Skip to main content

Cerpen:Azimat Daripada Ayah




Tentang satu keinginan.
 Azimat Daripada Ayah
FOKUS SPM APRIL 2008
Jamilah Mohd Norddin

Keengganan Ayah membenarkan Ikrimah menyertai Kem Penulis Muda 2007 benar-benar membuatkannya hampa. Dia membatu di dalam bilik. Merajuk. Diambilnya kertas yang diserahkan oleh ayah sebentar tadi. Sesuatu yang dia sendiri tidak menyangka. Dia terpilih untuk menyertai Kem Penulis Muda di Pusat Peranginan Ombak, Negeri Sembilan.

“Tahniah kerana anda telah tepilih untuk menyertai Kem Penulis Muda 2007 di Pusat Peranginan Gombak, Negeri Sembilan. Pemilihan dibuat berdasarkan karya-karya terbaik yang tersiar di dalam majalah terbitan Kumpulan Karangkraf. Hanya 20 peserta terbaik yang dipilih tahun ini. Tahniah diucapkan.”

Sebenarnya Ikrimah tidak akan maklum tentang berita itu jika dia tidak pulang ke kampung minggu ini. Pelajar asrama sepertinya mempunyai masa-masa tertentu untuk dibenarkan pulang. Terbayang-bayang emak yang tentu menanti kepulangannya. Tidak sangka rupa-rupanya kepulangannya kali ini membawa berita yang dinantikan.

“Assalamualaikum, Mak, Mak, Ikrimah dah sampai,” laungnya.

Ikrimah berlari-lari anak sebaik sahaja sampai di halaman banglo desanya. Betapa rindunya dia pada emak dan ayah. Dilihatnya emak bergegas keluar dari pintu dapur.
“Waalaikumussalam, Ikrimah. Cepatnya sampai. Ayah kamu tak ada. Dia ke pekan membeli barang. Katanya lepas ini barulah hendak menunggu kamu,” kata emak.

Usai melepaskan ciuman di pipi gebu emak, Ikrimah bergegas ke biliknya. Teringat solat Asar yang belum ditunaikan. Dia tidak mahu melengahkan kewajipan itu. Takut tak barakah kehidupannya nanti.


Malam dihiasi bintang 15 hari bulan. Terang dan menarik. Tanda agungnya kebesaran Ilahi. Ditutup tingkap yang telah sejam dibiarkan terbuka. Suis komputer menjaid sasarannya. Ringan sahaja jarinya menaip ayat demi ayat menjadi sebuah cerpen. Biliknya dipenuhi dengan bermacam-macam cerpen dan artikel, menjadi tatapannya sebelum tidur. Dia berhasrat untuk menghantar cerpennya ke Majalah Fokus SPM setelah karya sulungnya tersiar dalam e@siswa.

“Ikrimah, ke depan sebentar.”

Panggilan emak membantutkan hasratnya untuk menghabiskan cerpen itu. Mungkin ada pekara penting yang mahu emak sampaikan hingga tidak dapat menunggu esok. Sepucuk surat di atas meja kopi di ruang tamu mengundang persoalan.

“Apa itu?”

“Ikrimah, surat ini sampai sejak lima hari yang lalu. Sengaja ayah tidak membukanya,” jawab ayah.

Sebutir-butir percakapan ayah melekat dalam memorinya. Matanya teruja apabila melihat tertera perkataan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. Matanya pantas menangkap frasa-frasa yang terkandung.

“Mak, ayah. Ikrimah dapat tawaran ke Kem Penulis Muda. Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah. Ikrimah gembira sabgat, mak, ayah.”

Ikrimah segera mendapatkan tubuh kurus emaknya. Terlalu gembira dia. Berita itu menjadikannya euforia.

“Ikrimah, ayah tak benarkan kamu pergi. Tahun ini kamu SPM, kan?” Soal ayah sambil menekan sedikit suaranya.

“Ayah, maafkan Ikrimah. Tapi Ikrimah minat sangat dengan penulisan. Ikrimah janji, Insya Allah, Ikrimah tak akan tinggalkan pelajaran,” rayu Ikrimah pada ayah.

“Ayah nak kamu belajar sains untuk jadi doktor, bukannya penulis jalanan.”

Ayah menekan suaranya tatkala menyebut “penulis jalanan”. Hati Ikrimah terhiris. Setelah itu ayah bingkas bangun, meninggalkannya yang mula menitiskan air mata.

“Ayah...”

Ikrimah mati andar. Belum sekali ayah menidakkan kemahuannya. Tapi kali ini mengapa ayah begitu membantah? Ayah membantah bakat yang mula subur di hati ini. Ayah tidak mahu anaknya bergelar penulis.

Kem Penulis Muda akan bermula dua minggu dari detik ini. Masih ada kesempatan untuk membuat persiapan. Lantang ayah menegah benar-benar membuatkan Ikrimah terkedu. Jauh daripada akal warasnya yang ayah akan menentang hasratnya kali ini.

“Ingin sekali aku memohon ihsan ayah. Tapi kenapa ayah menentang kehendak aku?” tanya hatinya.

