06 June 2011

RANDOM RANT 5

Perjalanan semalam panjang. Melebihi hari-hari biasa. Sepatutnya jam 7 malam sudah sampai Puduraya kerana bertolak dari Parit Buntar dan bukannya Kulim. Disebabkan cuti Umum dan majlis kahwin yang banyak minggu ini, suasana macet sekali. Melalui jalan lama sekalipun tetap macet. Hingga akhirnya aku lena apabila tidak tahu dibuat dalam perjalanan yang panjang. Mujur juga dipasang layar untuk mengisi masa yang lama atas bas tambahan yang diambil kerana tiada pilihan lain.

Pernikahan itu menghubungkan dua keluarga...
Berkira-kira untuk tidak pulang, namun akhirnya aku tegak berdiri di depan rumah. Pulang untuk meraikan kakak di rumah pengantin lelaki -di kampung seberang-.. Alhamdulillah..

Semuanya berjalan lancar dan selamat menempuh alam rumah tangga untuk kak Ina. Semoga menjadi isteri solehah dan mendapat zuriat penyejuk mata penyambung keturunan...

Oh, aku baru tersedar yang dalam kekerasan yang cuba aku zahirkan pada wajah, aku sebenarnya sensitif. Hanya disentuh sedikit aku akan meradang dan melawan. Emosi akan cepat terzahir pada wajah. Lalu, aku segera mahu melarikan diri. Dalam ramai. Emosi terganggu. Tanpa terkawal. Melarikan mata daripada memandang semua orang, lantas masuk ke dalam dunia sendiri. Meninggalkan semua yang ada di sekeliling. Melawan kembali rasa yang berkocak.



Okey, selesai merapu untuk hari ini.. Oh, kerja nan satu itu belum siap. 9 Jun akan datang. Entah semuanya akan berkecai mungkin, menjadi sebuah mimpi.... Semakin kerap mimpi pelik datang dalam diri. Apa yang dilihat, terakam dan masuk dalam mimpi. Parah.

Okey, selesai kali ini... Lain masa pula saya menulis...

No comments: