat mengikut pengajaran ustaz sampai sudah. Bukan selalu akan rasa begini. Hari-hari terakhir mungkin diselubung syahdu akan meninggalkan ustaz yang sangat baik dan bercuti dua bulan, namun semangat masih berbaki untuk meneruskan baki seminggu sebelum peperiksaan akhir 23.6.2011 ini.

Kalimah apakah lagi yang dapat saya lafazkan melainkan rasa syukur dan terima kasih atas setiap kurnia yang Allah berikan setiap hari. Setiap hari, terasa ada perkara terisi, tidaklah saya asyik bersembunyi bawah meja dan melenakan diri. Terima kasih kakak mengajak saya 'lepak' dan 'bercuti' di sana. Sesungguhnya saya juga tidak betah bersendiri dalam bilik, dan hanya menghadap meja yang kaku tidak bersuara itu. Hanya tinggal beberapa minggu untuk kita bersama sebelum cuti yang panjang...

SABAR. Memang kalian sangat sabar kerana dapat bertahan dengan perangai saya yang kadang sukar diramal. Hanya mereka yang SABAR dengan perangai saya yang satu ini dapat terus bersama-sama. Sudahlah saya sukar mencari teman dan kawan, yang ada belum saya hargai kehadiran mereka yang beri sinar dalam lembaran hari-hari saya. Sungguh. Saya beruntung, Allah berikan saya mereka.

Semalam, dalam bualan santai petang itu sambil ketawa dan sakat menyakat, saya terfikir kembali. Benar. Semua kakak dan ayah sudah sangat bersabar dengan perangai manusia nan satu ini. Pemilik nama ini yang mungkin tidak seperti namanya lagi.. Doakanlah dia terus berubah, bukan hanya menjadi lebih feminin atau sopan-santun, namun perasaannya kembali manusiawi. Bukan hanya terbiar dibuai rasa dan perasaan.

SYUUUR...

Rindu pada kalimah itu. Mahu saya ulangi kalimah itu biar dia teringat kembali. Sungguh dalam sakat menyakat, rasa bahagia itu ada. Saya tidak kisah dan selamanya tidak mengaku sakit walaupun dikutil, sebab saya juga punya tangan yang suka menampar merata-rata tempat.. =) Mara-marah sayang, kan?

Nanti, bila kelak saya baca catatan ini tentu saya akan ingat jalan-jalan kita semalam. Ke pasar bersama dan ketawa ria. Kisah selebihnya saya simpan dalam ingatan...

Rabu.
Saya ingat hari ini. pasar. Walaupun hanya beli SATE, sate dan SATAY lagi setiap minggu. Saya hanya seronok berjalan walaupun tidak banyak yang saya beli. Saya hanya cari alasan untuk keluar daripada bawah meja sebenarnya. =) Jangan marah, akhirnya kita beli makanan di kafe.

Banyak kisah mahu saya lontarkan di sini, namun cukuplah takat ini. Syaa bakal bersambung lagi. Sekadar coretan di petang Khamis...

Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus. NUSUS Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini? Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini: قول طرفة بن العبد: نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil a

SYAIR AHMAD SYAUQI: MUHAMMAD ABDUH

Dalam bab ketiga As-Syauqiyat banyak memuatkan syair berbentuk kesedihan atau ucapan takziah Ahmad Syauqi atas kehilangan para ulamak dan orang mulia yang hidup dalam lingkungan hidupnya. Beliau tidak hanya menulis syair yang menceritakan kesedihannya terhadap kehilangan orang penting dalam masyarakat namun turut memuatkan syair bertajuk “Yursi Jaddatuhu” (Menangisi Pemergian Datuknya), dan “Yarsi Abahu” (Menangisi Pemergian Bapanya). Latar belakang beliau yang belajar di Perancis turut mencorakkan syairnya. Sebagaimana masyarakat barat menulis tentang kematian orang mereka sayangi, Ahmad Syauqi turut berbuat demikian. Namun beliau tidak hanya menangisi kematian saudaranya atau ahli keluarga, namun menyelitkan persoalan kehidupan dan kematian. Syair “ Muhammad Abduh ” ini merupakan contoh syair Ahmad Syauqi yang bertemakan Ar-Risa’ atau kesedihan. محمد عبده مفسر آي الله بالأمس بيننا                      قم اليوم فسر للوري آية الموت رحمت، مصير العالمين كما                      ترى وك

PENYAIR ZAMAN JAHILIAH.

Tangan rasa menggatal mahu menulis. Mood imthan. Jadi aku mahu kongsikan tentang penyair zaman Jahili yang aku belajar dalam subjek Sejarah Adab Arab. Untuk hanya baca, maka aku akan terus lupakan apabila sekali baca. Jadi, aku mahu abadikan nama-nama itu di sini. *** Dr. George Zaidan dalam bukunya "Tabaqat As-Syuaraa' Li Iskandar Ikarius" tidak menceritakan tentang kaedah yang beliau gunakan untuk membuat pembahagian bagi penyair pada zaman Jahili, namun hanya menyatakan nama-nama mereka dalam jadual yang memuatkan nama penyair, nama qabilah dan negara, serta tahun kewafatan.  Jom tengok! (berwarna merah itu yang biasa aku dengar. Bakinya aku tidak pernah kenal) Tabaqah Pertama  Amru al-Qais al-Kindi -Kindi- Ahli Najd Umaiyah bin Abi Baslat-As-Saqafi-Ahli Taif Basyir bin Abi Hazim-Al-Asadi-Ahli Najd Al-Haris bin Halzah-Al-Busykari-Ahli Iraq Zuhair bin Abi Salma-Al-Muzni-Ahli Hijaz An-Nabighah bin Az-Zibyan -Az-Zibyani-Ahli Najd Tarafah bin Abd- Al-Bakari-Ahli Bahrain Ub