Ikrimah berbicara dengan diri sendiri. Keinginan untuk membantah keputusan ayah terpadam apabila teringat pesan ustaz Kamiluddin, guru pendidikan Syariah Islamiah. Bait-bait itu berjaya meleraikan keinginan yang membuak-buak dalam dirinya.

“kadang-kadang dan acap kali kita anak-anak mudah mempertikaikan apa-apa yang orang kita cakap dan lakuakn. Sejenak pun kita tak mengingati segala kepayahan dan kesukaran yang harus mereka tempuh untuk membesarkan kita. Hanya kerana satu keinginan kita tidak dipenuhi, kita meradang. Merajuk sampai berhari-hari. Cubalah kita terima seadanya dan fikir sejenak kenapa ayah buat macam itu? Patuhilah arahan mereka selagi tidak melampaui batasan syariah.”

“Ayah, maafkan Ikrimah. Ikrimah bersalah. Ikrimah berjanji akan dengar cakap ayah. Kalau ayah tak suka Ikrimah jadi penulis, Ikrimah sanggup lupakan hasrat ini. Ikut apa-apa sahaja ayah cakap. Maafkan Ikrimah, ayah. Ampunkan dosa-dosa Ikrimah. Redakan Ikrimah,” bisiknya dalam juraian air mata.

Malam berikutnya Ikrimah menghampiri ayah yang sedang berehat di ruang tamu. Dia tidak mahu menyesal. Ayahnya benar-benar terperanjat mendengar kata-kata itu.

“Buang tebiatkah anak aku?” getus hati ayah.

Kebetulan emak awal-awal lagi sudah ke bilik menjahitnya, menyiapkan tempahan baju-baju. Kesempatan itu digunakan sebaik-baiknya untuk meluahkan segala isi hatinya.

“Ikrimah, anakku. Ayah tak menghalang hasrat kamu. Ayah Cuma takut kamu lalai, leka dengan dunia penulisan. Ayah tahu kamu tak bercakap benar. Hari ini kamu bercakap begini, tapi hati kamu tak merelakan. Ayah tak mahu masa depan kamu gelap. Itu saja.” Lembut tutur bicara ayah sambil memandang puterinya itu.

“Ayah..”

Hilang segala kata-kata yang Ikrimah rangka tadi. Tangan ayah dicium bertalu-talu. Dadanya terlalu sebak. Berubah menjadi sebuah tangisan. Syahdu dan menginsafkan.

“Ikrimah, ayah teramat suka seandainya satu hari kelak kamu bergelar doktor. Kamu tahu kan, berkali-kali ayah beritahu kamu sejak kamu kecil. Kamu satu-satunya anak yang kami ada. Ayah nak kamu jadi yang terbaik. Bagi ayah, itulah pekerjaan yang terbaik,” nada suara ayah tetap lembut seperti tadi.

Ikrimah duduk tahiyat di hadapan ayahnya. Ingin menyambung bicara. Tangannya diangkat separas bahu persis mahu mengangkat sumpah.

“Ikrimah ada satu hasrat ayah. Ikrimah nak teruskan minat dalam penulisan. Rugi kalau bakat ini dibiarkan terpendam.

Dilihatnya ayah hanya diam seribu bahasa. Bukankah diam tandanya setuju? Lama mereka berkongsi cerita. Bertukar rasa. Mencari titik noktah.

Perubahan drastik Ikrimah dapat dilihat oleh sesiapa sahaja. Jika dahulu dia sangat pemalu, sekarang dia sangat produktif. Dia begitu tekun belajar. Tidak kurang yang mencari sebabnya.

Pasif dan pendiam bukan lagi label bagi Ikrimah kini. Dia benar-benar berubah. Dia ada misi yang mesti dilaksanakan. Tapi dia tidak pernah lupa berdoa agar niatnya tidak terpesong. Dia mahu menggembirakan hati emak dan ayah. Segala ketekunannya terbalas apabila Ikrimah mendapat 12 1A dalam percubaan SPM. Hal ini membuatkan ayah bertambah yakin padanya. Tidak lagi bimbang akan prestasinya dalam pelajaran kerana Ikrimah telah membuktikan kemampuannya.


Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tamat juga. Saat inilah yang amat dinanti-nantikan oleh Ikrimah. Dia mahu membuktikan kemampuannya. Namun, pada masa yang sama dia hanya berserah walau apa-apa pun yang dia akan dapat. Dia berusaha, namun ALLAH yang menentukan.

Detik yang dinanti-nantikan membawa satu makna yang tidak terungkap. Keputusan SPM yang diumumkan pagi tadi membuktikan segala penat lelahnya selama ini. Dia menjadi pelajar yang terbaik di sekolah pada tahun itu. Malam nanti, novel pertamanya, villa igauan akan dilancarkan oleh penulis, Faisal Tehrani.

“Ayah bangga punya anak macam Ikrimah. Tunaikan janji. Terima kasih kerana menunaikan hasrat ayah,” kata-kata ayah jelas berbaur bangga dan terharu.

Ayah berbisik di cuping telinganya. Pelukan seorang ayah padanya terangkul kemas.


“Jika tidak kerana dorongan ayah dan emak, saya tidak mungkin berdiri di sini pada hari ini. Mungkin saya hanyut dalam dunia penulisan dan melupakan hasrat ayah yang mahu saya menceburi dunia perubatan. Ayah telah membangunkan saya daripada lena. Saya kena bangkit dengan kekuatan sendiri. Bukan kerana sesiapa. Saya ada bakat dan perlu gunakan bakat ini untuk kemaslahatan. Novel ini amat memberi makna kepada saya.”

Ikrimah dijemput memberi sepatah dua kata setelah tamat pelancaran novelnya. Tepukan gemuruh bergema setelah dia usai memberi ucapan. Malam gemilang itu tidak terjadi tanpa bermulanya larangan ayah dulu. Dan kini dia mampu berbangga dengan pencapaian ini walaupun masih di peringkat belajar.

***
Nota:
1. Cerpen ketika tingkatan empat.
2. Rasa kecewa tidak berpeluang mengikuti MPR tahun itu walaupun mendapat tawaran. Alhamdulillah 2007 impian itu terlaksana.
3. Cerita kanak-kanak. 
4. Rindu untuk menulis cerpen. Lama dan tanganku sudah terasa keras.
5.Selamat membaca

Comments

Popular posts from this blog

Aku, Dia, Beliau dan Soalan-soalan

Suatu petang. Dia menembak beliau dengan soalan-soalan. Aku sebagai pendengar yang setia. Mencedok jawapan, mencelah dengan senyum, dan kembali diam. Sebenarnya semua ini tentang sebuah keberuntungan. Namun kesempatan yang tidak diendahkan. Sering begitu. Akulah yang belum cukup bersyukur dengan kesempatan yang diberi. 
Tentang syukur. Bagaimana untuk suka dengan kerja yang sdang kita lakukan. Oh, betapa ramai yang ingin berada di tempat engkau berada sekarang. Jadi, belajarlah bersyukurlah. Dengan bersyukur, kita akan usaha untuk lakukan yang lebih baik. Akan sentiasa perbaiki diri. 
Kemudian, letakkan cinta dengan apa yang sedang engkau lakukan Jangan hanya rutin. Cari sesuatu, selalu tambah kualiti diri. Sebab itu perlu ada perbincangan. Bukan hanya duduk. Dengan pergaulan, meluaskan pengalaman. Menambah pengetahuan. 
Kalau rasa ada yang tak kena, semangat makin merudum, ingat kembali niat semasa bermula. Tentu ada sebab engkau berada di sini. Mungkin sebenarnya niatmu sendiri yang …

Jom Belajar Nusus

JOM BELAJAR NUSUS
Assalamualaikum, Insya Allah, pada coretan ini, suka untuk aku kongsikan apa ynag telah aku pelajari semalam. Subjek Adab wan Nusus.

NUSUS
Hari ini Ustaz terangkan makna perkataan Adab. (الأدب) Adakah ia daripada perkataan Bahasa Melayu, sebagaimana yang kita maklumi, belajar tentang adab-adab makan, adab-adab tidur dan sewaktu dengaannya. Adakah perkataan ini digunakan sebelum merdeka atau sesudah merdeka? Bagaimana asalnya perkataan adab ini?
Sebenarnya perkataan Adab telah digunakan semenjak zaman Jahiliyah, kerana dalam adab dan Nusus, zaman yang akan kita gunakan adalah zaman Jahiliah, Zaman Kemunculan Islam dan Umawi, Zaman Abasi, Zaman Turki, dan Zaman sekarang. Kembali kepada tajuk asal, sebenarnya perkataan Adab ini mula digunakan dalam syair Arab, biar aku tutunkan di sini:
قول طرفة بن العبد:
نحن في المستشاة ندعوالجفلى * لا ترى الآدِب فينا ينتقر
طرفة merupakan salah seorang penyair pada zaman Arab, dan merupakan salah seorang penyair yang dipanggil al-muall…

Cerpen: Kembali Bertaut

Kembali Bertaut Jamilah Mohd Norddin
Nazim menelentang di katilnya. Dia mengenang akan pemergian isterinya yang membawa diri. Kedegilannya yang tidak mahu berganjak daripada keputusan yang diambil menjadikan dia seorang perindu. Benarlah kata orang perpisahan mengajar makna kesetiaan. Dia sedar isterinya telah banyak bersabar dengan kerenahnya saban hari. Isterinya telah banyak berkorban untuk kesenangan mereka berdua. Namun saat itu ingatannya hanya tertumpu pada setiausaha genit di pejabatnya, Syahdah.

“Abang, esok kita balik rumah mak Jasmin. Tadi Abah telefon, katanya Mak sakit kuat.”

Selesai makan malam Jasmin meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Dipandang wajah Nazim yang seolah-olah khusyuk membaca majalah. Nazim langsung tidak mengendah akan apa yang diucapnya. Biarlah hatinya menahan jengkel, ditahan juga rasa hati memandangkan statusnya sebagai seorang isteri.

“Abang dengar ke idak apa yang Min cakap?”

Jasmin kembali menyoal apabila Nazim hanya membantu. Sakit hati Jasmin melih…